(pocahontas tent)
(tengah boat ride kat river cruise)
(tak sabar nak masuk)
(aunty dgn yuya)
(stesen maihama)
Anak-anak aku memang seronok masuk Disneyland. Ni kali kedua abang masuk dan kali kedua jugak yuya masuk. Dulu yuya kecik lagi dan masih dalam pram, so dia tak tahu apa-apa. Sekarang dah boleh masuk rides. Tu yang seronok tak sangga tu! Gambar last tu ialah stesen keretapi Maihama. Last Station to Disney. Keluar-keluar aje dah dengar lagu Disney. Stesen ni lah dulu aku pergi dan balik kerja tahun 1992 sebab Tokyo Bay Hilton ada betul-betul kat belakang Disneyland. In fact dari hotel kadang-kadang boleh dengar orang menjerit ataupun kalau ada parade, boleh dengar dari lobby hotel. Tu lah dekatnya jarak dia.
Aku pulak dah berkali-kali masuk dulu. Ada aku cerita dalam entry-entry yang lepas. Memang seronok walaupun kita dah dewasa. Especially Space Mountain. Mungkin sekarang ni dah banyak rides yang baru sebab dia terpaksa compete dengan Disneysea (sebelah tu je) and also Universal Studio! Competition tu.....
Rides macam ni pun ada dulu kat Penang. Tiap-tiap tahun bulan December mesti heboh kat TV pasal Pesta Pulau Pinang kat Sungai Nibong. Seronok jugak. Dulu banyak games and rides tapi lately ni aku rasa macam dah pergi tengok pameran pulak. Dulu aku suka naik keretapi, rumah hantu, buaian pusing-pusing tu. Bas rombongan penuh tempat parking. Yang kaya malam tu sebulan mestilah budak-budak jaga parking. Rezeki depa setahun sekali..Baling gelung getah masuk dalam botol pun aku suka. Selalu dapat teddy bear tapi aku tukar dengan KICKAPOO JUICE!
Disney pulak aku pergi dulu dengan budak-budak hotel. Then dengan kawan-kawan aku, Azri (KLCC), Rahman (EQ KL) dll lagi. Masa tu kami jadi budak kecik. Sanggup beratur panjang-panjang. Ada jugak aku pergi dengan aunty sekali. Meriah rasa...bila balik KL aku pergi Genting. Tapi selalunya tutup sebab cuaca tak elok. Apa nak buat...
Ish..bilalah aku nak pergi cuti lagi ni...simpan duit, simpan duit......kalaulah aku ada banyak duit...mati berangan lah aku!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
12 ulasan:
amboiboiboi...
seronoknya diorang..gambar yg kedua tu baru nampak abang SENYUM!..tu mesti sbb syiokkk habis kat disneyland tu..
hehe untungnya pi disneyland tokyo..
saya nx year baru nak pi disneyland hong kong hehe
tapi diorang kata disneyland tokyo lagi best...
Dear Pinat.
Kat rumah pun serupa. Dia tak banyak cakap banding dengan Yuya dan Marina. Tapi kalau dah pergi Disney, bukan depa saja senyum, dengan kita sekali macam tu jugak!
Dear Husin.
Uncle rasa pun macam tu jugak. Tapi tak taulah sebab Uncle tak sampai lagi yang kat HK tu. Anyway, Uncle nyaris2 kerja kat Disney Paris dulu masa kat suisse masa time opening. I was called for an interview....
Eh, uncle.. marina kena tinggal ke? kesiannyaaa.. mesti dia moncong tu..
Dear KOG.
Yes. Memang Marina kena tinggal kat Atok dia. Tapi the next day tu aunty dah bawak sekali pergi Disneysea pulak! Horey2 Marina!
dear uncle,,
yes!!yes!! abang dah senyum,nampak yer lebih manis dari senyum papa dia yang sentiasa tersenyum walau di mana berada or apa situasi pun..mcm tu lah kan orang yang mahal senyum ni sekali senyum caaaiir bro!!
Dear Cikgu Mas.
Eh tak tidur lagi ke dah bangun sembahyang subuh? Uncle sekarang tengah tengah tengok JDrama...menarik jugak. Tajuk dia Tatta Hitotsu no Koi....
Abang memang payah betul nak senyum. Aunty pun heran..
saya bangun semula,marking kertas exam mid year,ada beratus helai ni,uncle nak tolong???Uncle kan pandai sejarah memori uncle grade A..he,he..tolong yek..nak swastakan ni!!
Dear Cikgu Mas.
Itu satu pekerjaan yang sangat mulia disisi Allah. Rajin-rajinlah bekerja....ingat pepatah Laksamana Cheng Ho......"Air yang dicincang takkan putus!" Eh kena ke dengan topik ni?
seronotnya yuya!!! mesti x puas main sehari..kena pi using2 vyk kali kan uncle..
Part tu yang paling letih dalam dunia kalau nak kena ikut depa...la-la tu jugak naik menyebai!
Catat Ulasan