Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, Jun 11, 2009
Tokyo Trip Part 4
Anak-anak aku dah kena usung dengan aunty pergi kat KIDZANIA pulak. Tempat ni dibuat untuk kanak-kanak merealisasikan impian depa untuk menjadi orang dewasa. Kat sini ada 80 jenis pekerjaan yang depa boleh imagine untuk jadi bila besar nanti. Nak jadi baker boleh, nak jadi pizza chef boleh, nak jadi ahli bomba boleh....kira semua jenis pekerjaan orang dewasa adalah kat sini. In fact yang takdak cuma kalau orang dewasa nak jadi kanak-kanak! Part tu aku sedih sikit...
Dalam banyak-banyak kerja, Abang dengan Yuya nak jadi ahli bomba. Aku tak kisah kalau besar nanti depa nak jadi ahli bomba. Ni pun satu pekerjaan yang bagus kalau kita serious dengan hala tuju pekerjaan kita dan ada matlamat. Ni satu pekerjaan yang mulia. Sebelum jadi ahli bomba, depa ada taklimat dulu. Ketua stesen bagi maklumat yang ada satu kebakaran berlaku di satu bangunan. Abang, Yuya dan budak-budak Jepun lain ditugaskan untuk memadamkan kebakaran. Kelam-kabut depa tukar baju then terus masuk kereta bomba. Pergh...kereta bomba pun depa sediakan! Sampai kat tempat kebakaran, depa pun giatlah buat kerja nak padamkan kebakaran...lepas 20 minit, depa berjaya. Semua budak-budak bersorak sakan..
Lepas tu Abang dengan Yuya nak jadi Pastry Chef pulak. Depa sibuk dok menguli tepung nak buat croissant. Hentam sana hentam sini, tibai sana tibai sini. Yang ni pun aku tak kisah kalau betul-betul nak jadi Chef. Chef pun satu pekerjaan yang mulia sebab dia bagi orang makan walaupun kalau salah makan orang tu boleh dapat sakit jantung, kalau tak pun kencing manis!
Habis uli tepung, depa uli tepung lagi. Nak jadi Pizza Chef pulak. Pun aku tak kisah. Ni pun pekerjaan yang mulia sebab boleh kasi orang makan pizza. Nanti nama kedai boleh letak Uncle Pizza...kalah Dominos dengan Shakey's...
Seronok betul trip pergi Jepun sekali ni. Semua orang happy. Abang happy sebab dapat 2 pasang boot bola, pergi Disney dan tengok J-League. Yuya happy sebab dapat naik kapalterbang, dapat boot bola dan glove goalkeeper. Marina happy sebab dia tak tahu apa-apa....Ojiichan happy sebab dapat jumpa cucu-cucu dia dan bawak jalan-jalan. Obaachan happy sebab dapat masak dan makan sama-sama cucu. Aku happy sebab anak-anak aku dapat balik kampung dan jumpa atok dengan nenek. Aunty happy sebab dapat lepaskan rindu dendam dengan rumah dia membesar, jumpa okaasan dan otoosan dia dan dapat kumpul ramai-ramai macam nak buat kenduri bersunat. All in all, aku happy sebab semua happy...heh3...happy...happy...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
20 ulasan:
KN pun happy dengar uncle happy! la la la la ...
yooooooo uncle dear salam,
wahhh few days tak mai dah ada deret2 lak entry eh..hehehe aritu asik bzzzz bzzzzzzzzz
yehhhhh sonok nya dorang balik kampung ya
kalau lah kat msia ada taman macam tu alangkah bagusnya
take care!
marina happy je sokmo, tak kira buat apa pun, hehe... best la jadi marina, takyah kisah macam² hal dunia ni :)
salam,
wah rasa seronok entri kali yek, mesti uncle senyum sampai ke telinga... hehhe
indahnya menjadi kanak2kan,anak3 happy, bapak lagi la happy...kan kan
Dear Kak Nab.
Oooo kalau happy mesti ada la...la...la...la yea! KN, minggu depan sekolah bukak. KN nak buat apa?
Dear NR.
La...mana pergi 2-3 hari ni? Patutlah tak ada orang jengah dari jauh....yes, semua orang happy balik kampung kan...walaupun ada perbezaan, tapi tali silaturrahim mesti diteruskan..
Dear KOG.
Memang betul tu..happy memanjang. Buatlah apa pun. Uncle kadang2 pun jealous jugak.
Dear Taj.
What else can a father ask for selain daripada kebahagiaan anak-anak!
Dear Uncle,
Minggu depan sekolah buka? heh heh heh..lupa pulak about that!! KN wat apa lagi..sambung cuti... jangan maraaa...
Dear KN.
Saya ingat bila pencen hotel nanti nak mengajar pulaklah...what say you? My plan is to continue study balik during Jan intake nanti. Balik KL hujung tahun nanti nak organise siap2 apa-apa yang patut untuk sambung belajar...Min qualification untuk mengajar sekarang ni dah Masters. So now looking forward for that and tengah searching ni...your input might help! Nanti saya buat satu entry pasal ni and try to get feedback..
Salam uncle
Bagus yer taman cam ni!!!kat mesia nape lah takde,???ni kat sekolah asyik2 ceramah kerjaya,bla,bla,bla akhirnya budak sek semua tido,tak de gambaran sebenar...kalau saya sempat pi tempat cam ni masa kecik tak de yer saya jadi cikgu..entah2 dah jadi angkasawan.he,he glamour tuu...
tolong uncle!!! bgtau kat menteri pelajaran buat taman cam ni kat mesia....
happy father day uncle..hepi jerr,walaupun "penyu menangis..siapa yang tahu..he.he.
Dear CM.
Of course kalau ada kat Malaysia memang bagus ni. Sebenarnya memang patut ada. Kalau Menteri Pelajaran duduk sebelah rumah Uncle bolehlah nak cerita..
Eh bila father's day? Memang dah macam penyu sekarang ni!
Dear Uncle,
My youngest daughter is really crazy with anything at all about Japan. Food. Songs. Films. She always dream of going to Japan one day. She even learn to speak Japanese using internet!! She is mad with me when I told her to read your entries about your kids going holiday to Japan! She's kind of jealous..perhaps one day I can make a trip to Japan!! She said that Marina is very lucky to be able to go to Japan.. back home to see her granny.
Dear KN.
Bagus kalau dia jealous, bakar semangat dia untuk sambung belajar kat sana. Ramai Malaysians yang dah balik dari Jepun doing very well. Ask her to go to Japan Cultural Centre website or Japan Embassy website and search for study opportunities there. All scholarships are only advertise in these 2 websites. That includes the "MOMBUSHO" which was initiated by Tun Mahathir. Japanese classes are aplenty in KL. Good luck!
Dear Uncle,
Thank you so much. I shall tell her so.
BTW, are your kids back in Malaysia already? School gonna starts on Monday.
Dear KN.
Masa saya tengah taip ni, depa tengah dalam flight. Semua muka senget sebab tak nak balik...kalau anak KN suka JDrama, go to www.mysoju.com good movies by category. Beratus2 drama dan film ada. Enjoy and learn from there! Good luck!
TQ uncle. Oh...dlm flight ya..esok sehari depa rehatlah...jetlag...whatever...
Depa baru sampai rumah. Tadi aunty called!
kidzania..woh, ada tmpt mcm ni kat sana ottosan...syoknya..ni yg org dewasa mcm saya ni nak jd budak blk nie...(dewasa ke???...sy rasa sy budak2 lg..huhuhu)
Dear Siti Tanjung.
Memang best kat sana sebab apa-apa yang depa buat semuanya in detail. Kalau ada duit belen teringin nak pi sana December nanti. Winter in Tokyo!
Catat Ulasan