Selasa, Januari 12, 2010

1980

(marina pakai lipstick Cornetto!)

(marina dan teman-teman sepupu, geng horey-horey!)

(aku jumpa rumah ni kat tengah KL!)

(aku dah terbayang rumah pencen aku nanti..)

(sihat ke ni? next month aku janji, masuk gym balik!)

Last Sunday aku bawak Abang dan Yuya menonton cerita Avatar. Ala...panggung kan ada kat tepi rumah aku! Pagi beli tiket siap-siap sebab aku malas nak beratur masa nak tengok wayang. Aunty yang belikan. Aku tunggu dalam kereta. Lepas beli tiket, aku fetched abang dan yuya untuk dihantar ke padang untuk training bola. Sponsor masih lagi CIMB dan kata Coach Radha mungkin tahun ni akan ditambah sponsorship sebab kejayaan tahun lepas. Memang banyak tournament yang depa menang. Commitment daripada coaches dan ibubapa sangatlah menakjubkan. Seronok aku tengok mak-bapak kat tepi padang, macam nak pergi berkelah kat Port Dickson! Aku dulu masa main bola, mama pun tunggu jugak, tapi tunggu dengan rotan! Lepas main bola, aku berlari lagi laju sebab takut mama hambat...heh3...ada sekali tu aku dilantik untuk membaca ikrar sukan untuk Majlis Sukan Daerah Kota Setar di Stadium Darulaman, tahun 1980. Malam tu aku pesan kat mama suruh hantar ke College Sultan Abdul Hamid sebelum kami ramai-ramai naik bas sekolah yang dah disewa untuk ke stadium Darulaman. Sebelum tidur malam, aku dok menghafal ikrar sukan kat dalam kelambu di rumah Pong. Masa tengah hafal, mama masuk...alamak....aku cuma sempat hafal "....kami berikrar...". Malam tu jugak 10 kali aku pergi toilet nak menghafal sampai habis...sambil tulis sikit kat tangan kanan. Tangan kiri tak boleh tulis sebab nanti aku nak angkat tangan, takut tak nampak! Heh3...aku cakap kat mama ada tuition kat sekolah Iskandar. Mama hantar aku sampai kat gate college. Dulu ada apek jual air kat tepi pintu tu...bila sampai kat pintu college, aku berdesup keluar kereta. Mama hairan tengok semua pakai singlet ada nombor......ni tuition apa ni? Heh3...aku dah agak bila balik nanti, aku pulak akan kena tembak, macam marshall tembak masa budak-budak nak berlari.....

Aku masuk acara 4X100 meter dan macam biasa, kepala penyamun mesti jadi anchor! Maksudnya aku pelari yang last...kami warm up kat belakang stadium...lari sana, lari sini, macam hamster terlepas kandang! First time pakai kasut ada paku @ spike brand Apollo kaler putih stripe biru...Adidas tu.....lepas warm up betis aku perit...tengok-tengok, betis dah berbirat kena paku kasut! Heran sungguh...macamana boleh kena kaki aku? Bila aku tanya kat Rabuan Pit, dia kata masa dia kecik pun serupa jugak....heh3...kalau RP pun macam tu, kira aku ni pun terra jugaklah....

Masa aku masuk track, aku tengok salah sorang penjaga balapan kat line aku tu rupa-rupanya pakcik aku....dia pegang bendera. Pakcik aku ni cikgu sukan. Nama dia Cikgu Ibrahim Ahmad. Adik pada arwah bapak aku, Ali Ahmad! Pakcik Ein duduk kat Taman Uda. Ada aku cerita dulu yang anak dia nama Shaun la ni jadi drebar MAS! Aku tengok Pakcik Ein, Pakcik Ein tengok aku...habislah...mesti report kat mama ni....actually aku lagi takut kat mama daripada arwah bapak! Bila pelari pertama start, aku dah kecut....dia pass baton kat pelari kedua. Pelari kedua pecut laju....sampai kat selekoh, dia pass baton kat pelari nombor 3....pelari nombor 3 cilok 2 orang. Jadi kami sekolah Iskandar masa tu dalam kedudukan nombor 3 dari 7 sekolah...aku kecut....baton sampai kat aku. Masih kedudukan nombor 3. Masa aku genggam baton dan tengah pecut, aku nampak muka Pakcik Ein dengan misai melintang dia macam dok hambat aku dari belakang dengan rotan. Aku pecut laju. Potong Sekolah Abdul Halim. La ni aku di tempat ke 2.....aku pecut lagi...terbayang muka mama pulak dok hambat aku dari belakang pakai kain batik jawa! Tangan dok pegang ranting sambil dok hambat aku.....aku pecut lagi dan sekali ni tinggal lagi 10 meter nak sampai dan pecutan aku yang last dalam keadaan takut kan mama, aku terpotong Rozi. Budak sekolah Derga....2 meter lagi nak sampai, kepala aku dah sampai dulu....pergh...aku menang! Aku menang! Masa aku naik stage ambik hadiah, mata aku dok loq-liaq...loq-liaq dok tengok kiri kanan....kalau-kalau orang yang sarungkan medal tu actually MAMA!!!!!!!

30 ulasan:

Mak Aji berkata...

As'sallamualaikum Uncleeeeeeee

Dah lama Mak Aji tak menyibuk kat blog uncle heh3. Uncle apa habaq, Mama apa habaq, semua2 family uncle apa habaq :)

Alhamdulillah kengkawan Uncle berjaya dengan usaha gigih. Uncle apa kurangnya. Dok melintas sana sini gak :) Kejayaan Uncle lain dari orang lain. Uncle dapat keja kat Makkah, sekali gus dapat meningkatkan kerjaya untuk kebahagian dunia dan menambah bekalan untuk kebahagian akhirat.

Kakcik Seroja berkata...

Aduhai.... tergigil2 kakcik gelak dalam senyap baca catatan ini.. :)

catz berkata...

salam uncle,

mengenai langkawi..
bagi saya langkawi is a perfect vacation destinantion.
beach,laut, kable car, geopark, historical places, food, hotel banyak choice, shopping!
uncle pi dgn family ke?
byk sgt pilihan hotel...of koz nak duk kat beach kan..maybe area cenang or pantai dekat2 situ. dari chalet ke 5 star hotels adalah sgt byk. maybe leh surf frangipani resorts hotel. tempat cantik.
saya pernah stay beberapa hotel di sana, kat town kuah / beach.
better stay kat beach...

tentuk anak2 uncle suka suki..kuar bilik je terus leh mandi laut.
cable car, island hopping, makam mahsuri, dll. menarik sgt. makan pun besttttttttttt sgt! saya ada buat beberapa entry dlm blog lama saya tmpt2 menarik dan makan place di sana yg saya dah try. restoran wan thai jgn lupa.
:)
bila nak pegi ni?
kalau nak book kereta, lebih baik book awal and bargain for best price.

azieazah berkata...

UNCLE...
sungguh manis pengalaman Uncle.. sungguh indah terkenang saat-saat begitu. Bukan sahaja kemenangan, tapi orang yang menjadikan Uncle seorang yang menang...

Betapa besar makna mereka dalam kehidupan mereka, kan?

Dan hari ini, Uncle cuma perlu lari sana sini untuk menjaga kejayaan itu...

Seronok saya membaca kisah kenangan Uncle..

rezeki berkata...

salam uncle

tu gmbr marina yg comel pakai lipstick cornetto, mana gmbr paknya he he he kan masa makan tu sesama

sedap pulak tgk karipap tu

mama ju berkata...

Salam Uncle

Dah makan tengahari ke?

Wah nampaknya dari kecik dah hebat!Dah dewasa ni bukan main lagi le..

Hari ni mama macam mana?

Bila balik ke sana?bye

Tanpa Nama berkata...

dh tu pa pnyudah cita ni ankel..
kene piap betih ngn mama ka @ dh kawtim seksiap ngn chik ein..?? ahiksss..

kucingorengemok berkata...

haihh, bila nak teyyy ye? jauh lah, uncle... lagipun minum teh/kopi byk nanti gastrik, heheh

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

kakakaka.. ini part paling best pernah saya baca! hahaha..

memang klaka abiss!~ cayyalah bos penyamun!

PINATBATE berkata...

hahah! lawak!
cemas baca cerita ni...macam saya pulak yg berlari kena kejar..

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Saya sihat dan begitu jugak dengan family, alhamdulillah. On mama, mama macam tu jugak. Belum sihat lagi. Siang dia tidur tapi malam dia jalan pi balik2 dalam rumah dan selalu suruh suap makan dan buat susu. Kesudahannya, kami semua tak tidur setiap malam...nasib baik saya tengah cuti!

Uncle berkata...

Dear Kakcik.
Bukan Kakcik saja yang dok gelak, saya yang dok tulis pun boleh gelak sama. Nama coach saya dah lupa pulak! Kalau tidak, boleh masuk sekali....masa tu ada jugak dapat surat dari budak2 sekolah Sultanah Asma...heh3...syyy jangan bagitahu aunty!

Uncle berkata...

Dear Catz.
Thanks for the infos. Akan Uncle pergunakan...kalau jadi mungkin end of next week kot....tak sabar ni...dah lebih 25 tahun tak sampai sana. Tapi sekali ni pergi sorang dulu!

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Memang semua yang Uncle sebutkan tu adalah penyumbang kepada kejayaan Uncle yang tak seberapa ni...Pakcik Ein masih ada di Taman Uda melayan cucu2 dia la ni....lama Uncle tak jumpa dia!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Pak Marina cuma dreba, tukang beli aiskrim....dan kalau duduk hotel, Pak Marina jugaklah yang selalu tidur kat lantai....anak-anak semua horey2 atas tilam empuk! Apalah nasib!

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Hebat kena "priap" dengan mama! Heh3...

Uncle berkata...

Dear UP.
Kesudahan dia, mama bangga anak dia dapat nombor 1 dari depan lumba lari tapi tak bangga bila anak dia memanjang dapat nombor 1 dari belakang bila periksa! Heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Biasalah tu.....anyway, esok Uncle akan ada di IKBN Alor Gajah untuk memberi ceramah pasal Hospitality pada tenaga2 pengajar IKBN katanya berjumlah 200 orang selama 2 hari sampai Friday.....lepas tu mungkin ke negeri2 lain pulak untuk bagi ceramah lagi...

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Gelak yea.....kepala penyamun kena hambat, gelak yea.....takpa2....nanti KP bagi "starlight" sebijik! Heh3...PUAS!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Memang seronok bila ingatkan masa tu. Uncle sendiri pun dok mengekek gelak tak habis 2 hari 1 malam!

catz berkata...

kalau pi sorang, sewa motor pun boleh..hehhehehe.
carik chalet kat cenang. beranginnn je..nak mkn pun senang.

ibnu yusof berkata...

assalamualaikum...ape kabo uncle?lame x jumpe uncle rindu pulak rasenye...bile lagi nak datang makkah nak pekena teh tarik ni...

crite mmg bes lah uncle...mmg boleh praktikkan crite uncle ni kalau nak masuk lumbe lari...hahaha

Uncle berkata...

Dear Catz.
Satu cadangan yang sungguh bernas! Akan cuba Uncle praktikkan....sewa moto? what a brilliant idea....thanks!

Uncle berkata...

Dear IY.
Uncle sihat...makan cukup, semua cukup. InsyAllah kalau ada rezeki, kita akan jumpa lagi disana....budak2 lain sihat?

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Ha ha ha ... selalu suspens baca cerita uncle!!

Take care! Makan jangan tak makan....kah2.

Mak Aji berkata...

Uncle, hehehehe Mak aji dapat bayangkan betapa kecut nya perut Uncle masa tu, tak berani angkat muka kat Mama. Mesti meleleh ayak mata kena libah.

Sorry Uncle ye! saja nak usik Uncle pepagi nih.

Minum Teh ngan kueh saja ka! Rugi balik M'sia tak makan Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, heh3.

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang saya pun saspen hari tu. Tu yang lari laju sangat tu! Medal yang menang tu entah mana dah la ni...cari2 tak jumpa jugak!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Jangan jeles...semalam kami jogging lagi kat KLCC Park. Dua orang saja...sampai hujan! Saya pergi dengan motor, aunty straight dgn kereta dari office dia. Dapatlah 2 round park tu sebelum hujan turun....heh3....dating kat KLCC Park pulak dah! Nasib baik tak kena tangkap!!!

Mak Aji berkata...

Uncle, kalau kena tangkap pun tak pa, uncle pun memang dah basah heh3. Wet Catch "tangkap basah" hehehehe.

Mak Aji joging gak lepas opis. Dari jam 8:00 sampai 9:00 malam. Tapi kat dapur ngan periuk belanga. Sebab tu le semangkin hari semangkin kembang hehhehe.

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Kelakar pulak bila dengar "wet catch" tu....err, kalau kena tangkap, saya tak tahu nak tunjuk apa sebab kad sampai la ni tak dapat lagi. Surat nikah pun tak pernah bawak pergi jogging!

Ala...Mak Aji kembang manis.....takpa...ala-ala kembang semangkuk! Heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...