(dalam dewan ceramah)
(adik-adik tengah berkawat)
(depa ni lah harapan aku, harapan bangsa dan jugak harapan negara!)
(different angle..actually aku lupa ni kat mana! Heh3...)
(Asam Pedas Hajah Mona.....hingga menjilat kaki ni!)
(10 langkah dari bilik aku)
(sangat tenang kalau melepak kat sini petang-petang sambil main "chap teyy" dan menghirup "teyy")
(tengah2 antara 2 deret bilik2)
(bilik kepala penyamun yang tersangatlah ganas!)
(2 jejaka lara tengah main gitar sambil nyanyi lagu "widuri")
Seperti yang aku ceritakan pasal hasrat aku yang sedikit demi sedikit menampakkan peningkatan dan seperti yang dijanjikan, wakil dari Kementerian datang menjemput aku tepat pada waktu yang dijanjikan. Semangat aku berkobar-kobar nak ke AG. Malam sebelumnya aku dah terbayang wajah adik-adik yang mahukan informasi terkini berkenaan dengan bidang perhotelan. Program yang diberikan pada aku sangatlah padat.
Kami bertolak pada pukul 2 petang dari rumah aku untuk ke AG melalui lebuhraya Utara Selatan. Membelok di Simpang Tol AG, aku terus hilang....tak tahu mana hala tuju. Sama macam masa depan aku lagi! Heh3...jalan sempit kampung membuatkan aku rasa begitu dekat dengan suasana harmoni ala-ala kumpulan Harmoni! Lama rasanya aku dok mencari pusat tu. Last-last kami sampai jugak. Bangunan yang moden, suasana yang kondusif untuk pembelajaran adik-adik dan persekitaran yang bersih membuatkan aku terbayang betapa beruntungnya adik-adik kita la ni. Aku terus berjumpa dengan Head of Hospitality School. Sempat ronda-ronda ke kitchen, dining hall, restaurant dan function rooms. Wah...hebat sekali prasarana! HOHS bagi penerangan kat aku serba brief. Aku faham dan cuba relatekan dengan topik-topik yang akan aku utarakan nanti pada hari Khamis.
Lepas pada tu depa usung aku ke hotel penginapan. Aku tanya depa kat mana kita nak duduk? Depa kata kat Shah Beach Motel. Alamak....ok ni...Hotel very basic. Tak ada apa yang boleh dijadikan "wow" factor. Tapi cukuplah untuk aku yang dah biasa tidur dalam khemah bocor kat Ulu Yam tahun 1984, khemah tumbang kat Batu Feringgi tahun 1985 dan sleeping bag kat stesen keretapi di Florence, Itali tahun 1994!
Malam tu kami makan malam kat Hajah Mona Asam Pedas. Depa makan asam pedas ikan pari dan asam pedas ikan kembong. Aku pulak yang tak tahu nak makan apa, order Chawan Mushi dengan Dobin Mushi dan Tempura Soba...tapi Hajah Mona kata, "hang gila ka?" Last-last aku order asam pedas ikan tenggiri...Hajah Mona kata, "huh...yang ni betul nak....". Aku yang tak berapa minat sangat dengan asam pedas dah mula menjadi peminat setia...kuah asam pedas, aku dah hirup macam sup tulang! Apek sebelah meja aku tengok sambil senyum-senyum....nasib baik aku hirup asam pedas aku. Kalau aku hirup asam pedas dia?
Lepas tu kami balik menyusuri jalan kat Tengkera. Sangat nostalgia jalan tu. Selalu aku pergi sana dulu sebab nak mandi laut dengan harapan laut kat sana tak banyak lumpur. Tapi "lamunan ku terhenti" sebab laut kat situ pun sama dengan laut kat Henry Gurney Telok Mas jugak...banyak lumpur! Banyak apartment dan kondominium dikiri dan kanan jalan. Amboi Melaka......
Malam tu aku duduk kat beranda sambil buat sikit homework untuk ceramah aku esok. Tak sabar nak jumpa adik-adik semua dan berkongsi pengalaman cetek lagi memesongkan tu! Heh3....aku tanya kat pegawai yang datang sama dengan aku. Sapa yang attend esok? Katanya yang datang esok selama 2 hari berceramah adalah tenaga-tenaga pengajar daripada Dusun Tua, IKBN Alor Gajah, IKBN Kelantan dan IKBN Miri, Sarawak...Mak aiii...jauhnya depa mai nak dengar cerita dongeng aku! Lepas tu, aku akan juga berjumpa dengan adik-adik aku yang lain-lain....Horey!
Angin memang sedap kalau duduk kat beranda tu. Bunyi laut lagi...pergh...rasa macam dok baca puisi Siti Zainon Ismail! Kena pulak kopi O secewen! Wah...kelllaaassssss macam orang kaya-kaya.....kalau tutup pintu pun boleh dengar lagi air laut...bayangkan betapa bestnya bilik aku...yang aku takut kalau-kalau esok pagi aku bangun, aku dah ada kat tengah laut! Part tu aku ngeri sikit...Lepas sembahyang Isyak, aku belek paper, tengok drama melayu yang aku dah lupa tajuk, aku terlelap terus.......
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
25 ulasan:
salam uncle
selamat berhari minggu he he
part yg buat saya tergelak
Apek sebelah meja aku tengok sambil senyum-senyum....nasib baik aku hirup asam pedas aku. Kalau aku hirup asam pedas dia?
lepas ni boleh boleh panggil uncle cikgu, cikgu besau hi hi
teruskan perjuangan uncle yg baru bermula dlm membantu anak bangsa kita , insyallah
Salam Uncle,
Semoga niat ikhlas uncle nak bantu anak2 kita semua akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
uncle datang melaka lambat skitlaa.klu x coleh sy bawa naik i on malaysia.alra yg roda berpusing2 2.kat bandar hilir.sekarang benda 2 dh x boleh jalan.kene sita.
Dear Rezeki.
Memang real apek sebelah tu....dia siap mintak nasi tambah...eh janganlah panggil cikgu...sebab nanti cikgu sabaruddin terkejut nanti....heh3...anyway, you take care...mimpilah SA tu!
Dear KN.
Thanks...doa dan semangat dari fellow bloggers amatlah dialu-alukan untuk saya bertambah semangat....
Dear PM.
Patutlah nampak ada kat situ! Tapi dari kejauhanlah....actually dari Hajah Mona pun boleh nampak. Kellasssss Hajah Mona! Uncle pernah naik kat Titiwangsa dulu. Ngeri whoooo!
ujung bln nnt ankel ada kt mana plk..??
igt nk p umah ankel dgn qaseh.. lg pn nxt month chek xddk k.l dh..
laut melaka dah makin jauh....
apataknya asyik tambak jer huhuhu
Dear UP.
Uncle ada kat rumah saja ujung bulan nanti. Tak pu mana pun. Mai la rumah...Pet pon dah tao Uncle dok tang mana kan....jangan lupa bawak Qaseh sekali!
Dear Khairyn.
Uncle ingat lagi lepas sekolah kat Bandar Hilir dulu, Uncle selalu main baling-baling batu kat laut depan dataran Pahlawan...sekarang kalau baling batu, mahu pecah tingkap kereta orang...dah ada Mahkota Parade!
Salam UNCLE..
Saya pun teruja nak dengar citer dongeng UNCLE. Mesti best kan? Ada citer fairy tales tak? hehhee..
Selamat berjuang UNCLE...!
Nanti citerkan lagi pengalaman tu semua yerrr..
betullah uncle.. tak boleh baling batu sesuka hati. Laut semakin jauh..
Assallamualaikum Uncle
Tengok bebudak tu, anak2 melayu kita yang masih tercari2 arah tuju masa depan. Kesian ek! uncle. Dia orang tu macam anak2 kita gak. Ini hari dia orang, esok lusa anak2 kita lak.
Usaha murni kerajaan menubuhkan IKBN tersangatlah disanjung tinggi. Biasanya bebudak yang masuk kat sini, dah tak diterima oleh IPTA. Kalau dibiarkan, apa nak jadi. Mudahan2 displin ala2 tentera IKBN dapat membentuk anak2 tadi kekuatan fizikal dan spiritual seterusnya memperolehi masa depan yang cemerlang.
Uncle pun sebagai penceramah yang murni akan dikurniakan rezeki yang melimpah .. Insya'Allah.
Salam uncle....
moga2 hasrat murni uncle akn tcapai.. insyllh,kalo perlukn bantuan marilh kita bgabung.andailah dpt pekara nie dilebarluaskn ke Sbh n Srwk lg best.ramai muda mudi yg tercicir kat sana....
sambung ankel. jangan tak sambung.. lg best kalo dapat tahu apa yang ankel kelentong kat depa semua tuh. haahaha.. mesti semua bersemangat! hahahaha.. tahniah ankel. teruskan perjuangan penyamun kita!
Dear Azieazah.
Apa yang Azieazah dok baca selama ni dongeng la tu...heh3...fairy tales? Nanti Uncle pikirkan...rasanya ada kot!
Dear Laalaa.
Laalaa pun orang melaka ka? Batu Berendam? Tangga Batu? Alah...Uncle tahu semua tempat tu...btw, kat pasar AG ada satu tempat cucoq udang power....dah rasa?
Dear Mak Aji.
Memang Mak Aji sangat arif. IKBN adalah pusat untuk anak-anak bangsa menimba ilmu. Tapi depa kemana lepas tu? Seronok bila saya nampak ada adik-adik berbangsa Tionghua menegur saya, "...selamat petang encik...". That's what we want. Gagasan 1Malaysia yang berjaya!
Dear Nas.
They have one center in Miri. 4 orang dari Miri datang tempohari untuk mendengar cerita2 dongeng Uncle....
Either this week or next i'll call you and we'll meet up kat rtm!
Dear Lotfi (Penyamun Koperal!)
Uncle akan sambung lagi. Itu sudah mesti....Lotfi pun kerja rajin2....jangan sampai "merah", malu kepala penyamun nanti! Kepala Penyamun tak pernah merah selama lebih 20 tahun ni....kerjalah dengan ikhlas dan berwawasan...set a goal bro!
Uncle, IKBN ni pusat kemahiran. setakat ni le yang Mak Aji tengok lulusan IKBN boleh buat duit, dengan syarat dia orang rajin dan tak pilih kerja.
Kalau orang lain kerja dalam A/C. Dia orang kerja panas melekit, berpeluh2, baiki kereta, motor, wiring letrik, plumbing & memacam lagi le.
Kerja yang tak glamor tapi berkat. Pendapatan yang diperolehi betul2 hasil dari titik2 peluh:)
Dear Mak Aji.
Memang depa ni mahir dalam bidang masing2. Yang depa perlukan adalah "kita" yang mungkin dapat membantu memberi dorongan dan jalan kepada depa untuk berjaya...melalui nilai2 murni dan positive....semoga Allah berikan jalan untuk depa ni, adik2 kita...
Salam uncle,
wah... mmg hebat uncle nih... sentiasa menyemarakkan semngat orang... teruskan teruskan, semoga sukses selalu
dah 2 ari masuk sini nak tinggalkan komen asyik tak jadi jek, sorry uncle:-)
uncle balik malaysia schedule full saja no
seronok dapat buat talk untuk dia orang ni. kenal lak ngan kawan2 lama. uncle ni macam batch yengko Koleq aaaa. semangat setia marvelles!!!!!!!
cakap pasal melaka nih...saya baru je pegi kat asam pedas hjh mona 2/3 minggu lepas. OK rasa dan ramai sesak orang. Susah cari parking. First time pegi sana sebab biase nye makan kat asam pedas malinja atau pun asam pedas selera kampung.
Pics dah upload so senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe..takde topik lain.
Kalu sudi follow la yer blog saya TQ
Catat Ulasan