Rabu, Januari 20, 2010

Alor Gajah Part 3

(bergambar sebelum habis sessi)

(duduk dengan pengarah dari kementerian yang datang dari putrajaya untuk buat penutupan)

(group assignment yang kami bagi)

(buat kerja ka dok sembang apa nak masak malam nanti?)

(tekun melaksanakan kerja2 yang aku bagi)

Hari ni merupakan hari terakhir untuk aku bersama-sama dengan adik-adik aku berkongsi cerita merepek dan pengalaman yang tak sebanyak mana. Pagi lepas sarapan terlebih, kami bertolak ke ikbn. Sampai saja, kami sekali lagi disambut oleh Sue dan diusher ke VIP Lounge untuk sekali lagi bersarapan. Pipi aku dah rasa tembam, setembam karipap ubi yang aku makan 2 ketul....perut aku dah rasa berlapis sama macam kuih lapis yang aku bedal 3 ketul! Teyy tarik terasa sungguh manis semanis senyuman aku...heh3...

Pagi ni aku bagi latihan berkumpulan. Alamak, biar betul ni...dulu aku yang attend training-training macam ni tapi sekarang aku pulak yang bagi? Biar betul! Depa dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan 5 tajuk yang berbeza yang mana masih berpaksikan kepada bidang perhotelan. Macamana nak improve kan bidang tersebut. Lepas pada tu setiap ketua kumpulan akan membuat "presentation" didepan orang ramai. Ni penting untuk "public speaking" adik-adik. Aku tahu yang tak semua orang boleh buat tapi depa berjaya melaksanakan tugas depa dengan baik walaupun cara depa berdiri agak statik, intonasi suara agak perlahan dan percakapan seperti membaca teks, eye contact cuma pada satu arah sahaja. Takpa aihhh...nanti adik-adik pandailah...semua ni penting sebab nanti adik-adik semua nak bercakap didepan para pekerja adik-adik. Walaupun briefing tu cuma ada 7-8 orang tapi bukan semua orang boleh bagi briefing yang effective. Takpa....take your time....aku pun bukannya ambik masa singkat untuk confident bercakap....more than 20 years aku dok bercakap sorang-sorang...especially atas motor aku masa tunggu lampu merah tukar ke hijau kat simpang ampang point tu! Heh3...selain daripada tu aku pun ada practise cakap talipon berjam-jam masa tengah "teman tapi mesra" dengan aunty dulu.....heh3....

Lepas selesai, orang kuat kementerian datang dan buat penutupan dan ucapkan terimakasih kat aku. Alamak, apasal dia cakap terimakasih kat aku? Patutnya aku lah yang cakap kat depa sebab depa yang jemput aku! Program yang berjalan lebih kurang 2-3 hari tu berakhir dengan cemerlang...aku rasalah! Depa mungkin tak rasa kot!

Alhamdulillah.....semuanya dah berjaya aku laksanakan. Aku harap dan berdoa agar adik-adik akan mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada cerita dongeng aku selama aku kat AG tempohari. Kepada Churemi dan Hafiz, kita akan jumpa lagi.....pada Min, terimakasih sebab bawak aku pergi makan kat Hajah Mona....pada Baharil, anda sangat-sangatlah membantu dan semoga semua yang aku sebutkan dan terlupa nak sebut akan sentiasa berjaya didalam karier masing-masing....

Dalam perjalanan balik ke KL aku sempat hantar message ke "orang penting" dan bagitahu yang program telah selesai.....surprisingly, dia reply aku dan jawab, "Well Done!"

16 ulasan:

azieazah berkata...

Salam UNCLE... ya Well Done..!
nak bagi standing ovation la kat UNCLE..

Tahniah atas usaha pertama yang pasti akan disusuli dgn langkah2 seterusnya.. (teringin lak nak jadi salah seorang peserta – dapat belajar skill bercakap pun jaadi laa).

Mungkin bagi setengah pihak itu program biasa, tapi saya yakin itu kejayaan peribadi UNCLE sendiri..

Semoga apa yang dicurahkan akan dimanfaatkan. Ilmu yang dikongsi tidak akan sekali-kali mengurangkan ilmu yang UNCLE ada.. malah selagi digunakan orang, pahalanya melimpah untuk UNCLE...

Sekali lagi, Tahniahhh...! we’re proud of you, UNCLE..

Ibu n Abah berkata...

uncle,
alhamdulillah...
dalam masa cuti uncle yg dah tinggal sikit pun uncle sudi meluangkan masa mencurah ilmu buat anak bangsa.. itu memang depa patut ucap terima kaseh dan 'well done' buat uncle...

rezeki berkata...

salam uncle

alhamdulillah, bermula satu part baru dlm "satu perjalanan hidup" sebagai mativator

semua pengalaman yg uncle kutip dulu sebenarnya sangat berguna pada adik2 tu dan uncle tak lokek utk berkongsi dgn mereka.

ilmu yang bermanafaat, insyallah bukan saja pulangan di dunia malah diakhirat kelak

teruskan uncle, ini baru permulaan.

tahniah bro

PermataMutiara berkata...

salam uncle.
Kalau uncle datang melaka lagi bg tahu lah.
Boleh blanja uncle ikan bakar umbai..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

KN ucapkan setinggi2 tahniah kpd uncle! Well done! syabas! good job! bravo! keep it up...i am proud of you...etc. Akhirnya, hajat di hati uncle termakbul. mudah2an ini merupakan projek perintis uncle dlm menuju kejayaan yang lebih cemerlang. sama2 kita berdoa kpd Allah SWT. Eh, uncle balik ke Makkah bila? Ke, ada plan B??

Ms. Legolas berkata...

Dear Uncle,
WELL DONE...semoga terus berjaya..

regards,
Ms.L

p/s
teringin nak melawat mama Uncle
n see your family again,
Uncle & Wakana ada di rumah tak 30 Jan ni?

Uncle berkata...

Dear Aziezah.
Alamak...standing ovation? Terasa macam Aizat dalam AJL pulak! Heh3...memang yang ni adalah merupakan "personal achievement" untuk diri sendiri. Tak pernah Uncle buat kerja2 yang macam ni....kalau attend training tu rasanya dah beratus2 training yang Uncle dah attend, didalam dan luar negara. Again....this is untuk adik-adik semua dan untuk kemajuan para belia kita! Yay!

Uncle berkata...

Dear Ibu N Abah.
Memang cuti dah tinggal 2 belah tangan kalau nak dikirakan....takpa...untuk pembangunan adik-adik, masa yang singkat ni Uncle rasa masih ada masa untuk diperuntukkan untuk depa..

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Betul tu...ini hanyalah permulaan Uncle untuk membantu. Banyak lagi perancangan yang dok bermain dalam kepala otak uncle ni...semoga semuanya mendapat lampu hijau dan kebenaran untuk Uncle berkongsi pengalaman!

Uncle berkata...

Dear PM.
Apakata kita try kat Muara Duyung pulak? Dulu masa Uncle kat Melaka, Duyung tu macam hutan...dan yang ada cuma sungai yang dah letih...nampak gayanya la ni dah meriah. Tahniah pada pentadbir negeri yang bertungkus-lumus cuba memajukan negeri Melaka...

Uncle berkata...

Dear KN.
Plan B? Belum ada lagi....saya cuma nak habiskan masa dengan mama dulu. Mama sekarang sangat kurang "berdaya saing....". Tak kena rasanya kalau nak tinggalkan mama sekarang...

Uncle berkata...

Dear Ms L.
InsyAllah kita akan jumpa lagi. 30/1 tu Uncle belum pasti samada masih di KL ataupun tidak. Let's get in touch!

Mak Aji berkata...

Well done uncle. Alhamdulillah. Tengok wajah2 dia orang tu nampak puas hati dengan class yang diberikan oleh uncle.

Insya'Allah lepas nih uncle akan dijemput lagi ke serata IKBN dalam Malaysia nih.

Rumah Mak Aji dekat dengan IKBN Dusun Tua Hulu Langat :)

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Mintak2 depa dapatlah manfaat sikit daripada apa yang Uncle dok cerita kat depa...kalau depa panggil lagi, insyallah Uncle akan sampai..

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

syabas kepala! eh, takkan nak panggil kepala kan? tak intonasi langsung.wakakakaka..

apapun, memang syabas layak diucapkan pada ankel kerana berjaya berkongsi pengalaman dengan adik2. dan saya rasa pengalaman itu sangat berharga serta mahal. selayaknya terima kasih diucapkan!

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Terimaksih Uncle ucapkan kerana selalu menyokong Uncle walaupun Uncle selalunya menyesatkan...heh3...jaga diri baik2...kerja baik2....jaga isteri dan anak baik2...jangan lupa jadi penyamun yang baik2 jugak! Itu arahan tuh!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...