Jumaat, Januari 22, 2010

L.E.A.R.N

(buku baru yang aku belum start baca lagi...thanks to Karen for her generosity!)

(aku baru start baca buku ni)

(memang seronok baca buku ni...Rubina Ali)

(budak yang paling manja dengan aunty)

(seronoknya jadi budak)

(apa lah yang ada dalam kepala otak budak ni...)

Amboi 2-3 hari ni panas sungguh cuaca. Aku pun dah malas nak keluar rumah. Tapi disebabkan beberapa perkara yang aku terpaksa buat, maka aku terpaksa jugak keluar untuk selesai beberapa persoalan tu. Semalam aku ke pejabat sponsor aku di Cheras. Lama sungguh aku tak kesana. Dulu masa depa kat KL boleh katakan tiap-tiap bulan aku pi jumpa depa. Selain daripada membuat pembayaran kat situ, aku jugak lebih gemar kalau dapat berjumpa depa demi untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim. Puan W dah lama aku tak jumpa. Bertahun lah jugak aku rasa. Panjang kami bersembang. Aku terkejut sungguh bila Puan W bagitahu yang dia pun baca blog aku...heh3....begitu jugak dengan 2 lagi Puan-Puan yang ada kat pejabat tu. Alamak....malunya aku! InsyAllah panjang umur kita berjumpa lagi. Terimakasih diucapkan kepada depa yang sanggup melayan aku walaupun aku tak buat appointment.

Tadi aku pergi ke BMO nak ambik baju melayu aku. Semuanya nampak ok tapi malangnya, baju aku depa dah tersalah buat, aku nak yang berkolar tapi depa buat yang tak berkolar! Depa janji esok petang siap...hopefully siap. Kalau tak siap.....siaplah depa! Budak perempuan tu dengan sopannya, apologise kat aku dan straight away mintak tolong tukang jahit dia buat secepat mungkin. Yang tu aku suka. Ada urgency kat situ. In fact both girls tu apologised profusely kat aku. Aku daripada nak marah terus tak jadi marah. Macam tulah kerja aku kat hotel pun. Kalau ada guests complaint, aku kena dengar betul-betul dan cuba fixkan masalah guests secepat mungkin. Pelanggan tak mahu tunggu lama-lama. Malangnya sesetengah kedai ataupun hotel mengambil sikap lepas tangan dan tak mengendahkan komen-komen daripada pelanggan. Bagi depa komen-komen tu semua cuma menyesakkan nafas dan menyusahkan kerja depa. Ini salah. Komen-komen tu semua haruslah diambil secara positif dan di selesaikan dengan secepat mungkin. Adik-adik ambik ni sebagai pengajaran. Ada aku mentioned masa di AG dulu. Bila guests complaint, pendekatan L.E.A.R.N haruslah diguna-pakai. L untuk Listen. Adik-adik haruslah mendengar setiap komen-komen yang dilontarkan kepada adik-adik. Tak kiralah samada keras ataupun penggunaan bahasanya agak kasar. Part tu, unfortunately, adik-adik kena dengar betul-betul. E untuk Empathy. Maksudnya, merasai apa yang dia rasa. Katakanlah makanan yang dia order ada rambut kat dalam tu. Sebagai guest yang membayar harga RM25 untuk sepinggan nasi goreng, memang selayaknya dia marah! Cuba kalau-kalau adik berada didalam situasi guest tersebut...apa perasaan adik-adik yang dihidangkan nasi goreng RM25 tiba-tiba masa nak makan ada 2-3 helai rambut panjang kat dalam nasi tu! Mesti adik-adik pun naik angin jugak rasanya...A untuk apologise....selepas adik-adik mendengar dengan simpati, hendaklah adik-adik memohon maaf kepada guest tu tadi. Sekarang ni, adik yang jaga guest tu. Jadi adik lah orang pertama yang harus apologise kat dia sebelum Manager datang dan apologise. R untuk react. Bertindak balas dengan cara menulis komen-komen yang adik-adik dapat tadi keatas buku nota supaya adik-adik tak lupa. N untuk notify. Bermaksud, memberitahu kepada orang atasan tentang masalah tadi supaya tindakan segera dapat diambil.

Sekarang hujan lebat pulak kat luar. Abang dah berlari keluar sebab Cikgu Mat nak datang jemput pergi sekolah untuk main bola pulak. Itu untuk sekolah. Esok Abang ada game di Astaka PJ dan game tu merupakan game terakhir untuk Kelab YFA-CIMB finalisekan pasukan untuk bertanding pada Piala Sultan Ahmad Shah nanti. Tournament tu akan berakhir pada bulan 6 nanti! Itu untuk Kelab pulak. Adohai...Abang, UPSR tahun ni....jangan buat mama dengan papa heart attack sudahlah yea!

Esok sebenarnya nak pergi lunch kat TOMOE di Subang Jaya tapi pagi tadi Yuya bagitahu yang esok ada sekolah gantilah pulak! Jadi esok, apa aku kena buat? Esok pagi hantar abang pergi sekolah. Pukul 2 hantar Abang lawan bola kat PJ. Then petang, Yuya pulak pergi sekolah...memang confirm aku drebar!

Sebelum sembahyang Jumaat tadi aku tanya Yuya, malam ni nak ajak sapa tengok wayang kat MBO? Yuya cakap dia nak ajak Rafiq. Classmate dia yang kebetulan duduk satu block dengan aku. Aku ground floor dan dia on the 2nd floor. Jadi, lepas sembahyang Jumaat tadi, aku terus pergi ke MBO dan beli tiket wayang. Nampak gayanya malam ni akan jadi "Boys Night Out!" Heh3......"Tooth Fairy" here we come!!!!!

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dr jd cekgu kt alor gajah, brtukar jd drebar la pulops.. ahikss..

nightmare in bankok.. andy botts mmg best.. thumbs up..!! 8 out of 10.. all-too-true account tu ankel.. baca cpt.. besttttt.. ahiksss..

Salam sejahtera....... berkata...

macam best je buku slumgirl tu, nanti nak pergi cari lah...

azieazah berkata...

Wahhh best nya... saya suka dengan pendekatan L.E.A.R.N. Uncle tu... sungguh bermanfaat tu.. Thanks

Hmmm.. tengok wayang yerrr...

Esok pun anak-anak saya sekolah ganti juga, dan saya akan duk rumah sensorang gak. Tetiba terasa nak tengok wayang gak...

Zee's Sidekick berkata...

salam.
I,m your silent reader. Nak tanya sikit your opinion. That day we all makan luar kat satu restaurant yg kononnya byk branches kat overseas. My daughter order 1 dish, tapi baru mkn ada rambut. So, I mintak ganti. Lepas tunggu lama, second dish pun I tengok ada rambut jugak. Percaya tak? I bengan gila. Tapi sebab ada anak2, control je. What is the best way to complaint? sebab staff dia indifferent je. I takut diludahkan je our replacement order tu.

Uncle berkata...

Dear UP.
Betul ke Nightmare in Bangkok tu meletup?Nampak gaya malam ni jugak kena start baca....tak boleh tunggu lama-lama...dan buku yang Uncle tengah dok baca la ni kenalah postpone sat...ok, nak keluar pi Ampang Point sat bawak budak2 tengok games dan lepak2 kat kopitiam yang berserabut kat ampang ni...

Uncle berkata...

Dear SS.
Gaya penceritaan is very straight forward. Tdak apa yang special cuma seronok baca pasal Rubina tu saja....hasil pungutan duit dari jualan buku2 tu, setengah dibagi pada Rubina dan setengah dibagi pada charity....so...do buy!

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Samalah kita jadi drebar rupanya! Cerita Tooth Fairy....mmmmmm ok saja lah....tapi budak2 suka!

Uncle berkata...

Dear ZS.
Thanks for reading my blog. You are not a silent reader anymore...heh3...regarding the rambut pulak, it's quite difficult kalau ZS makan di "free standing restaurant". Kalau di hotel, with a little bit of a nada keras, ask for the Manager and explain to him/her. I'm sure they'll do something about it....good luck!

Karen berkata...

Happy Reading. Let me know kalau mau buku lagi.

Uncle berkata...

Dear Karen.Thanks for the offer....I will let you know once completed...err maybe in 4 you know once completed...err maybe in 4 months time kot! Heh3...

kucingorengemok berkata...

uncle, tu nasi goreng $25... kalau nasi goreng $5 perlu marah² ke ye? i think kalau jumpa rambut sehelai i can still close 1 eye, tapi kalau 2-3 helai tak tahu lah...

Uncle berkata...

Dear KOG.
You have the right to complaint. Jangan jadi macam mak aji dan pak aji kita....kalau hotel duduk jauh, depa kata, ni semua dugaan.......kalau makan tak sedap, depa kata, ni semua dugaan......kalau bilik untuk 2 jadi 6 orang, depa kata, ini semua dugaan....last2 jemaah merana sebab depa ingatkan ni semua dugaan......

ms.legolas berkata...

Dear Uncle,
thanks for teach us about LEARN...

Hari tu Ms.L jumpa serangga dlm mee kat kedai mamak..terus tak jd makan..nasib baik Mamak tu tak kenakan bayaran bila Ms.L beritau mee dia ada serangga..moral of the story..kena voice up for our right..


best regards,
ms.L

Uncle berkata...

Dear Ms L.
Yessss, kena voice out.....jangan kata, "..dugaan..."

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...