(salah sorang best friend aku yang dah jadi GM di Dubai)
(Sami dan isteri)
(aku ada 3 ekor kucing kat rumah..)
(tengah tidur tapi tangan dok pegang biskut)
(kesian dia..penat!)
(budak yang selalu buat aku sewel..)
(she's my girl!)
Bukan aku hilang. Bukan aku lari...tapi aku memang berlari kat KLCC Park! Masih lagi berlari kesana dan kemari cuba menyelesaikan beberapa masalah yang masih belum terungkai..2-3 hari lepas aku dapat satu panggilan dari sorang kawan lama aku yang sama-sama menyamun dengan aku masa kami kerja sama-sama dulu di RKL. Sama-sama buat set-up JW Marriott Jakarta, sama-sama pergi ke Shanghai Marriott dan sama-sama tergolek kat Marriott Bangkok dulu...penyamun ni jugaklah yang makan Brahim segera dengan aku kat Shanghai sebab cari makanan halal tak jumpa! Heh3...Penyamun ni Beverage Manager aku dulu kat RKL. Lepas di RKL, dia lintas jalan ke Crown Plaza jadi Fine Dining Manager kat sana for a few years. Bintang dia cerah. Dia lintas jalan ke Impiana Hotel as Asst FB Director. Kemudian menghala ke selatan tanahair dan jadi Director of Convention selama beberapa tahun lagi. Berkat usaha gigih dan tak mengenal penat dan malu, HH naik lagi ke Resort Manager di Sibu Island Resort. Masa dia call aku last few days, dia cakap yang dia akan ke Saudi dan akan jadi lagi besar kat sana. To my dear friend HH, aku tahu yang dia sangat berkemampuan. Punya kebolehan dan kebijaksanaan....insyAllah satu hari nanti kita akan jumpa lagi...we'll cross path....that's for sure. Good luck to you my dear old friend and may Allah be with you!
Beberapa hari lepas jugak aku dapat satu jemputan dari facebook. Penyamun ni dari Tunisia. Penyamun ni lah yang aku dok cari satu dunia tak jumpa-jumpa. Aku masuk ke alumni di Switzerland dan tanya kat Madame Vicari kot-kot dia masih ingatkan budak sorang ni. Madame Vicari reply dan dengan bangganya bagi address kat aku. Aku hantar e-mail dan selang 3 tahun baru dapat reply! Mak aiii...baru aku perasan yang Tunisia tu jauh sungguh! Heh3... Sami Kriaa ni duduk kat sebelah bilik aku dulu. Sami pun sama-sama bertungkus lumus cuba explain kat aku yang 1+1=2 dan bukannya 3! Baru aku tahu....heh3...ni lah kawan aku yang sangat-sangat paham pasal aku. Sebenarnya dia paham yang aku tak berapa paham mathematics dan dia lah yang bersengkang mata sampai kepukul 4 pagi mengajar aku sampai aku suruh dia balik bilik sebab aku dah nak tidur. Dia jugaklah yang janji kat aku nak masak "cous-cous dengan tajine" dan sampai kesudah aku tak dapat rasa! Sami Kriaa dah kahwin dan sekarang dah jadi General Manager di salah sebuah hotel yang ada golf course di Dubai....aku bangga....
Pada adik-adik aku yang aku sayang sekelian...tengoklah kat depa ni. Ni adalah 2 orang contoh kawan aku yang patut kita jadikan tauladan. Depa bermula dari bawah. Orang kata start from scratch...berapa lama depa bertungkus-lumus bekerja dengan rajin dan jujur. Semangat juang depa tinggi. Depa tak pernah mengenal kalah. Depa tak pernah kata yang depa akan gagal kalau tak dapat bantuan. Depa berusaha sendiri. Depa bekerja bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjadi General Manager seperti mana depa hari ni.
Kejayaan adik-adik bukannya boleh direalisasikan overnight. Bukannya berlaku dalam tempoh seminggu-dua, tapi berkat penat-lelah depa bersengkang mata, berkat pengorbanan bekerja keras sewaktu orang seronok bercuti bersama keluarga, berkat kerja dengan ikhlas dan setkan goal.....ingin mengubah masa depan dan ingin merealisasikan impian depa untuk menjadi General Manager. Nah...la ni depa dah dapat apa yang depa nak....pada umur yang tak sampai pun 45 tahun! Aku sangat berbangga dengan depa. Aku pun teringin jugak nak jadi macam depa...insyAllah satu hari nanti. Jangan lupa tolong doakan aku yea...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
12 ulasan:
Salam Uncle....Didoakan moga Uncle terus ke puncak kejayaan...Uncle boleh!
Dear mama Ju.
Terimakasih kerana mendoakan Uncle. insyAllah satu hari nanti semoga Uncle pun berjaya macam depa. Bukan senang nak senang! Semoga Mama Ju pun berjaya dalam apa juga yang Mama Ju lakukan!
Dear Uncle,
Ms.L pun doakan Uncle mencapai
impianmu seperti yg di cita2kan..AFUNDI UNCLE..heh3
eish.. terbayang lak uncle dok nyanyi..
'Menuju puncak..impian di hati...'
Uncle,u ada plan tak nk buka hotel or restorant sendiri?
Dulu uncle ada tulis nk duduk jepun bila dah tua kan..
why not u buka 'ketsaten'...
masa I kat jpn,I suka pergi
ketsaten 1 pasangan wargatua ni..
terasa cam berada di rumah;
very warm & sweet,
coz terasa mereka bukan berniaga
semata2 utk wang ringgit tetapi utk kepuasan pelanggan dan bg mengisi masa tua mereka...
Salam Uncle..
Semoga impian terus dicapai... semoga usaha terus dimakbulkan...
seronok membaca kejayaan orang lain..
Dear Ms L.
Thanks for the encouragement. Hoping that you too will be very successful in whatever you do. Memang keinginan tu ada tapi kemampuan tu kurang sesangat.
Dear Azieazah.
Memang seronok bila baca kejayaan orang lain. Berkobar-kobar rasanya nak jadi macam depa!
dan2 nek semangat jaiyu2 eh bca entry ankel yg ni..
sesama la kita brdoa ek ankel.. amin..
Dear UP.
You are absolutely right. Tapi mesti berusaha sama....dengan giat!
Salam uncle...
Alhamdulillah semangat yg seterusnya.. Semoga ada lg smangat2 yg lain utk jd renungan...
salam uncle
bak kata bidalan " bukan senang nak senang, tapi senang nak susah" tapi atas berkat usaha, doa dan tawakkal, kejayaan akan bersama uncle suatu hari nanti, insyallah
saya percaya, uncle akan pergi lebih jauh mencapai apa yg uncle impikan dlm bidang perhotelan nti krn uncle punya keinginan,daya usaha dan ilmu serta pengalaman yg menjadi ramuan terbaik ke arah kejayaan
mana tahu satu hari nti bila saya menginap di hotel yg berbintang2, tiba2 saya terlihat big bossnya lalu berkata "mcm pernah ku lihat , tapi di mana, ohhhh uncle yg pernah duk dgn aku pekena tt sampai 7 gelas"
doa saya agar ALlah permudahkan perjalanan hidup uncle dan keluarga mencapai apa yg dicita-citakan
insyallah
psss ahad lepas ada call uncle, lama tak dgr berita, tapi tak berangkat. mungkin uncle sedang atas harley agaknya he he
Dear Nas.
Semangat mesti diteruskan semoga sentiasa kita bersemangat untuk kejayaan masa depan!
Dear Rezeki.
Semoga kita sentiasa mendoakan kejayaan masing-masing. kejayaan dunia dan akhirat! Usaha masih diteruskan. Pasal last sunday tu, rasanya tengah tengok wayang dengan anak-anak kot....AVATAR!
Catat Ulasan