Isnin, Januari 25, 2010

Weekend!

(birthday abang yang aku buat awal seminggu!)

(geng bas sekolah semua datang)

(abang tengah pikir, bila nak dapat panggilan untk J-League!)

(tengah kena marah sebab depa score goal banyak sangat)

(satu penderaan sedang berlaku)

(kami dok tambah calorie kat ampang point!)

(budak jual jambu)

(2 gadis yang selalu buat aku biul!)

(what a beauty..)

(tengoklah design pada tingkap bangunan tu...awesome!)

Hari Sabtu Abang dengan Yuya kena ganti sekolah. Katanya ganti untuk tahun baru cina. Bagus jugak depa buat persediaan awal-awal. Nanti tak payahlah kecoh nak ganti last minute. Abang pergi sekolah macam biasa. Balik tengahari, aku kalut hantar abang pergi padang Astaka kat PJ untuk lawan bola pulak. Pening aku dok pikir, manalah padang Astaka ni? Aku talipon coach dan tanyakan direction. Aku rasa aku pernah lalu dan in fact main kat padang ni dulu....then aku cakap kat coach, "Eh ni padang COBRA ka?", coach mengiayakan aku. Confirm lah padang tu yang aku selalu dok main tak ingat dunia tu!

Aku selalu pergi ke pekan Ampang. Selain daripada pi marrket, aku jugak suka melepak minum teyy kat situ sambil dok usyarrr. Apa yang aku suka tengok? Selain daripada gelagat orang ramai yang akan memberi aku idea untuk menulis, aku jugak suka tengok bangunan lama yang mempunyai design yang sangatlah cantik. Aku sukakan pintu, tingkap dan bumbung bangunan cara lama. Bagi aku susah nak dapat macam ni lagi dah...sayang kalau tak jaga. Aku boleh merenung bangunan macam tu selama 1-2 jam tanpa berkelip-kelip. Tak pernah orang buat benda gila tu. Cuma aku....selain daripada tengok bangunan lama tanpa berkelip, aku jugak suka tengok aunty tanpa berkelip...heh3....mmmmmm, menakjubkan!

Malamnya kami sempat pergi ke Ampang Point untuk merayap. Tempat yang paling conveniet untuk kami merayap. Sangat convenient, mengalahkan convenient store! Heh3...Lepas "membeli tingkap" aka "window shopping", kami pi minum pulak kat delifrance. Minum saja....untuk menambahkan calorie dalam badan lagi! NGERIIIIIII. Sambil dok minum, kepala otak aku teringatkan masa aku dok kerja kat "free standing restaurant" dulu....macam adik-adik tu lah aku kerja dulu. Lap meja, bagi menu, serve drinks, layan guests.....those were the days....ada sekali masa aku pi AP in the morning, aku dok minum kat gerai tepi tingkap. Bila tengok kat luar tingkap, aku nampak 2 adik tengah dok meniaga ayaq jambu dan jambu batu kat tepi selekoh. Dalam hati aku berbangga dengan semangat adik-adik tu semua. Kerja halal, ikhlas dan bersemnagat. Dalam diam aku doakan semoga depa berjaya. Aku bagitahu kat Yuya yang kerja macam tu sangat mulia. Depa tak takut...depa tak malu....kalau anak-anak aku besar nanti dan depa nak kerja lagu tu sementara menunggu result periksa, aku akan sokong depa! Yuya sengeh kat aku sambil tarik telinga Marina!

Sunday pulak, kami buat small birthday party untuk abang sebab aku selalunya buat awal sikit. Takut apa-apa jadi nanti tak sempat pulak nak buat. Kesian kat abang.....aunty masak nasi tomato, darrrcha dagin, korrma ayam, acar timun campur nenas....dan aku tolong makan! Kalau tolong makan tu biasanya aku cuma cubit-cubit makan saja....tak banyak pun...adalah 3 pinggan! Ok lah tu....aku rasa Mak Aji tengah dok sengeh tu.....Mak Aji, tolong jangan pandai-pandai mintak saya bagi proof berapa weight saya la ni.....heh3....next month, saya janji saya masuk gym dan work out tiap-tiap hari.....

Lepas tinggalkan anak-anak aku, aku dengan aunty lari ke rumah kak anne sebab anak nombor 2 kak anne nak bertunang. Kami pi merisik. Rasa macam secret agent pun ada! Aku kena siapkan pengalaman merisik sebab 20-25 tahun lagi abang dengan yuya pulak nak kahwin...heh3...20-25 tahun lagi woooooo! Mungkin masa tu depa merisik pakai internet saja kot! Hantaran semua buat "online". Dinner? Mungkin masa tu aku bagi voucher makan kat hotel....tetamu aku pi lah sendiri kat hotel tu dan makan.....heh3....

Mama sekarang ada kat headquarters. Jadi kami adik-beradik pilah melawat mama sama sambil bertanya khabar. Mama sihat. Alhamdulillah. Cuma badan panas sikit. Hari ni (Isnin) aku dok melepak dengan mama kat rumah kak anne. Marina tinggal kat rumah. Mesti nangis cari aku tu....

Cuaca la ni panas tak menentu. Badan aku pun naik seram sejuk macam dok tengok cerita Exorcist lakunan Linda Blair masa aku kecik dulu! Mungkin bila dok melepak lebih tak buat kerja, macam ni lah jadinya....seram-sejuk memanjang.....aunty happy, anak-anak aku happy, aku happy.....Amy Mastura lagilah "HAPPY" Heh3.....

24 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

happy birthday juga buat abang in advance

gerai jual jambu tu time lunch, mau beratur dan penuh, alhamdulillah.

rasanya berat uncle mau naik sikit je dlm 5 kg he he
tapi takpe, bila balik safwah nti, uncle naik turun guna tangga, jgn pakai lif, free punya exercise he he

Uncle berkata...

Dear Pak Itam.
Memang kena naik-turun tangga nampak gayanya....terlebih sudah ni...gelebeh merata2!

azieazah berkata...

Happy Birthday to your son, UNCLE..

Pekan Ampang tu masih juga ada lagi suasana keMelayuan dan kekampungannya..kan?

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

happy birthday to abang...everybody pun happy kann...have a nice time with your family.
take care uncle...watch your weight!

Tanpa Nama berkata...

eppi besday to abg.. insya allah mgu ni ankel pet p melawat lg.. auntie q dh blik mai dh.. ahiksss..

bab pintu ngn tngkap tu mmg xlh blah.. sama lg minat kita.. ahaksss.. selain dr datuk tony la.. hakhakhak.. ankel.. chck dia out.. http://red73738.blogspot.com/2009/12/old-skool-toning.html

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Seronok pergi situ sebab design bangunan masih lagi yang lama dan ada bangunan yang dari tahun 1916!

Uncle berkata...

Dear KN.
Thanks for the wish. I am watching my weight now...heh3...

Uncle berkata...

Dear UP. Call me pasai nanti keluaq pulak....tapi kat kl la..tak pi mana!

PermataMutiara berkata...

Selamat Hari Jadi utk abang.
Harap abang dan yuya dapat mengembalikan kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia suatu hari nanti.

Uncle berkata...

Dear PM.
Wow...that's a tall order! But looking at their progress, rasanya boleh kot......heh3....tak pun dapat main untuk Taman Cahaya FC ok jugak!

olive oyl berkata...

salam uncle

uncle....ingat lg tak kat ton?maaf uncle,,ton lama tak masuk blog uncle...byk yg dah ton ketinggalan.uncle and family apa khbr.happy birthday abg...comel comel kawan kawan abg...wah marina nmpk dah besar la..hehe..

ton sibuk buat persiapan nak ke san diego minggu dpn..mcm mcm yg kena buat..
rasa sedih nak tinggalkan malaysia.....mcm mcm difikiran ton....
uncle doakan ton berjaya dapat PHD dlm uncle...

olive oyl berkata...

salam uncle

mama uncle apa khbr???ank saudara uncle dah ke NY ?

perantau.tt berkata...

Salam Uncle!!

haha pekabar? alamak lamalha kita tak jumpe.. hehe

sampai biler cuti?

hemm glamer nampak dia arini.. kuar paper lagi.. my wife siap kol i lagi dari umah .. bang.. Uncle kuar paper la;... glamer.. PDKM sure jeles.. heheh jgn marahh Cik Lie..

ms.legolas berkata...

Otanjoubi omedeto to Abang..
amboi bukan setakat kelas ganti awal,harijadi pun di celebrate awal2 ye..

Kelakar btl entry uncle ni..
Ms.L pun suka 'beli tingkap'..

rgds.

PINATBATE berkata...

Selamat hari jadi Abang!
nampak gambar uncle sekeluarga dlm Berita Harian tadi..amboi! semakin glamourlah uncle sekarang..Tahniah!

Mak Aji berkata...

Assallamualaikum Uncle.

mmmmm nasi tomato, darrrcha dagin, korrma ayam, acar timun campur nenas.... choclate cake .... sodap nyo hehe3

Uncle jangan risau berat badan naik heh3. Berkat, makan masakan isteri nih. Bahagia perut heh3.

Happy 12th Birthday Abang. Don't worry your UPSR. Insy'Allah you will get 5A. Just study smart & istiqamah.

Uncle berkata...

Dear Ton.
Amboih, lama sungguoh ceq tak singgah rumah Uncle no....ingatkan salah alamat dah! Aik, baru nak pi? Ingatkan dah main ski kat sana? Anak menakan Uncle dah register during the first week of January. Dia kat New York...tak lah jauh KL-NY tu....macam Brown Garden pi Kampong Makam ja...heh3...

Of course Uncle doakan yang terbaik untuk Ton....semoga Ton balik dengan PHD yang terbest! Btw, kawan Uncle si Iceman is in San Diego....dia kat Hyatt Hotel as Asst FB Director....errr, single lagi tu.....dia suka sangat dengan asians.....heh3....ice ada kat dalam fb Uncle!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Yes...dia kat NY la ni...makan maggi goreng!

Uncle berkata...

Dear PTT.
Alamak, dah tengok ka? InsyAllah ada satu lagi akan keluar. Kalau depa nak bagi keluar la...heh3....regards to your family, Mr Ambassador and my senior, En Hisyamuddin.....you take care and keep in touch. Eh, bila nak balik sini?

Uncle berkata...

Dear Ms L.
Thanks.....pon suka "beli tingkap?" alamak...sama lah kita ni.....heh3.....btw, dah buat new entry?

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Glamour ka? Ish...malu aih....rasa macam artis la pulak! "Teman Tapi Mesra...". Heh3...

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Hari ni start diet balik....tapi turun cuma setengah kilo.....maklumlah badan gundi beraih....heh3.....pinggang pulak sakit sikit...ni tersalah angkat marina kat klcc park pagi tadi lepaih hantar aunty pergi kerja...kena pantang 44 hari nampak gayanya!

Mak Aji berkata...

Pantang ompek puluh ompek (44) hari? yo lah tu heh3. Oppss! pantang apo ek? heh3.

Uncle baring meniarap, pas tu suruh dak Abang pijak kat belakang .. hehe3 ... bedorap

Bye uncle .. good night

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Biasolah...anak teruno.....mestilah jago!

Huh? Suruh abang pijak belakang? Memang cfm jammed toruih! Heh3....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...