(paul smith....shh, jangan cakap kat aunty sini ada banyak PS!)
(di tegallalang....yang ada padi kat terrace tuh!)
(aku makan mie goreng kat kedai ni...simple decor with rustic wooden furnitures)
(banyak kedai yang menjual portraits kat sini....bawak balik boleh jual!)
(breakfast kat balcony...kelas......macam Julia Roberts!)
Kalau dah sampai kat sini, tak bolehlah duduk diam-diam kat rumah sambil makan jagung bakar kat balcony....tak achi tu! That's not doing justice kata orang...Jadi tiap-tiap hari aku berjalan-jalan sekitar kawasan ubud ni. Elok berjalan. Selain daripada bakar lemak yang dok menimbun pasal nasi padang, jugak aku berkesempatan nak ambik gambar.
Aku jalan ke kanan menghala ke starbucks yang satu-satunya ada kat ubud ni dan cilok masuk ke kiri. Masih lagi penuh dengan kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan. Suasana sungguh meriah dengan pelancong memenuhi kedai-kedai yang ada. Tawar-menawar pun hebat. Ada sekali tu, aku nak cari seluar besar yang kat thailand depa panggil "fisherman's pants". Aku pun pergilah ke pasar ubud yang letaknya cuma 50 meter dari tempat aku. Masuk kat situ, pergh....macam marrket chowrasta kat penang road tahun 70-an....banyak sungguh jualan depa. Setiap ceruk dan setiap pelosok ada saja orang dok meniaga. Aku pun tanyalah perihal seluar besar tadi tu. Ada sorang pompuan tu bagitahu kat aku, katanya Rp150,000 selai...amboi mak, mahainya! Aku kata 30,000. Dia kata 90,000. Aku tawar lagi 30,000. Dia cekak pinggang kata 75,000. Aku jelin kedai sebelah dan habaq kat dia 30,000. Dia jelin-jeluat lagi kat aku, dia kata 45,000. Aku angkat kaki dan belek yang kat kedai sebelah. Dia cuit aku dan kata last price...35,000. Aku bayaq, ambik seluaq dan jalan.......ada jugak aku jelin-jelin kot-kot julia roberts ada dok tunggu aku lagi ka? Heh3...
Jalan lagi dan sampai kat satu kedai batik. Alamak, cantiknya batik bali. Aku suka yang short sleeve. Kalernya pun vibrant dan sangat menarik. Kepala otak dok kira-kira berapalah harga baju raya aku ni? Selai? Dua lai? 3 lai? Hmmm.....aku nak ambik jugak nanti. Harga pun mengancam! Aku jalan lagi....sampai kat satu kedai CROCS. Aku belek kasut kat situ. Pergh...aku dah berkenan kat satu lagi yang depa dok gantung kat tepi tingkap. Kasut ni memang aku minat tapi brand dia SANUK. Tapi design "boya" ni pun sama macam design Sanuk jugak...tengok tapak, tengok harga...alamak, boleh tahan jugak harga dia ni tapi masih murah dari kl kalau tak salah aku. Kepala otak ligat dok kira pasal kasut raya aku! Hmmm.....
Ada sekali tu masa aku dok jalan kat satu lorong, aku ternampak ada satu kedai tu nama dia "PJ@ Putrajaya". Aik, macam kenal nama ni...mungkin orang sana mai bukak kedai kat sini kot....aku ambik gambar sekeping dan nanti aku masukkan dalam mana-mana entry aku.
Ada satu festival besar malam ni kat sanur. Semua orang akan ke Sanur Beach untuk buat "offering". Aku diajak sama untuk tengok, ambik gambar dan buat cerita tapi aku tak pasti lagi sebab badan aku rasa macam kurang sihat pulak, asyik dok ronda-ronda tak ingat dunia! Malam tadi masa aku balik ke Yuliati House pun, Ibunya ada tanya kat aku samada nak ikut sama ke tidak...kalau nak ikut, depa boleh usung aku naik lori sama depa! Huh, ambik....naik lori!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Januari 31, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
10 ulasan:
salam uncle
sonok jejalan kan, banyak cite boleh kongsi
saya kat sini tgh stanby air sungai naik hehehe
wah...sakan dok jalan2 kat bali tuuu..ada jumpa si julia ke...hiks!!
Salam Rezeki.
Baik2 air naik tu....boat dah siap? Insyallah ok.....errr, kereta yang melecun tu macamana? Bisa naik sampannya?
Salam KN. Yang ada cuman Ibu Julia Patmawati! Yang Julia pelakonnya udah nggak nginap disini khabarnya!!! Nanti di cari'in lagi sekitar sawah!
salam uncle.
wah dok bali pulak ka??.. teringin gak nak p sana, tgh plan.. nanti boleh jadi tourist guide kat i..hehehe
Salam YT.
At the moment, YES...YES...YES...ni semua pasal tahi lalat kat dua2 kaki kalau ikutkan kata arwah mama dulu. Aunty dah lali dengan Uncle...anak-anak pun dok tanya bila Papa nak kerja kat tempat lain lagi? Mungkin depa boring tengok muka Uncle kot.....like i mentioned earlier on, if you have questions on bali, e-mail me at shahrir_a29@hotmail.com
salam uncle
kat kaki i ada sebelah je taik lalat..huhuhu.. jalan lam negeri je lah..hahahah..
okeh gud info uncle..next time kalau ada rezeki ke bali..kalau nak beli barang kena tawar gilerrr2 punya..heheh..
Salam YT.
Janji dapat berjalan.....jangan dok jalan pi- balik...pi-balik sudah....tu nanti orang kata tak boleh tidur pulak!
Salam Kaseh.
I'm happy if I can be of any help....
Catat Ulasan