Sabtu, Julai 26, 2008

Fellow Blogger from Dubai



Aku tak sangka yang dalam waktu terdekat ni aku dapat berjumpa dengan satu lagi blogger yang aku amt minat untuk membaca catatannya. "Kembara Musafir" datang membuat umrah 2 hari lepas dan oleh kerana keletihan, aku hanya sempat berjumpa semalam, hari Jumaat. Pekena teh tarik dikedai bawah dan terus menunaikan solat Jumaat bersama-sama.

Alhamdulillah pertemuan singkat itu dipenuhi dengan banyak juga kisah-kisah menarik. Nak dijadikan cerita, KM juga pernah bersekolah sama-sama dengan aku di Seremban dulu pada tahun 85, malangnya aku tak berapa ingat sebab aku dah di tingkatan 5 pada waktu itu sedangkan KM baru memulakan sessi di Tkt 1.

Banyak juga yang kami bualkan dan kebanyakannya berkisar kepada kehidupan kami di sini. Waktu solat Jumaat ialah waktu "peak" dan aku rasakan mungkin ada lebih kurang 1.5 - 1.8 juta orang bersembahyang. Luar penuh, bawah penuh dan begitu juga di tingkat satu. Kami cuma dapat tempat di bahagian construction masjid dan duduk bersesak-sesak sebelah tong air zam-zam.

Lepas bersembahyang, aku mengucapkan selamat jalan kepada KM semoga Allah pertemukan kami lagi dimasa-masa hadapan. Amin...kepada KM, please let me know when you are coming for the next umrah....

4 ulasan:

Syahr-El berkata...

Assalamu'alaikum Uncle. Kal El Sampai ke sini melalui blog Kembara Musafir. Untungnya uncle dapat kerja di Makkah ya. BTW, kalau ke sana untuk mengejakan umrah ada restrictions tak untuk bawa kamera DSLR bersama? Sebab pernah dengar cerita camera kene rampas kalau bawa ke sana, betul ke?

Uncle berkata...

Wa'alaikum salam Kal El.
part ni masalah sikit sebab you are not supposed to take photo of Kaabah. Kamera I pun kena rampas apalagi DSLR. Unless you snap from your hotel window. Rampas ni pun on random ja. Itupun kalau dia rajin...

Syahr-El berkata...

ic. so i shouldln't bring la kan the dslr... just a digital camera will do. Nanti nanges tak berlagu kalau kene rampas. Thanks for the info Uncle.

Kembara Musafir berkata...

Uncle, thanks again for the hospitality... seblm balik tuh, sempat dptkan air zam2 satu "tank"... and thanks oso for the photos... nasib baik tak diterbitkan gambo2 yg "perut boroi so terserlah tuh..." kah kah kah...!!:)

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...