Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Jumaat, Julai 18, 2008
Finally..
Dalam entry aku yang terdahulu ada aku bercerita tentang kawan aku yang bekerja di KPMG di Riyadh. Dulu dia memang selalu jugak buat surprise kat aku. Nak dijadikan cerita semasa aku nak keluar pergi lunch kat salah satu Malaysian Restaurant yang ada kat Mekah ni, aku terlihat satu kelibat familiar melintas betul-betul kat depan aku dari arah Ajyad Street masuk ke Al Safwah dari pintu tepi.
Aku panggil nickname dia "Nyem".....dia tak dengar, aku panggil lagi "Nyamuk!" pun dia tak dengar. Laju betul dia jalan. Kemudian aku panggil lagi, "Lan...!" baru dia berhenti dan menoleh tengok aku. La apa kau buat kat sini? Dia kata tengah buat auditing proposal for Felda and D'Saji. Dan Nyem dalam perjalanan ke D'Saji untuk makan tengahari. Patut lah laju sangat.
Kami bersalam maklumlah dah lama tak jumpa. Sempat pekena teh tarik kat D'Saji, kemudian kami berjanji untuk jumpa lagi selepas solat Isyak nanti. So lepas Isyak kami berjumpa kat tempat yang sama jugak sebelum menukar venue ke Zam-Zam Tower untuk sessi TT tambahan. Lama jugak kami berborak. Macam-macam yang kami bincangkan daripada hal-hal peribadi hinggalah kepada permasalahan dunia! We departed lebih kurang pukul 1 pagi. Nyem tinggal kat Inter Continental Hotel dan berjanji untuk sama-sama menunaikan solat Jumaat di Al Haram keesokan harinya.
Pagi Jumaat Nyem call aku mengatakan yang dia nak breakfast kat D'Saji. Aku turun join minum dengan Nyem. Sembang lagi...dan lagi.....dan lagi....Lepas solat kami sempat berposing sakan depan masjid untuk bergambar. Inilah hasilnya. MasyAllah God is so Great.....of all the places, kami berjumpa kat Mekah tanpa sebarang plan dan tanpa sebarang appointment. Dulu masa kat KL tak jugak jumpa!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
2 ulasan:
Wakaka.. Nyem ke nama dia.. barui je jumpa dia kat opis minggu lepas.. tak cakap pulak dia nak pi mekah.. heh
emm elklah uncle leh la dtg riyadh.. ade ramai kawan kot kat sini lagik..
so en lan biler lagi nak jumpa kat riyadh? heh
opss uncle.. linked your blog..
Link je lah......the more the merrier....heh3.Harap tak terlambat nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru"
Catat Ulasan