Jumaat, Ogos 01, 2008

Kerenah Tok Arab


Ni gambar lobby kami yang masih belum siap lagi. Banyak lagi benda yang belum sampai-sampai. Macam Tok Arab jugak yang tak pernah sampai on time! Biasa sangat dah kalau kat sini. Anyway it's getting better day by day insyAllah. (Malaysian InsyAllah dan bukannya Arab InsyAllah)

Malam tadi aku pergi Al Rajhi bank dengan bos, Kamal dan Azli. Cucuk kad kat ATM tu. Aku beratur panjang maklumlah semalam kan malam minggu kat sini. Malam pesta muda-mudi! Bila beratur semua orang asyik pandang kat aku. Eh apa hal dia orang ni? Makin lama makin ramai yang pandang aku. Eh, pelik ni? Aku pakai shorts ka? Last sekali baru aku perasan yang aku beratur kat line perempuan! La... pulak!

Aku pun bertukar arah beratur kat line lelaki. Punyalah panjang. ATM tu pulak instructions semua dalam bahasa Inggeris. Habis berterabur Tok Arab kat depan aku tekan nombor semuanya salah. Last sekali dia tanya kawan dia nombor apa? Kawan dia pun jerit bagi nombor pin. Ooh...dia tolong beratur untuk kawan dia rupanya. Part tu bagus sebab ada sikap tolong-menolong. Kawan ni pulak tak dengar, so kawan sorang lagi pun jeritlah kuat-kuat nombor pin rahsia tu.......hah3! Apa nak rahsia lagi? Dalam entry aku yang dulu ada aku ceritakan pasal Arab Technology. So this is one of them!

2 ulasan:

Kal El berkata...

Ahahah this is so funny! Mesti ingat to beratur in the correct line when I'm there nanti. BTW apa beza InsyaAllah Malaysia ngan InsyaAllah Arab ek?)

Uncle berkata...

Macam2 hal Arab ni....insyAllah Malaysia, kita buat tapi insyAllah Arab, tak guna sesen pun. Memang tak buat!

Banyak lagi cerita yang akan datang....to be continued!

Uncle

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...