Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, Januari 03, 2009
Cuti-cuti Malaysia, Day 1
Aku nak mintak maaf lagi sebab 2-3 hari ni aku terbabas lagi nak update. Bukannya apa, maklumlah...macam yang aku reply kat Kak Nab, jemputan makan memang mengalahkan Pak Menteri. Usung anak-anak pergi balik lagipun lusa dah sekolah..bawak jalan-jalan, tengok wayang "Bedtime Stories" lah. Pergi KLCC lah, pergi Curve lah...dating dengan Wakana lah...(anak-anak tinggal kat rumah!). Pergh...memang tak menang tangan..
Anyway untuk selang-selikan cerita Bollywood aku ni, aku masukkan cerita aku pergi bercuti dengan family aku. Taklah jauh sangat, mula plan nak pergi Swiss Garden Lumut, tapi jauh sangatlah pulak, nanti mama aku tak larat. So dipendekkan ingatan, aku cuma pergi kat Guoman PD for 3 days 2 nights. Ambil connecting room so aku boleh tengok-tengokkan mama yang aku ajak sekali. Senang duduk sebelah-menyebelah. Hotel is nice walaupun sedikit outdated. Bilik is comfortable walaupun untuk aku tak sampai tahap 4 bintang pun tapi perhatian daripada staff-staff yang ada kat situ aku puji. They tried their level best. Bilik aku mengadap pool dan jugak mengadap laut. Memang cantik bila nak sunset ataupun sunrise. Oleh kerana kamera aku tak secanggih kamera-kamera Dila, Kamitaken dan jugak Ghazaaz, jadi tu sajalah yang dapat aku snap. To Dila, Uncle tak sanggup digoda.....(no offence, cuma pasal kamera DSLR, okay!)
Pemanduan sangat lancar. Aku stop kat R&R Seremban untuk lunch sebab check in lambat lagi. Lepas tu aku terus drive menghala ke lencongan PD. Lama jugak aku tak pergi sana, aku rasa the last trip was like 3 years ago la....anyway, apa pun tak berubah sebab R&R PD masih kosong! Sampai hotel dalam pukul 1 then check in pukul 2.30 walaupun si Norain janji dengan aku pukul 1. Isshhh takkan nak suruh ketuk-ketampi...then bila aku masuk bilik, bilik pulak vacant dirty, dia tak sempat cuci lagi, grrr.....angin betul....aku tak peduli, anak-anak aku dah nak terjun balcony kalau tak dapat terjun laut! So nak tak nak, aku pun tukar baju terus pergi laut. Main-main pasir dengan budak-budak, horey sana, horey sini, lompat sana, lompat sini, terjun tiruk sikit, kelentong sikit yang Papa dulu masuk Olympics...heh3....semua anak-anak aku cebikkan mulut...memang confirm tak percaya! Then Wakana sampai dengan baby yang pakai bikini. Huh, anak aku dah pakai bikini? Bayangkan 20 tahun lagi....pergh, ngeri..ngeri..
Lepas mandi laut, aku pergi tukar baju dan hit the gym pulak. Pasang lagu kuat-kuat, set the treadmill then started to jog. Alamak, memang aku dah rindu nak jogging and do the weights...maklumlah dah nak masuk 24, kena jaga tu....stamina, penampilan, perut semua kena maintain. Ala....kalau tak takkan Miss Japan tak tidur malam 11 tahun dulu! Heh3...
Lepas berpeluh 2 baldi, aku balik bilik, mandi salin baju dan ajak rombongan Cik Kiah aku pergi dinner. Kami jumpa satu kedai yang memang menjadi tumpuan dan igauan muda-mudi zaman ini kat PD ni. Penuh parking lot dia. Aku rasa mesti sedap ni...so malam tu kami 7 orang melantak like there's no tomorrow. Jins Shamsuddin kata "Tiada Esok Bagimu". Total spent was in between RM50 and RM75. Kat mana kami makan? "Restoran Jimat!" Sumpah aku tak tipu....heh3...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
13 ulasan:
Salam Uncle..
amboi..seronok nya balik bercuti!
Uncle ...
Terharu .... walaupun kita tak seglamer Siti Nurhaliza, tapi Uncle masih ingat nama kita walaupun berada di PD nun tuh!!! hehehehe
PD is one of my favorite spot waktu kat Malaya (Murah dan dekat, PETRONAS ada rest house dan apartment and hotel kat sana .. so murah ler)
Tapi makan memang AZAB di sana ... hehehehheee selalunya saya beli kat pasar malam ajer ....
Bila nak balik ke Mekah nih .. orang Mekah dah rindu kat u nih ... anyway hotel u tutup ker lepas musim haji????
bedtime stories. memang best uncle.
kelakar x hengat.
hihihi
miss u bro! cepat wish my besday arini..dah tuo rasanya..hehe...muka saya kuar paper metro arini.. x pasal2 glemer..hahah.. i'll get back to malaysia on 8th january.sedey gak nak tingglkn bumi makkah ni :-(
Yal La!!!
lamanya uncle baru nak update(ak yer kan kalau schedule penuh manakan ada masa nak pegang ntobook (he9)
Racun DLSR lah....
racun tak mati ni uncle. Racun yang lain tu boleh kill de' people (ahak)
enjoy ur day......
Dear Pinat.
Memang seronok. Walaupun letih, tapi puas! Especially being there with your loved ones!
Uncle
Dear Ghazaaz.
Selalunya Uncle takkan lupa kawan-kawan....kawan masa darjah 1 tahun 75 pun Uncle ingat lagi, nama dia Stephen Yap Ban Eng masa kat Francis Light Penang dulu. Heh3....
Uncle
Kuey san.
Uncle minat sangat dengan Will Smith so yesterday I bought his new movie (eh new ke?)tajuk dia "7 Pounds". Slow but beautiful. Beautiful movie Kuey san...if you know what I mean. Go and get it girl...tengok dengan mak mesti nangis guling-guling!
Uncle
Dear Helmi.
I guess I was the first person reading the article about Felda and you yesterday. Very proud and keep it up! See you in KL kalau ada time.
Uncle
Dila..
Oh tidak....................................................................................................................................................
Uncle
nangis sampai guling2?
first time dengar istilah camtu.
syabas uncle :P
7 pounds pasal irs agent kan?
heheh
tapi lupa plak nak nangis masa tengok.
Dear Helmi,
lupa nak cakap tadi..."Otanjyobi Omedetoo".......
Uncle
Dear Kuey.
Yes I think so pasal IRS tu. I just bought a few more...tapi kalau nak tengok mesti awal pagi baru takde gangguan! Then guling-guling!
Uncle
Catat Ulasan