Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Jumaat, Januari 30, 2009
Hari yang malas...
Semalam aku kena kejutkan Yuya sebab dia terlampau letih nak bangun dan nak terbabas pergi sekolah ugama. Eh...tak boleh tu Yuya...yang tu mesti pergi...Jadi lepas kejutkan dia untuk ikut Aunty sama-sama keluar rumah, btw Aunty keluar pergi kerja pukul 7.15 pagi, so dia usung Yuya hantar pergi sekolah ugama yang cuma sepelaung dari rumah. Aku yang tak tahu apa nak buat, melilau kat dalam rumah pergi balik pergi balik. Then sorang-sorang bangun. Abang then Marina. Pasal boring aku ajak Abang main badmintan kat belakang rumah sebab depan dah panas lit-lit. Lepas badminton, aku bawak princess aku naik moto pergi kedai beli newspaper. Sebab Marina pagi semalam jadi budak yang paling baik dalam dunia, aku belikan dia lollypop!
Petang Abang pulak pergi sekolah ugama. Yuya pulak boring. So aku cakap kat Yuya, kita bagi Marina tidur dulu, then kita pergi swimming. Yuya happy. Aku tepuk ponggong Marina, Marina tepuk ponggong aku. Aku tepuk dia, dia tepuk aku....last-last aku dengan Yuya yang tidur! Marina dah keluar bilik dan main kat depan! Aku terjaga terus kejutkan Yuya, cari Marina sekejap. Suruh dia main kat bilik belakang then kami pelan-pelan lari pergi swimming. Heh3....Balik aje rumah Marina dah tidur. So sementara dia tengah tidur, aku pulak bawak Yuya ronda-ronda naik motor. Pergi pekan lama Ampang pekena teh tarik dengan Teh O Ais Limau then ronda lagi pergi Hero Ampang beli kacang bendi dengan tomato sebab nak masak kari bawal. Bila nak keluar aje, hujan punyalah lebat! Kami masuk kedai sebelah beli pengorek tanah yang harga RM2.60 Keluar kedai je hujan lagi. So aku teringat masa kecik-kecik dulu selalu main hujan kat belakang rumah siap sabun dan syampu lagi! Aku tanya Yuya, nak main hujan tak? Dia terus horey-horey. Aku pun tumpang horey-horey...kami terus naik moto pelan-pelan sambil bawak kacang bendi dan tomato sambil horey-horey main hujan....dan malam tu, semua kena picit-picit aku! Heh3...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
8 ulasan:
Salam Uncle..
seronoknya uncle dgn anak-anak berkeliling....
salam uncle
Comel Marina ni. lawak pulak dia erk. uncle nak tidorkan anak anak pulak nak tidorkan uncle (hehehe) tu lah budak2. ada kala dia pandai bergurau, sungguh sweet!!!!
ammvoiii uncle tewww.. emak budak2 tewww nak picit2 uncle kerrr.. ehehe, salammms dr me dikejauhannns
Dear Pinat.
Bahagia rasanya....macam kat Taman Bahagia!
Uncle
Dear Dila.
Actually comel tu datang dari Papa dia....heh3...tu bukan kali pertama Uncle kena dengan Marina, tapi dah 2 kali!
Uncle
Dear Me.
Thanks for visiting walaupun Uncle rasa Me mesti busy giler. Part tu heh3...you take care yea!
Uncle
salam Uncle.. bile mau balik mekkah? :)
Dear PTT.
Memang nak balik ni...tak sabar nak get back into action...btw, currently my mum is not well at all..she a bit depress so I guess sebagai anak, I korbankan sikit masa untuk dia sebab tak tahu kalau dah pergi sana, bila nak datang balik...she is way passed 70.
Uncle
Catat Ulasan