Khamis, Mei 21, 2009

Employee of the Month

(aku tengah salam dengan Yusuf)

(Yusuf tersenyum malu..heh3...)

(Yusuf Headwaiter dok bagi briefing..ramainya Yusuf!)

Ingat tak tahun lepas sebelum aku balik bercuti ke KL, aku ada cerita pasal Yusuf Santorian yang selalu dok drama bila nampak aja muka aku. Ada sekali tu masa aku tengah round waktu breakfast masa dah habis musim haji dan masa tu dah tak busy, bila si Yusuf ni nampak aja muka aku, terus dia tonyohnya milk pot aku yang memang dah ternyata berkilat. Ditonyohnya sampai boleh nampak gigi. Punyalah drama kuat si Yusuf ni. Itu cerita tahun lepas. Tahun ni bila aku balik ke Mekah dan duduk bercerita dengan dia pasal kerja sambil buat appraisal dia, Yusuf dengan muka welfare bagitahu kat aku yang dia dah berubah. Eh, biar betul budak ni..dia janji yang dia takkan datang kerja lambat lagi. Dia janji yang dia tak akan drama lagi. Dia janji yang dia akan kerja bersungguh-sungguh tahun ni. Ok takpa, aku cakap elok-elok kat dia yang aku akan pantau semua kerja dan kedatangan dia. Lepas seminggu, aku panggil dia lagi dan duduk bercerita lagi. Aku cakap elok-elok dekat dia. Aku cakap yang aku faham masalah dia, aku pernah kerja macam dia sebagai waiter, aku pernah kena maki dengan Manager aku. Aku pernah kena halau balik sebab pakai stokin warna putih datang kerja. Dia angguk-angguk kepala. Katanya dia faham cerita aku. First aku pun cerita welfare sebab aku tengok dia buat muka welfare..lepas penat aku cerita, aku tanya dia, apa dia nak jadi 2 tahun dari sekarang? Dia cakap dia tak tahu dan tak pernah terfikir apa nak jadi 2 tahun lagi. Aku double dosekan cerita welfare aku. Dia sedih, aku pun sedih dengan cerita sendiri. Tapi aku cakap kita mesti ada matlamat, kita mesti ada wawasan, kita mesti ada cita-cita untuk mencapai sesuatu tak kiralah kecik ke besar. Yusuf angguk-angguk lagi...masa tu nak aja aku pasang lagu "angguk-angguk..geleng-geleng!". Aku ingat kalau A.R Badul dengar aku cerita kat Yusuf, mesti dia buat filem cerita aku tu. Mengalahkan cerita "Sayang Anakku Sayang" lakunan Aziz M Osman tahun 74' dulu!

Tiba-tiba si Yusuf bangun, dia cakap terimakasih kat aku. Mata dah bersinar-sinar, semangat dah berkobar-kobar! Yusuf cakap dia nak jadi macam aku. Eh, biar betul si Yusuf ni. Dia tahu ke aku masih lagi terumbang-ambing ni? Kalau dia tahu, mesti menyesal nak jadi macam aku. Heh3...Kami shake hand, dia keluar dari office aku. Lepas tu aku check lagi attendance dia sebab aku mesti buat follow-up. Ternyata attendance dia dah improve. Kerja dia dah bagus, dia tak tonyoh pot susu aku lebih-lebih lagi. Yusuf senyum dan rajin bersembang dengan guest. Ramai jugak guest aku yang senang dengan si Yusuf ni. Budak-budak lain pun happy kerja dengan dia. Semua budak-budak jadi heran tengok perubahan dia termasuklah aku.

Dalam diam-diam aku submit nama si Yusuf Santorian sebagai calon untuk "Employee of the Month" bulan April. Masa Department Head Meeting, aku mention nama dia. Bila aku sebut saja nama dia, lain-lain HOD semua pandang aku. 2-3 round jugaklah kami pilih calon terbaik untuk bulan April. Pusing sana pusing sini, last-last nama Yusuf jugak yang dapat paling banyak pencalonan. Finally dengan sebulat suara, budak ni dipilih sebagai pekerja terbaik hotel untuk bulan April mengalahkan semua department yang lain. Hidung aku kembang lagi.....kerusi dah rasa tak muat untuk aku duduk. Semuanya serba kembang.

Semalam aku announcekan nama dia masa kat dalam briefing. Semua budak happy. Yusuf terkemut-kemut sendiri. Apa hadiah untuk si Yusuf ni? Aku jemput dia datang makan malam untuk 2 orang bila-bila dia nak dan aku ambik gambar dia untuk lekatkan kat cafeteria nanti. So to Yusuf "IMPOSSIBLE IS POSSIBLE!" Eh ada ka ADIDAS cakap macam tu?

20 ulasan:

kucingorengemok berkata...

steady, usop!!

CM berkata...

dear uncle..cikgu bagi 7******* pada karangan kali ni...

tetiba rasa bersemangat nak kerja cz saya pun bab time management hancuss!!!

rasa nk print cerita ni bagi kat boss i,jagn mudah blacklist pekerja yang selalu datang lambat ,pas tu wat muka sengget..orang boleh berubah kalau diberi motivasi..silap-silap Yusoff ni boleh jadi jutawan filem Yusoff Haslam..ha.ha

taj berkata...

Salam,

uncle boleh jadi mentorlah... taj kekadang tumpang juga sesi motivasi uncle ini...mcm pagi isnin hari tu... time mood kureng tu...
anyway thanks, teruskan ngomelan...

ms.legolas berkata...

wah mesti power btl nasihat uncle,
sampai si yusuf sontorian ni can turn impossible to possible..sure happy if tgk staff kita improve kan..
1 of my staff yg selalu dtg lewat keja pun dah ada improvement. Actually since last month setiap pagi kita org ada sesi berucap ikut turn..can talk anything asal sj tak myentuh sensitivti oths.purpose utama utk build diorg nya confidence level. This morning this guy speech about learning process..what a surprise..nmpknya dia dah mula sedar.. one thing,kesedaran adalah perlu utk berubah..

Uncle berkata...

Yes...Rock Steady! (ada title lagu tu...sapa nyanyi ntah...Deep Purple kot)

Uncle berkata...

Dear CM
Wah...dah dapat 7 *********. Cikgu BIbah mesti nangis ni...anyway, time management tu sangat-sangatlah penting especially kalau kat Jepun. Ada Uncle cerita pasal topik ni dalam entry tahun lepas.

Uncle berkata...

Eh boleh jadi mentor ke? Nanti kalau dia suruh nyanyi macamana? Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
To me, that's a personal achievement bila tengok staff sendiri berubah dan menjadi positif. Anyway memang that's my job pun!

Carrie-Ma berkata...

salam uncle,

tahniah kerana berjaya menilai manusia dengan mata hati. insyaAllah impaknya lebih mendalam. kdg2 ramai yang hanya pandai mengkritik itu tak kena, ini tak kena tapi tidak ramai yg boleh menunjukkan jalan yg betul untuk dilalui.

p/s: apa nama hotel uncle bertugas? saya bercadang menunaikan umrah jun nanti. :)

PINATBATE berkata...

terus bersemangat baca entry ni..terasa diriku usop sontorian pulak..kehkehkeh..

Uncle berkata...

Itulah masalahnya...selalu kita pandai tunjukkan kesalahan tapi tak pandai cari dan tunjukkan jalan keluar on how to solve the problem. Btw I'm at Al Safwah Royale Orchid Hotel. Berhadapan dengan King Abd Aziz Gate number 1.Uncle selalu duduk dengan budak2 for 1 to 1 meeting..

Uncle berkata...

Kelas....ni Uncle dah kena start charge ni....heh3...tak boleh kasi pree...by the way, apa yang elok kita buat tauladan!

tinta berkata...

salam uncle...

yusof yang wat mandi tu bile lak nk dpt. nmpk baik baik gak dia tu. mcm adik sya. hehe..

Uncle berkata...

Dear Hayati.
Memang bagus budak tu. Sopan-santun. Tiap2 hari jumpa mesti bagi salam. 2 weeks ago dia ajak pergi main bola tapi depa main pkl 1 pagi! Tu yang tak larat nak ikut tu..

Nek Rock berkata...

yoo uncle dear salam,

alamakkkkkkk per ni lom seminggu kasi kelas motivasi dah tak preeeeeeee lagi kena bayar, ishh tak aci aaaa, hahha

nek baca ni tadi sambil makan nasi ngan ayam masak lomak cili padi tercekik bila baca bab kena bayar tu..lallala

yes usop sontorian u can do it, go go go boy!! fly robin flyyyyyy up up to the sky yehhh

Uncle berkata...

OMG!!!!!!
You still remember the song, "Fly Robin Fly.......". That's a song from the 70's......sama time dengan KC and The Sunshine Band tu! Can't believe it.....OMG.....that's awesome NR!!!!! You rock woman!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

cayalah us0p!! eh, cayalah Uncle!!! 5 bintang!! mesti kalu real2 dgr uncle ckp, mau bersemangat gak sy pi keja..heeeheee

Uncle berkata...

bayaq...bayaq...ingat pree ka? Fazilah Kamsah pon depa bayaq tau!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

tu dia....tak ley kowtim ka uncle? :P

Uncle berkata...

heh3... nanti uncle pikiaq....mami penang punya pasai, mamu buleh kowtim! Ni...toksah dok hora sangat na....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...