Isnin, Mei 18, 2009

Lounge baru

(aku dok mengenang nasib lagi..)

(belum letak chandelier lagi ni)

(sofa buruk tu akan ditukar nanti)

(lampu dinding tak masuk lagi)

Aku tahu yang Lounge aku masih tak siap lagi. Tapi aku tak kira, aku nak tunjuk jugak gambar Lounge aku tu. Sebab apa? Sebab cantik. Dekat 3 bulan kami tutup Lounge ni untuk proses pengubahsuaian. Memang transformasi habis ni. Macam si Hafiz AF7 tu! Dinding dan siling diukir tangan oleh pengukir-pengukir terkenal dari Mesir yang diterbangkan khas dari belakang Masjid Jin (Mekah jugak!). Depa ni siang malam dok ukir kat dinding. Part ni satulah aku respect sikit kat orang Mesir ni, lain tu aku tak pernah pun dengar kelebihan depa ni selain daripada kelebihan menipu.

Kalau ditengok balik dekat-dekat, memang nampak kehalusan kerja tangan depa. Tapi ukiran ni semua bukan berkonsepkan Mesir tapi berkonsepkan Morocco. Ok lah tu sama-sama cakap Arab. Cuma Morocco boleh cakap French tapi Mesir tak boleh. Tu lah yang bezanya. Tempat ni tahun lepas merupakan office aku, office GM, office HM, office IT dan pelbagai office lagi. Sekarang semua dirobohkan dan dibuat baru. Tengoklah sebulan lagi aku akan postkan gambar baru siap dengan budak-budak teh dan decoration yang lain lagi. Mesti gah ni...ish...tak sabar aku!

Sebenarnya kat tepi tu nanti ada bar. Of course lah bar yang jual minuman yang tak mengandungi alkohol. Apa, gila ka aku nak jual benda tu semua? Nak mampus? Salah satu sebab kenapa aku datang sini pun untuk lari daripada benda-benda haram tu semua. Kalau tidak, memang sah masih bergelumang. Tu yang aku cerita dulu, apa yang aku tak pernah buat? Semuanya sudah..tiap-tiap hari aku bergelumang dengan benda tu sampai sekali aku terfikir balik, eh, sampai bila aku nak macam ni? Sampai kawan aku sorang tu terpaksa pimpin aku balik bilik pun ada, sebab dah terbabas cari bilik tak jumpa. Kena pulak kalau winter....masyAllah...Allah is Great....dibaginya peluang kali kedua untuk aku. Walaumacamanapun kadang-kadang sedih jugak bila aku tengok kawan-kawan aku yang lain masih lagi terikut dengan cara hidup lama. Aku berdoa supaya depa tu cepatlah insaf dan berhenti ajelah daripada benda-benda tu.

Berbalik pada design Morocco tu, aku memang minat betul dengan tempat ni. Katanya souq kat Morocco lah yang paling best. Aku teringin sungguh nak pergi tapi sayang pulak cuti aku. Cuti dahlah sejemput. Tu lah nak simpan balik KL nanti lepas Haji. Total adalah 2 bulan. Nantilah aku try cilok sana-sini, mana tahu dapat 3 bulan ka...heh3...

Balik nanti aku teringin nak pergi Club Med. Tak kiralah samada kat Cherating ka, Phuket ka Bali ka...janji Club Med. Dari dulu dok kata nak pi tapi tak sampai-sampai jugak lagi. Usung satu family pergi jalan-jalan. Pergh...mesti meriah ni...Tapi bila check-check balik, alamak dia tutup la sebab musim hujan! Mana lagi nak pergi Disember nanti? Langkawi ok ka?

13 ulasan:

Nek Rock berkata...

yooo uncle dear,

wahhhh macam bes jer lepak2 tido kat couch, nek dok bayangkan ni baring2 sambil tengok siling yg lawa tu ngan gebor, terus zzzzzzzz, kurrrrrr kurrrrrr haha

Uncle berkata...

Huh? Lepak tido? Orang lepak minum latte la NR...later I'll sell pizza, waffle, pastries, COACH...eh yang tu boleh makan ka? Heh3...

taj berkata...

salam uncle,

syukur alhmdulillah, nasib baik ada peluang dan diberi peluang...

hidup, kalau salah pilih,kita boleh hancus dan mampus...

thanks krn sudi berkongsi pengalaman, seronok jugak baca...:)

Uncle berkata...

Thanks kerana sudi membaca. Pengalaman Uncle memang banyak...nipun baru 10%!

cikgu mas berkata...

sebagai cikgu sejarah ada lah saya sikit info tentang kemahiran orang Mesir dalam kemahiran ukiran,sangat hebat ketika zaman Firaun.masa depa wat piramid..peragai menipu tu datang dari warisan dak firaun lah..

Uncle nak pi Club Med...bestnya,kalau bajet cikgu sekolah cam saya,kitaorang pi Morib jer,kalau tak Bagan Lalang paling teruk Pantai Dalam..he.he

tapikan kat kat morib ada resort ala-ala Gold Coast Australia gitu...

Uncle berkata...

Zaman Firaun ka zaman la ni ka...semuanya sama...mintak2 depa ubahlah perangai..Morib? Bagan Lalang? Uncle dulu kat Pantai Kundor je...tak pun kat tempat orang mandi safar dulu..

megigoreng berkata...

Uncle...cantik la lounge u ...nanti bila2 i turun ke Mekah nak singgah la...anyway syok baca blog u...

Uncle berkata...

Dear Megigoreng.
My favourite food tu, kalau boleh letak telur goreng satu lagi cun, tambah ayam goreng sikit boley?

Thanks for following, ada masa bacalah lagi..."Hidup Mesti Ceria!"

illya berkata...

Wahh uncle.. siap ada blog lagi.. tak sabar nak pi sana lagi ni.. jgn kali ni kena kidnap dan deport lagi dah ler, nauzubillahhh...

Anyway, good luck in life.. doa baik2 and be the best..

salam,
illya

Uncle berkata...

Dear Illya.
Thanks for reading. Ala... apa lagi nak buatkan...ini ajelah hiburan yang ada...please continue reading! Regards to the rest..

siti berkata...

wah, ohaiyo!! memang lawa..depa mmg terer buat ukiaq ukiaq nie..tu mmg kagum..nnt uncle jgn lupa uplod gmbaq the latest no..sy mmg minat id ni.

Uncle berkata...

ohaiyoo. part ukiaq tu memang depa pandai sunggoh. yang tu tak buleh chelen depa....nanti kalau siap uncle aplod na....

siti berkata...

orait :D

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...