Ahad, Mei 31, 2009

Nabil Bertunang. Part 2

(budak2 aku)

(budak2 aku lagi yang baru sampai)

(usop dengan pak ya cashier aku yang paling best in the world, budak badu ni..)

(lagi 3 penyamun tarbus)

Macam yang aku janji pagi tadi, sekarang aku sambung lagi cerita pasal Nabil bertunang part 2. Masa depa tengah dok sibuk-sibuk suruh aku tunggu, aku ambik kesempatan yang tak seberapa tu untuk bertanya, macamana depa jumpa budak perempuan tu, macamana depa dating, macamana depa pakat nak kahwin, lepas kahwin macamana dan kat mana depa ni tinggal? Samakah macam kita kat Malaysia? Aku suka tanya benda-benda ni semua sebab bagi aku, nilah peluang pembelajaran aku tentang culture orang yang pelbagai bangsa kat sini. Nabil cakap dia ternampak budak yang ni kat mini market dekat rumah. Lepas bertukar pandangan dan menjeling tengok tangan dan tengok mata (tu saja yang depa dapat tengok), Nabil try untuk imagine macamanalah rupa budak ni. Bila nampak bulu mata lentik dan mata dan jelingan agak galak, Nabil rasa budak ni mesti cun punya..jadi pelan-pelan Nabil ikut budak ni dari belakang. Jadi depapun panjatlah bukit naik kat rumah...dah agak lama Nabil ikut naik bukit, Nabil cuba camkan rumah tempat budak perempuan tu tinggal. Tapi dia taklah tanda pintu rumah tu dengan kapur macam MARJINA tu. Eh Marjina ka nama pompuan dalam cerita Ali Baba tu? Lepas dia cam, dia balik rumah sambil merenung masa depan...dia bagitahu kat mak-bapak dia pasal budak pompuan yang cun tu. So sebagai permulaan, dia pakai adik dia sebagai messenger. Adik dia bawak surat bagi kat pompuan tu dengan message, "PECAH KACA PECAH GELAS, LEPAS BACA HARAP BALAS!" Heh3....kalau budak pompuan tu ada respond, budak pompuan tu pun balas balik surat tu dengan message...."BUAT ACAR TAMBAH CUKA, KALAU AWAK SUKA, KITA PUN SUKA!" Huh...tu dia....

Maka dari situ bermula lah percintaan Nabil dengan Marjina selama setahun tanpa pengetahuan sapa-sapa waima kedua orang tua mereka....walaupun depa selalu berjumpa kat mini market Burma kat bawah bukit sambil dok beli bawang. Nabil seorang yang berwawasan, macam yang aku cerita pagi tadi ka semalam (aku sendiri dah lupa), Nabil ni rajin bekerja. Cakap saja pukul berapa, memang muka dia saja yang aku terserempak kat restaurant. Management suka kat dia, guests suka kat dia dan kawan-kawan semua pun suka kat dia. Rajin sungguh dia kerja. Sat-sat check buffet, sat-sat check pantry, sat-sat check store, sat-sat hilang mengulat! Bagus Nabil ni....jadi bila dia dah simpan cukup duit, dia bagitahu kat mak-pak dia yang dia berkenan dengan Marjina ni. Mak-pak dia pun terkejut dalam kesyukuran yang Nabil dah dewasa....depa pun cari jalan macamana nak start the conversation dengan family Marjina. Lepas bersepakat, depa melawatlah rumah budak pompuan tu sambil bercerita. Agak-agak seminggu lepas tu, Marjina bagi green light. Depa bagitahu kat family Nabil. Nabil and family pun setkan date untuk bertunang....so process bertunang pun bermula macam yang aku cerita dalam entry lepas. Walaupun depa dah bertunang, Nabil masih lagi tak boleh jumpa Marjina dan bawak jalan-jalan kat KLCC sebab tak dapat lesen lagi. Nabil cuma sempat dating kat kedai bawang saja sambil tengok tapak tangan Marjina. Tapi sekali ni dah pandai sms dah...jadi adik Nabil la ni dah kembali menganggur! Heh3...

Malam tu depa ajak aku pergi lagi sebab ada dinner. Aku surrender la kalau tengah-tengah malam ni sebab (1) dah malam sangat dan (2) mesti makan banyak. Aku tak mahu jadi macam kenduri kahwin dulu yang aku makan unta tu. Malam pulak, Mainul dan Hilal pulak pergi sana makan malam. Depa masak kari kambing dengan ubi kentang. Sambil makan nasi beriani. Pergh...bestnya...awatlah tak masak macam tu untuk lunch. Dinner ni aku tak berani sikit. Malam tu jugak depa buat upacara tarian Bollywood. Katanya meriah. Depa ambik video bakal pengantin lelaki dok menari sakan. Pandai sungguh Nabil menari. Aku ingat kalau Hrithik Roshan tengok mesti tergeyak ni.....menitik air mata tengok Nabikl menari.

Esoknya masa aku nak lunch, depa cakap jangan ambik buffet. Ambik nasi putih saja sebab Nabil dah kirim satu tupperware kari kambing untuk aku. Masuk microwave panaskan kari kambing. So hari Jumaat tu, lunch aku kari kambing si Nabil lah....TAMMAT.

24 ulasan:

Nek Rock berkata...

yooo uncle salam,

tak kan dah tidooooooooooo noooooo, ke uncle dok kira cicak kat siling..lalalalaa

ahahaha adik nabil dah jadik penggangur

dating kat kedai bawang pun jadik lerrrrrrrrrrrr:))

kucingorengemok berkata...

uihh, kari kambing org sana, menitik air mata saya dok bayangkan :) uncle, yg keje optometrist tu cousin saya, cuba tinggalkan msg kat http://setiawangsaoptometrist.wordpress.com, atau http://anuarsalleh.blogspot.com dia org mmg ada hantar spec/contact lens ke luar negeri, asalkan tau prescription kot

cikgu mas berkata...

Dear uncle

fuyoo!!! cinta sejati tu,tengok mata n tapak tangan jer dah sangkut,tu nama yer bahasa mata,tapikan high risk punya cinta tu,tak bimbang ke bukak jubah tak de gigi,he.he.he

hah tu ada dancing2 tu,baru ni kt kenduri kahwin saya tanya uncle kata tak de!!!

saya kelakar betul dengan uncle punyer pantun,saya beri uncle pantun satu ye..
BUKAK JUBAH TAK DE GIGI
TOLONG UNCLE,SAMBUNGLAH LAGI!!!..

taj berkata...

salam uncle,

sya ni org nogori campuq org penang, tu yg bahasa ada rojak pasamboq sikit... bahasa baku yg kena paku..hehe

2 3 kali tgk si usop, hemsem gak...tak sangka si usop yg hensem tu, baran orgnyer...nak hancuq stering keta..

baguih sketsa percintaan si nabil tuh... semoga bahagia hendaknya ever after.. begitu jugak pd uncle... aminnn...

Uncle berkata...

Mana lagi depa nak pergi dating...kesian jugak kat budak2 sini. Semuanya disekat. Tu yang ramai jadi penagih dadah.

Uncle berkata...

Dear KOG.
Dah juling mata UNcle ni dok taip tiap2 hari. Masa kat KL hari tu nak buat tapi mahal la pulak. Postpone next trip lah...

Uncle berkata...

Dear Cikgu.

Yang menari2 kat rumah Nabil tu depa buat dalam rumah, dalam bilik. Semua nya lelaki sebab tak boleh bercampur...

"Bukak jubah takde gigi?
Cukup2 jangan bukak lagi!"

Uncle berkata...

Heh3...Nabil2...baru umur 22. Uncle dulu masa umur 22 tengah kerja gila2 nak simpan duit beli rumah....

cikgu zainab berkata...

Uncle,
Your entry is always full of humour! Cakap omputih sekali sekala..seronok baca, tu sebab KN suruh compile buat buku.

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.
Memang ada hajat nak buat buku nanti. Tapi ada ka orang nak baca? Ada ka printer nak print kalau volume tak banyak? Ni semua saya nak kena pikir ni. Cost lagi...pergh....book launching lagi, signing session dengan author lagi....lunch lagi...reporters lagi...prime news lagi...documentary lagi...dan lagi...dan lagi...dan lagi...heh3...mati berangan la macam ni Kak Nab ooiii...

perantau.timur.tengah berkata...

Uncle,

TDM pun ade buat buku pasal blog dia.. sume blog entry yang awal2 tu dicompile kan.. dah saya adelah satu dapat hadiah dari TDM.. dan for sure sekali ngan autograph.. wakaka

so leh la Uncle buat camtuh.. amik selective entry dan paskanla kat org2..

apa kata tajuk dia "titipan dari seorg waiter ke GM" tak pun my life entry: waiter to GM

pas tu wajibkan sume bebudak course hotel kat msia beli.. hehe

setiawangsaoptometrist berkata...

Salam uncle..saya dengo ada orang sebut-sebut nama saya, sampai tersedak makan patin lio kat temerloh semalam...

Next trip datangla Setiawangsa Optometrist ya ;)

Uncle berkata...

Dear PTT.
That's a brilliant idea...then boleh jadikan buku tu text wajib untuk Hotel Management Students....paksa beli....kalau tak beli tak grad! Amacam? Ok tak?

Uncle berkata...

Dear SO.
Pergh memang siap ngigau teringat kat reading glass tu. Insyallah akan sampai nanti. Power pulak tak sure...

ez berkata...

salam..
uncle..bestnye mkn kari kambing..ehhe

siti berkata...

tu dia..sy tau sbb pa uncle tak mau menari skali dgn depa..
kalu dak mesti depa tegeyak meleleh ayaq mata tgk uncle menari kalah raja hindustan shah rukh khan..
hehehe

Uncle berkata...

Dear EZ.
Thanks for reading. 1st time got a comment from you. Memang sedap dapat makan kari kambing. Taste macam kari kambing kita jugak. Identical!

Uncle berkata...

Dear Siti.
Selain daripada tu, Uncle segan bila tengok perot dok bergegaq sakan! Heh3...

PINATBATE berkata...

Uncle..
pengalaman mcm ni tak semua org boleh dpt...buatlah buku Uncle!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Buat buku? Heh3...kelakarlah Pinat ni. Takpa, tunggu setahun-dua lagi. Kalau ada demand, maybe Uncle boleh try. Tapi ada ka orang nak beli ni? Apa kata setiap orang diwajibkan beli sedozen! Kalau 10 orang dah 120! Kalau tak pun jemput Uncle masa cuti nanti untuk buat motivation talk kat sekolah2. Amacam? Heh3...

DEENSetia berkata...

Uncle, dah lama nak communicate dgn uncle cuma tak tahu nak tulis kat mana....

Kelakarlah bila bab naik kereta tu, bumper pakai tali ropia......KAKAKAH

Apa email address uncle?

dinsetia@gmail.com

Uncle berkata...

Dear Deen Setia....amboi nama macam Bunga Tanjong ka...anyway, sedap nama. To contact me,
shahrir_a29@hotmail.com

E-mail me and insyAllah Uncle akan balas....

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

nak tanya betul ke si nabil nie

pandai tulis pecah kaca..pecah gelas

sudah baca harap balas

suruh si nabil tu nyanyi boria la....baju dah kena dgn spek hitam dia..

uncle memang pandai bercerita heheh...saya ketawa satu office dengar..awat si hussin ketawa sorang..sorang

tak tahan..tilik tangan masa beli bawang..

selamat marjina tak beli asam jawa...uncle kt makkah ada asam jawa dak?

Uncle berkata...

Dear Husin.
Pasai boria tu, that's a good one...tergelah sat. Memang macam Boria Tanjong Tokong! Eh sini pun ada asam jawa la....sebab ramai orang jawa kat sini. Yang tak jumpa cuma mee jawa! Heh3...

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...