Ahad, Mei 03, 2009

Muzium Mekah Part 1

(ni dari pandangan depan nampak tangga naik tingkat satu)

(boleh baca ka? Juling nanti)

(satu pandangan sisi pintu gerbang kat dalam. Very Islamic, aku rasalah!)

(tingkap kayu kat luar muzium)

Dua hari lepas aku ada bercerita dekat Chef Adil pasal muzium kat Mekah. Aku tanya dia kat mana dan berapa harga kalau nak pergi dengan teksi. Dia angguk-angguk kemudian dia pergi tanya kat Chef Shaaban, Chief Baker aku yang memanjang kerja overnight. Dia nilah yang buat semua roti kat hotel ni tapi croissant yang kecik dulu bukan dia yang buat, tapi orang lain. Nasib baik dia..Chef Shaaban tanya bila aku off. Aku cakap Sunday. Jadi kami set kan untuk pergi muzium pagi Ahad pukul 10 pagi. 9.30 pagi dia call aku sebab dia baru habis kerja. Kami turun dan dia dah tunggu dengan kereta kat Ajyad Street. CS bawak kereta macam orang lain jugak, memang F1! Patut lah banyak kereta kat sini yang kemek-kemek.Sampai kat satu kawasan dia bagitahu aku kat situ orang tempatan panggil kawasan Abu Lahab. Dia terus dok cerita kat aku dalam bahasa Arab. Dia terlupa yang aku baru basic. Heh3...

Sampai kat muzium aku tengok kosong je except group dari India ada kat dalam. Cuaca memang panas terik. Mungkin dah naik 45C. Aku tengok tingkap dia, pintu dia, nampak macam rumah Government Quarters yang aku duduk dulu kat Henry Gurney Telok Mas Melaka circa 1976-1980 dulu. Dibuat dari kayu. Teringat aku masa kecik-kecik dekat Melaka. Pembinaan bangunan dalam bentuk lama. Last sekali aku pergi muzium masa kat Penang dulu. Walaupun aku dah banyak kali pergi muzium Penang tapi aku tetap suka. Ada patung Francis Light kat depat color putih. Lantai dia pun dari kayu. Masuk kat dalam muzium tu, dia bahagikan kepada beberapa era@period. Mula zaman nabi kita SAW. Banyak sejarah kat situ. Aku tak sempat nak baca semua, jadi aku cuma snap gambar dan hopefully dapat enlarge dan baca kalau mata tak juling nanti! Kat sini, muzium boleh ambil gambar, tak macam muzium-muzium lain kat tempat lain. Itu yang aku suka. Security dia macam security Arab yang lain cuma duduk bersembang ataupun main game kat handphone. Senang sungguh sebab sini tak ada ramai pencuri. Kalau ramai pencuri pun memang senang nak kenal sebab tangan dah kudung! Muzium dia taklah besar macam muzium kita ataupun kat negara lain. Muzium Alor Setar pun aku rasa besar lagi. By the way, artist kat Muzium Alor Setar tu formerly ustad aku masa kat SRJK Iskandar dulu. Dia ahli persatuan sejarah Kedah. Sorry nama ustad tu aku dah lupa. Biasalah kalau asyik dok bertukar sekolah dari satu tempat ke satu tempat, mana nak ingat semua! Anyway, banyak aku belajar pasal Mekah bila aku melawat Muzium ni. InsyAllah lain entry aku cerita lagi.

14 ulasan:

cikgu mas berkata...

Salam uncle..

Ye ke uncle pernah dok kat telok mas,uncle sy sek kt SMKA Sharifah Rodziah,atas bukit tu..uncle perasan tak..
Ada p Telok Mas tak skrg?,kalu lama tak p mesti terperanjat beruk tengok..sawah terbiar depan pintu masuk Henry Gurney tu semua dah jadi bandar baru,kalu sempat bwk aunty n anak2 p sana balik,pas tu p lak kg saya Umbai makan ikan bakau...
Cikgu sejarah ni nk bagaitau,tau ndak Sir Henry Gurney mati ditembak komunis masa darurat..

Uncle berkata...

Yes. I was there at Telok Mas and am very familiar with sharifah rodziah. Umbai? of course, dulu Uncle dok jalan kaki je pergi sana...

Suzana Abd Manan berkata...

Uncle, saya suka baca catatan uncle ni teruskan usaha baik ini, peluang ini jangan disia-siakan dan teruskan berkongsi cerita ye..

Uncle berkata...

Dear Suzana.
InsyAllah will do. Thanks for reading as I have tonnes of stories to tell...

Nek Rock berkata...

yooo uncle dear,

alamakkkk cikgu mas citer ikan bakau fulakkkkkkk, eee terbayang2 kat otak nek, ikan bakar ngan nasi lemak ketot tu...phewww

haaa nek dah abis part 1 ni, pat uncle sambung part 2:))

Uncle berkata...

Tu la dia, cikgu mas punya tempat tu memang tempat uncle dok main dulu masa kecik-kecik. Selalu lawan bola kat sek rendah telok mas kat seberang jalan tu! then jalan-jalan pergi pekan umbai ikut jalan kampung kat belakang. Alahai...nostalgia betul lah...nasi lemak dengan ikan bakar tu ada lagi kat jeti umbai tu.

cikgu mas berkata...

Ya Allah uncle..jeti Umbai cantik gila la ni.Kerajaan Melaka habis juta-juta ringgit kat situ..Ada restoran terapung,dan jambatan yang boleh menyusur pantai,cantik betul uncle.Boleh gi Pulau Besar 10 minit je.Saya pun macam tak caya tengok kg saya skrg...Bawak aunty uncle p sana...

Uncle berkata...

Ye ke? Nanti bila balik, Uncle akan sampai kat sana. Wah restoran terapung pun ada? Nanti tengah-tengah makan, tiba-tiba masa nak bayar bil dah ada kat Pulau Besar!

cikgu zainab berkata...

seronoknyer uncle...boleh gi lawat sana sini. TK lah kerana kak nab dpt tumpang baca...tengok2 gambar & kekadang tu tergelak jugak sebab uncle tulis perkara2 yg lucu..heh3!! satu hari nanti, uncle bolehlah bukukan semua cerita2 kat sini..jual - tapi untuk kak nab FOC lah kannn!!! keep writing.

Uncle berkata...

Ala KN.
Nipun lepas berapa lama tak keluar hotel dari tahun lepas ni....memang plan nak bukukan nanti kalau ada yang nak baca, kalau tak pun hantar muzium la jawabnya. Untuk KN mesti satu dozen saya hantar free!

cikgu zainab berkata...

Uncle..wah! one dozen for me...KN tunggu nanti.

Uncle berkata...

Heh3....tu pun kalau KN nak baca....kalau tak pun KN bungkus nasi lemak je lah!

siti berkata...

waa,,uncle sy ada 1 permintaan..nnt bila2 uncle jln2 mekah lg, snap gmbaq byk2..lepaih tu uplod byk2..hehehe..bley sy tgk mekah even dr damansara nie..best2..bila nk pi ni...x sabaq dah..ya Allah

Uncle berkata...

Siti Tanjong punya pasai, nana sanggop buat apa saja....habaq mai nak apa..setakat ambek gambaq, la-la jugak nana pi!

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10) Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusny...