Jumaat, Mei 22, 2009

Gila Rugby / Kopi

(all participating countries)

(aku beli ni online RM180 kot)

(aku beli seluar ni kat CANTERBURRY the Curve, harga RM90 kalau tak salah aku, selalunya salahlah..)

(sebelum tawaf wida' then balik KL)

(ni headboy yang tangkap aku dengan rokok circa 1984!)

Alahai....kalau aku cerita pasal rugby, memang sampai next world cup tournament pun takkan habis cerita dia. Apa pasallah aku minat sangat dengan rugby ni walaupun kat Malaysia sukan ni tak pernah maju kedepan? Ada aku cerita dulu pasal rugby ni tapi tak pa, aku cerita jugak, minat punya pasal. Masa aku dok main untuk Royal Selangor Club tahun 88-91 dulu, masa tu aku tengah kerja kat kedai ais-krim Swensens kat Damansara Jaya. Seminggu 2 kali pergi training, hari Selasa dengan Khamis kalau tak silap aku. Aku selalu naik bas nombor 12 dan stop kat belakang Selangor Club. Tu RSC lama yang ada padang besar tu kat depan. Banyak kali aku bagitahu kat Sports Govenor aku , Teng Mui Ngee yang aku nak kerja...aku nak kerja...aku nak kerja...2-3 tahun jugaklah dia cakap ok nak carikan aku kerja. Tapi sampai sudah tak dapat-dapat. Finally masa aku dapat selection untuk Selangor team, barulah TMN datang bagitahu aku yang PULAPOL ada panggil. Huh? PULAPOL? Bunyi dah ngeri...ala-ala INTERPOL pun ada. Arwah Bapak tak bagi sebab dah ada 2 orang dalam family aku yang kerja uniform. Aku sedih....masa tu polis dengan tudm blackhawks memang power. Aku lepak kat tepi stesen mini bus sambil pikirkan masa depan aku yang kembali gelap-gelita...heh3...macamana nak main dengan Tana Umaga (former all blacks captain)?

Tu dulu, walaupun aku tak dapat kerja hasil daripada bermain rugby, tapi sekarang ni tengoklah pencapaian aku hasil daripada permainan yang aku gila sangat ni..kebolehan berlari 100m dalam jangkamasa 35 saat! Selalu sakit belakang (lower back) hasil daripada asyik kena tackle! Parut bawah bibir hasil daripada kena tackle masa lawan Royal NZ Infantry Regiment (COBRA 10's)dan dislocated ankle hasil daripada perlawanan dengan Trengganu. Memang banyak pencapaian aku dalam permainan ni...

Baju kat atas sekali tu aku beli online dari "LOVELL RUGBY". Mula-mula aku sceptical nak beli online ni, maklumlah kena pakai credit card, dahlah duit sejemput! Namun, keinginan melebihi segala-galanya! Aku dapat jugak baju cun tu dalam 2 minggu seperti yang dijanjikan. Puas...kalau ada sapa-sapa yang terlebih gila macam aku, layarilah www.lovellrugby.com jangan risau, aku takde share kat kedai tu!

Hari tu kawan aku sebelum balik KL ada melawat aku kat hotel. Macam biasa, aku jamu minum Machiato. Apa benda si Machiato tu? Ni bukan Mosquito, walaupun dia berbelang-belang. Machiato ni sejenis kopi yang berselang-seli dengan susu. Oleh sebab dia berselang-seli, aku letakkan kat dalam gelas instead of cup. Baru senang tengok jalur-jalur dia. Cool...kopi ni campur dengan susu panas. Lepas tu topped up dengan milk froth. Baru cantik kat dalam gelas tu. Budak-budak aku tahu yang aku suka minum kopi ni kalau aku kat Lounge. Since kawan-kawan aku datang melawat, aku pun jamulah depa minum. Nak minum machiato kat Rome tak dapat, minum kat Makkah pun jadilah..banyak kelebihan dia!

Aku teringin sangat nak pergi Rome dulu tapi malangnya duit aku cuma cukup untuk sampai kat Florence. Tu pun dah kira power. Memang kat sana depa gila minum kopi. 24 jam kopi, macam kita makan nasi lemak ataupun teh tarik. FYI the real Coffee Connoiseur (betul ke spelling ni?) are those who drink without adding anything. Takde gula, takde susu. That's when you get the real coffee taste. Especially early morning sebelum gosok gigi. Masa tu taste bud kita masih lagi fresh dan tak bercampur coq kodok ka, mihun goreng ka....try tengok kalau berani?

8 ulasan:

Nek Rock berkata...

yoooo salam uncle cakk:))

psttt spelling correction, connoisseur, lalala mcm cikgu bedah lak ni..hehe

haa citer pasal black coffee, sejak nek dok sini, terkawin ngan pakcik baru nek belajar black coffee, mula2 mcm pahit gak, tapi skang ni kalau gula sekilo tu maybe tahan 5 tahun kot kat umah nek..heheehe

take care!!

Uncle berkata...

Dah agak dah...mesti terkurang "s" tu....dulu cikgu Philip Lim (1983) terlupa nak ajar. Heh3...eh sama lah saya pun. Memang kurang gula. Lebih gula aunty marah!

CM berkata...

Dear uncle

sebut pasal rugbi,budak sekolah saya hebat dalam rugbi.sampai ke peringkat kebangsaan.Atas padang hebat n ganas gile,dalam kelas tido memanjang ,selalu kena piat telinga malas wat homework,tapi senggih jer,..ayat paling diorang suka..relikslah cikgu!!!..nakal betul.Agaknya orang rugbi memang cam tu kot?...macam uncle cool je nampak...

Amboi kurang `s` pun cikgu yang salah..kesian cikgu Philip Lim..cikgu Lim ajar tapi uncle tertido kot??

Uncle berkata...

Heh3...pandai main rugby yea...tidor dalam kelas yea...macam sama je..tu yang cikgu bibah marah sangat tu! Philip Lim was one of my best english teachers in school.....

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

uncle ni dulu mesti kuat main Rugby nih
ALL BLACK!!!!
OOo ni ke dia closeup ubat gigi tuh? saper tanya dilla arituh pasal ubat gigi ni, menarek

** Uncle,
kalau dah mimpi2 tu maknanya D60 dah makin hampir ngan uncle ni. Marbelles....food fotography kat hotel uncle makin menyinar......D60 D60 D60 (hehhehehehhe)

Uncle berkata...

Ni lah closeup yang Uncle pakai sekarang ni. Ni lah rupa dia!

Aduh..pasal dslr tu, memang mangancam sanubari...ni tengah kumpul; duit ni..

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

uncle rajin mai d curve jugak ka?..sy rajin lalu je la dpn kedai rugby tu.heh..woh, cerita coffee tu mmg sedap..hehe

Uncle berkata...

Baju pompuan pon cun jugak....tapi regha dia pon cun jugak..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...