Sabtu, Mei 09, 2009

Kenduri Kahwin Part 1

(kat dalam dewan sambil makan halwa)

(kat dalam dewan lagi)

(arabic coffee masa nak masuk dewan)

(pergh..kereta pengantin)

(aku dan pengantin yang mintak SR5 sekeping gambar tu!)

Aku dapat invitation ni dah 2 minggu. Adik Iqbal, budak Room Service aku. Aku letakkan kad jemputan kahwin tu kat atas meja aku kat office. Tiap-tiap hari bila budak hantar kopi kat aku depa mesti tanya aku, nak pergi tak? Punya besar hati depa ni. Jadi kalau aku tak pergi pun tak boleh jugak. So, lepas habis group Turki dinner malam tadi, aku pun cepat-cepat tukar baju sebab kami janji pukul 10 malam nak kumpul kat depan hotel. Cashier aku Husin yang akan jemput dengan kereta dia. Jadi tepat pukul 10 malam, aku, Husin, Mainul (Restaurant Manager aku), Hilal (Room Service Manager aku) dengan Showkat (Lounge Headwaiter) aku dah tunggu. Pukul 10.30 malam kami sampai kat dewan serbaguna kat Mekah. Jalan apa, jangan tanya aku sebab malam. Tapi melalui jalan nak ke Muzdalifah. Suasana meriah, memang ramai orang kat situ. Aku hairan sebab pasal apa semua lelaki yang tunggu? Rupa-rupanya kaum perempuan diasingkan dari lelaki. Aku terlupa ni Arab Saudi! Sebelum sampai kat dewan tu kami singgah beli microwave LG yang kami kumpulkan baru sekejap tadi. Kumpul 4 orang. Dapatlah sikit..oklah kot aku rasa!

Sampai kat situ aku tengok lampu semua dok lip-lap lip-lap. Macam malam Raya. Cuma meriam buluh saja yang tak ada. Pengantin lelaki pakai baju Arab @ thobe macam tok imam masjid dah duduk tunggu tetamu. Aku ambil kesempatan bersalam dengan pengantin lelaki. Pengantin perempuan dok tunggu kat tempat perempuan. Oooo macam ni rupanya..Lepas salam, aku ambil gambar pengantin lelaki. Dia cakap orang putih dengan aku, sekeping SR5. Aku gelak, dia pun gelak..dia jemput kami masuk kedalam. Tapi sampai kat main door, ada orang datang bagi air zam-zam kat kami. Tu style depa katanya. Air zam-zam dia simpan kat dalam buyung celah ketiak dia, kemudian dia tuang kat dalam bekas stainless steel kat kami. Kalau tak cukup bekas, dia recycle saja. Tak cuci pun...hentam sajalah labu! Tempat orang..lepas minum bila nak langkah masuk, depa sua pulak arabic coffee dengan tamar. Aku ngap lagi..2 round arabic coffee sebab aku dah mula biasa minum arabic coffee ni. Kalau tak biasa payah jugak sebab dia campur banyak cardamon. Aku masuk dalam hall. Tengah duduk, depa sua lagi halwa. Bersalutkan nyoq parut. Sedap jugak. Lepas tu sambil dok minum arabic coffee, budak-budak kecik datang bagi jus asam jawa. Eh air asam jawa pun ada? Macam pasar Ramadan pulak. Aku minum lagi.

Lepas kembung perut, aku keluar tengok dewan dari luar. Biasa saja tapi kat sini dah kira mewah tu. Sewa dewan saja dah SR9000. Tu belum makanan yang dicater lagi tu. Memang sah kalau nak kahwin kat sini memang pakai banyak duit. Mana depa dapat duit banyak-banyak aku tak tanya pulak. Tu belum mahar lagi tu! Sini kalau mahar, puluh-puluh ribu. Tapi tu untuk Saudi lah...tapi kalau macam pengantin ni tak lah sampai macam tu tapi dah masuk belas-belas ribu...nasib baik aku kahwin kat KL dulu. Aku kahwin dulu taklah banyak macam ni. Aku buat kecik ja...bagi aku kecik ka, besar ka yang tu tak penting. Yang penting untuk aku, semua yang wajib, aku buat kalau tak, mmmm tak payahlah...Jemputan aku dulu pun cuma 150 orang saja. Tak ramai pun..berapa aku belanja? RM6000 saja. Amacam ngeri kan?

17 ulasan:

siti berkata...

salam uncle,
owh..im the 1st to comment..yeye!
p kenduri? mesti grand habis eh uncle kenduri depa...qeta menjalaq..

Uncle berkata...

Yang ni kera kecikla Siti, ada yang lagi nala! Depa ni rakyat rakyat Myanmar yang menetap sini dah berkurun!

siti berkata...

o lagu tu ka..tp muka mmg dh mcm arab habih na..hurm..kaya2..uncle, sy nk buat lg 1 permintaan..if uncle add chat box ok gak..hehe senang nk cerita

Uncle berkata...

awat tak pakai messenger ja? Kan senang. try tengok..

PINATBATE berkata...

cepat sambung part two..tak sabaq dah ni..

siti berkata...

emel add?

Uncle berkata...

eh tak dak ka? ok take this down shahrir_a29@hotmail.com

Uncle berkata...

Dear Pinat...tak sabaq? Heh3...mesti lah bagi suspense sikit macam cerita JAWS tahun 75 dulu...insyAllah Uncle sambung malam nanti pasai esok ingat nak off kot. Sekarang ni baru nak masuk maghrib. Esok pagi Pinat boleh baca lepas subuh ok?

siti berkata...

skype? ym? byk songeh lak sy ni..huhu

Uncle berkata...

ym pun ok, msn messenger pun ok. anyway, what's your e-mail address? i'll invite you then

siti berkata...

ok,twillight_ville@yahoo.com.sory uncle redundant lebey

Uncle berkata...

Takpalah....buleh belajaq pasai kota Mekah ni....mana tau kot ada rezeki mai sini!

cikgu zainab berkata...

tak ada ke depa bergambar dengan pasangan masa majlis kahwin..gitu ke uncle?? ke depa sembunyi2 !!

Uncle berkata...

Sini memang semuanya diasingkan. Kalau terserempak perempuan tu kira nasib baiklah. Saya pun ternampak masa depa sampai dengan kereta ja. Lepas tu tak nampak dah kecuali budak2 kecik main kat luar. Cute sangat..

Hafitah berkata...

ala...ingatkan nak gak tengok rupa pengantin perempuan nya.

Hafitah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Uncle berkata...

Sorry Fitah.
That is something which is very impossible to do. Mungkin Uncle kena belasah dulu kot sebelum tu!

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...