Jumaat, Mei 08, 2009

My buddies..

(akhtar dari Bangladesh, pandai buat cheese cake ni)

(Yusuf dari Alexandria baru dapat anak nama Yasin)

(chef Adil dari Morocco yang selalu menyelit bila aku ambil gambar)

(ni chef Islamabad aku punya kerja. Dalam tu ada shrimp cocktail)

Hari ni aku kembali bercerita pasal staff-staff aku kat sini yang sememangnya pelbagai. Ada sorang ni kerja dia kat Pastry buat cheese cake. Nama dia Akhtar dari Bangladesh. Kecik molek budak ni, kalau dia usung trolley yang triple deck tu, aku rasa trolley lagi tinggi dari dia. Ada sekali aku tanya bila nak besar? Dia cakap malas nak besar sebab nanti makan banyak, dia takde duit. Kesian pulak aku dengar! Pandai budak ni buat cheese cake. Tiap-tiap hari dia tukar. Ada strawberry cheese, ada blueberry cheese ada plain cheese dan macam-macam lah makanan yang menggemukkan. Tapi yang herannya, Akhtar masih besar tu jugak. Selalu senyum budak ni. Ada misai sejemput. Once in a while aku tengok bila dia buat cheese cake pun dia senyum. Kadang-kadang tengah malam aku round kat dapur, aku risau jugak...sebab dia dok senyum kat cheese cake...ngeri jugak kalau tengah-tengah malam kan...

Ada sorang lagi nama dia Yousif tapi pronounce Yusuf. Ni satu lagi Santorian. Sini ramai yang nama sama, jadi kadang-kadang aku sendiri yang confuse! Budak buat teh aku nama Yusuf, budak buat kabsah aku nama Yusuf, yang ni pun nama Yusuf...kawan aku kat KL yang bukak restoran Haslam kat tepi Hospital Tawakal tu pun first name dia Yusuf! Heh3...si Yusuf yang dalam gambar ni dulu kerja kat Marriott di Cairo. So since aku dulu pun datang dari hotel chain yang sama, maka kami selalu bersembang pasal training program dan lain-lain lagi benda yang serupa. Semua yang aku cerita semua dia tahu. Jadi kami boleh bercerita tentang standard yang serupa. Very interesting. Dalam dok buat kerja semalam, aku dapat satu e-mail dari Monaco. Eh rupa-rupanya dari Marc Cosyns yang sekarang ni dah jadi GM kat sana. Marc ni dulu Executive Chef aku. Lepas tu pasal dia ni best of the best, dia dapat promotion jadi FB Director. Then transfered to Jakarta JW Marriott as EAM Operations. Past 2 years dah jadi GM kat Marriott Monaco. Marc ni boss aku yang paling best in the world. Supportive, understanding and not bossy. Important is you have to know his needs. What standard he wants. Bila kita dah deliver and gain confidence dengan dia, dia dah tak kacau lagi dah..banyak jugak program kami dua orang dulu kat Jakarta...dalam e-mail tu dia cakap dia happy aku ada kat sini dan katanya keep on moving. Yes...you're right. I wanna keep on moving man...banyak cerita aku dengan Chef ni dulu. Nanti bila aku free aku akan cerita. Kalau tak silap aku, dulu masa aku google aku terjumpa nama dia. In 1998 kalau tak silap aku, Marc Cosyns dapat award as the Best Chef for Marriott Property Worldwide!

17 ulasan:

PINATBATE berkata...

alamak Uncle..dasyat betul tengok udang yg melingkar bertingkat-tingkat tu..buah zaitun hijau kat depan yusuf tu tak tahan woo...tapi saya lagi suka buah zaitun hitam yg dlmnya ada carrot..mak aii..semangkuk besar boleh hadap sorang tau..ratah cam tu jer..

Uncle berkata...

Eh suka buah zaitun hitam ke? Sama macam VIP guest Uncle yang baru datang hari tu. Walaumacamanapun, Uncle memang tak lalu nak makan buah zaitun ni. Pelikkan? Kata kerja kat restaurant!

hayati berkata...

salam uncle..

ada ust bg tau sy kat Thaif fruit dia best2..kalau dr Mekah senang ke nk ke sana jjln for 1 day..xpernah lg ada pgalaman ke sana..

Uncle berkata...

Memang pandai ustad tu. Kalau yati pergi ke my entry tahun lepas, memang ada gambar kat Taif tu. Kat sana Uncle duduk kat Ramada Hotel. Very nice, have a look!

hayati berkata...

ok..dah abis pulun rsnya blog uncle ni. x perasan lak pasal thaif tu..gi pagi balik ptg sempat tak uncle..

i.Allah nak g ujung bln ni. uncle doakan yea. coz visa adik saya sagkut lg ni..

Uncle berkata...

Yes memang sempat. Ala...macam tempat kita jugak tapi taklah meriah macam Cameron Highland...but better check first whether umrah visa can visit or not...kadang2 depa tahan suruh patah balik..

cikgu zainab berkata...

Ramai Yusuf kat situ...cantik presentation staff uncle buat.
KN punya menantu namanya Yusuf!

Uncle, cuti sekolah bermula 30 mei - 14 jun. nape eik?? anak2 uncle nak ke jepun ke jumpa nenek depa?

cikgu mas berkata...

Salam uncle

Ya kak pinat..naik bulu roma tengok food tu..lagi satu food tu nampak menarik cam tu sebab yang watnya hemsem-hemsem belaka..

Uncle tak de ke yang rupa macam Chef Labu dalam filem Labu Labi .P Ramlee.??.he.he

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang depa plan nak pergi pun cuti sekolah ni. Tiket dah beli. Lama tak jumpa tok depa. I have no problem...memang digalakkan pun walaupun berlainan ugama...tok depa masih Shinto.

Uncle berkata...

Ok ke presentation tu? Bagi Uncle tak boleh nak compare dengan kita kat KL cuma dapat 10% je...Sana lagi ngeri presentation dia!

Laalaa berkata...

Uncle,

Sedapnya nampak makanan tu.. buah tembikainya besar betul. Manis tak?

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
Macam tembikai kita jugak. Ada yang manis ada yang tak manis. Tapi kalau cakap kita ada tembikai kuning, depa terkejut! Heh3...

siti berkata...

lapaq pulak mlm2 ni bc posting uncle hat ni..byknya mknn...yumyum..nak cheese cake + shrimp koktail!! order bleh ka?..

Uncle berkata...

Untuk Siti, buleh sangat-sangat. Satgi Uncle pi hantar...bila nak pi pekena Hamedyah?

siti berkata...

uiks, janji tu kena tepati..hoho...awat x smp2 lg?.. perut dh main muzik rock ni :p

Uncle berkata...

eh bukan ghazal untuk rabiah ka? heh3...

siti berkata...

buley la..layan..

Rancanglah...

Buat-buat busy!         Pada minggu ini aku sempat bertemu dengan seorang anak muda cekal yang dah aku ikuti perkembangannya selama beb...