Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, Mei 05, 2009
Muzium Mekah Part 3
(from India with the baby)
Lepas habis aku pusing-pusing kat bawah dan ambil gambar, aku naik tingkat atas pulak dan pusing-pusing lagi. Macam aku cerita 2 hari lepas, muzium ni memang kosong. Yang ada cuma group dari India datang melawat. Mula-mula aku nak selit sekali bila dengar tour leader dia dok bercerita, tapi dia dah bercakap dalam bahasa dia yang aku tak sempat belajar lagi. So tak jadilah aku nak cilok dengar. Kat Alliance Francaise dulu depa tak ajar aku bahasa ni apatah lagi kat Goethe Institute! Menarik sebab kat atas tu ada cerita pasal lain pulak. Dia tunjukkan bentuk-bentuk batu yang terdapat kat Mekah zaman dulu. Aku tak berapa faham sebab dah memang kepala batu dari dulu! Heh3...
Bila melawat tempat-tempat yang macam ni aku teringat masa kecik-kecik dulu masa aku kat sekolah tadika tahun 1974. Tadika aku nak buat lawatan kat Aquarium kat Marine Penang. Kami kena bagi cikgu sorang 20 sen untuk tambang bas sewa. Makanan bawak sendiri. Seminggu aku terkenang bilalah nak pergi Aquarium ni. Siang-malam aku tanya mama, bila nak hari Khamis? Bila nak hari Khamis? Mama sampai boring. Aku tanya mama, jauh ka tempat tu? Mama diam tak cakap pun. So bila hari tu sampai, aku dah tak boleh nak tidur. Awal-awal aku dah pakai baju siap dengan kasut tunggu mama nak hantar aku pergi tadika. Mama terkejut sebab masa tu baru pukul 5 pagi! Nak pergi pukul 10....alahai....sampai kat tadika aku dah tak sabar. Mata dok loq-liaq loq-liaq cari bas manalah yang nak bawak kami pergi nanti. Seronok kami naik bas dari Gelugor pergi Marine. Taklah jauh, 5 minit ja naik bas! Sampai kat situ kami dapat penerangan dulu tentang jenis-jenis ikan yang ada kat laut Malaysia. Oh...yang ni ka ikan kembong yang mama selalu goreng.....oh...yang ni ka ikan cencaru yang mama selalu buat sumbat belakang! Lepas 45 minit kami dah selesai ronda satu Aquarium!
Ok berbalik pada muzium tadi, ada satu bilik tu dia tunjukkan gambar-gambar kaabah lama dan baru. Siap boleh tekan-tekan lampu lagi. Macam Aquarium kat Penang. Aku jadi seronok teringatkan masa aku kecik-kecik 35 tahun dulu! Tekan sana tekan sini sampai kena marah dengan Pak Guard sebab habis switch kat dalam tu aku tekan! Heh3...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
12 ulasan:
salam uncle,
muzium ni yang dekat dengan kilang kelambu kaabah ker?
macam mana nak kontek kalau kitorang nak cadangkan lawatan sambil belajar ke sana?
uncle boleh jadi tourist guide tak? hehehehe..
terima kasih.
Tak perasan pulak ada kilang kelambu kat situ. Ada ka? Yang Uncle ingat, depa kata ada satu kilang Um Qura kat situ.....depa tak habaq pulak kat Uncle yang tu kilang apa. Dekat2 dengan kawasan Abu Lahab katanya!
so sweet..n cute sangat cerita uncle masa kt tadika,terbayang saya uncle pakai seluar pendek,ada topi n bawak botol air..terlopong-lopong tengok ikan.pandailah uncle bercerita..
saya tak mengajar kt melaka,tapi anak jati melaka,mengajar kt Putrajaya..bandar hilir dah lain sangat,Padang Pahlawan dah takde dah jadi Shopping Mall..sebagai cikgu sejarah..sedih saya..
Terimakasih cikgu Mas kerana mengikuti perjalanan hidup saya. Oooo Cikgu sejarah yea....tahun 87 dulu saya hafal topik sejarah untuk STPM tajuk "Perang Jawa". Cikgu, kenapa tak keluar?
Hi Uncle..
Hi Cikgu Mas & oths,
ye la Melaka dah byk brubah..
now ada menara taming sari n katanya ada kereta itik yg blh di darat n di sungai..
Ms. Legolas pun blh terbyg camne mak uncle tak larat nk jwb soalan uncle.. heh3..
Dear Ms. Legolas.
Memang Uncle dari kecik suka bertanya dan bercakap serta bercerita...tapi apasal cikgu Bibah tak kasi pass BM dulu? Eh kalau homework tak buat tapi kelas pergi pun tak boleh ke? Cikgu Bibah tak cakap pun dulu!
OOh..cikgu tahu nape tak keluar tajuk Perang Jawa...???
Sebab masa tu Diponegoro tak sihat...
Ingat tak hero Perang Jawa?? Diponegoro!!!!uncle...
Ms.Legolas ..saya pun tak naik lagi Menara Taming Sari tu...
Dear Cikgu.
Of course I still remember sebab for Sejarah STPM toopik tu saja yang Uncle hafal...yang lain tak pernah baca pun! Heh3...
ikan cencaru sumbat blkg..mmg sedap!! yumyum..aquarium..sy ada dengaq pasai aquarium tu, tp sy sendiri tak penah pi lg..teruk betoi :P
ada lagi ka lani? Tu tahun 70-an tu, masa tu Hail Amir dok juai cendoi kat Taman Saadon lagi!
ada aquarium..hat besaq nala punya..cam best ja..kena pi gak blk kpg nnt..adoii, keja byk ghonseng!
I don't think the aquarium is still there in Penang kat Marine, Gelogoq tu...baik pi Aquaria, lagi best!
Catat Ulasan