Isnin, Mei 04, 2009

Tribute to my beloved wife









Aku dapat e-mail pagi ni dari Aunty. Aku tersentak sebab Aunty bagitahu pada tanggal 27hb April lepas adalah merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 12! Aku bingung sekejap pagi ni. 10 minit aku jadi blurr. Bukan pasal apa, tetapi kenapa aku boleh terlupa tarikh yang sangat penting tu? Tarikh yang memeteraikan hubungan kami sebagai suami-isteri yang sah. Tarikh yang membuatkan aku jadi kelam-kabut 4 jam sebelum bersanding sebab kasut masih tak beli..Aku tahu yang Aunty mungkin menunggu-nunggu untuk aku ucapkan "Happy 12th Anniversary" ke corong telinga dia. Tapi macam biasa, aku terlupa lagi tarikh penting tu. Aku rasa guilty sesangat kat Aunty. Aku jadi terlampau sibuk sampai tak teringat sedangkan Aunty mungkin tertunggu-tunggu. Please forgive me...

Aunty dah banyak bersabar dengan karenah aku. Aku faham. Aunty dah banyak tersinggung dengan perbuatan aku. Aku faham. Aunty dah banyak bersusah-payah untuk aku. Aku faham. Dan selama ketiadaan aku ni pun, Aunty dah banyak berkorban melaksanakan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak aku. Aku faham. Macamana aku nak membalas jasa baik Aunty pada aku selama ni? Tiap-tiap hari lepas sembahyang, aku panjatkan doa untuk Aunty agar diberikan kemudahan untuk Aunty melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu dan menantu kepada keluarga aku. Banyak kali Aunty menangis dek angkara tutur-kata aku. Itu semua aku faham....

Susah-payah aku, tak ada orang lain yang faham kecuali Aunty. Aunty lah yang menjadi pendengar setia aku dikala aku dirundung kesusahan. Dialah juga orang yang selalu memberi kata-kata semangat pada aku apabila aku dilanda musibah. Dialah juga tempat aku mengadu dan meminta pendapat.

Jadi, dikesempatan yang tak seberapa ini, ingin sekali aku bisikkan kat telinga dia yang aku sangat-sangat sayangkan dia. To my beloved wife, Wakana Kamimura, there's one thing that I would like to express to you..."Happy Belated 12th Wedding Anniversary and I will always love you forever!"

34 ulasan:

vy berkata...

dusyumMmmmMmm !

tumbuk uncle sejibik!

PINATBATE berkata...

Happy anniversary!
semuga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah di dunia dan akhirat!

Uncle berkata...

Dear Vy.
Memang patut kena penumbuk pun. Thanks anyway!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Thanks for the wishes. InsyAllah...........

Suzana Abd Manan berkata...

Happy Anniversary to you and your lovely wife.

Akmal berkata...

happy anniversary :)

Uncle berkata...

Dear Suzana.
Thanks to you and hope that yours too will last forever!

Uncle berkata...

Dear Akmal.
Thanks bro....and good luck to you too in your coming exam. Tak sabar nak panggil Dr. Akmal..

Nek Rock berkata...

yoooooooo uncle dear,

happy anniversary to both of you!!

haaa uncle memang nak kena piat, psstttt aunty, cepat masa ni laa minta TOD'S, hahahaha sebab uncle dah buat kesalahan, lalallalaa

Uncle berkata...

Yo3...salaam NR.
Thanks. Memang sanggup kena piat sebab terlupa. Bunyi macam cikgu Bibah la NR ni! Kalau order kemeTOD'S (small@tiny) boleh? Heh3...

Nek Rock berkata...

hahaha cikgu bibah eh, lalala

ehhh boleh nya kemeTOD'S,yg kemetot tu yg biasanya mahal, haha

psssttt aunty doesnt matter huh as long it's written TOD'S on the bag

Uncle berkata...

Heh3...spot on nek.....spot on! ni tengah ngumpul duit ni. heh3...she's going back to tokyo end of this month with the kids and survey kat sana sama...kesian kat budak2 tu dah lama tak balik kampung tengok tok dgn nenek and their beloved uncle masato!

cikgu zainab berkata...

happy 12th annivesary to uncle & aunty. take care.

Nek Rock berkata...

yooo uncle dear,

ni mesti tengah pulun kerja ek..ehheeh

ooo aunty nak balik tokiyoooo, yaaa mesti she miss her family macam nek gak..rindu kat family sema, so alternate yrs nek balik:)

regard to aunty from nek

Uncle berkata...

Thank you very much KN. Masih baru lagi KN compared to you...apa rahsia KN?

Uncle berkata...

Oh yes, she misses her family very much and so do I. Lama tak pergi sana. Tengoklah nanti kalau ada rezeki lebih, insyAllah..

cikgu mas berkata...

Sian..aunty..orang lelaki cam tu..la .Happy anniversary..

Uncle berkata...

Thanks a lot cikgu. Sekali ni Uncle mengaku salah! By the way, cikgu Mas mengajar kat Melaka ke? Lama tak pergi Melaka. Bandar Hilir pun dah berubah kan?

taj berkata...

salam uncle,

well, org lelaki, kalau dah kerja lupa segala... nasib baik dpt bini yg penyabar... anyway happy 12th anniversary...

Uncle berkata...

Dear Taj.
Oh no...you're making me feel guilty again...i promise this will never ever happen again!

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

"Happy Belated 12th Wedding Anniversary"

May ALLAH bless both of you

Uncle berkata...

Salaam Husin.
Amboi lama tak dengaq cerita no...thanks to you. Amacam nasi kandaq kita? Jangan lupa naaaaa!

perantau.timur.tengah berkata...

errr.. org jepun ke? ish tak tahu pun.. ke aku yang tak dengar Uncle citer..

anyhow Aunty, masa tu sorilah kami menyebabkan dia lupe kot.. duk menyesakkan dia dgn booking hotel sampai dia terlupa nak wish..

nanti saya belikan hadiah dari riyadh yer.. haha tuk Uncle takde.. wakakak..

Happy 12th Anniversary!

to Uncle,, hang dah belikan hadiah lum? haha jgnlupe pulak

Uncle berkata...

Dear PTT. Thanks for the wish.

Pasal koranglah Uncle terlupa nak wish tau! Heh3...ah..ah kan...baru teringat, bukan hari tu ke orang-orang Riyadh dengan Jeddah checked in? Patutlah lupa nak wish Aunty....reason...reason...

Nanti balik lepas haji lah baru beli hadiah...

dilaOHdila berkata...

uncle ,
happy anibessery.
moga dipanjangkan jodoh dan sentiasa ditaburi dengan Kebahagiaan...
amin

ms.legolas berkata...

Hi Uncle and Wakana San,
Happy Belated 12th Anniversary..

rupanya Wakana San pun senasib ngan sy gak..memang sabar sungguh Wakana San, harap uncle jgn lupa2 lg.. sedih tau kalau suami memanjang lupa..

Anyway I admire both of u.. semoga berkekalan hingga akhir hayat..

Uncle berkata...

Dear Dila.
Thank you so much and wishing that yours will be the same too! May Allah bless you and your family..

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Domo Arigatou ne...eh Abang pun selalu terlupa ke? Senasib lah "kita"......btw, are both of you in contact with each other now?

ms.legolas berkata...

Dear Uncle San,

We all cuma baru dapat ber e-mail setakat ni..I am sure Wakana San mesti sibuk dgn kerja n anak2.
I cannot imagine if I need to handle my children alone in a place which is not my mother country.. ternyata Wakana San wa subarashi hito desune.Wish to meet her one day.

best regards.

Uncle berkata...

InsyAllah you'll be able to meet her one day. It's just a matter of time....Uncle pun bangga dengan kesungguhan dia. Tak pernah pun dia complain apa-apa. I guess I'm just one of the lucky ones......

siti berkata...

adus, sy slalu plg lmbt bc posting uncle..tp hat ni plg penting..sory uncle, tp better late than never kan..sy nk wish:
"selamat ulang tahun perkahwinan uncle yg ke dua belaih""semoga kekal ke akhir hayat, amin"
uncle, aunty wakana cun la, patutla uncle sangkut..hehe jgn marah na...gurau2 sja :)

Uncle berkata...

Takpa aih....tak marah pon....biaq lambat asai selamat depa kata...heh3...aunty saja ka? Uncle macamana?

siti berkata...

hurm,, sat sat...sy pikiaq..heheee..

Uncle berkata...

Macam yang Uncle cerita dulu lah...dalam kategori handsome, Uncle lah yang paling tak handsome...tapi dalam kategori paling tak handsome, Uncle lah yang paling handsome! Heh3...

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...