(delwar ni semua dah kenal kan...)
(ni pulak purchasing manager aku, Jailani dari Sudan!)
(ni bukan aku, tapi lunch aku!)
(ingat tak CAMRY teksi tu? nilah dia, aku tak tipu!)
(masa aku kat jeddah dulu, apartment aku betul2 belakang Panda ni)
Minggu lepas aku pergi Jeddah dengan penyamun lagi 2 orang. Masuk aku bapak penyamun, total 3 orang penyamun! Malam sebelum tu aku dah pikir, pinggan apa la yang aku nak pakai untuk kek nanti? Pinggan apa lah yang aku nak pakai untuk Danish aku, cup apa lah aku nak pakai untuk espresso dan ristretto aku nanti bila Lounge aku bukak? Mmmmm apa kata kalau pakai Royal Daulton? Pergh mesti kelasik macam English style gitu....tapi memandangkan aku ni kurang sikit kat English style, aku pikir lagi, apa nak pilih nanti? Aku suka benda-benda yang simple. Zen gitu....kalau color yang banyak sangat nampak bercelaru pulak nanti. Semacamana bercelarunya perjalanan hidup aku......retro sikit, color "ang-ang" sikit, mesti cun ni. Kena dengan Lounge aku yang baru tu. Kami terus ke satu gudang. Orang semua heran sebab tengok lelaki-lelaki mana lah ni datang belek-belek pinggan dengan cups? Nampak ganas tapi belek pinggan! Aku gelak sorang-sorang...heh3...lantaklah labu...jangan muka ganas tapi belek maxi sudah...tak pun baju bare back tu...tak ka haru-biru nanti!
Dalam dok belek-belek tu aku sempat mengelamun balik ke tahun 1973. Masa tu aku umur 5 tahun. Aku ingat lagi yang mama selalu usung aku kat Penang Road. Habis satu Penang Road kami ronda cari pinggan. Masuk Bazar kat tepi Line Clear tu, mama kata tak cun....ronda lagi kat Carnavon Street, mama kata tak comey, ronda lagi kat dekat belakang marrrket chowrasta, mama kata tak moden...last-last sekali beli pinggan cina yang ada bunga-bunga kaler hijau kat tepi tu....heh3.....tapi tu tahun 1973, tahun 1976 pulak mama dah gila pakai pinggan PYREX pulak. Adoi....ni pun satu hal jugak. Bukannya apa, simpan duit punyalah lama, siap main KUT lagi (main KUTU tapi kat Penang panggil KUT), bila dah beli, simpan dalam almari. Aku tanya bila nak pakai? Mama piat telinga kanan aku, mama cakap tunggu RAYA! Adoi......jalan setengah hari, dah beli tak boleh pakai pulak, kena tunggu Raya 4 bulan lagi....muka aku dah senget!
Bila kami dah siap tengok pinggan tadi, kami terus order 4 jenis. Serba seratus....hah, ambik kau Bedah...kau ingat aku nak beli 2-3 keping? Sekali aku beli sampai 400 keping kau! Terbeliak bijik mata Ronaldo (budak philippine yang jual pinggan tu). Terus dia datang cakap kat aku yang dia kena pergi ambik kat Warehouse. Huh, tu lah, tadi aku datang kau tak layan aku yea. Sekarang manager kau dah terhegeh-hegeh senyum-senyum kambing kat aku. Ronaldo ni kalau kat sekolah dulu, aku dah suruh ketuk-ketampi dah ni. Tak pun basuh baju rugby dengan shorts dengan stokin dengan boots aku sekali. Eh jangan lupa, kalau dah kering, siap lipat dan letak atas katil aku untuk senang aku pergi training lepas prep nanti. Heh3....eh Uncle J, takkan tak ingat kot......
By the time aku habis shopping dah malam. Mak ai...tadi keluar pagi, tapi dah sampai malam? In between tu perut kami macam biasalah, maklumlah 3 orang remaja keluar shopping....mestilah lapar. Aku ajak depa gi makan kat ikea. Ikea pun ada kat sini...bukan kat One Utama saja yang ada ok! Sampai kat IKEA, first sekali aku nampak, tempat budak-budak main. Alamak sebijik macam, kat KL. Part ni aku emotional sikit sebab teringat kat Abang, Yuya dengan Marina yang dah semestinya dok horey-horey dengan atok! "Oh...bilakah sengsara ku akan berakhir?"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
20 ulasan:
Salam Uncle,
Tunjuklah gambar pinggan yg Uncle dah beli tu..
Bila "sengsara" akan berakhir?? Awat uncle cakap gitu..sedih KN rasa...
sabar uncle, insya allah lambat laun perkara ini akan berlalu bahkan menjadi kenangan indah buat tatapan anak2 uncle nanti.
dapat berita felda sudah mau buka food courtnya.. nanti bolehlah kita berteh-tarik! heehehe
Uncle...takkan ajak shopping sampai pintu Panda ajer...bawaklah kami masuk skm sekali..nak jugak tengok gambar pinggan mangkuk 400 keping tu...
oowwhh..rupanya Ikea ni design dia sama ajer kat mana-mana yer..tengok dulang,alas meja,kerusi ..sama jer mcm kat sini..
ya betull..ikea pon ada kat jeddah..tp panda tak dak kat ou..heh3x..
uncle, sabaq na..mesti depa pun dok teringat sakan kat uncle..
salam uncle,
biasalah bila dah rindu, nampak barang kat ikea pun jadilah... sabar2, berkorban demi kebahagian keluarga... ada hikmahnya.
saya kalau rindu, tgk pintu gate pun jadilah... hehehe
Tak pun basuh baju rugby dengan shorts dengan stokin dengan boots aku sekali. Eh jangan lupa, kalau dah kering, siap lipat dan letak atas katil aku untuk senang aku pergi training lepas prep nanti. Heh3....eh Uncle J, takkan tak ingat kot>>patut ler tersedak masa breakfast pagi tadi, rupanya org jauh ada sebut nama...hehehe
wah..dulu kat sekolah kira hang ni suka buli junior jugak nih..sian dorang kena basuh baju rugby hang tu...dulu hang kena jugak senior suruh kot...
kat sekolah dulu saya budak baik ler bro, mana pernah nak suruh junior ketuk ketampi ke, helikopter ke..kalau ada pun suruh dorang tembak lampu sampai jatuh jer..hahaha
kadang gelak sorang2 bila teringat time nakal2 kat sekolah dulu...
dear uncle
mak ooi kaki buli rupa yer kt sekolah dulu,kalau warden asrama n guru displin sekolah uncle dulu baca entry ni tersedak depa..tak puas lagi lak tu,sampai Ronaldo pun boleh kena cam junior kena,,
nape lak ambik gambar purch.manager cam tu,sian dia,,tak de pose lain ker,tapi boleh ganti Maria tunku sabri dalam jalan2 cari makan cara makan dia peergh..
sian uncle teringat anak2..tak lama lagi Hari Bapa kan,lagi bertambah syahdu..sabar yer..skrg ni cikgu sekolah pun horey,horey
Dear KN.
La..KN jadi sedih ka? Ending tu saja letak ja tu...
Dear Lutfi.
Saja ja letak ending macam tu kasi berat sikit....anyway, yes, katanya early next month kot bukak balik...teh tarik ok?
Dear Pinat...nak tengok pinggan yea...macam mama selalu ikut party tupperware tu yea....ok, ok nanti uncle ambik gambar ok!
Dear Siti.
Panda tu Hyper Market. Yang bestnya Panda tu bukak 24 jam. Tepi dia ada Mc Donald 24 jam, tepi dia lagi ada apartment Uncle dulu....pun bukak 24 jam!
Dear Taj.
"Bila rindu ku sebut namamu" Sapa tah nyanyi lagu tu! Taj boleh tukar, "Bila rindu kutengok pintu gate mu" Heh3....
Uncle J.
Tu namanya suai kenal...and in fact FC for Pullman Putrajaya Hotel ada call Uncle sekali dan cakap, "hang tak ingat aku ka, kan hang selalu suruh picit lepaih hang main rugby dulu!".....la...pon ada!
Dear Cikgu Mas.
Jailani tu memang macam tu...tapi baik sungguh ni..nak pergi Malaysia ikut tabligh katanya...
lagu kak pah tu (sh aini)... hehe
Dear KOG.
Eh yea ka? Kelas....Uncle pun dah lupa....yang ingat cuma Allahyarham Rafeah Buang! Lagu Don Juan tuh!!!!!!!!
uncle,
oke! teh tarik pon layan jer. Got new info, jumaat ni bakal bukak.
Dear Lotfi.
Amboi cepat sungguh dapat info....Uncle kat atas ni pun tak dengar cerita! Anyway, call me when you are here..kita TT satu Mekah!
uncle, beres!
adus lutfi..terlepas kapal la nak minum teh tarik kt makkah
kena pi umrah lagi nak pekena teh tarik makkah nie heheheh
jelous uncle and lutfi nak pekena teh tarik kt felda...
Catat Ulasan