Isnin, November 09, 2009

Buat2 sibuk...

(ni abang tengah cerita pasal safee sali)

(ni Yuya tengok mengelak cerita pasal exam..)

(ni Marina tengah cakap dan aku sendiri tak faham!)

(hajj meal arrangement..)

(bagi meja bersepah sikit...baru nampak macam kerja...heh3...)

Hari ni aku buat-buat sibuk. Pagi tadi lepas meeting aku dapat call. Katanya junior aku masa kat seremban dulu. Masa aku form 5 dia baru form 1! Alamak, sapa ni? Aku terpikir sorang-sorang. Jauh betul ni. Mungkin aku tak kenal dengan dia. Selalunya aku tak berapa ingat sangat dengan junior-junior ni semua. Aku turun pi jumpa dia kat bawah hotel. Namanya Juzaiddin aka Ah Chong. Dia kat block A dan aku pulak kat block D. Memang aku tak cam. Tapi yang tu bukan menjadi penghalang ataupun masalah untuk aku. Aku seronok dapat berjumpa balik dengan dengan adik-adik aku dari sekolah yang sama. Sama-sama buat maggi dalam baldi baju dulu ataupun rendam maggi dalam gayung! Rasanya, tak sanggup aku nak buat lagi macam tu sekarang ni...tapi kalau keadaan terdesak, aku bedal saja. Dan dulu, memang keadaan terdesak! Heh3...To Juzaiddin dan isteri, aku nak ucapkan selamat datang ke Mekah dan semoga dapat menunaikan tanggungjawab haji dengan sebaik mungkin. Thanks to Uncle J dari Bangi (ni pun senior aku dulu tapi tak sempat jumpa sebab dia tahun 77') Aku darjah 3 masa tuh! Heh3...Kalau Uncle J tak introduce, aku pun lupa dah...

Then aku berlari lagi sebab ada Tour Leader nak jumpa pasal group dia yang akan datang makan. Kelam-kabut aku berlari naik balik ke office. Settlekan a few things dengan depa. Lepas tu pulak, ada 2 lagi agent nak jumpa during lunch. Sekali lagi aku berlari pergi restaurant dan duduk dengan depa untuk arrangekan dinner pulak. Pergh....dah bertambah seronok ni...Aku tanya kat TL samada semua jemaah ok atau tidak. Depa semua happy dengan arrangement yang aku dah buat. Tempat makan besar, makanan bertukar menu setiap kali. Lunch dan dinner tak pernah sama menu. Katanya sedap dan jemaah semua looking forward bila sampai time makan. Depa happy, akupun happy. Habis cerita....

Semalam aku sempat skype dengan aunty dan anak-anak. Marina dah lancar bercakap walaupun kadang-kadang aku sendiri confuse dengan apa yang dia cakap. Happy memanjang. Tak sabar aku nak lari balik, peluk, cium dan tepuk ponggong dia bagi tidur...Yuya pulak tak nak cerita dengan aku pasal exam dia. Tiap-tiap kali aku tanya dia mesti mengelak. Hmmm...I'm getting a bit suspicious.....then Abang pulak, seronok cerita pasal bola sebab masa depa main, ada national player datang tengok dan bagi semangat kat depa. Bertambah semangat Abang main bola. Katanya Safee Sali datang bagi sokongan. Alhamdulillah, in fact aku actually harapkan Rio Ferdinand yang datang jumpa Abang. Heh3...or is it the other way round?

Hari Ahad ni ada 3 junior aku yang akan datang minum teyy sambil horey-horey dengan aku. Yay...tak sabar nak jumpa adik-adik semua. Kepada jemaah yang aku kenal melalui blog yang berkesempatan datang untuk menunaikan haji, datang-datanglah jengok Uncle kat sini. Seronok kalau dapat duduk bersembang. Hilang letih...let me know if you are coming...

Apa aku nak buat lepas ni? Check for new arrival and food tasting for dinner. Aku mesti pastikan yang semua mendapat makanan berkhasiat dan berzat. Depa nak buat haji. Besar tanggungjawab tu. Berapa ramai malam ni? Ala...baru 1300! Berapa lama depa ambik masa untuk 1300? Semuanya dalam masa 2.5 jam semuanya dah habis makan.

Sebelum lupa, tadi aku terjumpa dengan Tuan Badrul dan Lotfi kat bawah...amboi, sibuknya depa...sempat hi-hi saja! Walau macamanapun malam nanti pukul 9 malam aku ada satu lagi tetamu yang aku kena entertain. Ni dari Malaysia. Kalau anda semua baca paper atau ternampak gambar professional dari Tabung Haji, actually gambar tu datang dari professional photographer depa yang ambil gambar dari hotel sini. So aku nak kena arrangekan bilik mengadap kaabah supaya dapat shots yang menarik...ok, aku lari dulu yea!

20 ulasan:

dilaOHdila berkata...

salam uncle...
uncle ni ramai betul kawan erk.....:-)
mungkin uncle ingat2 lupa sebab dah ramai sangat kawan2 uncle yang duk jauh. tapi depa still ingat uncle. mesti masa dulu uncle ni disenangi ramai kut...tu pasal depa still cari uncle walau dimana saja. biar ramai kwan jangan ramai musih kan uncle kan:-)

rezeki berkata...

salam uncle,

tgk jadual uncle dan lari turun naik 4-5 kali , sekarang dh masuk gear berapa ?

alhamdulillah, dlm kesibukan masih dpt meraikan kekawan yg dtg menjenguk.

walaupun jauh dr anak2 dan mak anak, alhamdulillah teknologi yg ada sekrg dpt mengubat sedikit kerinduan dan mengikuti perkembangan mrk setiap masa.

ok uncle, all the best , insyallah

PINATBATE berkata...

Selamat berlari uncle..hehehe..
jangan lari laju sgt..musim hujan jalan licin ni..ngeee..

Uncle berkata...

Dear Dila.
Uncle ni nakal dulu, sebab tu ramai masih ingat...tu satu, then nombor dua pulak, lokasi Uncle sekarang ni....kat Mekah...tempat tumpuan semua orang. Tu lah yang sebetulnya...heh3...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Nasib baik ada teknologi, kalau tak, entah berapa ribu duit dah habis....

Sekarang ni masih dalam gear 2. Sebelum haji hari tu Uncle nervous sikit. Tapi bila dah masuk lepas 2 hari, dah ok balik...biasalah...Barbara Streisand pun ada lagi "stage fright!"....heh3...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Uncle berlari tapi masih lagi mengikut had laju yang ditetapkan...masih ikut undang2! Rakyat berhemah! Heh3...

uncle pet..!! berkata...

amboiiii.. meriah sgh eh depa no..
xpa2.. cheq tgu uncle blik mai mesia ja ni.. blh pekena tey pelita.. ahiksss..
krm slm kt lotfi+tn. badrul ek uncle..

Uncle berkata...

Dear UP.
Memang meriah...buleh aih....tak dak hal punya...insyAllah kalau jumpa depa esok, Uncle kirimkan salam tu kat depa...

hajah zainab bt abdullah berkata...

dear uncle,

nasib boleh "tengok & bercakap" dengan loved ones at home...betul tak uncle?

bertambah slim uncle sebab dok jogging memanjang....

Asnija berkata...

Salam uncle,
lama tak tinggal jejak kat rumah uncle ni, baca je terus keluar, tengah mengejar due date jugak saya, buat-buat busy jugak men-translate subtitle video berkoyan-koyan nih...

ps: uncle, selalunye...budak-budak yang nakal masa kat sekolah, mereka ni yang turn up jadik orang, berjaya, dan kaya pengalaman...yang top selalunya stagnant...saya rasa ada hikmahnya...macam bila uncle citer telenovela uncle tu...barulah inspiring...sebab orang suka dengar macamana orang kebanyakan berubah jadi luarbiasa...semua orang mahu berjaya....
ps: sambung telenovela tu nanti....

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang teknologi terkini....bayangkan dulu tak ada yang ni semua! Tak tahulah macamana pulak 10 tahun lagi...

Uncle berkata...

Dear Asnija.

Yea ke? heh3...Uncle baru nak start sebab jealous tengok orang lain berjaya dan pasal apa kita tidak? Especially orang kita...

Eh Asnija buat apa dengan translation dialog tu? Untuk TV3 ka? Anyway, uncle akan sambung telenovela yang meruntun jiwa raga dan membuatkan Angelina Jolie menangis tuh!

hidungberantai berkata...

wah bsemangat tul uncle ek...bila la sya nak merasa smpai ke sana...

Uncle berkata...

Dear HB.
InsyAllah kalau niat dah ada, akan sampai jugak nanti. Uncle yang tak pernah teringat nak datang pun dah sampai sini..alhamdulillah!

UncleJ berkata...

ishhh...tak yah la sebut tahun tu..terasa kurang muda pulak...hehe

hang pekena teh tarik dgn din ke hari tu?

Uncle berkata...

Dear Uncle J.
Thanks for the comment. Seronok bila dapat comment dari geng nasi kawah! Heh3...

Yes of course I had teyy with Din and his wife. Felt honoured. InsyAllah Jumaat nanti jumpa lagi kot...dengan 2 lagi Juniors! Yay!

Asnija berkata...

Uncle,kalau angelina jolie pun sampai nangis...memang mantap citer uncle ni, dah pernah hantar citer ni kat shah rukh khan tak...mesti dia pulak meraung...

ps: saya buat subtitle video company le uncle...melambak-lambak...tapi seronok...

ps. saya tanyak tips masak boleh ke? Camne nak elakkan fruit tartlet jadi soggy bila kita dah bubuh custard ngan buah...saya dah sapu coklat, tapi bila buat hantaran kahwin, tau je la lama kan...jadi soggy tepi-tepinye tu...lagi satu pernah saya pakai whip cream, tapi dia tak stand, lepas tu macam mencair...sory le...kalau kena bayar consultation nih, masuk buku 3-5 dulu boleh tak?

Uncle berkata...

Dear Asnija.
1) pasal apa whipped cream tu tak stand? Ni berlaku sebab Asnija tak whipped betul-betul. Mesti whipped sampai kental. Mungkin nak cepat untuk kejar masa ataupun temperature simpanannya tak betul. Jadi whipped cream tadi tak boleh nak stand lama.
2) Fruit Tart jadi soggy. Ini mungkin disebabkan oleh Asnija dah campur terlampau banyak air dalam "glaze" tadi. Ada "Glaze" yang dah siap dijual didalam container. Bila nak glaze, campurkan sedikit sahaja air. Kalau banyak, akan jadi soggy dan meleleh...then boleh pakai cold process glaze. Kalau nak lebih mantap, pakailah "concentrated hot process glaze" sebab dia akan "pegang" lebih baik dan lebih lama. Hope this helps!

olive oyl berkata...

salam uncle..

tak tahu kenapa..rasa sedih bila tgk uncle communicate dgn anak anak,yuya ,abang,marina..

seperti biasa..my tear is falling down..falling down ..eh silap..air mata is falling down..falling down..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Kalau Ton sedih, Uncle lagilah sedih terkenangkan kat depa...tu lah saja harta yang Uncle ada pun. Nak harap duit-ringgit memang Uncle tak mampu lah...

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...