Rabu, November 04, 2009

Mulanya Disini Part 6

(rasa2 NY Eve nanti aku nak duduk sini la...)

(ada fireworks ka nanti? mesti anak-anak aku suka!)

(mina tengah dibersihkan)

(lagi kawasan Mina)

(tempat melontar yang dah besar dan moden)

Hari ni aku terasa bahang Haji sikit. Tapi masih belum tekan "panic button" lagi...semuanya insyAllah ok tapi macam biasa la...ada sikit "stage fright"....bila dah 2-3 hari tu akan jadi ok...cepatlah pulak haji sekali ni. Rasa macam baru saja lepas haji tahun lalu!

Sambungan pada cerita syahdu semalam tu, ni lah pertama kali aku naik kapal terbang. Airport masih lagi kat Subang. Alamak kecoh gila...sekali ni mama dan arwah bapak hantar aku, maklumlah, nak jalan jauh...heh3...Naik pukul 11 malam dan sampai esoknya pukul 6 pagi. Lepas breakfast, aku sampai. Penat aku cari toilet. Aku masuk toilet. Bila aku keluar toilet, orang dah kecoh sebab tadi tiba-tiba aku hilang. La...kena bagitahu ka kalau nak pergi toilet? Mana aku tahu...perjalanan naik bas mengambil masa selama satu setengah jam sebab kesesakan lalulintas nak ke Tokyo. Aku ditempatkan di "business hotel" bernama Toko Hotel. Bilik aku bernombor 403 (yong zero san). Aku ingat lagi. Kunci dia yang pakai batang plastik yang besar-besar tu! Heh3...Aku dengan kembang hidung, naik lif masuk bilik. Kononnya nak rehatlah...masuk aje bilik aku dah terkejut...la...keciknya bilik! Size dia? Aku sendiri tak tahu nak cakap macamana. Ok, let me explain. Kalau baring atas katil dan julurkan kaki, ibu jari kaki dah boleh cuit suis TV! Dari hujung bilik ke hujung satu lagi, cuma 8 langkah...dan bilik air, cuma ngam-ngam sorang saja. Kalau masuk dengan Abang, alamatnya Abang akan pengsan tersepit kat pintu! Macam tu lah besar dia. Jangan tanya aku berapa square meter sebab dulu add maths dengan mod maths aku dapat 6 terbalik..heh3...pandaikan?

Lepas 2-3 hari orientation naik keretapi turun keretapi, aku dah pandai pergi sendiri ke hotel. Hotel tu memang cun. Tokyo Bay Hilton. Kalau sapa-sapa tengok drama Jepun yang bertajuk HOTEL, maka kat situ lah depa shooting dan kat situlah aku kerja. Bahagian depan mengadap Disneyland dan bahagian belakang mengadap Tokyo Bay. Malam-malam memang cantik. Lampu lip-lap, lip-lap...macam "mastorra" Chom Bee! Kalau weekend kita boleh tengok fireworks display dari Disney. Dekat gila....macam Hotel Impiana dengan KLCC! Tu dia aih...perumpamaan.

Bahasa sangat penting kat sini. Nasib baik aku belajar bahasa Jepun secara intensif selama 6 bulan sebelum pergi. Jadi basic Kanji aku boleh baca. Kalau hiragana dengan katakana tu, memang no problem lah...jadi kat situ aku survive sendiri. Nak beli tiket, cakap Jepun...nak beli air, cakap Jepun...nak makan, cakap Jepun...lama-lama aku dah boleh comunicate sebab aku ni kaki redah...semua aku bantai. Betul ke tak betul ke, hentam saja.

First department yang aku masuk, depa hantar aku kat Stewarding Dept. Ni bukan pramugara nih...ni cuci pinggan! Aku kerja dengan budak-budak rambut panjang. Depa ni bisu...(aku sangkalah..)masa break tiba-tiba depa ajak aku pergi cafetaria, makan. Aku jadi kawan dengan budak-budak tu semua. Aku tanya pasal apa depa diam masa buat kerja? Tak boring ka? Depa senyum kat aku. Depa kata, kalau depa bersembang, kerja jadi lambat. Wooooooo...pelajaran nombor (1) jangan dok bersembang tak tentu hala....kemudian depa kata, kalau dok bersembang, otak tak boleh concentrate kat kerja. Woooooo....tu pelajaran nombor (2). Then depa kata, kalau dok bersembang memanjang, depa tak boleh nak habiskan kerja dalam masa tertentu sebab masa tu sangat penting. Wooooo....dah (3) pelajaran aku dapat kat tempat cuci pinggan tu! Aku tanya depa, pasal apa rambut panjang dan ikat tocang? Depa kata depa sebenarnya University Students yang buat part time @ arubaito. Woooooo...melopong memanjang mulut aku..

Aku teringat masa kat cafetaria tadi aku tengok semuanya beratur panjang ambik makanan. Tak dak yang berebut, buffet counter cuci-chalat...dan pekerja semua beruniform kemas. Aku kagum...actually kagum sebab aku kerja kat situ...heh3...lepas makan aku sambung balik kerja. Tapi sekali ni aku dah malu nak bersembang sebab nanti depa kata macam-macam kat aku...heh3...

Lepas kerja dan masa tukar baju kat locker, depa mai jumpa aku. Depa tanya samada aku free malam tu dan ajak aku keluar minum. Aku kata ok. Jadi kami pun ramai-ramai keluar hotel, naik keretapi dari Maihama stesyen sampai Tokyo stesyen then tukar pergi Shinjuku dengan JR Yamanote yang kaler hijau tu sambil menyanyi lagu "Apa Khabar Mu Disana..." heh3...

Aku seronok bekerja dengan depa ni sebab sentiasa tolong aku yang masih tak berapa pandai nak buat kerja sendiri. Depa tanya dan tanya sampai aku dapat. Kalau tak dapat, depa tunjuk lagi kat aku sampai aku sendiri naik rimas dan rasa "guilty of the 1st degree!". Macam tu lah kami, sampai aku jadi baik dengan depa. Then aku kena transfer pergi ke restaurant. Bila aku kat restaurant, kerja aku tambah senang sebab aku tahu kat mana nak hantar pinggan kotor, kat mana nak cari gelas, sudu dan garpu...makcik-makcik yang kat dapur semua aku tegur, termasuklah iron chef-iron chef yang ada kat belakang tu. Semua jadi baik dengan aku dan sebab tulah kerja aku jadi senang. Jumpa kat mana-mana kami mesti bertegur sapa. Dalam perjalanan balik ke Gotanda tempat aku tinggal, aku tak habis-habis baca buku pasal peradaban orang Jepun, etika kerja Jepun dan segala-gala pasal Jepun. Aku jadi obses dengan apa-apa saja tentang Jepun. TV program Jepun, keretapi Jepun, rugby team Jepun, lagu Jepun dan termasuklah gadis Jepun...heh3...

Orang Jepun ni, kalau tunggu bas, depa beratur. Tunggu teksi, depa beratur dan semuanya beratur. Bukan macam kat Ampang Point tunggu teksi. Kita pulak, kalau nampak orang tunggu teksi kita bukannya beratur kat belakang dia, kita suka beratur kat depan dia! Heh3...macam ni punya manusia pun ada..

Budak-budak Jepun ni masa kat dalam locker aku tengok memang jaga kebersihan sungguh. Lantai locker room tu boleh baring tak pakai baju, punyalah bersih! Rambut depa, jangan ceritalah....pakai gel, then pakai hairdryer...pakai gel, then pakai hairdryer lagi...kelas...kalah A Mamud dalam majalah Gila-Gila tahun 78'! Bab berkawan dengan depa memang aku seronok. Especially lepas kerja. Banyak tempat kami pergi dan sampai aku dah tak larat nak pergi pun depa usung aku jugak. Punyalah baik...depa tengok aku letih, depa tolong, depa tengok aku blurr sikit depa tanya pasal apa? Part tu aku memang bernasib baik dengan budak-budak tu semua. All in all, salah satu tempat yang aku enjoy bekerja ialah kat Jepun. Aku belajar tentang "Positive Work Ethics"

Amboi Cik Kiah, cerita pasal Jepun, sampai lupa nak buat ending....basically cerita aku la ni dah mula nampak horey-horey...sebabnya aku dah mula confident! Macam biasalah Cik Pah ooiii, walaupun horey-horey, pengajaran hari ni jangan dilupa yea...apa yang kita dah belajar hari ni?

1) pesan kat orang kedua, mana-mana kita nak pergi (ni pasal pergi toilet tak bagitahu orang nih..), jangan terus hilang..
2) cepat adaptkan diri dengan persekitaran yang baru
3) belajar tentang "local culture" samada dikampung yang baru, sekolah yang baru ataupun pejabat yang baru
4) bahasa sangat penting untuk mengeratkan perhubungan
5) jangan pencilkan diri....bergaullah dengan orang sekeliling kita
6) sentiasa positive dan berhemah

Woooo, hari ni pun aku bersemangat waja....bukan pasal apa, aku dah mula ada keyakinan diri kat sini. Aku dah mula bersemangat. Aku dah mula nampak cahaya kat lorong gelap aku, aku dah mula rasa yang aku berhak menentukan masa depan aku sendiri, aku nak ubah semuanya dan tunjukkan pada kawan-kawan aku tadi yang Grade 3 SPM tak bermakna masa depan aku akan gelap sentiasa dan aku mula pasang cita-cita yang lebih tinggi...heh3...

38 ulasan:

uncle pet..!! berkata...

oittt.. gdis2 jepun.. best tu.. ahiksss..
semangat uncle semangat.. jiayu2..

Uncle berkata...

Dear UP.
Eh, how was your exam today? er...sapa la gadis jepun yang malang tuh! Heh3...

uncle pet..!! berkata...

alhamdulillah.. evrythin' accrdin' to d plan.. sbb dh da hint skit2.. ahaksss..

sapa ek uncle gdis jepun tu.. ermmmm.. cm knai ja.. huahuahua.. :)

Uncle berkata...

La...mana Pet kenai? Heh3....shhh jgn habaq kat orang...(sambey anak mata dok loqliaq2 kiri kanan!)

uncle pet..!! berkata...

ishhh.. xkn org xtau.. rata dunia dh org dok bce blog uncle ni.. ahiksss.. (snyum sinis+ttup mulut..)

rezeki berkata...

salam uncle,

satu permulaan perjalanan hidup uncle yang menjadi titik tolak perubahan dalam menuju kejayaan

mmg kalau kita memencil diri, kita lambat sikit nk belajar, tak salah menjadi baik dan peramah dgn semua orang kerana hubungan yang baik akan memberikan advantage dalam kita belajar sesuatu yang baik serta positiv dr mrk. mrk takkan lokek ilmu.

hajah zainab bt abdullah berkata...

dear uncle,

cepat ceriter bab gadis jepun tu...rase2 dah baca sikit2 kat entri yg lama!!

kucingorengemok berkata...

budaya beratur ni ada jugak 1 tak bagusnya... dulu kat uk saya ikut orang beratur tunggu bas, bas tiba, berenti saaat je, tutup pintu jalan (pasal org yang beratur paling depan tak naik, dia ingat takde sapa nak naik)... ooo rupanya 2-3 bas stop situ? awat hang beratuq 1 line jaa? cheq mana tauuu... :)

Ibu n Abah berkata...

Salam uncle,
sebenarnya akak memang suka cerita2 yang uncle ceritakan... macam menonton drama...
Hidup. Buatlah buku... sure laris...
Buku motivasi.

ms.legolas berkata...

Salam Uncle,

Sungguh membuka mata n minda membaca coretan uncle.. rupanya uncle blh ckp France gak... mmg tinggi value uncle ni.. respect la uncle leh cpt terror bahasa..

Ms.L ni dulu select gi Jpn sbb rasa rendah diri bila nk bertutur dlm b.Eng coz dlm byk2 subject B.Eng je yg selalu kat bwh..

Kira Bahasa Jepun ni pun masa kat UM tak pernahnya dpt masuk kelas terpandai... Nasib baikla lulus n dpt gi jpn..

Oh ye kalau telenovela ni jd buat filem jgn lupa ambil Kimura Takuya jd pelakon undangan (kira dia guest kat hotel tu)..Ms. L sanggup pegang watak waiter, FOC lg.

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang tak boleh mendiamkan diri sebab nanti kita akan keseorangan. Orang sekeliling tu penting untuk belajar bermasyarakat....amboi cakap macam wakil rakyat pulak dah....!

Uncle berkata...

Dear KN.
Alamak, bab gadis Jepun tu tak boleh cerita kat sini, nanti lari topik....la ni pasal kerja dulu...heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.

Heh3...pun ada macam tuh? Kesian....tapi seronok kalau ingatkan balik...

Uncle berkata...

Dear Ibu dan Ayah.
Aduh...macam2 kat kepala otak saya ni. Cuma masa saja yang belum cukup...planning memang ada tapi modal besar tuh!

Uncle berkata...

Ms L.

Taklah pandai...tapi kalau tengok kat dalam menu tu dia tulis dalam bahasa perancis ka, kira tahulah jugak...chef tak boleh nak kelentong la....

Takuya Kun? Heh3....tengah pikir apa role nak kasi kat dia?

Uncle berkata...

Dear Pet.
Eh bukan ka ada satu paper lagi...hari ni ka esok? Anyway, good luck to you..

uncle pet..!! berkata...

last paper 8hb nnt.. lps tu kelam kelibut keja la plk.. uhuksss..

Uncle berkata...

Dear UP.
Tak pa aih....kelam kelibut cari kerja bukannya kelam kelibut tak buat apa! Ada rezeki aih....janji jangan memilih dan sentiasa mencuba...

PINATBATE berkata...

Uncle..
macamana nak buang sifat rendah diri?

taj berkata...

salam,

lapang dadaku, tenang fikiranku... tqvm for sharing yr stori mori ni...mmg uncle kelakor n always positif...

bila cuti next year? taj plan ke mekah pd 29hb Mac 2010...insyaAllah

Asnija berkata...

Salam uncle,
Rasanya auro si gadis jepun dah mula mnyerap masa tuh...tu yang semangat keyakinan diri naik...dan tak pasal-pasal keterujaan menyerap kat hati....ntah kan ada yang sedang menyeru....semangat waja pun jadi keluar berapi-api...(nilah hikmah nyer dapat SPM 3, kalau dapat 1, mesti pergi ke USA ke Peranchis ke Ireland....mana boleh, laluan tu salah dan meyimpang....kan...kan...)

ehm...cerita serius pun kena selitkan cerita cinta sikit-sikit untuk jadi ajinomoto nyer...

hidungberantai berkata...

wah time ni uncle dah smakin dasat ek...gadis jepun tu yg xthn tu hehe...sempoi la uncle hehe..mmg bbeza ngan sya...walaupun sya dah dkat staun kat tmpat org tp msih xdpt nak adaptkan lg dgn persekitaran sni...mcm mna nak merajinkan diri ni mcm uncle ek hehe...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
1) Pinat kena tahu sebab apa buat Pinat rendah diri? Sebagai contohnya, banyak jerawat, kulit hitam, tak pandai, pendek dll..kat situ Pinat pikir, tak semua yang dilahirkan atau dijadikan tu semuanya sempurna. Pinat patut berbangga dengan apa yang Pinat ada...cari kelebihan yang ada kat Pinat. Pergunakan kelebihan tu dgn maksimum, bercampurlah dgn orang sekeliling, mix around, jgn terperok kat rumah saja....senyum atau tegur neighbour, peluk mak...banyak membaca. Banyak nak cerita tapi cuba Pinat be specific dengan Uncle. Apa yang buat Pinat rendah diri? Dulu Uncle rendah diri sebab dapat grade 3...tapi sikap Uncle tak membantu kehidupan Uncle malah menarik Uncle turun...tu bahaya! Tu yang Uncle cari dan cuba untuk majukan diri...errr, membantu ke ni?

Uncle berkata...

Dear Taj.
Err cuti? Tak tahu lah lagi Taj ooiiii....but anyway, masa date tu Uncle dah ada sini kot rasanya...

Uncle berkata...

Dear Asnija.
Err how do I address you? Datin or Asnija? Please advice. By the way, nak letak ajinomoto, tapi takut tak kena rasa...heh3...

Part grade 3 tu, I believe so....kalau dapat grade 1 mungkin Uncle akan lupa Allah. Mungkin Uncle akan tak nampak keluarga. Mungkin Uncle akan tak nampak mak-bapak...mintak dijauhkan...

Uncle berkata...

Dear HB.
Where are you currently? Nanti Uncle masuk lagi sekali...ala....apa yang dasyatnya, penyamun...penyamun jugak.....heh3.....pasal penyamun lah yang dia suka kot! Heh3...

hidungberantai berkata...

uncle ada ym ker skype ker google talk ker yg leh kita sembang2 lbh rancak lg hehe...byk nasihat ni kalu sembang ngan uncle hehe...uncle mmg dasat la..kira penyamun kelas A hehe...

hidungberantai berkata...

uncle kalau ada ym add tiflunkhair kalu ada google talk ngan skype add pakai email ni unclesam.kidal(@)gmail.com yg kurungan tu xyah letak sbb sya letak kurungan tu xnak bg spam menceroboh jer hehe

Asnija berkata...

Salam Uncle,
Ha...ha....nak tergelak saya eih...
Datin Nija tu nama Cik Lie yang start panggil, panjang citernye dari citer blog ke blog la tu..then member blog yang kenal saya ikut je...terus terlekat, and member blog baru pun ikut je panggil...takut terlanggar protokol agak yer..ha...ha...macam uncle le tuh...kita ni sebaya la..panggil saya Nija pun boleh...jangan Ninja dah le...

Lepas baca nih...kalau nak delete comment saya ni pun boleh...

PINATBATE berkata...

uncle..
saya rendah..tu sebab rendah diri..saya pakai kasut tumit tinggi tapi bila berjalan terbenam kasut tu dlm tanah sebab berat sangat bebanannya..baru saya sedar..badan saya gemok..huwaaa!!!
:(

Uncle berkata...

Dear HB.
Actually semua tu Uncle ada tapi bila dah lama tak pakai, Uncle ni cepat lupa. Kalau tak silap, skype Uncle shahrirali kot...test power tengok...mungkin silap!

Penyamun kelas A? Heh3....bukan saja A, malah A+ lagi! Dulu periksa memanjang F9. Heh3...

Uncle berkata...

Dear HB.
InsyAllah nanti Uncle try....thanks....merapu lah kita nanti....errr, jangan lupa sembahyang!

Uncle berkata...

Dear Nija.
Thanks for allowing me to address you as Nija. Sounds very "the mesra"...heh3...biasalah kalau merangkak dari blog ke blog...heh3...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Apa kata kalau jalan sambil pijak atas batang buluh tuh kasi tinggi? Heh3...

My Life berkata...

uncle.... uncle...... dah start berlari ke.???

kak asnija

nak coklat. hehhehe (jemput le ke blog saya)

Uncle berkata...

Dear ML.
Thanks for the entry....heh3...tak sangka....actually tadi dekat pukul 9 malam baru habis kerja...ala...baru hari nih Uncle kerja...heh3...

Nas berkata...

Salam..
Teringat zaman mula2 masuk kerja.kalolh org kita bo bikin mcm mana jepun punya cara kerja,x mustahil sgalanya cemerlang...
Inspirasi bermula di Blog ini.. Thanks uncleku...

Uncle berkata...

Dear Nas.
Memang Uncle ke sana dulu dimestikan belajar "Japanese Work Ethics". Read about Sony and you'll understand...besides that you can also google and learn. Uncle tak pernah habis baca pasal depa. Very interesting. Banyak kita boleh belajar dan kalau kita pandai suaikan dengan etika kerja dan budaya kita. Ambil yang positive sahaja.....

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...