Ahad, November 15, 2009

Mulanya Disini Part 11

(kat padang MPAJ pakai baju sponsor)

(abang paling besar sekali)

(sekali pandang nampak macam rio ferdinand pulak...)

(2 budak jepun dengan isyarat tangan budak jepun!)

(surprise......berat aku pagi tadi...sorry leha dan bedah...aku dah kuuuuuuuruuuus! sorry, lupa nak pusing..heh3...)

Tiba-tiba aku rasa mengantuk ya'amat pulak lepas sembahyang Maghrib nih..kepala dah pening-pening lalat sikit. Badan pulak rasa kurang sedap...aduh jangan dia buat gila masa tengah-tengah busy ni sudah...tak sanggup aku dibuatnya!

Semalam aku cerita pasal semua lecturers aku. Err tak lah semua, sebab setengah tu aku dah lupa nama depa. But anyway, kawasan sekolah aku pun tak lah besar mana sangat. Kalau tak salah aku students semua adalah dalam lebih kurang 200-300 kot. Memang kecik in size sebab dia nak maintainkan the quality. Heh3...aku rasalah...Masa aku sampai tu tengah Winter menggila. Kalau kat sana, musim sejuk, petang dah turun minus. Pukul 3 petang dah gelap sedangkan kelas pulak sampai pukul 6 petang tiap-tiap hari...pergh tension aku sebab tak pernah nya dalam seumur hidup aku masuk kelas dari pagi sampai malam. Pagi dah start pukul 8 tapi pukul 3 petang matahari dah tenggelam...tu yang rasa macam dari pagi sampai ke malam tu. Aduh mak...aku rasa lama sungguh kelas masa winter ni. Dah lah perut memanjang lapar. Kami pulak tak dibenarkan memasak kat dalam bilik. Tapi being a Malaysian yang tak pernah ada duit, macamana aku nak buat kalau tengah-tengah malam lapar? Ala...perut nasi lemak...biasalah....cafeteria tutup ngam-ngam lepas dinner. Kalau nak makan kena beli chocolate kat vending machine...ala...takkan makan chocolate je...mesti nak ada sambal sikit....nasi sikit....ayam goreng sikit....jadi aku pun masaklah kat bilik.....sambil dok tunggu minyak nak panas, aku mandi dulu. Ala...winter, kalau mandi pun sekejap je...since aku pakai hot water, maka berasaplah toilet aku dengan wap air panas tadi...lap-lap badan, pakai baju, siap-siap, aku tengok eh bilik pun berasap...panasnya air kat bilik air tu...belek punya belek, rupa-rupanya "hot plate" aku terbalik masa panaskan minyak tadi....habis carpet melekat kat hot plate...bila aku angkat hot plate, aku terrr angkat dengan carpet-carpet sekali! Alamak, berlubang carpet aku...nasib baik kat tepi meja, aku tarik meja, arrangekan balik katil, jatuhkan bedsheet, pergh...dah siap....dah tak nampak lubang!

Lepas pada tu aku dapat single room. Yang tak bestnya single room ni dekat corner kat tingkat atas sekali. Ada cuma tingkap kecik mengadap ke belakang. Masa winter malam-malam aku nampaklah snow turun....kelas......aku seronok tengok snow yang terhoyong-hayang jatuh. Nampak cantik. Penuh atas dahan pokok...penuh atas jalan, atas daun, atas bumbung...memang menarik. Tapi yang tak seronoknya bila aku nak keluar pergi Migros beli beras Uncle Ben yang kotak merah tu dengan ayam, dengan kunyit dengan garam...baru nak beli barang sikit dah kena pakai baju sampai 3-4 lapis, seluar 2 lapis, glove, yang balut leherlah, boots segala..aduhai...letihnya. Nak bersiap dah dekat 45 minit...pergi balik kedai baru 30 minit! Kalau nak shopping Sfr400-500 takpelah...ni baru nak beli Sfr20....nanti bawak balik ayam dengan beras kalau terserempak dengan Mrs. Waals pulak dah kena bersoal-jawab. Apasal beli beras lah....ayam nak buat apalah...nak masak kat manalah...ish....letih aku nak jawab. Jadi untuk selamat, aku balik dan masuk melalui pintu kitchen..heh3...Chef Conrad dah tahu aku mesti nak masak kat bilik..baik Chef Conrad ni...sekarang dah jadi Executive Chef merangkap tenaga pengajar untuk Chef Training kat sana.

Masa summer pulak lagi satu hal. Malam tak nak gelap-gelap. Dah pukul 9 malam pun cerah lagi....tapi kelas tetap macam biasa...dari 8 pagi sampailah ke pukul 6 petang. Memang panas gila masa summer. Tak tahan aku...(chewah...perasan...). Tapi betul, memang panas lit-lit. Ada satu hari tu, aku tak tahu apa plan penyamun-penyamun ni semua, masa break, depa dah pakat siap-siap. Oklah, macam biasalah....sebelum kelas nak habis, aku balik bilik sekejap sebab nak pergi toilet, masa aku keluar dari toilet, kelas dah habis....aku pun jalan nak ke kelas balik. Sampai-sampai kat kelas aku tengok budak-budak dah hilang...aik...mana semua penyamun ni pergi? Yang tinggal kat kelas cuma jacket, baju, seluar, skirt, kasut! Aku jengok tingkap, nampak penyamun semua tengah lintas jalan pergi lake nak swimming....la...gila betul penyamun ni semua, semua dah siap pakai swimming trunks dengan baju mandi masa pergi kelas dari pagi tadi!

Masa kat sana aku tak pernah balik KL. Duit yang aku simpan bagai nak gila masa buat kerja part time semua aku laburkan kat tiket pergi Jepun jumpa aunty. Punyalah sayang aku kat dia! Masa cuti hujung tahun, aku beli tiket dan pergi sana selama dekat sebulan. Memang kopak aku waktu tu, tapi nasib baik aunty banyak tolong. Kalau tidak, memang tak balik suisse aku dulu sebab hotel kena bayar, makan lagi, jalan-jalan lagi.....tapi aku nasib baik sebab aku selalu sedar diri dan belanja ikut keperluan saja dan bukannya ikut suka...

Jadi sekali ni Uncle nak pesan lagi kat adik-adik:

1) jangan boros...belanja ikut keperluan. Sebagai contohnya, semasa Uncle bekerja sebagai waiter dan selalu buat OT, Uncle simpan duit dan Uncle setkan target. Cuma untuk pengetahuan adik-adik, pada umur Uncle diawal 20-an, Uncle dah beli rumah di Sri Damansara dekat dengan Mc Donald tu. Bukan nak menunjuk (ala...rumah pun kecik...) tapi nak bagitahu yang kita mesti simpan duit dan buat pelaburan yang betul untuk masa depan kita.

2) Uncle dah banyak perabihkan duit mak-bapak jadi dari masa Uncle kerja kat Swensens, Uncle dah tak pernah mintak ataupun berhutang dengan adik-beradik Uncle walaupun RM10. Alhamdulillah, uncle sedar yang Uncle kena kerja kuat untuk dapatkan duit dan kembalikan kepercayaan keluarga pada Uncle.

3) Pergunakan masa muda adik-adik dengan perkara-perkara yang berfaedah. Uncle pernah tak pass, jadi Uncle faham kalau adik-adik rasa tense bila SPM tak bagus...Adik-adik, bagi Uncle, SPM tu just the first hurdle saja untuk masa depan. Jangan patah semangat. Get up and move forward....

Ok, aku nak sembahyang Isyak sekejap dan lepas tu aku nak pergi check dinner untuk malam ni. Adalah dalam 700 orang nak makan satgi....heh3...

18 ulasan:

khairyn berkata...

huh kat sini kalau nak terojun loch tak kira musim, air dia tetap rasa macam ais

dulu pun report card banyak hias warna merah gak huhuhu

rezeki berkata...

salam uncle,

byk pahit jerih yg uncle lalui utk mengejar impian dan akhirnya menjadi kenyataan, setiap sen yg kita perolehi dr hasil titik peluh mmg terlalu berharga

alamak uncle, dh nk cecah 70 kg tu, tu boleh kongsi tips , berat uncle sekrg mcm berat saya 20 tahun lps ,

anak uncle tu badannya besar dan fit mcm uncle juga

semlm final rugby 4 nations antara england dengan australia 46-16

pss: dulu uncle main all blacks ampang ye ngeh,ngeh,ngeh

hajah zainab bt abdullah berkata...

dear uncle,

memang tak jemu2 baca kisah uncle! motivasi yang bagus untuk orang2 muda...kudos to you ---> cewah! reduce lagi weight..

Uncle berkata...

Dear Khairyn.

Mana boleh terjun kat sana, kena ngap dengan Loch Ness nanti...heh3...

Uncle dulu bukan sekali-sekala merah...memanjang merah....cuma sekali-sekala tak merah!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Uncle cuba membuat yang terbaik untuk diri Uncle dan keluarga tersayang waima bekerja sorang2 disini. Banyak lagi impian Uncle yang belum tercapai dari segi kareer. I still have a long way to go...insyAllah kalau umur panjang, i'll retire at the age of 65. Rugi rasanya umur 55 dah pencen sebab that's the peak age..wisest age!

Semalam youtube tengok Jonah Lomu (because you mentioned!), John Kirwan etc. Awesome! Macam Uncle 20tahun dulu...heh3...

Uncle berkata...

Dear KN.
Saya pernah lalui masa tu semua, jadi saya taknak adik-adik melalui liku2 macam saya. Depa masih ada masa untuk berubah, depa masih berkesempatan untuk tukar bearing kearah yang lebih baik selain daripada saya nak bagitahu yang kerja hotel ni best...makan, minum, tidur semua kat hotel. Bilik tak payah kemas....baju tak payah cuci....heh3...

Noor berkata...

dear Uncle..

lama arr cheq tak tinggal jejak.. seronok uncle dapat p belajaq kat 'obersea'.. siap depa tanggung lagi.. benda kalu kita dapat dengan cara susah.. misti kita akan hargai.. tapi kalu mai bergolek ja depan mata.. kadang2 kita tak terasa nikmat nya.. heh heh simbolik skit..

abang tu tinggi sungguh.. lagu anak cheq ja.. anak cheq kalu tangkap gambaq utk kelas misti kena berdiri kat tengah2.. anak cheq pompuan, sama umoq ngan abang.. tahun depan kalut lah dengan UPSR..

psstt.. huiyo, rumah kat sri damansara yang dekat2 mc dunal tu.. perghh! semua nya dah mahai la nie uncel oiii.. kecik apa nyer 22x75 kan.. besaq lah tu.. emmm, apakata juai kat cheq ja.. cheq bayaq bulan2 ngan uncle.. ala, macam bai-bai jual kain hat naik beskat tu.. amacam.. ada brani??? sama2 orang tanjung.. bley arr.. heh heh

Uncle berkata...

Dear Noor.
It's always interesting reading your comment. Rasa dekat sangat sebab satu kapai and we used to go to the same places albeit at different times...

Memang abang tinggi. Maybe later jadi 6 footer kot. Kalau 6'3", just nice to be an international defender!

Rumah tu actually abang Uncle dah duduk. Rumah kat depan sekolah Bistari. Nombor berapa, Uncle dah lupa...

Eh anak Noor pun sama baya abang ka? Alamak...ni kacau ni...kalau nana tanjong jumpa dengan mami tanjong, depa dah organize pederaih siap2 nih! Heh3...

PINATBATE berkata...

uncle..
Please bukukan entry-entry motivasi ni..saya rasa sure laku kalau jual...
isyy..uncle..betul ni!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Uncle nak bukukan untuk anak-cucu nanti...heh3...kalau dan...

dilaOHdila berkata...

uncle..
kat opis tadi nak komen tak leh
Breokbang ni asyik sengot2 ja
geram sungguh lah haih...........

Uncle ni mesti suka art kan
urang art memang suka menulis
idea banyak....teruskan
moga dapat dibukukan satu hari nanti.
mana gambaq menu hotel? lama uncle tak boh kat sini

Uncle berkata...

Dear Dila.
Uncle tak minat pon art tu pasal sampai sekarang asyik pandai lukis orang lidi saja. Lain tak pandai!

The thing is, bila Uncle lapar idea jadi banyak dan bila UNcle start menulis, dia keep on flowing...selain dari tu Uncle suka kalau cerita Uncle dijadikan tauladan pada yang berminat dan semuanya berkisar pada kehidupan yang berlaku disekeliling Uncle..i.e. baju sweater yang mengecut tuh...bila tunjuk kat aunty dia gelak sampai golek-golek!

haismak berkata...

Salam...
bes bace cerita uncle..byk yang boleh diambil pengajaran,lagi2,perjalanan saye pun masih jauh. Seronok dengar kisah jatuh bgn pakcik :)

Tapi, ade 1 yng curious, hmm...camna ye makan minum dkt2 negara org ni? status halal makanan nya...sumber2 makanannye...

Uncle berkata...

Dear Haismak.

Thanks for reading. If you don't mind, kindly advice me on your age group and what you are doing currently supaya Uncle dapat taylor-made kan jawapan dan pesanan pada Haismak.

Makan dan minum senang nak dapat. Di sekolah Uncle makanan kami adalah ternyata halal sebab kebanyakkan institusi pengajian tinggi ataupun syarikat2 besar@international mempunyai para pekerja yang pelbagai dari segi etnik, budaya dan agama. Mereka sensitive dengan masyarakat sekeliling. Makanan Uncle semuanya halal. Meat items adalah dari Australia ataupun NZ ataupun sekarang mungkin dari Argentina yang telah diapprovekan status "halal" nya. Lagipun supply halal boleh didapati dimerata-rata sekarang. Cuma panduan kepada Haismak, jangan jadikan status itu sebagai halangan untuk Haismak "explore" kenegara-negara lain. Banyak sumber-sumber lain yang kita boleh dapati kalau sedikit berusaha dan kreatif...akhirkata, untuk Haismak, selamat membaca dan selalulah bertanya...keep on reading, Dik!

My Life berkata...

74.3 kg???

Uncle berkata...

Dear ML.
Jangan jealous....seminggu nih Uncle diet makan keropok Mak Wan saja...heh3...thanks a lot!

olive oyl berkata...

salam uncle and ML..

wah uncle dapat hadiah apa dari ML?ayah ML kat alsafwah ke uncle...

baguslah nasihat uncle ttg boros ni...ton nak copy leh tak nasihat2 uncle ni??

Uncle berkata...

Dera Ton.
ML hantaq makanan kat Uncle tu yang dok mengunyah sakan pagi ni...

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...