Selasa, November 24, 2009

Semuanya rezeki!

(ni cashier aku. budak egypt. sapa tak bayar dia rendam dalam nile river!)

(malaysian students dan tuan bad. dia bukan pegawai polis, tapi tuan bad..heh3...)

(salad yang nak keluar untuk dinner)

(marhabah...marhabah...jangan bah sudah!)

(take away breakfast aku, murah tuh!)

Wah...hari ni memang meletup aku....bukan meletup pasal apa, buku lali, lutut dengan siku aku habis meletup-letup...Prup-prap, prup-prap bunyi...dari pagi sampai malam dok berperang non-stop. Main rugby pun aku tak letih sampai macam ni. Ni dah kira aku main rugby lawan dengan 3 team sekali ni, non-stop! Badan punyalah letih, kalau hantar bengkel kereta pun mesti kena reject sebab dah tak boleh nak buat apa lagi dah! Nak ketuk tak boleh, nak overhaul tak boleh, nak cat tak boleh...tapak kaki aku ni dah dok nyut-nyut balik. Aku tak reti nak cerita macamana. Jadi "nyut-nyut" tu lah jadi penterjemah aku...harap-harap ada lah yang paham!

Semalam aku ada jemput orang besar negara kita makan tengahari hari ni. Semalam masa lunch time aku ada tanya, depa teringin nak makan apa? Depa kata nak makan tradisional mandi. Jadi semalam aku dah pesan kat penyamun tarbus semua yang aku ada VIP yang aku nak entertain makan mandi. Aku suruh buat 2 sekali, ayam dan kambing. Depa kata okay, beres. Ala nak cover balik la tu...hari tu dah terbalikkan tajin kat suit aku..

Jadi lepas breakfast tadi, aku tutup satu restaurant dan re-set balik jadi private dining area untuk depa. Time makan, pukul 1 lepas zohor. Kalut penyamun semua dok masak nak impress. Berpeluh dahi budak-budak tu...lepas zohor aku pun tunggu VIP aku sampai. Sorang-sorang datang...aku tunggu kat lift dan usher depa masuk. Depa terkejut sebab cuma depa kat satu restaurant yang boleh tampung 170 orang makan tu. Lepas semua duduk, aku pun bukakkan napkin letak atas riba, tiba-tiba depa kata, "Shahrir, you have to sit with us. This time please join us..". Bila Menteri dah cakap macam tu, aku pun mulalah terkemut-kemut! Aku pun duduklah disatu sudut yang jauh dari pandangan mata kasar...Mula-mula salad sampai....semua makan. Depa kata sedap nih....habis salad....then mixed grill keluar, depa kata sedap nih....habis mixed grill....then mandi keluar, depa kata sedap nih....habis mandi....then dessert sliced fruit dan omm ali keluar, depa kata sedap nih....habis dessert, aku tengok semua dah tersandar mata layu....tiba-tiba si Mainul yang aku dah pesan semalam bawak keluar setiap sorang double espresso. Sebelum minum double espresso, aku keluarkan pulak vanilla ice cream untuk masukkan dalam espresso tadi. Kacau sana, kacau sini, minum...mata celik terus...dah habis makan, kami mula bersembang. Seronok sungguh bercerita tiba-tiba Menteri buat announcement...."I saja nak bagitahu pada yang belum tahu ni, actually Shahrir ni junior I masa kat Seremban...tapi jauh lah...dia muda 10 tahun dari I.." Heh3...aku pun apa lagi, keluar sayap lah....aku rasa macam naga masa tu, hidung keluar asap, telinga keluar asap, rasa macam terangkat semacam...dah terapung kat atas kerusi tu sambil dok senyum-senyum...maklumlah 10 orang-orang penting dok tengok aku...aku pulak saja-saja lah pakai tie old boys....keelllaaasssss!

Ok habis, on the serious note, tiba-tiba topik perbualan kami dah jadi serious...aku yang tak boleh nak serious ni terkulat-kulat sorang-sorang. Nak bangun salah, tak bangun pun salah...seronok aku dengar cerita. Kena pulak ada sorang lagi tetamu aku bercerita pasal penglibatan dia mula-mula dulu. Bersemangat sungguh aku! Aku memang suka kalau dengar cerita patriotik dan memberi semangat kepada orang kita untuk berjaya ni. Memang banyak aku belajar dalam temph 2 jam kami makan tu. Aku tiba-tiba rasa macam pandai pulak...heh3...

Lepas makan, aku hantar depa kat lift dan ucapkan terimakasih sambil bersalam dengan VIP semua sorang-sorang. Amboi aku rasa macam orang penting sungguh...first time aku rasa penting selama lebih 41 tahun nih! Heh3...Masa nak naik lift, senior aku siap pesan lagi, "Shahrir, while in KL, sms me, we'll go out for dinner!". Huh?

Pukul 3 aku ada meeting dengan FB Heads semua untuk next day progress. Berapa ribu orang nak makan...apa last meal depa sebelum ke Mina dan bila depa balik ke hotel lagi sekali dan apa first meal depa nanti. Prepare menu balik supaya tak sama dengan sekarang etc...lepas meeting dan sembahyang Asar, mata aku dah kuyu balik. Aik...espresso ni kena triple kot...tak boleh double. Aku turun bawah sekejap pekena teyy. On the way nak naik hotel aku terserempak dengan orang kuat embassy dan kami bercerita pendek...sembang punya sembang rupanya dia pun senior aku jugak kat sana dulu...laaaa....masa dia kat Putrajaya aku tak tahu pun tapi dia selalulah datang RKL organisekan govn function...dia kata, "La...I should have known you earlier...boleh buat semua function kat tempat you..." Tu dia aih...rezeki ni....aku bagi name card aku. InsyAllah kalau ada orang penting datang, janganlah lupa yea! Duduklah kat sini...junior ada....heh3.....

16 ulasan:

My Life berkata...

salam..
dear unkel...

waduh2 hebat bangat unkel...

Fida berkata...

Alhamdulillah, depa appreciate segala penat lelah melayan depa. Service from the heart, kerana Allah Taala, akan buat kita gembira, kan?

PINATBATE berkata...

tetiba saya pun terasa nak jadi junior uncle pulak..mana tau boleh dapat syafaat orang-orang penting..terasa mcm VIP lak..;))

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Sekolah tu mana ada pompuan....kalau ada susah nanti...heh3...

Uncle berkata...

Dear Fida.
Correct...bila depa appreciate, kita pun jadi tak letih!

Uncle berkata...

Dear ML.
Tak ada hebat tara mana pun!

rezeki berkata...

salam uncle,

padanlah tersedak masa drive tadi, rupanya n3 uncle rezeki keh,keh,keh

alhamdulillah, mrk semua menghargai apa yg uncle sediakan psl semua habis depa makan dan kata sedap lagi

hari ni penat sungguh, long distance dari KT ke KL ,highway byk tgk repair dan tinggal selorong, ada tadi speed trap kat serembean, bertambah jammedlah highway .
tadi spi terus pegi Ampang Point kena lamb beriani kat res tarbous dan mangggo jus yg diblend
dulu res tarbous ni kat KLCC, tapi rasanya psl tak boleh afford, tu yg pendah kat ampang point.

kalau kat MRR2 kat area tesco ampang tu, samalah mcm kat jalan tepi kaw. haram, jammed memanjang . kalau hujan lagi lah

Uncle duduk area ampang kan?
ok uncle , see u toninght, nak lelap sekejap,
penat

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang dah dekat dengan rumah Uncle. Ampang Point tu tempat kami beli DVD kat ground floor tepi kedai buah...heh3...

Tarboush tu dulu mgr dia nama Azli. My former waiter kat RKL. Then he moved to Sheraton Imperial. La ni dah jadi Mgr kat New Zealand...ada Uncle cerita pasal dia dulu dalam entry yang lama..and he rocks!

Laalaa berkata...

terhebatlah uncle ni..
macam VIP jugak..

mama ju, berkata...

wah bestnya...sapa agaknya senior tu ya...alhamdullilah bolehlah menghubungkn lagi tali silaturahim.

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
First time rasa macam VIP...heh3...

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Memang best bila jumpa geng macam tu. Tapi dia dah pangkat besar jadi cakap kena berlapis jugaklah...

Noor berkata...

dear uncle..

uikss.. dah dok semeja ngan pak menteri.. segan lah cheq nak ajak dok semeja kat ma'e.. alahai, kenalah cheq pajak gadaikan gelang 'blink-blink' cheq hat yang besaq janggut udang nie.. nak wat blanja uncle kat restoren mahai2.. heh heh

uncle.. Selamat Hari Raya 'Aidil Adha' arr..

Uncle berkata...

Dear Noor.
Ni dah tercabut kepala lutut dah ni...tadi 1600 orang makan...esok pagi pon seropa....lepaih breakfast depa check out ramai-ramai. Lega sikit...tapi ingatkan nak rest, rupa2nya nak kena submit budget pulak!!!!

Nas berkata...

Salam uncle...
syabas,berkat ksabaran akhirnya ada jgk ganjaran utk kita.walaupn bkn dlm bntk pangkat n wang ringgit.. Pak menteri tu mmg sgt2 low profile orgnya.cuma syg x lama bersama kami.

Uncle berkata...

Dear Nas.
Memang betul. Dia sangat low profile! Tu yang Uncle suka sangat tu...kena pulak dia senior Uncle kat sekolah dulu...lagilah suka! Heh3...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...