Rabu, November 18, 2009

Suisse

(lac leman - gambar kat internet)

(kampung le bouveret - gambar internet)

(geneva - gambar internet)

(winter in geneva - gambar internet)

(jet d'eau - gambar internet)

Suisse adalah sebuah negara mewah. Aku suka kat sana sebab udara dia malar segar...memang terasa segar bila bernafas melalui hidung ataupun mulut...mula-mula aku sedut udara dia, wah....memang lain...penuh dengan zat dan vitamin...makanya aku menjadi bertambah segar dan ceria! Hidup di perantauan ni memang penuh dengan adventure. Adventure dengan masyarakat dia...adventure dengan bahasa dia...adventure dengan tradisi dan jugak adventure dengan pemandangan dia yang sebijik macam kat dalam postcard. Tak berubah langsung antara postcard dengan reality. Susah nak dapat kat tempat lain. Kalau kita pergi kekawasan perkampungan, tanah dia, masyAllah, punyalah besar! Family dia tak besar mana tapi ada 2-3 generasi duduk dibawah satu bumbung. Cara hidup depa mirip ke kampung sikit tapi layanan depa pada kita memang sangat memuaskan. Pernah aku beberapa kali pergi rumah kawan aku dan jugak selalu pergi rumah Fracheboud. Fracheboud ni orang suisse tapi wife dia Mexican. Dia mengajar aku Beverage. Semua jenis beverage@minuman dia ajar aku sampai aku jadi salah seorang yang expert dalam beverage kat situ...

Walaupun rumah orang kampung kat situ memang kampung tapi depa ni kaya-raya. Dalam garage bukannya ada lamborghini tapi ada sampai 2-3 tractor...ladang depa sangat luas. Macam-macam depa tanam. Seronok aku tengok. Pokok bunga jangan ceritalah...penuh kat tingkat belah luar kat rumah depa. Sangat cantik. Kalau depa bela lembu, memang banyak. Lembu depa selalunya depa bela untuk dapatkan susu. Susu tu pulak diusahakan untuk buat cheese. Aku sempat pergi ke tempat buat cheese beberapa kali. Mula-mula aku tak berkenan sangat dengan cheese ni sebab bau dia meloyakan tekak petai aku! Tapi bila dah lama duduk kat tempat orang dan tiap-tiap hari tengok cheese, aku pun dah sedap pulak makan cheese. Bukan setakat tangkap gambar saja aku sebut cheese, malahan masa tidur pun mengigau cheese! Setiap bulan kat sekolah aku diadakan Suisse Night. Staff dan student dari Suisse akan berpakaian traditional. Depa sewa pulak sorang pakcik datang main accordian....baju dia warna-warni. Sedap dia main...tapi kalau dah tiap-tiap bulan dok dengar lagu yang serupa, aku pun naik letih tengok pakcik tu.

Malam Suisse Night tu selalunya kami makan "fondue". Mula-mula macam biasa, tekak petai tak boleh nak telan...tapi lama-lama, jadi sedap lah pulak...aku dah perasan pakcik accordian tu tapi tak ingat kat mana aku dok jumpa dia. Penat aku pikir, tak ingat-ingat jugak. Takpalah...lain kalilah aku tanya. Ada sekali tu masa aku nak pergi minum kopi, aku lalu kat depan kedai daging, "Butcherie". Aku jengok kat dalam tengok daging. Macam-macam ada. Ada daging itulah, ada daging inilah...aku jadi curious nak tahu. Lama aku kat kedai tu. Macam-macam daging depa jual. Kat situ aku belajar jenis-jenis daging. Tiba-tiba ada orang tegur aku dari belakang tirai kat belakang counter. La..."pakcik accordian" rupanya...aku tanya kedai sapa? Dia jawab kedai daging tu kedai dia lah....then aku tanya lagi, yang main accordian tu adik dia ka? Dia jawab sebenarnya yang tu dia. Tapi dia minat main accordian, jadi bila ada offer dari sekolah aku, dia pun main lah sebulan sekali....rupanya accordian ni sebenarnya macam alat muzik traditional depa lah jugak...macam kita main angklong...

Ada satu pekan famous kat sini setiap musim panas. Tiap-tiap tahun mesti ramai pengunjung dari seluruh dunia datang ke Montreaux Jazz Festival. Aku tak terkecuali. Sebenarnya Montreaux ni taklah besar manapun...kalau setengah jam jalan mungkin dah habis. Banyak kedai cenderahati kat situ. Depa jual Swiss watches, swiss army knife, postcards, flags etc. Memang tempat pelancungan. Depa jaga sungguh tempat tu bagi bersih. Ada satu castle kat situ yang namanya Chateau de Chillon. Banyak kali aku pergi tempat tu. Boleh katakan setiap musim lah...yang rajin dok bawak aku kesitu selalunya sorang budak Siam ni. Nama penuh panjang sangat tapi nama pendek dia "O". O kahwin dengan Lyn, budak Taiwan, junior dia. La ni duduk kat Bangkok dan ada anak pompuan sorang. Aku tengok gambar anak pompuan dia, aku ternampak muka Lyn masa muda-muda dulu. Baik sungguh O ni. Selalu buat tomyam kat aku! Tu yang baik tu! Heh3...at one time O kerja jadi Executive Chef kat Bangkok tapi dia dah letih kerja hotel yang tak tentu hala tu jadi dia tukar profession dan sekarang lecturing kat culinary school kat Bangkok. Ada O tanya aku samada aku nak kerja kat Bangkok ke tak....alamak...cabaran ni....nanti aku pikir dulu yea O....

28 ulasan:

rezeki berkata...

salam unnle,

tersenyum dan ketawa baca cite uncle pagi ni keh,keh,keh

seonokkan kat suisse, inviroment dia terutama kat kaw perkampungan mmg menyenangkan

lagi2 pulak uncle dpt mempelajari budaya mereka

kalau kat sini peladang ada 10 ekar tanah dh kira besar, tapi kat sana 40 ekar dianggap kecil, kurang2 50-100 ekar ladang mereka

hari ni menu apa kat hotel uncle utk dinner malam tadi ?

hajah zainab bt abdullah berkata...

dear uncle,

cantiknya pemandangan kat sana! tak der ke gambar2 uncle waktu kat sana?

kucingorengemok berkata...

pernah ke sana dulu, hari ahad apart from bunyi bells from chapel, tak nampak sorang manusia pun kat kawasan perumahan... aik, dia org ni tidor ke sepanjang ahad?

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang luas kawasan dia. Seronok pergi. Pemandangan pun sangatlah cantik. Sebenarnya kita pun boleh buat jugak tapi tak tahulah apa yang tak kena.

Menu semalam ada macam2...pasal jemaah dah mula ramai. Ni pun sekejap lagi Uncle dah berlari ni..

Uncle berkata...

Dear KN.
Gambar memang banyak tapi semuanya kat KL. Nanti balik kena scan dah baru post...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Selain daripada tu memang depa melepak kat rumah. Bawak family jalan2 dll....

dilaOHdila berkata...

uncle ni banyak pengalaman
bukukanlah pengalaman tu uncle
writing uncle dalam menyusun ayat pun power
mesti ramai peminat nanti. boleh jadi chef hanieliza lak lepas ni.......

Uncle berkata...

Dear Dila.
Pengalaman Uncle taklah banyak mana. Orang lain lagi banyak tapi mungkin depa tak cerita sebab menulis ni pun nak kena creative dan banyak idea. Uncle bernasib baik sebab Uncle suka merapu cerita walaupun semuanya kisah benar yang boleh masuk rancangan "Kisah Benar" si Nancie Foo tuh! Hheh3...Selalunya kalau Uncle menulis, memang Uncle tak pernah plan. Duduk mengadap laptop lepas kerja dan mandi, masa perut lapar, terus type. Idea alhamdulillah datang mencurah-curah masa tu. Kurniaan Allah semuanya. Uncle pinjam saja...

rezeki berkata...

salam uncle,

mmg seronok dgr cite uncle ni,kisah benar dalam byk koner dan merapu tu, terselit iktibar dan pengajaran yg boleh diambil sebagai motivasi diri.

mau lepas ni uncle turun berat tu lagi 10 kg , pasal setiap hari plot cite uncle semakin menarik dan menulis semasa perut lapar keh,keh,keh

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

"Kalau kita pergi kekawasan perkampungan, tanah dia, masyAllah, punyalah besar!"

perkataan 'masyaAllah' bukan calang-calang orang melayu sebut. fuh. ankel sudah menjadi sebahagian dari arab!~

My Life berkata...

salam.
semoga dipermudahkan segalanya

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Uncle pun seronok menulis kalau ada orang seronok membaca. It's a win-win situation. Uncle memang puas kalau message dapat disampaikan dengan jelas...walaupun dalam keadaan merapu!

Jangan jealous...berat Uncle sekarang dalam lingkungan 74....tapi mungkin tak bertahan lama sebab cabaran di KL mengalahkan Amazing Race! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Entahlah...sejak selalu minum teyy dengan "Lotfi and the Penyamun's" ala-ala kumpulan Siglap 5 tu, Uncle tengok laptop pun cakap Arab! Kelllaaaassss...

Uncle berkata...

Dear ML.
Thanks for the gift. Ni tengah dok ngap-ngap nih!

olive oyl berkata...

salam uncle...

semlm ton ada request add kat facebook uncle...
nk bg uncle tgk gambar2 percutian aritu tu...

bestnya ada sambungan mulanya di sini..ni nk baca ni...

My Life berkata...

dear unkle ..

afwan, gift yang tak seberapa jer unkle...maaf yer..

keje2 jugak.. tapi dapatkan rehat yg secukupnya..

doakan azie (-_-)

Mak Aji berkata...

Assallamualaikum Uncle. Hari ni dah petang baru dapat baca blog uncle. Keja Mak Aji sebenarnya keja yang uncle paling nyampah ..debit sana credit sini balance ke tak balance ke .. heh3.

Mak Aji suka cara uncle menulis, nasihat dan motivasi dalam santai. Mak Aji tak suka baca blog2 yang serius .. meletihkan otak sebab kepala Mak Aji hari2 berserabut dengan angka2 jutaan ringgit, tapiiiiii duit orang ... heh3.

OK uncle .. keep up

Uncle berkata...

Dear Ton.
Dah on pon...cari kat dalam tu kawan2 yang Uncle ada mentioned like Karin Scmidt, Johann Runarrson dan Rozana Winarto. They are all my good buddies and now semuanya di US walaupun Karin budak German, Johann budak Iceland dan Rozana budak Indonesia...

Uncle berkata...

Dear ML.

Ni dah rasa macam Rapid KL dah ni...gear dah nak masuk maximum nih...sudah libu-libu wooooo....

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Saya heran, apasallah Mak Aji suka sangat kerja tu? Takde kerja lain ke Mak Aji? Mahu malam-malam ngigau tu....errr pinjam 2 juta, ok?

olive oyl berkata...

salam uncle...

mula mulakan uncle..nampak adil bounaser.yg wife dia ramah tu....mmg dah kenai ni....dok bawak uncle naik motor... now dah leh imagine rupa johann runarsson..Karin Scmidt tak attach gambar...rosana winarto pun dah leh imagine...mereka ni umur sebaya uncle ke????

olive oyl berkata...

salam uncle,,

rasa puas dapat tgk gmbr classmate uncle..mcmana nak cari gambar mrs waals...dalam telenovela ni mrs waals pun famous dah..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Depa tu semua dekat baya2 Uncle..mungkin muda sikit kot!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Rasanya Mrs. Waals tak dak kot...tapi mungkin ada dalam quarterly newsletter cesar ritz...tak sure!

Zaifera berkata...

Beb.,Bob jual nasi lemak depan Picadilly tu ada lagi ke? & Kak Rock " Rogayah" tu mcm familiar jer..

Uncle berkata...

Dear Fera.
Oh yes...you still remember BOB kan? And do you remember EDEN tu? Heh3...Fredo and the Flinstones? Owh...that was hilarious!

AinZa berkata...

saya setuju dengan mak aji..suka cara uncle menulis, nasihat dan motivasi dalam gaya yang santai.. bagi saya pun baca blog2 yang terlalu serius kadang2 meletihkan.. kena pulak konsep kepala otak saya nih susah sket gaya pembacaan yang berat2 n serius nih sebab cepat boring :P

Uncle berkata...

Dear Ainza.
Thanks for reading my "merapu blog". Again, sila ambik yang positive sahaja...

Uncle tak suka bincangkan perkara yang serious. Bagi Uncle, ada orang lain yang lebih mahir dari uncle dalam bab2 tu semua. Biar yang arif menceritakan. Uncle cuma tahu pasal hotel, hotel dan hotel selain daripada sulaman pada pengalaman lama sebagai panduan....

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...