Ahad, November 22, 2009

Lost and Found..

(lamb curry. Baru setengah tu...)

(adil tengah dok senduk lamb curry masuk chafing dish)

(tadi hilang...)

(sekarang dah jumpa...)

(bagus betul group ni)

Macam-macam aku jumpa bila kerja kat hotel ni ataupun kedai kopi. Jam tangan, cincin, gelang, subang, duit, passport, payung, pampers, seluar anak dan macam-macam lagi dan kalau aku nak listkan mungkin sampai esok baru habis...itupun kalau habis. Kalau tak, mungkin sampai minggu depan pun ada list tu lagi. Mmemang menarik bila nak dikenang-kenangkan...

Dalam banyak-banyak barang yang hilang dan jumpa, ni lah first time guest complaint yang dia hilang gigi! Aku heran macamana gigi boleh hilang? Tak masuk akal gigi tu boleh hilang..tercengang aku sekejap tadi. Aku tengok gigi dia penuh tapi dia dok melilau tunjuk aku gigi dia. Aku tanya apa yang tak kena dengan gigi dia? Semuanya penuh! Dia dok cerita jugak kat aku yang gigi dia hilang...dekat setengah jam kami dok bercerita. Last sekali aku panggil budak aku yang dok jaga kat meja dia dan tanya sapa yang clear meja tu tadi? Ada la sorang penyamun ni mengaku. Aku panggil dia kat belakang. Aku tanya, samada dia jumpa gigi kat atas meja? Dia heran...muka heran tu aku tengok kelakar sungguh! Aku cakap takpa, macam nilah...bagitahu kat aku, kat mana dia buang balance plate tu tadi dan mungkin gigi tadi ada tertinggal kat atas plate. Dia tunjuk aku tong sampah. Alamak, tong sampah dah penuh ni. Tak pa. Aku terbalikkan tong sampah. Habis semua makanan yang dibuang tadi bersepah kat atas lantai. Kami 2-3 orang duduk mencangkung dan kuis-kuis sisa makanan tadi. Ada la dekat 10 minit dok cari. Last-last aku ternampak ada segumpal tisu. Selalunya depa ni makan apple dan balance apple depa gumpal dan masukkan kat depan tissue dan buang. Tapi sekali ni aku curious nak tahu apa yang ada kat dalam tissue tu tadi.

Pelan-pelan aku ambik tissue tu dan aku tengok muka penyamun-penyamun lain semua pun dok curious jugak....macam pakar pathologist (betul ke pakar ni depa panggil pathologist? Tolong betulkan kalau aku salah!) dok buat kerja. Masa tu aku dah terbayang cerita CSI! Siap pakai glove la...dok kat dalam lab la....pakai microscope la...pakai mask la....ada dead body la...macam-macam imagination aku...tiba-tiba praaaap.....aku bukak tissue tu...pergh, memang ternyata benda tu ada kat dalam tissue...berbungkus rapi....kami masa tu tengah dok mencangkung terus terduduk terkejut! Tersandar kat dinding kat belakang restaurant...alamak....gigi palsu la....patutlah guest tu kalut dok cari...tapi yang herannya aku tengok gigi dia penuh! Aku balut balik dalam tissue, bawak pergi pantry, cucikan gigi dia.....rendamkan dalam air sekejap kononnya nak sterilise la....then siap. Aku suruh penyamun balut balik dalam tissue baru. Habis budak-budak aku lari! Semua tak nak balut gigi palsu tu.....

Ooooo, lari yea....tak pa, aku balut balik elok-elok, aku cari tuan punya gigi tadi kat lobby. Penat aku cari pasal lobby hari ni dah peak. Nak jalan pun tak lepas 10 meter! Last-last aku ternampak muka dia yang susah hati. Aku bagi balik dan dia punyalah happy tak sangga! Aku tanya ni gigi apa? Tadi aku tengok gigi dia penuh...dia kata memang dia pakai gigi palsu tapi dia ada dua..satu untuk makan dan satu lagi bukan untuk dipakai masa makan. La....macam ni pun ada...jadi hari ni aku dah belajar benda baru pasal gigi palsu...heh3..."Lost and Found!"

42 ulasan:

uncle pet..!! berkata...

adehhhh.. mcm2 eh ragam org.. seb bek jmpa.. klu dak, haru.. ahiksss..

rezeki berkata...

salam uncle,

ni tgh tergelak sesorang, memikirkan set 2 psg gigi pelesu tu. selama ni ingat org pakai 1 je, ni makan lain , pakai biasa lain. Agaknya hak gigi utk mkn tu dia tajam sikit

sib baik jumpa khe,khe,keh

selamat berhari minggu uncle walaupun dh berminggu uncle tak berhari minggu

Kak Lang berkata...

Salam Uncle,
Begitu prihatin skali uncle dengan guests. Sampai boleh cari sama dlm tong sampah. nasib baik jumpa, Alhamdulillah. Respect kat uncle...

My Life berkata...

salam..

uncle2.... (-_-)

zainon berkata...

Wah! Lucu sungguh en3 uncle ni.Bagus le,dlm dok kalut layan guest,msh sempat tlg cari 'gigi' hilang

hajah zainab bt abdullah berkata...

kah kah kah! pepagi kak nab dah ketawa ...uncle, u r so wonderful!

dilaOHdila berkata...

Ha ha ha Uncle
x pernah terpikir pun kan kalau guess ilang GIGI. apa lagi gigi dia penuh belaka. tang mana dia nak masukkan gigi dia tu kalau semuanya dah penuh uncle? kat dalam Rongga kut gamaknya??
camana leh terbuang tu? mayB sebab gumpal ngan tisu. opcoz kita ingat benda kotot kan. kalau dilla pun opcoz sumbat dalam tong sampah jugak (ha ha ha) lawok sungguh...pengajaran tu.........

kucingorengemok berkata...

gigi palsu paling glamer, masuk blog!

olive oyl berkata...

salam uncle

nak tergelak baca entry kali ni..misi mencari gigi palsu..

tapi profesional lah uncle.ton nak ucap tahniah kat uncle...sanggup usaha cari sampai jumpa gigi kawan tu..dlm tong sampah pula tu,

Pak Zawi berkata...

Great one here. You really brought the roof down. Hahahaha.

Uncle berkata...

Dear UP.
Memang gelak sakan kami semalam....heh3...lama tak gelak lagu tuh!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Tu lah dia, Uncle pun ingatkan selalunya satu saja...tapi lupa pulak masa main rugby dulu pun Uncle ada 2 boots...satu main masa hujan dan satu lagi main masa kering....macam tu jugaklah kot nooo...

Memang dah 3 minggu tak cuti ni...dari awal pagi sampai tengah malam. Marathon...Iron Man Langkawi! Err, beli ikan apa hari ni?

Uncle berkata...

Dear Kak Lang.
Uncle selalu teringat, kalau lah yang tu gigi Uncle yang hilang, sudah tentu Uncle akan suruh depa cari sampai dapat. Jadi kalau macam tu, biarlah Uncle tolong depa sampai dapat juga...Uncle can imagine how they feel bila gigi hilang, then nak buat haji lagi. Mesti runsing! Kalau jadi kat mak kita?

Uncle berkata...

Dear ML.

Uncle tak reti nak buat gambar muka sengeh2 tu...heh3...

Uncle berkata...

Dear Zainon.

Mesti ada lucu sikit barulah seronok...kalau dok cerita serious saja macam Uncle selalu kata lah...baik baca Wall Street Journal ka....Business Times....heh3..."Hidup Biar Sedap!"

Uncle berkata...

Dear KN.
Ni first time saya jumpa benda ni ...kalau kat hotel selalunya dari bilik depa hilang contact lens ka...duit ka...tapi yang ni memang one in a million...tu yang ambik gambar tuh...kalau tak, orang tak percaya! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Dila.
Mama Uncle pon pakai gigi palsu jugak supaya senang nak mengunyah. Jadi Uncle ada lah sikit pay extra attention kat benda2 yang macam ni...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Ala...Uncle kan suka cerita....

Uncle berkata...

Dear Ton.
Tu pon kheja UNcle jugak...cari gigi palsu...dulu masa kecik2 Uncle baca buku Famous Five...ada yang depa pi cari Kucing Hilang lah...macam2...la ni Uncle pulak jadi lagu tu...cuma yang takdak dalam cerita Uncle ni, Timothy (anjin depa), Eddie, Dean, Georgina@George, Mona and sorang lagi Uncle lupa...heh3...keep on reading Ton!

Uncle berkata...

Dear Pak Zawi.
That was hilarious indeed!

rezeki berkata...

salam uncle,

cite psl gigi pelesu ni, teringat arwah nenek Aisyah yg panggilan manjanya atuk esah (psl kat johor nenek pun kita panggil atuk), dia mmg pakai gigi pelesu , bila malam sebelum tidur tapi mlm tu terlupa beruskan gigi pelesu tu, dia bukak dan letak kat tepi katil, esoknya kecoh gigi pelesunya hilang, rupa2n dilarikan mak menti a.k.a tikus mondok belah malamnya, jumpa pun gigi tu kat atas loteng . Sejak hari tu sebelum tidur, dia tak kan lupa bukak dan beruskan dulu, kemudian simpan dalam tin keh,keh,keh

hari ni beli dapat ikan siakap dll serta udang yg kulitnya lembut, then beli daging sikit. Tghhari mrs masak sup ikan merah dgn ikan goreng sembilang bersambal dan masak kicap daging . Minggu dpn pasar tani tu cuti psl raya haji

bukan nk bakar uncle, tapi mmg tetiap mlm ada live rugby, semalam England Union Match, england vs france main kat twikenham dan Italy Union Match, Italy vs Afrika Selatan , biasalah Springbooks menang

ayu berkata...

hihi..This is the funniest post I've read in months (maybe ever!!).Really made my day.Thank you uncle!
BTW- i miss my beautiful life in Makkah so much!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Alamak...siakap? Siakap senohong? Heh3...makanan tu Uncle tak kesah sangat sebab anytime boleh tahan nafsu makan tu. Tapi masalahnya sekarang ni Rugby.....yang tu Uncle tak boleh tahan...

Actually dulu Aunty nak pasang Astro tapi Uncle cakap tak payah sebab tak ada orang nak tengok...dia kata nak jugak sebab nak tengok NHK...bertahun jugak kami tak pasang...tiba2 ada rugby World Cup tahun 2003 kalau tak salah. Hari tu jugak Uncle pasang Astro! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ayu.
Thanks for reading. Lama tak dengar cerita. Ayu kat Aloq Staq ka la ni? Mengadap Lorong Titi Siam ka? Kot nerai Mee Abu ka? Hheh3.....Uncle tao aih....Uncle dulu dok kayuh basikal makcik yang kaler pink ronda kot bulatan Telok Wanjah...depa kata budak tu gila ka, kayuh basikal pink pusing rouandabout 7-8 kali....actually masa tu Rosman Alwi (kayuh basikal) tengah dok top...heh3... kirim salam kat Man!

Fida berkata...

imagine kalau gigi tercabut atau patah kat sana..macam mana ya? pastu yg tercabut bnyk pulak tu..mana nak buat gigi pelesu tetiba..

Uncle berkata...

Dear Fida.
Uncle akan organisekan gigi Unta pulak...heh3...assemblekan macam kat factory ala-ala buffet counter. Jadi sapa-sapa nak, boleh pinjam kat situ sebelum makan. Then kita cuci dan assemble balik untuk dinner...amacam Fida, ada berani nak pinjam?

Fida berkata...

Hoh? Gigi unta? mau air liur keluar meleleh nanti pasal tak leh tutup mulut.
now you've made me imagining myself with gigi unta..*cringe* i have a vivid imagination..

rezeki berkata...

salam uncle,,

gigi unta kuning n berkarah, nk kena polish dulu keh,keh,keh

apa menu dinner mlm ni dollah dan aidil masak ?

Laalaa berkata...

memang kelakar. Nasib baik jumpa. Uncle memang terror..

handsome betul chef Adil tu, mesti sedap dia masak..

Uncle berkata...

Dear Fida,
Heh3...you're so funny....Uncle pon tak boleh nak imagine kalau pakai gigi unta! Mahu tersengih memanjang! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Malam ni dollah rest sebab indonesian group dah 300 orang check out, Depa pergi transit hotel kat azizia sebab dekat dengan mina. boleh jalan kaki saja. Tapi Uncle suruh siapkan sambal belacan untuk malaysian vips yang ada in-house. Esok for malaysian vips, Uncle buat mandi kambing dengan ayam kat depa but in the private room. Adalah dalam 10 orang semuanya..si adil bounaser pulak dok tunggang-langgang kat dalam dapor tu masak untuk 1400 orang yang nak makan malam ni.

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
Alah...nasib baik jumpa...chef adil tu memang pandai masak dan kalau dia buat soup harira, memang horr liaoooo

rezeki berkata...

salam uncle,

bab nasi mandi kambing dan ayam ni buat cheq terliuq

di mana kan ku cari nasi mandi soh soh soh

lapaq terus keh,keh,keh

Aunty W berkata...

Hahaha! so funny! This is first time I read gigi palsu hilang di restaurant! Masa you cari gigi palsu tu, BGM mesti lagu "Mission impossible" kan?

Uncle berkata...

Dear aunty W.
That's a good one...memang macam "mission impossible!" heh3....

Puas dapat skype dengan semua....regards and love to all at home!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Kat kl rasanya dah banyak tempat yang ada...but in johor i'm not sure pulak. Belum survey lagi...mesti ada tu...ni tenagh break for isyak. Lepas ni perang lagi...1400 dinner! Yak-yak yay!

hajah zainab bt abdullah berkata...

dear uncle,

ni baca entri 'GG' tu sekali lagi!! kiranya revision...sbb kelakar sangat...rasa nak ketawa lagik...KAK KAH KAH...ketawa BESAR!!

catz berkata...

saya tersenyum baca entry ni...
:).

Uncle berkata...

Dear KN.
Bacalah...err btw, article saya keluar kat BH hari ni!

Uncle berkata...

Dear Catz.
Uncle tersengih masa buat entry ni! Heh3...

taj berkata...

salam uncle,

seronokkan kisah hidup uncle ini... macam macam ada...

mmg lawak giler... kalau saya jadi penyamun tu... saya pun lari... sapa nak pegang gigi orang beb..:) hanya doktor n uncle shj yg sanggup...heheh

Uncle berkata...

Dear Taj.
Uncle memang banyak cerita dan Uncle boleh duduk dan bercerita tiap-tiap hari kalau mengadap laptop.

Mungkin 20 tahun lagi, Uncle pun serupa macam tu...tinggal gigi merata-rata! Heh3...

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...