Isnin, November 23, 2009

Aku dan lembu!

depa tunggu show)

(keciknya marina..)

(show tunggu depa!)

(depa tengok binatang ka binatang tengok depa?)

(nanti besar boleh main tenis nih!)

Dulu aku selalu suka bawak anak-anak aku pergi zoo. Bukan pasal aku suka sangat dengan zoo tapi sebab zoo tu dekat sangat dengan rumah aku. Tu reason dia. Jadi bila dah tak tahu nak bawak anak-anak pergi mana, zoo lah yang selalu jadi sasaran. Pergi pagi then balik tengahari! Bila balik, tapau Burger King, ngap-ngap, terus terlelap sekejap sebab penat pusing satu zoo! Actually, aku yang penat dan bukannya budak-budak...

Cerita pasal zoo ni, masa aku kecik-kecik dulu kat Penang, mana ada zoo...in fact dah besar-besar, kat Penang tu mana ada zoo...sama ja dari dulu sampai sekarang. Aquarium pun takda sekarang ni. Selain daripada anak-anak ayam yang selalu aku tengok kat belakang rumah sebab mama bela untuk kami sorang sekor, aku cuma kenal cicak, semut, kucing, anjing Mak Nya rumah sebelah, burung belatuk yang tiap-tiap malam dok mengetuk tiang lampu depan rumah aku, aku kenal jugak dengan lembu. Malam-malam lepas maghrib, berpuluh-puluh ekor lembu lalu kat rumah aku. Depa nak balik kandang. Mama kata jangan pakai baju merah sebab lembu marah. Jadi selama lembu dok lalu kat depan rumah aku, aku tak pernahlah pakai baju merah sebab takut kena tanduk dengan lembu.

Ada sekali tu entah macamana aku cari-cari dalam bakul baju, baju lain tak ada dan yang ada cumalah yang warna merah. No choice...aku pun pakai baju merah tadi. Keluar rumah sekejap main kat tepi longkang. Masa tu bukit botak ada lagi sebelum kena tarah..seronok main kat longkang, aku pun terduduk sebelah longkang. Sambil dok mengelamun hari pun dah senja dan aku tak dengar azan maghrib. Toleh-toleh belakang, "tentera lembu" dah sampai...mahulah dalam 20-25 ekor lembu. Aku panic. Lari kiri dia ada, lari kanan, dia ada. Lari depan dan belakang, pun dia ada..ah sudah...kacau ni..last-last aku tersadai kat tengah-tengah sekawan lembu tadi tu. Aku pejam mata dan terus melolong mintak tolong. Bila aku bukak mata, lembu sekor dah usyar kat aku. Aku toleh nak lari. Belum sempat nak lari, dia dah tanduk kat belakang aku....aku terlentang atas rumput tepi longkang. Aya yang jaga lembu tadi terus sebat ponggong lembu tu. Berterabur depa lari. Aya datang dan angkat aku bangun. Aku tengok lembu aku nangis. Aku tengok muka Aya lagi kuat aku nangis! Masa aku lari lintas jalan dan balik rumah, mama tengah dok masak nasi. Mama tanya apasal aku nangis? Aku cakap kena tanduk lembu...mama terus pot-pet pot-pet...tak dengar cakap...pot-pet pot-pet....pakai baju merah, pot-pet pot-pet.....jadi sejak dari hari tu, aku pun percayalah yang lembu benci orang pakai baju merah.....

Ada sekali tu masa aku drive balik Penang dengan Kak Anne, Kak Lit dan Wan (abang aku), aku pun cerita lah yang aku pernah kena tanduk lembu. Aku siap bawak kereta lalu kat tepi longkang tu lagi nak tunjuk kat depa yang kat situlah aku kena tanduk lembu tahun 74 dulu. Longkang tu pun ada lagi...cerita bagai nak gila kat depa...last-last Kak Anne kata, lembu tu "color blind..." mana dia kenal warna apa! Pergh...biar betul ni....jadi selama lebih 30 tahun aku dok percaya tu sebenarnya cuma mitos lah....heh3.....

22 ulasan:

uncle pet..!! berkata...

ahiksss.. 30 thun tu.. jenuh taram smpan..

rezeki berkata...

salam uncle,

ni mesti kena tanduk kat montot keh,keh,keh

sapalah yg bawak mitos jgn pakai baju merah , nti kena tanduk lembu

entah betul ke tidak

Kak Lang berkata...

Kah kah kah... 30 tahun baru sedar... sian Uncle. Uncle tak trauma ke allergy ke kat lembu or daging lembu lepas tu. Ke makin ganas Uncle kerjakan kalau dapat daging lembu.

Kak Lang berkata...

Cutenya baby Uncle dalam pram tu, dengan senyumannya yang menawan... masih mahu dia dok dalam pram tu, Uncle?

catz berkata...

comelnyaaaaa marina..gambar last tuh..geram tgk..

Laalaa berkata...

Memanglah uncle, masa pergi raya rumah mak cik ada sekumpulan lembu. Wahhh, anak-2 excited.. tengok lembu. Nak masuk kandang.

bila laalaa nak balik, lembu tu.. boleh patah balik.. kelam-kabut lari. Sebenarnya saya pun takut kat lembu.. huhuhuu. Seram sejuk tengok lembu walaupun duduk dalam kereta.

mama ju, berkata...

Menarik dan mengharukan.Kenapa ya tak ada kisah warna merah dgn kambing ke....dari dulu kisah lembu n merah melekat dlm jiwa masy melayu.Selamat hari raya aidil adha.

olive oyl berkata...

salam uncle,

hahaha..ada gak pengalaman uncle kena tanduk dgn lembu..comelkan lembu..

lama betoi tak dgr perkataan 'aya'
..hehe..arini dapat dgr...

Uncle berkata...

Dear UP.
Letih Uncle dok buat research pasai lembu. 30 tahun tuh...tu yang masa spm tak baca buku tu! *wink!*

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang kena tandok kat situ pun...sampai la ni teringat...lembu tu ingat lagi ke tak sekarang ni?

olive oyl berkata...

slm uncle

bulat noo mata marina ni....

Uncle berkata...

Dear Kak Lang.
Memang trauma...tapi mama belanja satay daging lembu. Uncle dah lupa pulak dah!

Uncle berkata...

Dear Kak Lang.
Penglihatan anda telah berjaya Uncle pesongkan....tengok date tu betul2...heh3...itu gunanya camera "auta focus" Uncle sebab semuanya dia "auta!"

Uncle berkata...

Dear Catz.
Memang comel sebab anak sendiri...comel lagi papa dia! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Heh3...kesian budak2 la ni...anyway, dulu anak Uncle tengok ayam jantan kat belakang rumah di Brown Garden dia takut tapi dia cakap anjing!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Aya tu Uncle pon dah lama tak dengaq. Tiba2 terrrr sebut semalam...tu yang Uncle dok kata tu, idea semua mai spontan...memang tak plan langsong!

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Amboih rasa macam pergi safari pun ada, ala-ala duduk dalam lori sangkar tu then rimau datang tepi...keeelllaaassss!

Uncle berkata...

Dear Ton. Memang bulat mata dia...tu yang tak sabaq nak balik tuh!

ms.legolas berkata...

kesian uncle jd qurban tanduk lembu..anyway sempena dah nk raya qurban ni,tentu byk lembu2 yg kena qurbankan. Selamat menyambut Hari Raya Qurban.. tentu suasananya berbeza di sana kan..

btw,walaupun mitos, ms.L tetap berdebar kalau berbj merah masa nampak lembu.

hrp uncle boleh sahkan mitos ni..uncle kena buat lakunan semula ala Fear factor, this time bila lembu dtg dekat , uncle buka baju merah tu campak jauh2, kalau dia tanduk jugak baru sah lembu mmg tak kira warna...camne uncle dekirukai

My Life berkata...

mata marina mata mengoda.. hehehhehehe sama dgn untie...

dilaOHdila berkata...

marina yang comel........
kalau dapat buat photoshoot utk marinna nanti uncle........

Uncle berkata...

Dear Dila.
InsyAllah kalau sempat nanti..

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...