Jumaat, November 13, 2009

Mulanya Disini Part 9

(semua junior aku masa aku form 5 depa form 1...)

(tengok askar yang kat pintu dok control tak bagi orang masuk lagi dah, jumaat tadi)

(chef tariq tengah drama, dollah yang goreng, dia cuma tabur daun bawang je!)

(pandangan sisi)

(1st time executive chef aku buat kerja...increment sah-sah aku cancel!)

Pergh...ramai sungguh jemaah check out hari ni. Adalah dalam 1000 orang...tapi, tak semudah itu....orang yang akan check in pun jumlah dia macam tu jugak...heh3....kira samalah jugak...part ni aku tahu nak kira sebab tadi aku dah pakai calculator. Aku tekan 1000 then aku tolak balik 1000...jawapannya aku tengok 0. Aik... biar betul...kalau nak ikut kan, takde orang lah ni...heh3...

Aku sambung balik cerita semalam. Yang seronok nya Sekolah Horey-Horey ni, makan minum semua dia masukkan sekali kat dalam fees. Then tak payah pening kepala sebab bilik pun masuk dalam fees. Lepas tu pulak, kami duduk satu kawasan. Atas bilik, bawah kelas. Kalau tak datang kelas, lecturer pergi je bilik kat atas dan ketuklah pintu suruh keluar..terkemut-kemutlah depa keluar..amboi, bahagianya! Kepala otak budak-budak ni tersangatlah amazing...penuh dengan tipu muslihat. Tempat ni terletak kat pekan kecik. Ada satu post office, ada satu bank, ada 4 kedai minum Horey-Horey, ada satu kedai kopi dan satu supermarkerrrrket nama MIGROS kalau tak silap aku. Oh tak lupa, ada satu kedai jual majalah....

Penyamun kat dalam kelas aku ada dari Greece, Iceland, Thailand, Indonesia, Singapore, Turkey, Cpyrus dan macam-macam lagi. Meriah sungguh! Dan tak lupa, aku lah...heh3...tempat duduk aku, macam biasa jugak lagu tahun 85 dulu. Kat belakaaaang sekali. Kami ada 21 orang semuanya.

Budak-budak kat kelas aku semuanya heran, sebab apa, bila subject-subject macam Marketing, FB Operation, Humanities etc, selalunya aku tak ambik kisah langsung. Setakat dengar lecture kat dalam kelas saja tapi tak payah baca buku. Masa exam tetap score...pergh semua orang tertanya-tanya....apalah penyamun ni bela! Aku diam tak mahu cakap. Assignment aku selalu cepat siap dan malam aku dah horey-horey...Johann Runarrson, Karin Scmidt, Rozana Winarto semua heran tengok aku. Kira kat situ aku dah jadi terrrpandai pulak...aku pun heran! Apasal jadi lagu ni? Sedangkan dulu, aku lah yang berlumba-lumba untuk dapatkan nombor last kat dalam kelas! Pikir punya pikir, baru aku teringat. Ooooo, aku ada pengalaman kerja sedangkan depa tu semua fresh! Actually masa aku pergi tu, aku dah kerja lebih kurang 5 tahun. Jadi pengalaman kerja aku banyak membantu pelajaran aku. Tu yang beza nya. Kalau masuk dalam kelas F&B dan tajuknya Menu Engineering, budak-budak tu semua pening kepala macamana nak buat food cost dengan selling price untuk 5 course dinner for 10 persons. Aku yang tak pernah bijak-bijak matematik pulak yang dok mengajar depa walhal yang tu kalau suruh Abang dengan Yuya pun depa tahu buat...heh3...campur-campur-campur, tolak.......campur-campur-campur, tolak.....errr, bahagi sikit, menu aku siap. Then multiply sikit, voila, costing boleh submit...heh3...first time aku rasa budak-budak datang tanya kat aku macamana nak buat. Selalunya aku yang dok tanya kat orang macamana nak buat...Bangga tuh...ajar pulak mat salleh! Heh3...

Banyak subject yang aku ambik. Termasuklah masak-memasak. Part ni aku silap sikit. Aku patut menjurus lebih ke dapur tapi dalam time-time macam tu aku decided untuk buat Management. Takpalah...at least tak banyak, sikit pun aku tahu jugak pasal dapur. Aku belajar pengurusan hotel. Semua department aku belajar in detail termasuklah Sales and Marketing dan subject yang aku benci dalam dunia pun aku kena belajar jugak, FINANCE! Sampai serak suara Mr. Haans dok menjerit kat aku sebab tak paham-paham apa dia ajar. Bila sampai part tu, aku cari balik 3-3 penyamun yang aku sebut kat atas tadi. Depalah yang tak putus-putus mengajar aku sampai aku surrender sebab dah pukul 2 pagi! Heh3...

Masa tu jugak aku selalu hantar postcard kat family aku dan aunty yang aku tinggalkan jauh kat Tokyo. Kesian kat dia, rindukan aku...heh3...Oh ya, ingat tak semalam aku cerita yang aku beli baju sejuk tu? Lepas 3 bulan aku pakai dan tak pernah basuh, ada sekali tu aku nak cuci baju. Aku turun pergi laundry. Semuanya pakai "pre-paid card" masa tu. Kena upload duit saja. One Sunday morning masa Spring, aku dengan semangat bergelora turunlah dekat basement nak buat laundry...aku masukkan baju sejuk aku dalam washing machine.....gung-gang gung-gang dia pusing. Sambil tu aku pergi breakfast dulu kat tempat makan. Lepak dan makan pelan-pelan. Cornflakes, scrambled egg, fruit yogurt dan coffee. Lama aku makan sampai orang lain kena beratur tunggu aku bangun..heh3...lepas makan, aku kemaskan tempat aku, hantar tray ke dish washing area dan pergi balik kat laundry tadi. Keluarkan baju yang dah dicuci then masukkan kat dalam dryer. Spin bagai nak gila...sambil tu aku pergi beli kopi lagi secewen. Lepas 20 minit aku balik ke laundry lagi. Habiskan kopi, buang dalam tong sampah, pelan-pelan aku bukak dryer tu. Aku ambik selai-selai baju-baju aku. Pergh...harum....panas....bersih....then aku tutup. Check-check balik, aik...mana pergi baju sejuk aku? Bukak balik dryer tu...belek-belek, aku terkejut....alamak, sweater aku dah jadi kecik? Dah shrink.....dari sweater tu size aku, sweater tu dah jadi size Marina!!!!!

Ada pelajaran ka hari ni? Aku pun heran....tapi takpa, untuk adik-adik, Uncle turunkan jugak pesanan-pesanan ni.....baca dan hafal kan sebelum adik-adik tidur yea...esok Uncle nak tanya!

1) Gunakan peluang yang ada untuk bersosial secara positive. Dalam hal ni, Uncle bernasib baik sebab kawan-kawan Uncle dari pelbagai negara. Jadi Uncle banyak belajar tentang budaya, cara hidup dan cara pemikiran depa. Ini penting untuk adik-adik di masa depan apabila mula ke Universiti ataupun mula bekerja. Selain daripada tu adik-adik akan disenangi.

2) Uncle suka berpesan especially kepada adik-adik yang kurang bernasib baik dalam pelajaran supaya mencari pengalaman bekerja. Tak kiralah kerja sebagai penjaga tol ataupun tukang cat traffic light atau apa-apa saja yang halal. Jadikan pengalaman singkat itu sebagai batu loncatan untuk adik-adik berjaya. Tanamkan semangat juang untuk bersaing dengan orang-orang yang berjaya. Dalam hal sebegini, adik, Uncle kira dah berjaya sebab mampu bekerja sebagai penjaga tol ataupun tukang cat traffic light dan mampu manahan ego dan rasa malu. Kawan adik-adik yang berjaya tadi tak tentu lagi boleh buat atau tidak...depa akan lebih terasa kalau satu hari depa jatuh tersungkur...

3) kalau tak tahu atau tak faham, segeralah bertanya pada yang tahu. Dalam hal ni, Uncle akan bertanya pada Johann pasal Finance dan Karin akan tanya Uncle pasal Menu Engineering. Share your knowledge. Kalau kita tak share, lama-lama knowledge tu akan berkarat dan adik-adik yang rugi..belajarlah daripada konsep Dr. KUMON!

4) jangan pandai-pandai masukkan sweater ke dalam washing machine dan dryer sebab daripada size XXXL sweater adik-adik akan jadi XXXS! Heh3....percayalah....

Ok, sampai sini dulu hari ni. Aku nak pergi check dinner kejap. Ada lagi 500 orang nak makan tuh...bukan kecik anak.......

40 ulasan:

olive oyl berkata...

hi uncle......

kenapa 1000 org checkout tadi??

uncle takder ke gambar uncle masa kat swiss,japan ni...lani cuba dok imagine ja keadaan uncle di sana..ni nak sambung baca ni....

rina berkata...

Salam Uncle

hahaha.... sweater ter-kecik!

Which reminds me the same thing happened to me... Dok eager nak guna DRYER yg before ni selalu tengok dlm movie... hahaha pastu rina kena beli hari tu jugak sweater baru... because tak tahan sejuk.

Best jugak ye experience Uncle study kat Geneva. Sana tu dah kira best school in Europe for F&B line.


Looking forward to your next part..

Cheers!

olive oyl berkata...

salam uncle...

hahahahaaa...kalinipun lawak lagi....sweater uncle jd saiz marina..
lps dgr nasihat2 uncle..rasa bersemangat nak kerja..tp esok n lusa off day la pula...

uncle ..
lps 500 guest dah mkn...
apa kata uncle karanglah part 10 pula...hehe

Uncle berkata...

Dear Ton.

Depa check out pasai depa nak pi Madinah. Then dari Madinah depa teruih ke Mina. Gambaq lama memang ada tapi nak kena scan dulu...semua ada kat Ampang...

Uncle berkata...

Dear Rina.
Actually Uncle bukannya study kat Geneva, tapi transit kat situ sebelum naik keretapi ke Montreaux then naik kereta volvo cabuk Mrs. Waals ke Le Bouveret!

Le Bouveret ke Geneva kalau driving mungkin 2 jam kot kalau tak salah!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Adoi la...ni tunggu Bapak-Bapak dan Ibu-Ibu tak sampai-sampai lagi nih....

olive oyl berkata...

salam uncle
apa nasib dgn sweater yg mengecil tu uncle?lecture uncle mengajar dalam bahasa perancis ka uncle??

bapak bapak dan ibu ibu yg menginap kat al safwah ni mesti dari golongan berada kan uncle...berapa ye pakej haji yg stay kat al safwah ni??mesti harga puluhan ribu ni...tah tah ratusan ribu ...

olive oyl berkata...

salam uncle..

oic..depa mai mekah dulu baru madinah ye..tu la heran pasai apa ada yg nak check out dah..

insyalah ton akan ke sana february.dalam pakej tu tulis dok kat zam zam tower ..dekat dak dgn hotel uncle??

olive oyl berkata...

uncle,,eh uncle tak tido lg ke?dah pukul 10 mlm ...ada supper utk guest ke uncle???

Uncle berkata...

Dear Ton.

All classes were taught in English except for French ...dan sweater tu sempat Uncle tunjukkan kat aunty dulu. Dia gelak mengekek-ngekek! Heh3...

Indonesians yang datang semuanya yang kaya-raya duduk kat sini...kaya sungguh!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Zam2 Tower tu cuma sebelah dengan Al Safwah Tower. % minit dah sampai...heh3...merangkak pun buleh!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang dah 10 malam tapi ada lagi 3group tak sampai2...satu dari USA, satu dari France dan satu dari Indonesia....depa ada dinner jadi kami kena tunggu sampai 12 malam...

olive oyl berkata...

salam uncle..
kat indonesia ni kalau kaya..kaya sgt sgt..tp kalau susah susah sgt sgt...ada kasta.....betoi kan uncle??

olive oyl berkata...

salam uncle

sian uncle kena tunggu smp kul 12..tak apa ..ganjaran pahala menanti uncle....uncle start kerja esok pukul berapa?kerja kerja juga uncle tp ingat uncle.kesihatan kena jaga.tido kena cukup juga ye..do take care yer uncle..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Negara depa terlampau besar dan rakyat depa terlampau ramai. Jadi pengagihan tu tak sekata..selain daripada masalah berbilang etnik dll lagi...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Dulu dok cari kheja tak dapat2...tu yang jadi lagu ni...takpa...tunggu pilah sat....

olive oyl berkata...

salam uncle

aii uncle...cari kheja apa yg tak dapat tu??lani uncle dah keja baik..dah jd big boss dah...org penang kata dah kheja besaq......

Uncle berkata...

Dear Ton.
Dulu mintak kheja jadi teller kat BSN tak dapat. Puan Natrah tak bagi...dia kata, "hang tu pandai main rugby saja..." Heh3...

rezeki berkata...

salam uncle,

itu drama sebabak keh,keh,keh
smbil baca cite uncle ni smbil dgr din beramboi merepek kat radio era psl dia expert msk asam pedih (bukan asam pedas)keh,keh,keh

hidup di perantauan sambil bantu membantu satu sama lain, masing2 ada kelebihan dan kekurangan.
jadi kelebihan yg ada boleh topup yg kurang

saya rasa kelebihan uncle lebih menjurus kpd management sehingga membawa uncle ke tahap ini, dan pengalaman lalu bermula dari bawah saling melengkapi untuk jadi yg terbaik.

semoga selepas ini , uncle lebih suksess, insyallah.

hajah zainab bt abdullah berkata...

Dear Uncle,

Kah3...sweater tu "shrunk"!! so, uncle wat balik mesia tak?? itu jadi bahan sejarah..heh3.

Nas berkata...

Salam uncle...
skali ada cat traffic light.. Btl jgk,apakh kita mampu berdepan dgn keadaan andaikata kita jatuh tersungkur... Hidup Uncle... Horey Horey. ada cobra 10.. esok nak g tgk.

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang drama sebabak betul! Sebenarnya Uncle tak ada kelebihan apa tapi kalau ada pun cumalah sedikit pengalaman bekerja diperingkat bawahan. Dari situ Uncle sulamkan dengan cara pengurusan yang dynamic supaya the whole department akan menjadi mantap. Steven Covey ka....6 Sigma ka semuanya Uncle tibai..ada satu yang Uncle nak try, ESQ! Katanya bagus...

Uncle selalu peringatkan kat diri sendiri supaya "Be yourself". Therefore, kalau kat KL, Uncle masih lagi pergi kerja dan attend meeting naik moto WAVE! Heh3...

Uncle berkata...

Dear KN.
Bayangkan lengan sweater tu dah tinggal sejengkal! Heh3...Saya sempat tunjukkan kat aunty!

Uncle berkata...

Dear Nas.

Jatuh tersungkur pada penghujung career amatlah memeritkan. Therefore, Nas sentiasalah beringat. Alhamdulillah kalau Nas pernah susah dulu, sebab kesusahan Nas tu lah yang akan menguatkan jatidiri Nas untuk lebih cemerlang, gemilang dan terbilang...errr...ada lagi ka ni?

Pak Zawi berkata...

Masa belajar lagi dah hebat dah.

Uncle berkata...

Dear Pak Zawi.
Bila sampai part tu, saya heran sungguh.....masa time sekolah tu dia tak nak jadi pulak macam tu...mungkin ada hikmah dia kot!

Nas berkata...

Dear uncle...
Brgkali x ramai org yg baya2 sy mlalui khdpn bermula dgn zmn keluarga yg susah. Hdp tanpa api or air,naik sampan,g noreh bila cuti sklh n tpaksa cr duit poket sendiri...
Tp sy bersyukur seandainya dduga sbgtu lg brgkali ada sdkt kkuatan.. Tp tulah jgk azimat tu masa dpn....

nas09 berkata...

uncle uncle...mcm2 cerita yg buat bersemangat nih. tapi ms sy pegi mekah dulu uncle tak keje kat sana lagi, kot tak mesti sy dhpegi ajak uncle minum teyy. lagipun ms sy pi tu zaman tok kaduk lagi, tak dak lagi bgnn pencakar langit semua.hotel sy duduk dl dh hilang dah gamaknya...hahaha..

rezeki berkata...

salam uncle,

malam ni kat astro super sport ada 2 rugby match, salah satu friendly match france vs argentina

saja nk bakar semgt uncle sikit keh,keh,keh

olive oyl berkata...

salam uncle

how are u uncle..semlm 3 group tu dtg on time ke uncle???

Uncle berkata...

Dear Nas.
Good for you. Setengah orang tu dia akan pikir masalah tu kat tangga depan rumah dan tak buat apa-apa....dia duduk melangut sambil cakap kat diri sendiri, apasal aku susah sangat ni? Dia tak pernah tanya diri sendiri macamana aku nak perbaiki diri sendiri nih...?

Now 2 see....ada 2 situation yang sama tapi berbeza. Satu negative dan satu lagi positive...Nas pilih yang terbaik...

Uncle berkata...

Dear Nas 09.
La...Bila Nas 09 datang? Mahu tahun 1924 nih....heh3...welcome to the blog and keep on reading yea!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Oh tidak................batin ku tersiksa...................

Uncle berkata...

Dear Ton.
Depa mai dah pukoi 11.30 malam. Tunggu jugakla...nak buat macamana...kesian depa lapaq!

olive oyl berkata...

salam uncle..

mcmna uncle estimate masakan..i mean for 1000??for example ..berapa ekor ayam utk 1000 org mkn???leh ka tanya soalan mcmni??

kat sini nak bah uncle
syok ptg td pi round tgk ayer...esok nak try tangkap ikan lak..

rezeki berkata...

salam uncle,

keh,keh,keh sabor noo

tapi yg saya paling minat dan susah nk dicari ganti ialah jonah lomu dgn johnny wilkinson

skg mereka dh jagi lagenda

Uncle berkata...

Dear Ton.
Buleh sangat aih...apa salahnya...
Ni nak buat kenduri kahwin cheq ka nih...heh3...takpa..Uncle jadi mentara buleh? Heh3...Tengok menu pulak, Ton nak masak apa? Kalau darrcha potong haluih2...kalau masak merah nak potong berapa? 8 ka? Kalau sorang ambik dalam seketoi? Tu dia, jenoh nak kera tuh...an average of about 1.5 maybe...jenoh nak kera lagi...

tak habeh nak cerita kat sini...mao 2 hari 1 malam ni...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang legend sesangat lah depa tuh...Johnny Wilkinson tu training conversion saja sampai 500-600 kali satu hari...lebih kurang macam Uncle jugak dulu...10-15 kali!

nas09 berkata...

saya pegi tahun 1995 dan tahun 2000. dah lama uncle..klu 1924 tu, ayah saya pun tak wujud lagi.haha

Uncle berkata...

Dear Nas 09.
Tahun 95 tu Uncle masa tu dok ada kat Suisse lagi dalam persiapan nak ke Washington pulak....tu pun ada cerita tuh! Then tahun 2000, Uncle ada kat Renaissance Hotel KL, jadi "kepala penyamun kedai kopi - Vogue Cafe", budak2 lama ingat lagi kat Uncle...10 tahun kerja kat situ!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...