Selasa, November 10, 2009

Cerita Haji..

(sampai kat belakang hotel depa sembahyang)

(dah ramai sampai kat luar Haram)

(ni masa asar tadi)

(pandangan dari atas. Penuh jemaah dok sembahyang kat tepi hotel)

(pasal haji)

Sekarang ni aku betul-betul mengantuk. Aku pun dah terlupa apa aku makan masa breakfast tadi. Rasanya asyik minum saja kot. Malam tadi kira awal jugak aku tertidur. Slightly after midnight selepas berjumpa dengan semua guests aku dan meeting dengan orang-orang penting jemaah. Pagi ni aku bangun dengan keadaan kepala aku yang sungguh berat. Rasa macam ada 2 kilo lebihan lemak dok bergantung kat kepala. Pelan-pelan aku bangun jugak. Aku rasa mungkin semalam aku tidur tak lelap kot. Masa tidur kepala otak aku mungkin tengah flash back balik request-request yang aku dapat dari jemaah semua. Rasa-rasanya semua dah tertunai...makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tak sihat dan sakit tak boleh bangun, semuanya aku dah hantar makanan kat bilik depa. Bubur ayam special aku dah hantar 3 kali sehari ke sorang jemaah yang tak sihat tu...apa lagi yang tak kena? Golek-sana, golek-sini, aku terlelap didalam kerisauan takut masih tertinggal apa-apa yang diperlukan jemaah. Tu yang pagi tadi bangun, kepala berat sangat nampak gayanya...adoi...pun ada macam nih! Orang lain sakit kepala pikir business juta-juta...aku sakit kepala pikir jemaah tak makan!

Cerita pasal haji ni aku teringat masa mama dengan arwah bapak pergi haji dulu. Ada sekali masa depa pergi haji, kalau tak salah aku terowong runtuh dan ramai jemaah yang meninggal. Termasuklah jemaah dari Malaysia. Tahun tu depa ada kat sana. Kami satu family dah panic. Kami talipon TH tanya, tak dapat-dapat. Mungkin masa tu beribu-ribu keluarga dok talipon TH. Last sekali panggilan berjawab tapi depa kata senarai nama tak keluar lagi. Satu dua hari kami dok panic. Last-last kami dapat talipon ke hotel yang depa duduk. Sambungkan ke bilik. Nasib kami baik sebab mama ada kat dalam bilik. Mama jawab talipon. Kami tanya mama sihat ka? Dia kata sihat. Arwah bapak pun sihat. Then kami tanya lagi, apa jadi dengan terowong? Mama terkejut dan tanya kami balik....apa yang dah jadi? Jadi kami di KL pulak yang dok cerita balik kat mama apa yang dah jadi...terbalik pulak....lepas tu kami tanya, mama dok buat apa? Mama jawab, dia tengah makan bihun! La.........makan bihun rupanya.....heh3...

Masa kapalterbang mama sampai KL, kami semua pergi ke Subang Airport nak tunggu. Suasana meriah macam Kelantan lawan NS....yang takdak cuma kerusi airport yang masih tak terbakar! Heh3...dapatlah kami duduk tunggu! Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar jugak. Entah berapa jam kami tunggu kat situ. Last sekali baru nampak arwah bapak dengan mama keluar sambil senyum-senyum walaupun masih tak nampak kami sebab cermin gelap! Bila lepas arrival hall, kami berpelukan lega.....semua sihat....malam tu kami tak pergi mana. Semua adik-beradik penuh kat rumah dok dengar cerita pasal Mekah. La ni, nak jadi cerita, aku pulak yang mai duduk kat Mekah! Tu dia aih......

36 ulasan:

PINATBATE berkata...

Salam uncle..
rezeki Allah siapa yg dapat menduganya kan..? Untung uncle dapat peluang begini..

olive oyl berkata...

salam uncle..

hi uncle.uncle apa khbr?

byknya entry yg tonn dah ketinggalan....

rezeki berkata...

salam uncle,

kalau tak cukup tidur , memang semcm je . rasanya uncle tidur dgn membawa sekali bermcm2 benda yg fikirkan , jadi tidurnya dan rehatnya kurang berkualiti, apa2 pun hrp uncle jaga kesihatan dan rehat

masa dulu tragedi di terowong muassim , rasanya itulah jalan pergi n balik ke jamrah, tapi sekrg dh ada 2 terowong yg berlainan, Tapi terowong muassim tu berjuta jemaah melaluinya setiap musim haji, yg menarik perhatian, bermcm benda alah melekat kat kipas besar yg di atas tu keh,keh,keh
itulah jalan yg kami lalui setiap kali pergi melontar dan balik ke khemah di mina dulu.Mengamit kenangan semasa buat haji 2007 dulu.

kemeriahan semakin terasa menjelang hari wukuf dan semestinya masa tu uncle dh masuk gear 5. All the best uncle.Jaga kesihatan .

uncle pet..!! berkata...

baguih dok ada sgh uncle ni..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Memang Uncle rasa bertuah sangat. Kalau tak dapat peluang macam ni, tak tahulah apa nak jadi kat Uncle sekarang ni...

Uncle berkata...

Dear Ton.
La.....Ton pi mana, lama tak mai?

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Ni dok rasa melayang la ni...try to retire early tonight...try saja...

Terowong la ni dah besar dan luas. Sekarang tempat melontar pun dah siap. Tahun depan dengan monorail lagi...tak sabar nak tengok!

Uncle berkata...

Dear UP.
Baguih apa nya....serupa lagu tu jugak!

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

uncle, agak2 time dato zahid hamidi ada nanti, bleh tak saya naik atas buat2 tak tahu pinjam bilik dia utk shoot masjidilharam? hehehehe

siapa sangka, sekarang nih, uncle pulak yang berada di tepi masjdilharam.. rezeki Allah bagi.

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Rezeki Allah takdak sapa yang tahu.....errr teyy session macamana? Usung sekali penyamun2 yang lain......heh3...kita horey2 minum teyy!

Laalaa berkata...

Siannye dengan uncle. Jaga kesihatan ok.

Lama tak tinggal comment. Internet.. slow sangat kat sini.

Ibu n Abah berkata...

uncle,
disamping menguruskan jemaah... jgn lupa kesihatan sendiri... isteri dan anak jauh...take care.....

kucingorengemok berkata...

hehe... antara paling best sambut orang balik (apart from the fact dia org balik dengan sihat dan selamat) ialah korek beg! apaaa orang belikan aku :)

hajah zainab bt abdullah berkata...

dear uncle,

bertuah uncle...banyak berbakti untuk para jemaah. hantar bubur ke bilik. hantar itu, hantar ini...semoga hidup uncle & famili diberkatiNya.

Zakiah berkata...

Salam dari Sabah
Salam perkenalan dan salam sejahtera uncle muda..lumrah kalu byk kerja memang stress tak leh tidur. tapi misti uncle rasa bertuah dapat berkhidmatdi Tanah Suci. Sama dengan CL ke?

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
Patut lah lama tak dengar cerita...apalah internet ni...nak kena nih!

Uncle berkata...

Dear Ibu dan Ayah.
Ni rasanya ada yang tak kena ni...dari malam tadi belakang leher rasa urat tegang. Mungkin salah pusing ka?

olive oyl berkata...

salam uncle..

byknya tonn nak kena kampoi baca..mulanya di sini sampai part 7 dah uncle...wahduh...

bertuah pakcik dgn makcik dapat makan bubur khas dari uncle...

ton sibuk sikit dgn kerja sampai tak dan nak masuk sini...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Memang betul. Uncle dapat thobe kelabu...tapi tak reti nak pakai. Last2 simpan dalam almari!

Uncle berkata...

Dear KN.
Itu dah memang kerja saya untuk pastikan makan dan minum depa terjaga....ala...baru 20 tahun buat ni...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang jenoh kalau nak kampoi semua....heh3...kampoi pi lah...ni Uncle dok confuse nih...Ton dok tang mana? Rheja tang mana? Habaq mai sikit...kot-kot kita pernah jumpak kat traffic light Tanjong Tokong ka...

Uncle berkata...

Dear Zakiah.
Memang banyak nak kena buat, followup dan fikir. Tapi itu semua dah lumrah kerja dan Uncle enjoy every second of it!

olive oyl berkata...

salam uncle...
amboi uncle mcm kat tanjong ja ada traffic light...

ton bukan dok tang tanjong..mama ton ja org tanjong..lani ton dok tang utara jugak..tp bkn tanjong..
maktok ton mmg org tanjong.ramai sedara ton kat sana...cuma ton tak sempat lagi tanya mereka ttg mama uncle...che soo...

lani dok busy sbb byk projek dok tengah approve OC...so tu yg kelam kabut sikit tu.dah tu kat sini banjir pula..


uncle..leh tak ajar tonn mcmana nak buat blog ....bkn apa.nak bubuh gambar masakan ton ka...nak bubuh gmbr2 masa gi bercuti aritu ka..

Laalaa berkata...

tak tahulah Uncle.. guna CELCOM broadband pun masih tak laju...

Banyaknye kerja Uncle. Semoga Allah permudahkan semua urusan harian uncle. Amin.

Uncle berkata...

Dear Ton.
Amboi, busy sunggoh no....sama la dengan Uncle macam tu. Tapi kerja mesti enjoy...baru tak terasa letihnya...

Dulu Uncle pun tak tao nak buat blog, tapi Uncle mintak tulong kat kawan, kami google dan cari. Ada dia ajaq step by step (macam lagu NKOTB) heh3...ok Uncle nak lari pi tasting food untuk lunch sat...

My Life berkata...

salam uncle..

rezeki unkel dapat tinggal di tepi masjidil haram.. azie cukup jeles dengaN UNKEL.. HUUHUHU.. ABAH AZIE DAN JEMAAH DAH SAMPAI MAKKAH PAGI TADI.. DOAKAN SEMUANYA SELAMAT..

My Life berkata...

kak olive

rindunya kat akak
hhiihiih

mana ole2 dari sana.. hhiihihi

unkel
senyum kat unkel

CATZ berkata...

salam uncle,

untunglah uncle dpt peluang bekerja di Makkah.. bukan sng nak dpt peluang ini kan..
:).
busy sungguh ye...sampai time tidur otak pong bekerja...

olive oyl berkata...

salam uncle...

dulu masa sekolahkan ton minat kat penyanyi NKOTB yg nama jordan knight tu...sampai tak tidok mlm dok suka kat dia...

tp kan uncle..uncle di sana lg busy dari ton di sini..kesian uncle...

to ML
hi ML..lama tak zairah blog ML..jom uncle kita pi blog ML
klu nak ole ole kena mai sini tau...

Uncle berkata...

dEAR cATZ.
mACAM TULAH KERJA uNCLE NI...nampaknya mudah sebab nak bagi makan orang, tapi banyak yang Uncle kena pikirkan...bukan senang sebenarnya...balance, nutritional, healthy food semua dok dalam kepala...alhamdulillah. Uncle enjoy buat kerja ni...especially untuk jemaah semua!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Uncle selalu masuk rumah ML. Seronok baca cerita orang ni..heh3...memang ikhlas...

NKOTB, apalah dah jadi kat depa la ni...heh3...

Uncle berkata...

Dear ML.
Memang ni yang dikatakan rezeki. Rezeki masa depan tak tahulah lagi. Janji kita sentiasa ikhlas dan buat kerja bersungguh-sungguh...

My Life berkata...

setiap apa yang kita lakukan pasti ada yg tersirat dan hikmah...
insyallah semoga semuanya dlama redha ilahi

Uncle berkata...

Dear ML.
InsyAllah...mintak yang terbaik saja...heh3...

olive oyl berkata...

salam uncle..

nkotb ni masa ton darjah 6..masa tu nak ambik upsr..masa nak ambik exam rasa mcm jordon ada kat tepi...
before ni group ni dah berkecai but baruni rasanya group ni ada perform dalam grammy award baruni...

wah uncle...merah menyala passport ML...mesti nak berjalan jauh ni..

Uncle berkata...

Dear Ton.
uncle rasa pun macam tu jugaklah...mungkin ML nak pi mana-mana tuh...

Lepaih NKOTB, keluaq pulak group 4UTC. Masa tu depa baru nak start. Selalu jugak AC pi Uncle Chili's dan tanya kat Uncle kot2 boleh practise nyanyi kat situ...masa tu jugak Uncle pada AC ni kerja sama dengan Uncle kat PJ Hilton...heh3...

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...