Khamis, November 26, 2009

Letih nih!

(live-nak ke mudzalifah)

(al haram yang tiba2 lengang)

(kalau tengok semalam, memang jauh beza dengan hari ni)

(pandangan sisi hotel)

(jalan dah lengang pagi tadi)

Aku bangun awal pagi ni. Bukan sebab aku nak ke Arafah, tapi sebab guests aku yang nak kesana. Aku cuma nak pastikan yang special guests aku semuanya puas tinggal kat sini dan mendapat layanan yang terbaik dari aku. Aku turun ke restaurant dan pastikan breakfast depa semua berkhasiat sebab nanti nak gunakan banyak tenaga. Lepas tu aku bekalkan sikit roti dan air untuk depa jamah dalam perjalanan nanti kalau tersangkut dalam kesesakkan. Aku hantar dan tarik beg depa sampai ke coach yang dah sedia menunggu di tepi hotel Ajyad Makarim. Adalah lebih kurang 500 meter...tu yang buat aku tambah lapar nih...aku lambai kat depa masa coach tu bertolak...

Aku kadang-kadang heran...pasal apa aku sanggup ikut depa ke bas dan tunggu bas atau kereta depa bertolak dan lambai kat depa masa pergi? Part ni aku belajar masa aku kat Tokyo Bay Hilton dan semua rangkaian Hilton di Jepun iaitu Tokyo (Shinjuku), Osaka dan Nagoya. Ke 4-4 Hilton di Jepun aku dah kow tim kerja...rezeki aku masa tu! Masa aku di Front Office, kami ada kelas yang mengajar macamana nak addresskan tetamu-tetamu yang datang. Intonasi suara yang macamana bila bercakap, berapa darjah kita kena tunduk sewaktu mengucapkan selamat datang kepada tetamu dan salah satunya ialah menghantar tetamu sampai ke kereta ataupun bas dan ucapkan terimakasih sambil melambaikan tangan. Lambaian tangan pun masih ada standard yang harus diikuti. Tak boleh lambai macam nak hantar atok pergi Haji...mesti ada cara, mesti style masa goyang tangan tu ala-ala ms chinatown kat atas stage gitu! Heh3...

Jadi habit yang macam tu aku dah terikut. Itu yang kadang-kadang ada aku cerita yang aku akan hantar VIP guests aku sampai ke kereta, aku bukakkan pintu kereta, aku tutupkan pintu kereta, aku lambai sambil tunggu kereta depa hilang dari pandangan mata. Itu pun penting untuk adik-adik yang didalam bidang "hospitality" ni. Priority kita mesti "guest satisfaction". Yang ni pun boleh dikategorikan sebagai small touch yang akan meninggalkan long impression kepada tetamu-tetamu tadi. Itu kerja aku. Kerja aku mesti pastikan kepuasan tetamu yang datang. Kalau booking datang melalui aku, aku akan tunggu tetamu tu sampai. Aku sendiri yang tunjukkan bilik dia. Itu penting yea adik-adik....tunjukkan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada guests kita.

Hari ni bila guests dah tak ada, aku tiba-tiba jadi lapar pulak! Aku suruh dollah masakkan nasi goreng kat aku. Dia tanya nak masuk udang? Aku cakap tak payah...dollah tanya nak masuk ayam? Aku cakap tak payah....dollah tanya nak masuk sayur? Aku cakap tak payah..., "Habis, ini nasi goreng bugil ni Pak..." Aku cakap kat dollah, "bugil pun bugil lah dollah...janji sedap..." Dollah senyum sambil kenyit mata kat aku...heh3...

Apa jadi lepas makan nasi goreng bugil? Lepas meeting petang tadi pukul 3, lepas sembahyang asar dan makan nasi goreng bugil si dollah, aku naik bilik sekejap. tengah dok baca paper, aku terlelap...sedar-sedar dah nak masuk maghrib dah...kalau kat arafah ni orang dah nak pergi mudzalifah dah pun...masyallah...letih sangat aku. Tak pernah aku terlelap petang-petang macam ni sebab aku tak suka tidur petang. Nanti aku jadi malas dan susah nak tidur malam! Pergh...memang power penangan musim haji kali ni. Time-time macam ni aku terasa yang tenaga aku dah tak macam 20 tahun dulu. Ni badan aku dah rasa sengal-sengal ni. Naik seram-sejuk pun ada ni...rasa letih sangat-sangat...jadi lepas sembahyang isyak ni aku nak turun round sekejap, kunci office dan balik bilik. Nak gantung kat luar bilik DND! Heh3...

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog aku yang aku kenal dan sayang serta pada all the silent readers out there...take good care of yourself and jangan lupa sembahyang!

22 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle,

kalau umur dh masuk 40 rasanya mmg begitu, kemahuan kita masih kuat , tapi kudrat kita dh berkurangan

takpa, hr ni dan esok uncle dh boleh masuk gear gostan, tapi 12 zulhijjah, uncle terus kena masuk gear 8 terus psl makkah dh mula penuh balik dan mungkin byk guest uncle yang buat nafar awal

la ni hampir kul 1 am kat sini, tapi mata tak ngantuk lagi, sempat layan cite ahmad albab dgn penyamun lagi, agak2nya hari ni hari penyamun sedunia ke uncle keh,keh,keh

olive oyl berkata...

salam uncle...

laa uncleku..kagumnya.betoi ni..really .tak sangka uncle sanggup antar guests sampai mcmni sekali.

selalunya budak2 hotel ja yg dok bye bye smp ke pintu keta...huh..mesti guests rasa diri dihargai dan disayangi bila tgk boss waving ala ala miss world..hehe..awww....
student2 perhotelan patut baca entry uncle ni..

tp mmg
best entry mlm raya ni....

uncle need rest..gd nite uncle...rest n sleep ok..

selamat hari raya aidil adha uncle,aunty and kids...
ikhlas dari che ton...hehe

esok boleh laa pakai baju merah masa nak pi tgk lembu kena korban... unclekan kata lembu rabun warna...colour blind...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Hari ni memang terasa sungguh keletihan 4 minggu tak cuti. Machine buat handphone pon boleh terbakar kalau engine tak stop 4 minggu! Anyway, i'll sleep early tonight..

Rasanya memang hari ni hari Penyamun...,patut rasa letih....heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang Uncle pon rasa yang Uncle need a rest and a short break...duduk kat kerusi sambey bacha paper pon buleh tidoq...tu dia aih....selamat hari raya aidil adha...Ton jangan pi korban kereta tu...pi lah korban kambin ka...lembu ka....

rezeki berkata...

salam uncle,

ok , take a good rest and sleep

esok bangun , rasa segar dan bersemangat

salam aidil adha utk uncle

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Thanks for the thought...I definitely need a good rest. Body feels sored...tired...head feels heavy....neck feels stiff.....but tomorrow when I meet my guests, I will keep on smiling and making them feel at home...

"penyu menangis sapa yang tahu..." heh3...good night brother, and have a nice weekend with your family...keep in touch and stay focus!

Salam sejahtera....... berkata...

uncle
Salam aidil adha utk uncle dan semua.

kucingorengemok berkata...

terharu lah pagi2 raya ni... selamat hari raya aidil adha, uncle, allah saja balas kerja kuat uncle bagi makan dan uruskan tetamunya

ediannuar berkata...

uncle,

saya sekarang kerja kat bank. saya rasa dah tiba masanya untuk saya bertukar bidang.... bila baca blog uncle, saya rasa teruja untuk kerja di hotel.....
boleh tolong? hehehhe

Uncle berkata...

Dear Ediannuar.
Thanks for reading and for leaving a comment. Edi nak kerja kat hotel? Dah pikir habis2? Sanggup kerja 16-18 jam satu hari? Sanggup tukar off day ke weekday instead of weekend? Sanggup kerja masa public holiday? Sanggup kerja shift? Sanggup senyum 16-18 jam satu hari?

If your answer to the above is yes, then you are cut for it! Heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Guests ramai yang dah balik ke hotel semula dan tengah breakfast sekarang ni. Pagi tadi Uncle dah round dan sekarang tengah tunggu orang kedutaan pulak sampai sini. Kejap lagi sampailah tu sebab depa dah ada kat belakang sa'e.

Uncle berkata...

Dear SS.
Uncle pun nak ucapkan selamat Hari-Hari Raya Aidil Adha pada SS dan keluarga...

rezeki berkata...

salam uncle,

how's today, hrp dh recover semlm punya lotih

pagi ni ramai ke guest yg balik dari mina ke safwah ?

nmpknya stat masuk gear la alamatnya keh,keh,keh

tadi jumaat kat haram penuh tak ?

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Alhamdulillah hari ni dah recover sikit. Bangun tadi kepala dah ok. Badan masih lenguh but nak buat macamana...life goes on...."oh bladi oh blada!..."

Ramai jugak yang dah balik dari Mina kembali ke Safwah pagi tadi. Depa pun dah breakfast, sembahyang sunat raya, sembahyang jumaat dan lepas asar akan berangkat balik ke Mina untuk melontar.

Masjid dah melimpah ruah tu...belum masuk gear maximum lagi sebab tak semua balik ke hotel. Cuma yang banyak duit dan tak mahu bersesak-sesak yang balik ke hotel tapi yang lain masih di Mina. Breakfast and lunch dalam lingkungan 300. So you can imagine bila masuk gear maximum...heh3...

olive oyl berkata...

salam uncle

apa khbr.mcmana sambutan raya uncle??..ton dah terkulai..letih ...ramai tetamu dtg td..mlmni nur kasih last episode...

Laalaa berkata...

Uncle, nasi goreng bugil tak ada gambar ker? Macam best..

Rehat cukup-cukup uncle untuk re-charge semula.

Selamat hari raya aidiladha.

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
Memang dok rehatphysically but mentally not. Tengah dok perabih budget for next year pulak! Anyway 2-3 hari lagi habis la kot. Itu pun buat ala-ala "touch and go" takpa, janji sebelum balik dah boleh submit semua kerja!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Terkulai pasal melayan tetamu yea....ada melayan sampai 2000 breakfast, 2000 lunch and 2000 dinner? Heh3...macam tu lah kerja kami ni...

Nur Kasih dah last episode? Alamak...Nyamuk tak sempat tengok ni sebab dia kat Mina tengah melontar...kesian kat dia...Nyamuk follow tuh.....heh3...

olive oyl berkata...

salam uncle

uncle...tetamu taklaa sampai beribu ribu..yg penat tu sbb dok ulang antar mereka ke kereta.bukakan pintu.ygh panas lid- lid lak tu....pastu bye bye mereka smp keta ilang dari pandangan....ikut mcm sifu ton buat.....

ending happy ever after..
tak apa nyamuk leh tgk kat catch tv kat website tv3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Tu pon salah satu sebab yang Uncle jadi letih jugak, tapi Uncle suka sebab depa appreciate kerja Uncle. Bila depa kata thanks, Uncle jadi energetic balik...I love my job...

olive oyl berkata...

salam uncle

uncle..ton kagumla dgn uncle..ton baru try sehari..dah jd letih..tetamu sikitpun ton dah letih .tp uncle tetamu ribu ribu,tak letih pun..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Once again Uncle nak pesan....you have to love what you are doing....tak kira lah Ton buat kerja apa pon...kalau Ton suka tanam pokok, love your tanam pokok job dan Ton akan tengok hasil dia....memang menakjubkan...sama jugak dengan orang yang suka photography...result dia memang hidup! Penat memang penat. Mana nak sembang dengan guests dan senyum lagi...love your job....

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...