Selasa, Oktober 27, 2009

Africa?

(kenangan ngeri kena marah dengan perempuan tuh!)

(naeem dan abang dia dan abang dia dan abang dia dan abang dia!)

(welcome to Africa!)

(ni Mohammad dan anak dia, Mohammad jugak!)

(lorong macam kat Chow Kit)

(wooo banyaknya baju..)

(baju-baju Africa yang datang dari China..heh3...)

Ni bukan lagu Africa ataupun aku nak ke Afrika walaupun kalau ada offer memang aku tak kesah pun. Tapi aku teringin nak ke South Africa sebab aku nak jumpa Springboks players yang Champion Rugby World Cup dulu...aku teringin nak jumpa depa. Kalau depa ajak aku main sekali aku rasa it's like a dream come true! Heh3...ada sekali tu aku cakap kat penyamun aku yang aku teringin nak ke Africa. Penyamun ni dah dengar keluhan aku yang ala-ala lagu Jamal Abdillah, "Keluhan Perantau" errr ada ka lagu ni? Heh3...nanti aku mintak tolong S Amin Shahab buat satu! Si Naeem ni tanpa usul periksa dah usulkan aku satu cadangan bernas. Dia tanya kat aku bila off day. Aku cakap Sunday. Dia kata Saturday Night kita pi horey-horey....ala-ala "Pesta Muda-Mudi" sans Vespa Mahmud June dan Siglap 5! Aku cakap set.....

Maka bermulalah perjalanan aku yang macam biasa tanpa hala tuju dan tanpa matlamat serta tanpa masa depan tu. Naeem talipon cakap dia tunggu kat hotel entrance. Aku pun celapak turun. Naeem sengih tengok aku tapi kali ni heh3...aku tak sengih pun kat dia. Kami jalan terus pergi cari bas mini kat tepi InterCon. Naik dan Naeem belanja aku. Dia cakap, "Don't pay boss, I pay..., I have money!" Kellass....berapa tambang dia? SR1!!! Patutlah Naeem ni belanja aku. Takpa-takpa, niat dia ikhlas. Aku ingat Tuk-Tuk kat Siam tu lagi power. Pintu tak boleh tutup. Kusyen koyak-rabak. Body berlekuk-lekuk. Tayar takdak rim. Aku rasa driver pun takdak lesen! Aku pegang tingkap....

Sampai kat Sala Mansour (kalau tak silap aku nilah ejaan dia). Kami turun dan jalan menyusuri lorong-lorong yang berliku. Kona kiri, kona kanan, jalan terus, kona kanan, kona kiri...aku dah nampak ramai Africans dok melepak kat tepi jalan. Aku ngeri jugak. Takut-takut depa tangkap dan jual aku. Tapi depa baik-baik. Aku bagi salam, depa jawab. Penuh depa bergelimpangan kat atas tikar tepi jalan, kat lorong-lorong dan tepi kedai. Aku jadi confuse. Yang bawak aku budak Bangladesh, aku duduk kat Saudi, aku jalan-jalan kat Africa...pergh...United Colors betul! Tanduk kerbau pun ada depa pegang. Aku tanya kat penyamun, apa depa buat dengan tanduk? Penyamun cakap "They collect bad blood Sirrrr" sambil kepala dok geleng-geleng. Oooo depa buat bekam rupanya. Oooo...bad blood....

Naeem kata abang dia berniaga kat situ. Aku tanya berapa lama berniaga? Dia kata dalam setahun dia berniaga 1 bulan saja. Lagi 11 bulan dia tidur. Pergh...kellass...aku pun nak macam tu! Abang Naeem berniaga kain baju. Sekali tengok macam kat Padang Besar pun ada minus pinggan pyrex! Kedai dia penuh dengan baju-baju Africa. Aku tanya, mana datang baju-baju tu semua? Dia kata dari China! Tu dia....China ni cakap apa saja nak. Semua ada. Sejadah pun depa buat meniaga! Yang aku dulu pi lah beli tasbih. Balik-balik tengok la...made in China ka?

Aku cakap kat Naeem aku nak jalan tengok lorong-lorong gelap tu. Dia kata ok....sampai satu kedai, dia cakap kat aku, "Mr. this is my brother number 3..." Aku pun salam...kami jalan lagi pergi kedai kat hujung lorong. Naeem cakap, "Mr. this is brother number 5" Aku pun shake hand lagi. Masuk kedai satu lagi, Naeem cakap, "Mr. this...brother number 4!". Dan yang jual ketayap kat tepi lorong tu, "Mr. This is brother number 2". Woi...ramai nya brother kau? Aku tanya lagi, kedai yang first tadi tu siapa? Dia cakap..."brother number 1!"

Dia tanya aku nak minum apa? Aku cakap "Shai Halip" @ teh susu....(ustad supian tak ajar aku ni, aku belajar sendiri...heh3...pandaikan?!#$%). Lepas tu dia capai talipon, Krung-krang...krung-krang dia cakap. Kemudian diam. 10 minit lepas tu, datang 3 orang lagi penyamun. Aku tanya Naeem, ni sapa pulak? Naeem cakap, "This Habib...son of my brother number 3". Mulut aku melopong...woooooo.......yang ni? "This Hassan...son of brother number 5", aku melopong lagi...wooooo....errr yang ni?, "This Hussin, son my brother number 2" Mak aiii...satu kampung dia usung! Patutlah sepanjang "lorong-lorong kenangan" tadi tu semua orang tegur dia....Macam Ronaldo balik kampung pun ada nih!

Aku tanya kat penyamun, "here photo ok?" Naeem gelak kat aku. Dia cakap "no problem, Sirrrr. All know me!" dengan sombong lagi bongkaknya. Aku pun dengan semangat Bushido, terus capai kamera lama aku dan snap merata-rata. Aku toleh tanya lagi. "Sure ok?" Penyamun cakap "No worry...this my area" dengan lagak macam Pirate of the Caribbean....ada sekali tu aku tangkap gambar, tiba-tiba perempuan tu toleh kat aku terus maki! Woooo...she is really mean mannn.....macam-macam dia hambur kat aku. Ganas gila perempuan tu. Warden-warden aku kat sekolah dulu pun aku tak kecut macam nih. Ini lain macam punya gangster ni...masa tu aku dah terbayang tanduk kerbau lah....lorong-lorong berliku lah.....bad blood lah...macam-macam dalam kepala otak aku. Ni semua si Naeem la punya pasal....aku hangin kat Naeem...Naeem sengih dan cakap kat aku, "Sorry Sirrr, I no tell you don't take girls photo!". Aku rasa macam nak cekik-cekik si Naeem ni. Tadi dia cakap satu kawasan kenal dia, semua abang-abang dia....

Dalam perjalanan balik naik bas mini SR1 tu, kepala otak aku dok bermain-main lagu, "sepanjang jalan kenangan....kita berganding...tangan...." heh3...

23 ulasan:

PINATBATE berkata...

Kellas uncle! International betul entry kali ni..


Berapa ramai Naeem punya abang daaa..
Uncle ni kalau bercerita, lawak memanjang..tak sempat saya nak tarik nafas dah gelak dua tiga kali round..sampai putus urat kentut dibuatnya..

psstt!
uncle paut kat tingkap bas mini tu tak tercabut ke frame tingkap tu..?
HOHOHO!..the lorong GELAP tu is soo scary maa...

Man Hamzah berkata...

Slam bang..
bila pegi sana tu....
Nak ikut, nak ikut...
Bagus punya adventure tu..
Bila saya boleh beli book yang abg lelong dulu tu..
-man Hamzah-
http://www.almakki.com.my

olive oyl berkata...

hi uncle..salam..

alhamdulillah ton dah slmt smp amsterdam ari sabtu..flight dekat 14 jam..

now ton ada kt nice,italy..sini 11 celcius.sejuklah juga uncle...
rm5120 kita baru dpt 1000euro..
lps ni sayapun BIMBO laa jawabnya..
sini depa garnish dgn daun tak tau nama..nti ton tjk gmbr ok..ari ari mkn pizzaseafood..
happy sgt ton dpt bercuti dgn family..

bestnya uncle dpt jln jln naik bus mini....terang terang warna baju mereka juai kt saturday nite uncle..beli la vespa sebijik uncle..haha

Uncle berkata...

Dear Man.
Ala Man....jangan lah nak gempaq kat Uncle....Man lagilah terra....Takroni Man....Takroni....

Buku2 tu ada lagi...mai lah morong! Lelong...lelong...Homsah riyal....homsah riyal....(sambil dok goyang loceng aiskerim!) Heh3...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Terputus yea....ala-ala lagu Alleycats nih..."Layang-layang Terputus Talinya.."

Tingkap tu Uncle dah check...boleh lah tahan kalau 4 orang bergayut! Heh3...

Memang gelap sungguh lorong tuh. Ni pun ala-ala "Kekasih gelapku!"

Uncle berkata...

Dear Ton...
Ooo Mak aii....sikitnya duit! Uncle dulu sebelum Euro, jadi jutawan sat...masa tu Lira lagi!

Syoknya pi Italy. Uncle takdan sampai Nice. Cuma dapat pi Firenze@Florence saja. I love the Piazza...I love the Museums....I love the sceneries...masa tu Uncle pi during Spring....aaaahhhh bliss...the Gelatto! Pergh...rasa macam dok pegang tangan aunty jalan-jalan kat atas jambatan tu...dengaq orang main gitar singing love songs...

Uncle berkata...

Ton.
Uncle baru teringat, jambatan tu nama dia Ponti Vecchio! Pi lah situ....mungkin nama Uncle ada lagi kot kat ataih batu tuh!

uncle pet..!! berkata...

united colors btui.. m'sia pn lg lbh kurang la jgk..
da bangla, paki, indon, burma, siam, blabblabla.. kira rmai gk la.. ahikss..

Uncle berkata...

Dear UP.
La...tak tidoq lagi ka? Tu baru depa panggey masyarakat majmuk!

dilaOHdila berkata...

salam uncle....
terbahak2 baca entry ni
baper banyak broder naeem kat sini erk
wah hebatnya persaudaraan dia. semua dah pakat jadi kluarga. mesti utuh perhubungan dia urang ni:-)

** nampak macam kain batek tu> Ada gak urg jual kat sini
- tak leh snap urg pompuan ke kat sini? alamak tu lah salah satu mata air. Rugi aaa cam tu kan uncle (he he he)

Leonardo Di Caprio....
Cayalah

Uncle berkata...

Dear Dila.
Surprisingly yang tu semua memang abang-abang dia! Penuh satu lorong tu adik-beradik dia. Dahsyat!

Memang setengah2nya kain batik Indonesia. Dila memang sharp! Huh mata air? Ganas tuh...mengalahkan Linda Blair cerita exorcist tahun 70an dulu!

Yang Leonardo Di Caprio tu......actually depa yang cakap.....

rezeki berkata...

salam uncle,

tergelak baca pengalaman uncle kat "mini africa di saudi" kalau tgk depa, mana2 ada utk mencari rezeki .

baju tidur mcm harimau bintang tu menarik perhatian saya.

uncle faham ka apa pompuan tu maki ngeh,ngeh,ngeh

cite psl afrika, next year dh buat perancangan ke sana (durban) nk tgk world cup. Semoga diperkenankan Allah SWT segala perancangan.

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Are you really going to Durban? Seriously? OMG....that'
s awesome.....regards to the SPRINGBOKS!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kadang2 nasib baik jugak kalau tak reti bahasa arab...nasib baik tak pandai dulu. Tu yang boleh buat muka selamba masa kena maki dengan pompuan tu...tengok jari lelaki yang kat sebelah pompuan tu...NGERI!

Now I'm listening to Zee Avi. A malaysian singer who's going to make it big in US...her voice is so so haunting! Her song is in Walmart advert!!!! Check her out on youtube..

rezeki berkata...

salam uncle,

insyallah, seorg adik saya akan transfer ke Durban hujung bulan ni , keje dgn petronas. Itu yg idea nk ke sana timbul. Jadi kesimpulannya, hujung tahun ni tak kemana-mana,
main dekat-dekat je
ngeh,ngeh,ngeh

Fligt dh survey, SIA tapi hanya ke Johanesburg . Kena ambil BA utk ke Durban. Kena booking awal selewatnya disember ni, kalau tak , faham-fahamlah , peak season psl world cup.

kita hanya merancang je kan uncle,
Allah SWT yang menentukan.

ok uncle, have a nice day

DadaIQ berkata...

Salam Uncle,
Menarik betul posting Uncle. Memang ramai umat manusia yang berhijrah ke Mekah. Macam family IQ, ramai betul yang duduk kat sana dan beranak-pinak. It's a good experience for us every time ke sana berjumpe keluarga. Agak2 Uncle berhijrah macam dia orang ker tak?

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Ada kerja kosong tak? Heh3...memang seronok kalau merantau nih but of course ada pros and cons nya.

World Cup tu memang menjadi idaman dan igauan setiap orang lah tapi for me it's always rugby that i want to go and watch...nothing else...

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.

Part berhijrah physically mungkin tak kot but most important is, berhijrah jiwa, raga dan minda. "Spiritually", that's what I want...

Glad that you enjoyed the posting!

Fida berkata...

Uncle,
Coincidentally saya akan ke Cape Town lepas hari raya Haji nanti..hoh! uncle minat springbok jugak ke? saya memang minat team ni + all blacks..
Kalau boleh ke Kruger National Park, seronok juga ye..tapi dengar kata mahal bedengung nak ke sana.

If you dream of South Africa, try whipping up one of its famous dish - Bobotie.

Uncle berkata...

Dear Fida.

Huh? Bobotie? Nama macam ikan laga lah! Alahai...apasal semua orang nak pergi South Africa nih? I have a few friends dari sana but originally from Germany. Katanya nice country but have to be careful at certain areas...

Regards to the SPRINGBOKS!!!!!!

hajah zainab bt abdullah berkata...

kak nab suka sangat tengok gambar2 suasana kat sana...thanks for sharing!

Uncle berkata...

Dear KN.
Seronokkan? Macam2 ada....nanti saya pergi cari lagi. Tapi takut jumpa pompuan yang serupa. Takut ngigau!

siti berkata...

africa town pun ada kat sana??..waa, kelass!!
ramai sgguh abg si naem tu..tergelak2 sy bc kat ofs ni..smp mbe sebelah tny pasai pa..
:D

Uncle berkata...

Dear Siti.
La....awat pi baca kat opis? Nak kena warning letter? Tapi lain kali share lah sama dengan boss Siti tu..masa nak baca ajak depa sekali ramai2...heh3...kirim salam kat depa naaaa

Reunion

Awal 20an Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, top...