Jumaat, Oktober 09, 2009

Aku dah pandai, horey!

(cake aku)

(aznawi dan aku)

(cuba teka sapa model aku?)

(dinner aku 2 malam lepas!)

(choc mousse aku)

(kek aku)

(set-up aku)

(salad aku)

(aku dan pizza)

(pizza dan aku)

Aku seronok tengok result gambar yang aku ambil hari tu. Ni lepas aku bertapa dengan "3 Tenors" kat lounge aku sambil ambil gambar. Pergh...tak terikut aku ni dengan depa. Pace kami memang lain. 413 kali depa dok cerita kat aku pasal aperture. sampai ke kali yang 21 aku angguk faham. Tapi esok pagi aku dah garu kepala lutut sebab dah lupa balik...tu yang aku kata, pace kami berbeza! Credit has to be given to the 3 of them. Lotfi, Aznawi dan Rashid yang dah jemu nak mengajar aku. Sampai pukul 1 pagi depa dok cerita kat aku.....san-kyu...san-kyu...bila aku tanya apa depa nak makan, depa kata dah kenyang. Eh betul ke ni? Ke malu-malu? Dengan Uncle jangan malu-malu sebab Uncle ambil malu-malu tu seriously. So kesudahannya, semua tak makan malam tu! Lain kali cakap terus, "Kami Lapar!" senang Uncle organisekan...

Perbincangan malam tu sungguh hangat. Sampai ending dia, aku sendiri lupa apa yang kami dok merepet malam tu. Tapi ketiga-tiga remaja tu (Lotfi sekalilah..)sangat bersungguh-sungguh mengexpresskan pendapat masing-masing. Aku berbangga dengan 3-3 anak-anak muda ni semua. Depa ni akan berjaya tak lama lagi....aku doakan yang baik-baik untuk adik-adik ni semua!

Gambar-gambar tu semua aku ambik dalam pelbagai posisi. Menelentang, mengiring, membongkok, merangkak dan jugak menebeng (kalau boleh pakai ayat tu). Nasib baik depa tak bawak rotan macam Mas Idayu. Kalau tak, habis badan aku berbirat kena sebat dengan budak-budak tu!

Tiba-tiba aku bersemangat nak ambik gambar buat satu hobi. Kat sini apa lagi hobi santai yang aku boleh buat selain daripada membaca? Oh yes...ada satu lagi. Pada yang rajin dok tengok youtube, aku cadangkan jengok-jengoklah kat ZEE AVI. Awesome...she's a malaysian girl from miri dan dalam perjalanan menempah nama di US sebagai penyanyi yang sangat berbakat. Suara, petikan gitar, petikan yukelele, memang menakjubkan. Dari youtube dia dah dapat sampai almost 100,000 hits dan dipanggil ke NY untuk keluarkan album. Sekarang tengah touring US dan lagu-lagu dia dah dijadikan jingle oleh Walmart! Go girl....you can do it! Enjoy watching.

Then, as for me, mana tahu kalau-kalau Celebrity-Celebrity Chefs nak suruh aku ambik gambar food depa pulak...heh3...

21 ulasan:

dilaOHdila berkata...

PUYYOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!
marbellesssss!
shuntek uncle shuntek!
I like de' angle itew
BOKeh yang tu tak tahan tu hah
nampak gaya uncle dah paham dah tu apa erti Bokeh:-)
teruskan usaha lagi uncle....memang shuntek angle food nih

PINATBATE berkata...

perghh!!
gambar-gambar makanan Uncle sekarang mengancam habesss!!! tu baru sekali dengar kuliah tu ,kalau masuk 23 kali ..alamat lotfi gantung camera lah...

uncle pet..!! berkata...

cntik2.. tang bnda mkn suma cntik.. mai skit.. ahaksss..
chck mine photoradical label.. more pics.. cmmercial pics..

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

tahniah!! tahniah. itu saya cakap. uncle ada bakat dari segi composition. uncle tahu utk ambik sudut mana. cuma asas jer yang tak beberapa paham lagi. lepas nih, memang meletup lah gambar! hahaha.. sangat menunggu hasil yang lagi power!

gokudoremonsinchan!~ (konon2 ayat kasi semangat dalam bahasa jepun wakakakaka)

Uncle berkata...

Dear Dila.
Ada jugak budak2 tu cakap "bokeh" hari tu....ingatkan depa cakap "nogori" for bekas. Heh3...

Uncle rasa, last 2 shots tu depa yang ambik kot...sebab ada nampak jari gemuk tu pegang pizza...Uncle pun dah lupa...heh3...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Memang Uncle akan gantungkan camera dia nanti...baru pagi tadi jumpa depa kat MBC meeting!

Uncle berkata...

Dear UP.

Heh3...(buat gaya sombong lagi bongkak sambil dongak kepala dan cekak pinggang jalan pi balik pi balik!)

I'll definitely visit yours...la la jugak!

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
eh tu bahasa jepun apa tuh? cartoon characters semua keluar! but anyway, Sensei, arigatou gozaimashita, dekireba, matta oshiete kudasai ne...denwa shite kudasai....itsu demo ii des yo. Honto ni domo arigato gozaimashita. Okusan to waseem kun wa yoroshiku...hah...ambik!

kucingorengemok berkata...

alamak, kita maluuu... pehhh, lepas ni mesti terlentang kita orang tengok gambar kambing mandy uncle :)

hajah zainab bt abdullah berkata...

Woooooooooow Uncle!!! cayalah...mau meletuuuuuuup blog nih!! keep going...at their pace too, kejar bebudak tiga orang tu, especially lutfi!
kalau tak faham, tanya lagi...tanya lagi & lagi & lagi...sampai ustaz2 tu pening...heh3!

Akmal berkata...

err...ni blog malay ke jepun nih? :D

cantik gambar uncle. camera apa tu? :D

Uncle berkata...

Kalau kambing mandi, ok...kalau gambar Uncle mandi, alamat butalah mata depa......bukan terlentang lagi dah...heh3...

Uncle berkata...

Alamak KN, baru nak belajar lah...mana boleh chelen si Kuey san tu....dia lagi power. Kirim salam saya kat depa....KN ambiklah gambar pokok ka....bunga ka...waktu senja. Mesti menawan sanubari!

Uncle berkata...

Dear Akmal.
Ni blog "mapun" = malay and jepun! Gambar tu Uncle pakai camera SONY. Ok lah kot rasanya..

dilaOHdila berkata...

uncle pakai sony alpa ke
Alpaha 200 ke?
Cayyoooooo

**yeah Uncle
pakai shutter speed (slow)
adjust kat S tu ajer
lepas ni uncle dah leh buat shutter speed utk teh tarek dalam hotel ya.....

Uncle berkata...

Uncle pakai Sony X200. Jangan tanya apa menatang tu sebab Uncle sendiri pun tak faham. Heh3...

Shutter speed slow? Yang ISO tu ka? Yang ada, 100, 200, 400, 800 tu ka? Adoohai....lemah lutut betul lah Uncle ni...yang tu aperture kot? Confuse sokmo...awat tak tanya macamana nak organize function ka, menu recipe ka...menu costing ka...kan senang nak jawab!

Yours truly berkata...

caya lah uncle..!!! ni yg buat i jealous ni...uwaa...
(sure lepas ni menitik air liur tgk gambar food uncle.. he..he..he..)

Uncle berkata...

Dear YT.
Bukan saja air liur yang akan meleleh, bahkan hingus pun turut sama...tunggu!

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

serender.. apa ntah uncle tulis.. wakakaka.

to dila : kami baru belajar iso, aperture. tak sampai lagi shutter speed. nanti lepas ajar uncle shutter speed, sure dia boleh buat freeze air atau smooth kan air tuh. hehehe.

Uncle berkata...

awat cepat sangat? shutter speed tu syllabus tahun 2011! nak freeze air pulak? Then smooth kan lagi? Pergh...bahasa nicaragua ka ni?

Translation of the japanese sentences tu bunyi dia macam ni..

" cikgu, terimaksih banyak2..kalau boleh, mai la ajar lagi, boleh talipon anytime...betul2 tqvm...kirim salam kat wife dgn naseem...hah ambik! (hah ambik pon tulis jugak)

CATZ berkata...

congrats uncle....
gambar semua cantik..
kita terliur tgk....
dan yg bestnya, uncle hari2 ada makanan cantik utk di shoot..
bestnyaaaa...

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10) Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusny...