Khamis, Oktober 29, 2009

Jalan-jalan..

(tu monorail from china tuh)

(pergh...lawa habis..)

(dia sorang yang berniaga kat situ. Lesen besar..)

(from china with love)

(sapalah punya kerja nih!)

(sapalah punya kerja lagi nih!!)

(aku dah check...nama kawan-kawan tak ada..)

(aku dan jabal rahmah)

(nur alam ni dulu kerja kat taman connaught woooo...kilang buat baju..heh3...jumpa jugak penyamun kat sini..)

(nyamuk dan haram..)

Semalam aku cerita pasal "Singh is King..." Hari ni, si Nyamuk pulak sampai. Horey...aku ada kawan.....boleh sembang sampai pagi. Tapi esok aku kerjalah...lagipun teyy tarik dah tutup...nak sembang macamana? Aku tumpang Nyamuk pergi Jabal Rahmah tadi nak tengok monorail punya rail. Orang tak ramai lagi kat situ tapi unta berlambak-lambak. Cantik pulak tengok unta lepas makeup...lipstick dengan blusher pun ada...bulu mata pun lentik...pergh...ngeri!

Tengahari tadi aku dapat call dari Haji Ghaz..lepak sekejap minum teyy dengan family dia. Banyak cerita kami sembang. Maklumlah orang kaya Mekah jumpa orang kaya Yanbu! Cerita juta-juta punya, tak main sikit-sikit. Lepas tu aku lari sana, lari sini..ensurekan jemaah semua ok..insyAllah semua ok kot.

Aduhai aku baru lepas makan mandi kambing ni...senak perut aku. Si Nyamuk la punya hal ni...habislah diet aku. Perut dah berat, mata dah kuyu. Idea pun terbantut nak cerita. Oklah, aku switch off dulu. Tak mampu aku nak merepek ni. Aku ingat lepas ni kalau nak berblog, aku tak boleh makan banyaklah...masa lapar tu idea datang mencurah-curah. Masa kenyang, pergh sampai perah pun tak keluar! Sambung esok je lah!

24 ulasan:

Fida berkata...

2 thumbs up to lamb mandi!!

rezeki berkata...

salam uncle,

hai ngeh,ngeh,ngeh lain mcm je munyi
nampak unta pakai lipstick dan berbedak pun ... ngeh,ngeh,ngeh

psl kalau kat sini guruannya, kalau nampak lembu pakai sari pun cantik

kalau monorel tu dah siap, memudahkan jemaah dari mina ke mekkah.

masa konstortium china tu dpt kontrak tu, dgr banyak bantahan juga
tapi hikmah disebalik tu, ramai pekerja dari china tu memeluk agama islam, subahannallah, Allah maha besar.

kucingorengemok berkata...

huh? whaaa--? did someone mention MANDI KAMBING?? kata² hikmat tu... hehehe

uncle pet..!! berkata...

tidoq2.. ahiksss..

Uncle berkata...

Dear Fida.
Mandi tu memang best. Masa mula2 tengok nampak banyak, tapi lepas 10 minit makan ehhh dah habis? Tapi makanan ni tak boleh amal selalu ni...bahaya!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
What I meant was, memang depa hiaskan unta tu cantik2 untuk jemaah tunggang and bayar. Uncle tak berani nak ambik gambar unta tu sebab nanti depa mintak SR10 just for the gambar unta...tu yang depa buat cantik2.

Memang ramai pekerja depa la ni dan boleh dilihat di haram...baguslah kalau macam tu..

Uncle berkata...

Dear KOG.
It's a password to a magical kingdom! Heh3....Memang sedap KOG...bila ditarik dagingnya, semua terlerai...lembut.....muda dan hamis kambing.....bliss!

Uncle berkata...

Dear UP.
Cheq buleh tidoq ka la ni.........biasalah........heh3...

hajah zainab bt abdullah berkata...

eh eh...suke lagi!!

Uncle berkata...

Dear KN.
KN suka yea....kalau kak nab suka, saya lagilah suka...heh3...masak apa hari ni KN? Saya nak pergi breakfast roti canai dengan teyy tarik dgn nyamuk ni...maybe jumpa lotfi jap..horey!

siti berkata...

uissh,uncle kena mandi kambing smp jd baloq niee..heee
dasat betul penangan dia..nk kena cuba gak nie.tp sedap ka kambing?? sy x besa mkn

Uncle berkata...

Dear Siti.
Memang baloq liat sunggoh....heh3...terlentang semalam. Tadi baru lepaih makan roti canai dengan Nyamuk dan dijoin oleh Yakob (my junior masa Uncle F5 dia F1). I'm not going to have lunch today....as for dinner, yoghurt will do.....*wink*

uncle pet..!! berkata...

chek lh tido cmtu2 ja la.. penat stdy..
++org dh blik jeddah.. bengong la p sat.. ahaksss..

Uncle berkata...

Dear UP.
Tao aihhhh....tu yang tanya buleh ka tidoq? Heh3...takpa...kalau dia perlukan apa=apa, bagitao mai...apa yang buleh tulong, Uncle tulong...tapi habaq kat dia, jgn masok mekah la ni...banyak check point. Kalau bukan visa haji depa hantaq balik..

rezeki berkata...

salam uncle,

cite psl nasi mandi, kalau balik kl je baru boleh makan kat ampang.
Hari tu tanya ownernya, kalau untuk nasi dan sekor kambing , lebih kurang RM800, kalau kat mekkah muai tu kalau harga mcm tu

Uncle berkata...

Dear Rezeku.
Kat ampang? Kat mana tuh? tak pernah tahu pun kat ampang ada mandi? Is it behind Crown Princess?

Kami pun charge lebih kurang jugak untuk sekor kambing. Tengok size la..

olive oyl berkata...

salam uncle

wah uncle untapun bergincu...cantik gambar matahari uncle..hahaha

mlmni uncle jgnla mkn kenyang2 nanti takleh pula nak berkarya dalam blog..mcm semlm..
tadi ton mkn nasi brasmati dgn telur goreng,ikan goreng 11.50 euro..ton minum apple jus 3.30 euro..uncle x 5..now 3.54pm

rezeki berkata...

salam uncle,

nama res tu Al Rawsa kat area rumah org, hari tu masuk paper kena complain psl mengganggu lalu lintas. jalan dia tak ingat la uncle psl adik yg bawak mlm tu

Uncle berkata...

Dhe infoear Rezeki.
I've heard of this place. Someone did mention. Tapi ingat2 lupa. Kat Ampang? Hmmm kena cari ni...thanks for the info

Uncle berkata...

Dear Ton.
Alamak, sedapnya...ni Uncle tengah lapaq gila ni sebab semalam time ni lah Uncle melantik dengan si Nyamuk tu...will take 1-2 days sebelum perut ni back to the normal "tango". So malam ni light and easy saja kot..

olive oyl berkata...

salam uncle..

laa uncle mknla apa apa alas perut..klu lapar mcmana uncle nak tidok..satgi mlm mlm perut uncle dok gesek biola lak..hehehe

nyamuk tu duduk kat bilik uncle ka???apasal nama dia nyamuk??

aritu kat amsterdam duduk ssehari ja.amsterdam tu byk maksiat..pastu naik fiat mpv ke colonge..4 jam perjalanan.tgk kincir air tp tak adapun dutch lady...colonge ke nice naik german wing..1jam30 min perjalanan..esok ke paris naik train...esok 31 okt Halloween day.. ahad ni ton ke disneyland paris insyallah...kat paris duduk smp isnin..pastu naik flight ke london..rabu..london ke malaysia..
leh mkn roti canai mcm uncle mkn tu..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Dia memang suka mai Mekah...baik budak ni...."the most eligible bachelor" nih.....dia fly dari riyadh cuma nak hantaq ikan masin kat Uncle...bayangkan!

Syoknya jalan....lain kali Ton ajaklah sekali naa...lama tak pi sana!

olive oyl berkata...

uncle nantikan mulanya di sini tu,uncle akan cerita dari a to z kan..maknanya adalah babak uncle kat jepun, Indonesia,paris switzerland..nak tanya ni..bila nak buat part 2,3,4,5,6,7to 100..tak sabar ni nak baca..

baiknya nyamuk ni..bertuah uncle dpt kawan seperti nyamuk..

rasanya tak mai dah kot euro..
nak pi jakarta ja..murah..leh jd jutawan rupiah

Uncle berkata...

Dear Ton.
InsyAllah Uncle akan buat macam drama bersiri "Oshin" tu..biaq depa semua terheyak masa baca tuh! Heh3...

Macam ni lah kami bila berkawan. Nanti my batch ada lagi 3-4 orang nak mai buat haji. Infact ada sorang junior pon akan sampai jugak nanti. Can't wait to meet up with them....of all the places! What else can you ask for?

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...