Khamis, Oktober 15, 2009

Ada lagi...

(pickle tu berkilat, tu yang aku suka ambik)

(shot bilik kali ke 42)

(shot kali ke 43)

(baked hammour with tomato concasse and topped with black olive)

(kerahan tenaga...untuk function malam tadi)

(seronok minum ramai2!)

Semalam masa aku tengah dok ronda check function, aku dapat satu sms yang maha penting. SMS tu cakap, "Mai la turun kena teyy, ada ramai ni...". Aku kalau busy macamanapun, bila dapat sms macam tu, mmm sanggup aku tutup kedai, turun pekena teyy dulu. Kena pulak sms yang maha penting tu datang dari Hj Arshad! Terimakasih Haji, teringat jugak depa kat aku ni...tak lah aku terumbang-ambing kat Mekah. Ada sorang Ustad dah bawak senapang D90! Petang tadi aku dah berlari ke Abraj, check senapang D90 tu punya harga, mak aiii...bukan kecik anak ni...SR5000! Pergh Ustad, biar betul ni! Patut la masa makan semalam aku tengok, dia letak D90 tu jauh-jauh...takut terkena kuah.....anyway, aku nak ucapkan terimakasih pada semua sebab belanja aku teh "o" ais! Bila sampai, call lah lagi...tu dalam gambar tu, semua rakyat Malaysia yang dah berjaya, ada kat Mekah...

Tadi pagi aku berlari-lari anak mencari bilik yang aku nak shoot. Budak-budak tu pulak baru lepas kemas bilik, aku kata ni chance aku nak try gambar bilik pulak. Mana tahu boleh buat poster nanti! Aku pun ambik angle yang baik punya, lentok sikit, merangkak sikit, berdiri kaki sebelah sambil kaki bengkok sikit, terus tangkap. ZZaappp! Tengok result, mmmm tak power, tangkap lagi dan lagi dan lagi (macam iklan bateri eveready dulu). Dah lepas tangkap 43 kali, baru lah dapat satu dua yang aku rasa result dia agak meruntun kalbu..heh3...

Gambar ikan hammour tu aku suka sebab very the colorful. Aku suka pinggan putih untuk presentation sebab dapat menyerlahkan lagi keayuan ikan tu tadi. Senang ja nak buat tu...ala...baked ja ikan tu sampai masak, topped kan tomato concasse, sliced kan black olive dan taburkan kat atas ikut cara Cik Kiah....grindkan black pepper sikit kalau nak...simple, very healthy dan "cepat dimasak, sedap dimakan...". Kalau kita takdak hammour ni kat KL, jadi puan-puan semua bolehlah gantikan dengan ikan salmon ka, cod ka ataupun halibut....dipotong ala-ala "darne". Kalau tak jumpa ikan-ikan tu kat marrket ampang, carilah ikan bawal ka, tapi filet kan dulu...jangan tibai ikan bilis sudah....tapi kalau boleh, carilah "white fish" sebab nak nampakkan color contrastnya nanti. Jangan lupa ya puan-puan....

Buah Zaitun tu aku suka sebab berkilat. Tapi bila ambik nampak kelabu. Jadi senang cerita aku panggil "BULAT" sebab dia "kelabu" tapi "berkilat". Heh3...Gambar yang ada penyamun 2 orang tu saja aku panggil untuk jadikan depa sebagai prop. Kalau tak "sunyi" pulak gambar aku...jangan risau sebab depa tu memang tak handsome dan tak macho...jadi, tak mengganggu "subject" aku yang nak ditonjolkan...

Kepada anda semua yang banyak menyokong Uncle untuk ambik gambar, terimakasih banyak-banyak. Nanti balik KL, Uncle bukak kedai foto kat tepi panggung GALAXY@MBO Ampang khas untuk jemaah nak buat umrah...heh3...

18 ulasan:

kucingorengemok berkata...

time orang seronok² ambik gambar, kamera eden pulak buat hal takmo auta fokus...!

dilaOHdila berkata...

salam Uncle
pagi Berokbang maxis ku lebap slow macam gajah
nak msuk sini xcited nak komen punyalah tersengut-sengut, adui

Uncle
sekilas pandangan mata ini
uncle bakal menggegarkan Bumi Mekah dengan photog yang menarik ni
Ini baru MUKADIMAHNYA
terbayang kejap lagi seluruh genap bumi mekah dapat kita lihat bila uncle dapat melayarkan karya uncle ni buat tatapan peminat uncle di malaysia ni terutamanya. Aduhai....terima kasih Sony ALPHA. Biar dari kejauhan kami melihat dan rasa tumpang gembira amat ya amat.

Uncle
Yang buah zaitun tu angle memang shuntek. cuba uncle mainkan pada lens tu. Pusing2 sikit bagi terang. Lepas tu baru shoot. mesti nampak objek kilat tu......

Uncle
lepas ni amik Potrait pulak
model uncle semua handsome2 kan (ha ha ha)

Fida berkata...

Cantik! Cantik!

ms.legolas berkata...

uncle...
urayamashii na.. memang meletup gambar2 yg uncle ambil tu..yg pasti u have a good sense. ML yg keja kat kilang camera pun tak berkesempatan nk asah bakat mgambil gambar..actually la ni tgh ada Photo competition for staff kat office ni, so bersemangat lak nk masuk...lgpun nk manfaatkan tips yg di share kat sini..

Aunty W berkata...

Ikan hammour looks so nice. tabetai!! dah boring makan kat rumah yo...

You dah pandai ambil gambar macam2 ya. later you can take my photo, but you have to do many "touch up" la. ha3.

hajah zainab bt abdullah berkata...

dear uncle,

makin cun gambar2 tu...bravo uncle! yang ikan tu menawan hatiku...sebab bila baca cara2 membuatnya buat meleleh air liuq!!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Takpa...itu dugaan tu namanya...kecek2lah abang cari yang baru...ala D90 pun ok apa, jangan tibai D24 sudah! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Dila.
Thanks for the encouragement. Pasal Zaiton tu nanti Uncle try lagi kalau dapat...

Uncle berkata...

Dear ML.
Kilang kamera? Ada chance nak dapat discount ni.....apa kata ML pulak start ambik gambar? Mesti cun punya!

Uncle berkata...

Dear Fida.

Thanks a lot. Tambah bersemangat Uncle nak ambik gambar. Ni pun tengah berangan apa nak shoot nanti...

Uncle berkata...

Dear Aunty W.
I don't need to do "touch up" because I love the way you are!

Uncle berkata...

Dear KN.
Ikan tu tak ada kat sana....boleh jugak kalau nak cicah budu...heh3...lagi best kot!

Kuey-san berkata...

Bijak2.. shots dah makin cun ye Uncle. Nampak gayanya dah mahir guna macro focus nih. He he.

Leh rembat Nikon D90 tuh. (1st DSLR yg boleh wat vid!)

atau Canon 500D (pas Nikon keluarkan D90, Canon pun xnak kalah!)


ps: Dedua boleh wat vid, dan dedua mahal. haha

Uncle berkata...

Dear Kuey San.
Thanks for the input. Tapi D90 kat sana berapa? Ada jual kilo macam D24? Siam ka, Perak ka, Balik Pulau? Heh3...

Memang dugaan tengok camera tu semalam kat Abraj...balik nanti nak buat part time kat KFC lah, simpan duit, then beli. What say you?

ibnu yusof berkata...

duhai uncle....

D90 pon surrender camni...hihihi

Uncle berkata...

Dear IY.
Ala....sikit ja tu, baru belajar....tunggulah 7-8 tahun lagi!

Laalaa berkata...

Uncle.. memang terhebatlah.. cantik-cantik..semuanya

Katil tu, memang sedap.. kalau dapat tidoq. :)

Uncle berkata...

Cantik ke? Terimakasih la Laalaa...nanti Uncle cari lagi apa nak tangkap. Tadi dah ambik lagi gambar food tapi simpan entry untuk esoklah kot kalau malam ni malas...

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...