Sabtu, Oktober 17, 2009

Udang sama Udang...

(boiled prawn)

(grilled prawn wrapped with hammour fish and bechamel sauce)

(from a different angle)

(boiled prawn with crab stick and balsamico)

(seafood platter)

(peach pie)

Amacam title? Ok tak? Tiba-tiba aku teringat lagu Kak Peah masa tahun 70-an dulu dan la la tu jugak aku masukkan gambar udang!

Amboi sekejap dah masuk hari Jumaat. Lately ni aku rasa masa berlalu dengan cepat sekali. Sedar tak sedar dah masuk hujung minggu. Aku baru nak tengok calender. Ingatkan masih hari Isnin...alamak banyak follow up nak kena buat next week. Maklumlah dah nak masuk musim haji ni...macamanalah gamaknya haji nanti...tapi aku rasa haji ni akan jadi lebih hebat dari tahun sudah. Dan lebih hebat dari Ramadan yang baru lepas. Jadi sementara tak busy ni, baiklah rest betul-betul sebab nanti dah tak sempat rest sebab occupancy akan mencanak sampai 1st week December nanti. Pergh.....tarik nafas...lepas.....tarik nafas....lepas....

Aku teringat masa aunty first time puasa dulu. Masa tu dia baru sampai KL dan duduk kat rumah kakak aku kat DJ (HQ Hj Ali tu..)Ada sekali tu kalau tak silap aku dia tersalah bas nak balik DJ dan masa tu pulak waktu untuk berbuka puasa. Duduk dalam mini bas...jalan sesak, jammed lagi....last-last sampai rumah dah dekat pukul 9.30pm kalau tak salah aku, dan masih berpuasa! Kesian.....bila ingat-ingat balik, rasa nak menitik air mata aku! Heh3....

Tadi lunch, aku dok ronda tengok makanan. Bukan untuk photo shoot tapi untuk aku makan. Pergi balik, pergi balik aku berjalan kat dapur sampai budak-budak situ dah risau. "Biar betul bos aku ni.." Depa risau takut aku meracau lagilah tu! Heh3...then aku pusing kat buffet pulak. Pergh...si Adil ni memang nak kenakan aku lah...di buatnya Penne Arabiata...habis aku....untuk tambahan pedas, aku mintak tolong penyamun gorengkan cili untuk aku 3 biji untuk ditokak sewaktu mengunyah penne arabiata tadi tu. Hasilnya sangat memuaskan sebab hidung dan telinga aku keluar asap macam naga!

Untuk menambahkan perisa kepada cili Puan-Puan tadi tu, silalah celupkan cili Puan-Puan kedalam yoghurt yang diletakkan sedikit garam secukup rasa dan masukkan kedalam minyak yang menggelegak panas selama 20 saat. Ingat Puan-Puan...20 saat sahaja yea...kalau 19 saat cili Puan-Puan tu kurang garing dan kalau 21 saat pulak, cili Puan-Puan akan terlebih garing....Ingat yea Puan-Puan....cili yang Puan-Puan buat tadi tu boleh dimakan la la tu jugak bersama nasi panas dan lauk-pauk lain ataupun disimpan didalam balang. Khas untuk menonton wrestling sambil mengunyah bagi menggantikan CHEEZEL ataupun PRINGLES. Ni resepi untuk kuruskan badan yea Puan-Puan!

18 ulasan:

Nek Rock berkata...

alamakkkkkkkkkkkkkk udang dah masok...leleeeeeehhhhhhhhhhhhhh, tak per arini gak nek nak balun udang, hahahaa

wahh boleh buat pringles cili resepi uncle ni, lom cuba dah terasa lak kat tekak nek..ehehhehe

take care uncle, happy weekend

Uncle berkata...

Dear NR.
Kalau Uncle dah janji Udang semalam, hari ni mestilah masuk udang! Tak kira lah, kari udang ka, masak lemak udang ka...otak udang ka...

NR, enjoy eating udang..heh3...bonne weekend!

PINATBATE berkata...

Uncle punya resepi pringles cili memang boleh buat kurus badan yer puan-puan..cirit birit dua hari tiga malam...

My Life berkata...

uncle2,, hehhehehehee

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Tu yang cepat kurus tu...apa beza dengan teh kurus...heh3...btw, cili yoghurt tu boleh didapati dihampir kesemua kedai2 makan india (especially kedai daun pisang) dan jugak di Brickfields. Memang sedap!

Uncle berkata...

Dear ML.

Heh3.....

dilaOHdila berkata...

Sejak ada sony ni dilla nak masuk umah uncle memang tak tahan lapor ler...
adui udang tu...saja bikin hati gegar aaa
sedapnya..................ingatkan ni khas utk photoshoot.
Photog yang 1st tu marbellesss..........kene anglenya

Uncle berkata...

Dear Dila.
Makanan tu semua memang untuk guests makan. Tapi sebelum guests makan, Uncle ambik gambar dulu.

Q: why do I need an extra@external flash? Apa situation yang memerlukan Uncle pakai extra flash tu? 1) dalam gelap? 2) tak cukup cahaya? Tapi kalau tak cukup cahaya kan dah ada ISO800-1600 tu?
3)dalam gelap tapi luar cerah?

dilaOHdila berkata...

salam Uncle....
penggunaan Flash sebenarnya lebeh kepada cahaya.
yg dilla tahu lah, kalau salah tolong betulkan erk:-)
kalau kita guna ISO tinggi effect pada gambar akan ada noise (yg bintik2 tu).Kalau di edit maybe boleh hilang. satu lagi gambar tak sharp...
sbb flash buildin tu flash yang direct. Perasan tak kekadang bila kita shoot cahaya tu terang sesangat. Macam menyala-nyala warna dia. Overxposed. kalau kita nak shoot foto potrait yg menggunakan cerminmata cthnya, ada masanya cahaya flash akan bersinar dipermukaan cermin mata model.
- Potret jgk kurang menarik jika l/blakang rapat dgn model tu. akan terbentuk satu shadow sebelah potret ni.
so kalau kita guna (bounce flash) byk cara leh kita buat. kita leh hala flash tu ke siling ke, ke dinding ke. Cahaya lantulan tu nanti yg akan melembutkan muka model. lepas tu kita mainkan dgn Aperture plk. Kecikkan aperture supaya photog tu lagi nampak detail.

(pagi2 ni dilla dah nampak soalan uncle) huh tak sempat nak lap muka ni (hehehehe)

Laalaa berkata...

tak bpleh tahan tengok gambar-2 udang tu..

Jap lagi nak masa sambal udang petai.. mesti sodap.

Mekasih uncle.. gambar-2 yang menarik dan tertarik, meleleh air liur cekkk..

Uncle berkata...

Dear Dila.
Uncle tanya tu sebab jarang guna...jadi kalau guna apa effect dia? Ala...selalukan auto focus yang dah siap build-in. Jawapan Dila sangat memuaskan. Thanks...nanti Uncle yang tengah belajar ni tanya lagi!

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
Laalaa dilarang sama sekali menyebut nama "sambal petai". Laalaa hanya dibenarkan untuk menyebut "sambal p" sahaja. Uncle dah tak tahan ni......mana nak cari?

dilaOHdila berkata...

ha ha ha Uncle'tu kena tanya OTAi Photoq mekah yang sama2 shoot ngan Uncle tu....DIA Pro...
kalau uncle nak guna build-in tak per. shoot atas cahaya yang banyak. jangan shoot tempat gelap. Shuntek jugak......nanti dah biasa guna Manual lagi best azimatnya. uncle boleh berkenalan ngan shutter aperture tu. passtu uncl dah boleh control ISO. tengok jer suasana indoors uncle dah tahu nak set apa. Uncle kan pickup ma (hehehhe) kena banjer makan udang cam ni gaya

Uncle berkata...

Dear Dila.
Takkan nak udang saja? Uncle belanja "otak udang" sekali...amacam? ISO Uncle dah faham, la ni dalam mode "M" tapi belakang tak blurr sangatlah...hangin satu badan nih! Btw, shutter tu amende?

CATZ berkata...

uncle,

wowwww....sedapnya tgk gambar makanan nii..very de sedappppp...
sexynya udang-udang tuuu..
hahaha..tergelak baca resepi cili uncle...20 saat tepat2 eh..kena pakai timer tuh..ihiks...
err.. cili tu maknanya cili api ke??

Uncle berkata...

Dear Catz.
Untuk resipi cili tu Catz boleh pakai cili yang dikeringkan jugak tapi jangan terlebih garam nanti terlampau masin...yes, cili api kering pun boleh..

rina berkata...

Hi Uncle

Sedap nya PEACH PIE tu...

Dah dapat BMI calculations ?

Uncle berkata...

Dear Rina.
BMI? Man...that was brilliant indeed! Masih terlebih by 0.5 kot...NGERI!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...