Ahad, Oktober 04, 2009

Hari malas...Sunday..











Tengahari semalam, macam yang aku dok cerita, aku ambik setin sardin, aku bagi kat Dollah. Dollah dengan muka sardin pun masaklah sardin kat aku. Ada 5 ketul kat dalam tu. Chef Egypt aku menjerit, dia kata, eh...sama...Chef Morocco aku pun menjerit jugak, eh...sama...Chef Dollah pun buat-buat menjerit jugak, eh...sama jugak...since depa kata sama, aku pun ajaklah depa makan sekali! Makan sama! Tak sampai 10 minit dah habis sardin aku. Burrpp...alhamdulillah...terimakasih aku ucapkan kat DS sebab bagi makanan yang dapat aku kongsi dengan 3 lagi negara. Mesir, Morocco dan Indonesia. Tu dia...tu baru setin sardin punya cerita...kalau 4-5 tin, sampai sudah aku tak habis bercerita!

Petang semalam pulak aku talipon kat Lotfi bagitahu yang aku ada kamera SONY (pinjam hotel punya!) tapi tak reti nak pakai. Lotfi kata set malam nanti sampai. Sementara nak tunggu si "Lotfi and the Wailers" sampai (macam Bob Marley and the Wailers), aku sempat berlari ke Haram sekejap untuk buat tawaf sunat. Orang masih tak ramai tapi Hajar Aswad masih lagi bertolak sakan. Biarlah depa. Yang menangis, meruntun kain kaabah pun sakan. Biarlah depa. Yang jalan terbalik keluar dari Masjidil Haram pun ada sebab tak mau menunjukkan belakang pada Kaabah. Biarlah depa. Lepas selesai aku buat semua, aku balik bilik, simpan semua, turun balik, ngam-ngam depa sampai. Kami melepak sambil duduk mengadap 2 pizza. Bukan untuk makan tapi untuk Lotfi, Asnawi dan sorang lagi kawan yang baik hati ajar aku macamana nak snap gambar terbaik. Melopong aku tengok gaya depa ambik gambar. Memang "pro" habis...To all my "3 Tenors", domo arigatou gozaimashita! Mata oshiete kudasai ne!

Lepas 3 tenors balik, aku sambung tengok JDrama cerita "Tokyo Tower". Pergh...yang ni kalau sapa-sapa tengok mesti teriak (nangis) sakan ni...aku pun tak terkecuali. Tapi sempat jugak tengok kiri-kanan macam ada orang tengok. Heh3...Bila tengok cerita tu aku tiba-tiba sayu teringatkan Otoosan (bapak mertua) dan Okaasan (mak mertua) aku kat Tokyo. Dah lama aku tak jumpa Otoosan dan Okaasan. Depa dah tua dan umur pun dah lebih 70 tahun tapi masih tak nak berhenti kerja. Mmmm, apa sumbangan aku kat depa? Tengah fikir ni...

10 ulasan:

olive oyl berkata...

uncle...


nampak dataran lengang....
time ni mmg tak der visa utk umrah ke uncle...

uncle..ton nk tnya...kat bindawood takder jual sardin ke uncle??

arini uncle off day ke..uncle rest ye ...

Uncle berkata...

Memang tengah lengang sekarang ni. Tapi ada jugak dari Malaysia yang duduk sini la ni.

Kat Bin Dawood tu Uncle tak sampai pon lagi sebab takdak masa walaupun ada kat sebelah saja. Mungkin ada kot...tak pi tengok pulak.

Sunday memang Uncle ambik off sebab senang nak skype dengan anak-anak dan aunty sekali. Tapi satgi nak keluaq sat sebab ada birthday party untuk anak staff yang umur setahun!

Motivasi Kerja berkata...

Patutlah banyak pengalaman kerja Uncle. Saya baru terbaca profil Uncle. Memang seronok kerja banyak tempat. Timba pengalaman sebanyak mungkin. Kemudian kongsikan bersama orang lain.

Uncle berkata...

Dear MK.
Pengalaman Uncle taklah sebanyak orang lain. Uncle cuma bernasib baik sebab pernah bekerja kat tempat orang. Nak kongsi tu, bolehlah...

olive oyl berkata...

hi uncle...bestkan uncle dapat timba byk pengalaman di luar negara.pengalaman kerja kat negara mana paling mencabar??

best tak birthday party semlm..ton baru blk klinik..demam uncle..

kucingorengemok berkata...

ingatkan lepas rejab-syaaban-esp ramadhan, orang terus-terusan ramai sampai musim haji...rupanya time syawal surut ye (ke memang tak keluar permit?)

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang seronok dapat pengalaman kerja yang pelbagai. Let me simply list down:

Japan: Work ethic is number 1. Everybody worked really hard.

Suisse: You do everything eventhough you are assigned in FB I.e: laundry, vacuuming, cooking, pot washing, rooms checking, clearing luggage etc

Indonesia: Lots of work to do in a short period of time

China: Language barrier but they tried hard to impress

Saudi: Multi nationals that you have to work with, Hajj and Ramadan period are 2 most challenging and tiring period

Malaysia: Not enough time to complete tasks as there are too many things to do. Eating trends changing every seconds!

Interesting isn't it?

Uncle berkata...

Dear KOG.
Memang takde permit sekarang. Ni time depa clear semuanya. Ada jugak yang masuk under "visa ziarah" so, depa berziarah lah la ni...heh3...

olive oyl berkata...

interesting uncle...byk negara dah uncle pergi....tq uncle for the details explanation..wah byk pengalaman...suisse ni kat mana uncle??kira uncle dah kaya dgn pengalaman......

masa kat china,indonesia,masa tu uncle dah kawin dgn aunty ker?

Uncle berkata...

Dear Ton.
Suisse tu adalah singkatan kepada Switzerland. Suisse ada 3 bahagian. Yang bordering France depa cakap French i.e. Geneva, Montreaux, Lausanne. Then you have border to Germany, they speak German i.e. Zurich, Basel, Bern. Then bordering Italy, they speak Italian i.e. Ticino, Lugano etc. Very interesting. Uncle dulu on the French part. So, I speak French...

Uncle kahwin lepas balik dari Suisse tahun 96 married in 97 (kot!)heh3...

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...