Jumaat, Oktober 02, 2009

Dah habis fikir!

(humayon nak hantar dinner aku, fruit yoghurt!)

(nabil dengan muka commercial dia)

(abdullah ni calon sorang lagi)

(aku dok discuss dengan printer aku pasal concept standee tu nanti)

(qassim dok drama nak mop lantai)

Hari ni aku dok pikir macamana aku nak buat poster untuk pizza aku. Aku nak buat "standee" dan aku nak staff aku jadi model untuk standee tu. Jadi, tadi aku snap 2 orang budak yang aku rasa ada sikap dan sifat "photogenic". Sorang tu nama Abdullah dan sorang lagi tu dah jadi celebrity, nama dia Nabil. Budak yang bertunang dulu tu...yang dok menari bhangra lepas bertunang tu. Aku bukak undian sms ni selama 2 hari untuk pembaca blog aku undi sapa yang patut aku pilih jadi model standee aku yang nanti aku nak letak kat lobby, souq kat bawah dan dekat lift landing. Ciri2 dia, yang nampak pleasant dan sedap mata memandang. Once chosen, aku akan hantar kat printer aku dan aku akan snap satu shot lagi untuk actual. Jangan tanya, aku pakai camera apa, yang tu rahsia kerajaan! Heh3...

Selain daripada tu aku jugak tengah dok tulis buku ala-ala apakah ciri-ciri penting untuk sorang F&B associate yang baru nak mula dalam bidang perhotelan ni. Tajuk buku tu aku tak pikir lagi. Aku tulis dalam bahasa orang putih...kelas....dengan harapan kot-kot ada orang nak baca dan beli nanti. Heh3...kalau ada....kalau takdak, aku beli sendiri pun takpa! Ada sekali tu aku dok bersembang dengan sorang ni yang ada printing company. Dia ada bagitahu kat aku yang minimum printing lebih kurang 500 volumes...mak aii....sapa nak beli nanti? Mau penuh satu rumah aku nanti! Banyak pikir pasal tu lah, rambut aku tambah putih ni...reason....*wink!*

Apa aku tulis kat dalam buku tu? Aku ceritakan pasal hal-hal basic sebagai seorang waiter. Tak lama lagi aku akan kembangkan pada Captain, Supervisor, Assistant Manager dan kemudian Manager sebelum aku drama lagi dengan position-position yang lain pulak. Ala...baru start....baru 12 muka surat...targetnya almost 100. Mahu sampai aku pencen baru habis buku aku tu! Apa lagi aku cerita kat dalam tu? Aku bagi example pengalaman-pengalaman kerja aku pada setiap topik. Macamana nak tackle guest sampai dia boleh jadi regular guest, "wow effect", then aku cerita pasal handling difficult guest, lepaih tu aku tibai pasal macamana aku handle wedding function, macam-macam ada....aku ingat kalau tak dak orang jugak nak beli, aku longgok je lah kat Pelita ka...Kassim ka....Mustafa ka...Kayu ka...tak pun aku paksa budak yang selalu buat maggi goreng aku tu beli. Habis cerita....

Aku dok perasan yang tak lama lagi aku akan adakan signing ceremony ka....buat kat Abas Bandung ka....tak pun MPH kat Great Eastern Mall tu. Senang sikit sebab dekat dengan rumah. Naik moto pun sampai! Kalau tak dak orang nak mintak autograph, aku suruh anak-anak aku beratur kat depan aku campur aunty sekali. Dapat 4 orang....kalau aku suruh depa round balik beratur 37 kali, dapatlah 148 kali aku sign....amacam, boleh? Aku ingat Sidney Sheldon pun sign 147 kali saja kat New York dulu...aku lebih satu...kira aku lagi terra la! Heh3...matilah aku.....

22 ulasan:

zorro berkata...

Salam Boss,
Saya undi Nabil...hehehe...Buat buku ek...biar saya yg beli pastu paksa staff saya pulak beli...boleh?

Uncle berkata...

Dear Zorro.

Pergh....One up for Nabil! Kelas....ni semua kira macam "Senyum Dalam Tangisan" la ni....eh, kalau buat tajuk buku pun ok tu.....ala-ala, "Smile In Darkness" gitu! Kelas....heh3...

Thanks Zorro....kirim salam kat penyamun-penyamun kita dulu!

cikgu zainab berkata...

salam uncle,

wow! nak pilih nabil lah...

tulis uncle tulis...nanti kasi akak FOC satu copy ya...heh3

kucingorengemok berkata...

nanti saya ajak deris beratur sekali, cukupkan 150 kali sign

tak boleh nak OP-UNDI (orchid pizza) cos i got distracted tengok seluar depa ada sudu-garpu! hehehe...

Tanpa Nama berkata...

Dear Uncle

Saya pun undi nabil..tengok muka nabil mesti teringin nak makan piza


az(shah alam)

DadaIQ berkata...

Salam Uncle,
We vote for Nabil.Tapi bukan Nabil..."Lu pikirlah sendiri..." (Nabil Raja Lawak!).

Uncle berkata...

Dear KN.

Nabil dah dapat 2 vote! Pasal buku tu takde hal untuk Kak Nab. Saya bagi FWC....FULL WITH CHARGE! Heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.

Tu bukan seluar tu...tu apron...orang peranchis panggil torchon...(eh betul ke ni?)....hey, thanks sebab suruh deris beratur sekali. Boleh shakehand dengan dia tak?

Uncle berkata...

Dear Az.

Nabil lagi? Mmmmm memang dia menanglah lagu ni...

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.

Thanks for the vote. Nanti pilihanraya kecil pun jangan lupa vote, ok?

uncle pet..!! berkata...

adehhhh.. ada poll la plk.. ahiksss..
cntik2.. dok tgu buku uncle ni.. da nxt yvone lee.. ahaksss..

zainon berkata...

Nabil! Nabil! Nabil! Sbb muka dia pun dah mcm pizza.........

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

saya, najwa dan waseem (depa telah dipaksa) utk vote for nabil!! memang komersial muka dia dan sangat fotogenik. orang tengok pon terpikat. err. maksud saya perempuanlah. saya takdelah terpikat. kakakaka.. penting tuh, sebab kuasa membeli banyak di tangan wanita. kalo orang perempuan kata nak.. takkan ada halangan bagi dia selagi dia tak dapat barang yang dia nak. hahahahaha. wah.. jika memerlukan khidmat fotografer, hello2lah saya. kot2 bleh bagi sedikit pandangan. dong wori.

wah. bestlah uncle tulis buku. uncle buat dulu dan cetak. nanti saya bleh tanyakan caranya macam mana. hehehe

Mak Aji berkata...

Assallamualaikum Uncle

Mak Aji pilih Nabil. Sebabnya, selain dari Nabil tu handsome sikit dari Abdullah, badan Nabil berisi sikit. Baru lah berselera nak makan Pizza. Si Abdullah tu, cam tak cukup makan aje ... hehhehe

Uncle berkata...

Dear UP.

Mestilah sekali-sekala, Uncle nak jugak pembaca semua participate dengan Uncle buat decision untuk Hotel....payah tu! Ni pembaca dapat tolong decide untuk Uncle buat decision paling besar dalam dunia ni....besar pahala tu!

Yvone Lee tak pa, Christopher Lee kalu, kacau, yang tu Dracula!

Uncle berkata...

Dear Zainon.

Brilliant decision...muka dah macam pizza....kelas....kalau nak buat poster choq kodoq pulak macamana? Mana nak cari muka choq kodoq? Heh3...

Uncle berkata...

Dear Lotfi.

La....la ni ada kat mana? Sura Hujung? Besut? Dungun? ka Mekah? Kalau ada kat Mekah, please call me because I need to check on poster shots...call me at +966 561 534 344.

Thanks for voting! Pasal buku tu, this morning I just added another 2pages...."berkurun lama..." ala-ala Mamat dengan Exist dulu!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Terimasih sebab bersama-sama kami memilih sorang untuk dijadikan poster boy...the idea is, when we blow up the picture from head to toe, we'll cut according to his shape. Jadi background tak nampak. Yang nampak cuba si Penyamun and the Pizza saja! Heh3...

ms.legolas berkata...

uncle... ML pun vote for Nabil..
muka dia mmg buat org rasa selera nk makan..
since yg lg sorg tu kurus n tak bermaya je nampaknye..

rgds

Uncle berkata...

Dear ML.
Woh...satu lagi untuk Nabil....power budak ni...macam ni kalau kena cari yang gemuk la pulak! Lagi selera nak makan!!!

hayati berkata...

salam uncle...

ogenkidesuka..

ohhaaa..ima..nihon go gakusei des. kantan des. hehe tipu. taihen des. maiasa testo wok ikimas..huhu..hiragana to katakana to kanji no wakarimasen.

lama tak visit blog uncle...rindu kat Haram..macam mana keadaan kat sana skrg..uncle nk bisnes pizza ke sekrg.. saya nak vote yang lain bole. staff yang rambut blonde yg jumpe dlu..ala2 mat salleh tu..mix jerman n bangladesh rsnya...

peh..uncle jd writer ok gak ni..dah lame practise kat blog ni kan..setakat 500 insy. boleh guide org lain..baru2 ni pun kawan saya bagitau dia jumpe buku bagaimana nak jd supervisor. ni dah ala2 biografi. dlu saya suka bc my story by lim goh tong..ima..bagaimana nk jd supermodel by amber chia ( cita2 ku ..kehke )

p/s: uncle doakan kan saya terang hati ngan nihongo ni bole tak. arigato gozaimas. dozo yurishikuoneigimas..

Uncle berkata...

Dear Hayati.

Hait, ogenki des...ara...sugoi des ne....Hayati san wa jozu des yo! Ganbatte kudasai ne...

Good try Hayati with your Japanese language tapi ada part yang tak kena. Be careful with "particle" i.e. wa, ha, ga etc. Uncle pun masih salah lagi...sekolah mana Hayati masuk sekarang? There's one good school kat Taman Seputeh (Taisho kalau tak silap)and they prepare students untuk masuk Japanese Universities. Payah-payah tanya kat aunty ja...

Language ni jangan malu. Kalau salah pun rembat jugak. Lama-lama pandailah tu!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...