Isnin, Oktober 26, 2009

Dengar sini semua!

(marina ayumi dan berus gigi)

(abang dok buat burger)

(sebelum ambik gambar dah hilang setengah!)

(yuya muka blurr...)

(gadis dan bunga)

(gadis, mak gadis dan bunga)


Aaahhh...tidur tak lena nih...anak-anak aku punya pasal!

1)Kamu semua tahu tak yang Papa rindu giler kat kamu?
2)Kamu semua tahu tak pasal apa Papa suruh kamu semua balik cepat-cepat masa kat airport dulu?
3)Kamu semua tahu tak sebab apa Papa kurus selain daripada nak diet?
4)Kamu semua tahu tak pasal apa Papa kerja macam orang gila nih?
5)Kamu semua tahu tak kenapa tiba-tiba Papa computer savvy?
6)Kamu semua tahu tak Papa susah nak tidur malam?
7)Kamu semua tahu tak pasal apa Papa datang sini kerja?
8)Kamu semua tahu tak pasal apa bil talipon Papa tinggi?
9)Kamu semua tahu tak pasal apa kadang-kadang mata Papa bengkak?
10) Kamu semua tahu tak sebab apa rambut Papa tiba-tiba jadi putih? Errr...yang ni...boleh ke?
11)Kamu semua tahu tak pasal apa Papa gosok gigi 3 hari sekali?
12) Kamu tahu tak pasal apa Papa suka cium pipi kamu?
13) Kamu tahu tak pasal apa Papa garang dengan kamu?
14) Kamu tahu tak pasal apa Papa usung kamu semua naik moto horey-horey?
15) Kamu tahu tak sekali-sekali (syyyy) Papa tukar pampers kamu?
16) Kamu tahu tak err....kadang-kadang Papa basuh ponggong kamu?

Apa yang Papa nak kamu semua buat?

1) Belajar rajin-rajin
2) Sayangkan adik-beradik dan keluarga
3) Jangan bergaduh
4) Hormatkan orang lain
5) Jaga Mama
6) Buat perkara-perkara yang disuruh
7) Tinggalkan perkara-perkara yang dilarang
8) Jangan menipu
9) Jangan hasad / iri / dengki sesama adik-beradik ataupun dengan kawan
10) Study hard and play hard!
11) Tolong-menolong / bantu membantu

Horey! yang nombor 10 tu aku pun suka. Heh3...Apa sebab Papa tulis semua ni?

Semuanya pasal Papa sayang kamu semua.....errrr Mama sekali. Ni kena sebut ni, kalau tak, makan maggi aku nanti masa kat KL! Pergh...NGERI!

46 ulasan:

Salam sejahtera....... berkata...

uncle,
sayunya....

uncle pet..!! berkata...

uncle yg sweet..!! ahiksss..
xlh maggi, bihun pama blh dk.. heh3..

Uncle berkata...

Dear SS.
Sayu lagi hati Uncle....

Uncle berkata...

Dear UP.
Dalam dok tackle orang masa main rugby yang ganas-ganas tu, ada jugak sekelumit jiwa sensitive....heh3...

PINATBATE berkata...

hehehe..
sian Uncle erkk..jangan nangis bengkak mata noh..malu orghang tengok..

Uncle berkata...

Anak2 punya pasai, malu pon takpa....heh3...

rina berkata...

Salam & Hi Uncle

You do sound very homesick.

Kesian.

Takpe kejap lagi tu habis la musim Haji... pejam celik je.

In the meantime..Be busy. Keep busy.

Cheers!
Rina

Uncle berkata...

Dear Rina..
While writing this I'm watching youtube Alleycats lagu "Berita Dari Rantau"...oh...no......so emotional! Heh3....Uncle ni kalau orang tengok memang nampak ganas....tapi kalau dah kenal...lagi ganas....heh3...

Yea2 keeping myself busy! Thanks Rina....you take care yea!

rezeki berkata...

salam uncle,

ayat yg last tu yg tak tahan buat saya senyum sendirian ngeh,ngeh,ngeh

itulah luahan hati rasa kasih sayang seorg bapa kepada anak2 dan isteri
(isteri je tau uncle bukan isteri-isteri ngeh,ngeh,ngeh)

semua ibubapa inginkan kebahagiaan buat anggota keluarganya. Ingin melihat mereka membesar dgn penuh kasih sayang. Takpalah uncle, pendam saja kerinduan mu itu, kerana pergi mu utk mencari rezeki di tanah suci Makkah . Sambil kerja sambil beribadat.

Hanya doa uncle buat mereka dari kejauhan . Tak lama lagi lps musim haji, cuti . Insyallah.

hajah zainab bt abdullah berkata...

sabar ye uncle!!

Nas berkata...

Salam uncle....
Teringatkan lagu lama, ayah dan ibu.syahdu n penuh pgertian.Rasa mcm nak blk kpg pun ada.

My Life berkata...

salam...

.. taknak komen lebih2 kerana ku memahami rindu unkel.."rindu itu indah uncle dan rindu itubertambah indah kerana unkel ditanah makkah... marina makin comel..

Asnija berkata...

Dear Uncle,
Jauh rindu-rinduan gitu...
Dekat....

DadaIQ berkata...

Sabar la Uncle, dah tak lama nak balik. Jangan pulak bila dah balik KL rindu pulak dekat Al-Haram.

kucingorengemok berkata...

heheh, takpe kalau aunty kasi makan maggi, abang dah reti buat burger tu... ok la ;)

ona berkata...

salam uncle,

citer haji jangan lupe ek...

taj berkata...

salam uncle...


so sweet... kata2 menikam kalbu...huhuu
insyaAllah, Allah akan melindungi mereka semua..and take care yr health ye...

Ms.Legolas berkata...

Hi Uncle,
sabishikute kawai soo desu..
demo kitto kodomo tachi wa Uncle no pengorbanan wakatteiru to omoimasu..
Uncle wa rippa na otosan desu..

kalau ikut falsafah Engineering
Ms.L(ni nk syorkan trademark baru utk elakkan termis up dgn My Life) kalau mould nya elok, product yg di hasilkan pun pasti bermutu..

ok uncle jgn sedih2.. sat lagi je dah nk masuk bln december..

karen berkata...

rajin uncle update blog setiap hari...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang tepat kata-kata Rezeki. Uncle kat sini cari rezeki dan sini pun Mekah dan bukannya tempat lain. Kalau tempat lain tu mungkin risau jugak!

Tanggungjawab kita sekarang cumalah untuk anak-anak dan isteri selain kepada Allah..

Uncle berkata...

Dear KN.
Tengah dok sabar nih! heh3...errr btw, cikgu SA dah reply on my FB! Then dia cakap, "mana saya boleh lupa budak yang paling besar masa F1!" Horr yeh! Happy sangat!

Uncle berkata...

Dear Nas.
Semalam masa tulis tu pulak, Uncle dok tengok dan dengar youtube lagu Alleycats, "Berita Dari Rantau!" Woooo nak nangis woooo!

Uncle berkata...

Dear ML.
Dulu kan ML mintak gambar depa, tu yang Uncle masukkan tu! Tanpa anda, siapalah saya....heh3...

Uncle berkata...

Dear Asnija.
Betul tu, jauh rindu-rinduan.....tapi Uncle rasa bila jauh macam ni, keakraban tu bertambah. InsyAllah, dekat disimpul-simpulkan! Jangan tak boleh bukak simpul sudah! Heh3...

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.
Itu lah dia, kita manusia ni tal pernahnya bersyukur. 2-2 kita nak....tapi kalau boleh, Uncle memang nak 2-2...horr liao!

Uncle berkata...

Dear KOG.
What a combination...burger and maggi, bagai pinang dibelah dua! Bagai isi dengan kulit....macam Uncle dengan Ustad Supian! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ona.
InsyAllah Uncle tak lupa article Haji tu....err btw, bila nak article tu? Lupalah...heh3...

Uncle berkata...

Dear Taj.
Thanks to you too. Ada tengok JDrama lagi tak?

Uncle berkata...

Dear Ms L
Uncle mo soo to omoimasu. Hopefully depa tahu pengorbanan Uncle yang kecik ni...kalau tak tahu jugak, nanti Uncle ikat kat pokok, lepaskan kerengge! Heh3...Tapi apa nak jadi kat depa 20 tahun lagi, kita tak tahu. Uncle doakan anak-anak yang terbaik dan Uncle doakan jugak anak-anak Ms L yang terbaik jugak...take good care of them. Cepat sangat depa membesar, Uncle rasa!

Uncle berkata...

Dear Karen.
Wow Karen is in the house! Horr Liao...thanks for coming, tak sangka Karen masuk jugak. I'm so happy. Eh bila nak balik Jepun?

hidungberantai berkata...

uish...tu dia keperihatinan seorang bapa dalam menjalankan tanggungjawabnya...beruntung anak2 tu..

Uncle berkata...

Dear HB.
Macam tulah mak bapak kita tatang kita dulu. Sekarang Uncle pulak melalui stage tersebut. Nanti HB pulak akan melalui. "Life is like a cycle" tapi kalau ikut Shakespeare, dia kat "Life is like a stage!" Dua-dua boleh pakai!

Ms.Legolas berkata...

Thk u uncle krn turut doakan anak2 Ms.L di tanah suci yg penuh keberkatan.. really appreciate it.
Semoga mereka semua membesar menjadi anak2 yg soleh n berjaya dunia n akhirat.

Regarding Rashid, tahun ni we all tak sempat buat gathering pulak masa puasa or ry..since semuanya senyap aje, tp ni dia nye e-mail yg dlm list we all, tp tak pasti dia masih guna lg ke tak..try la ye..
rashid_harun@satcomm.com.my rashid69@maxis.net.my

Uncle berkata...

Dear Ms L.
Samalah kita...kita cari makan ni pun untuk depa...

Thanks for Rasid's e-mail add. Will try to contact him. Take care.

dilaOHdila berkata...

AIK!
RASA pagi tadi dila nak masuk umah uncle ni...
hehehhehe (mesti internet opis dilla kong!)

uncle sayu baca ni
opismate dilla kata kan uncle
UNTY macam rupa SUSAN LANKestER (pi mai pi mai tang tu)
yer lah ada iras sikit kematsalehan....'

Uncle
mana Food punya view ni.....

Uncle berkata...

Dear Dila.
Shhhh jangan cakap kat Aunty....nanti dia tak boleh tidur! Hari tu Karen cakap macam Lina Teoh....la...Uncle pun tak perasan dah 12 tahun Uncle kahwin dengan artist rupanya! Heh3...

Nak food yea....nanti yea...Puan-Puan....kelas memasak akan bersambung minggu depan yea Puan-Puan....harap bersabar! Setakat ni yang ada cuma ubi, bawang dengan lobak merah! Heh3...kirim salam kat kawan2 Dila sekali. Dulu kawan Uncle cakap, Uncle ni macam Leonardo Di Caprio.....kawan-kawan la cakap!

olive oyl berkata...

cantiknya gambar aunty dgn bunga..
marinapun cute pegang bunga tepi yuya...
sedih pula baca nasihat uncle utk anak anak uncle...

salam uncle..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Macam tulah bila dah ada anak-anak nih...apa yang Uncle dok buat la ni, semuanya untuk depa....depa naik kereta, Uncle naik moto...depa makan pizza, Uncle makan dough...bawak depa tidoq hotel, depa tidoq ataih katey, Uncle tidoq ataih lantai.....dengan toto! Semuanya untuk depa. "Segalanya Mungkin!"

olive oyl berkata...

uncle mmg ayah yg penyayang..berkorban utk anak ank..ton rasa sebaklah uncle..

tak apa uncle..setiap sacrificing uncle..akan dibalas dgn kejayaan mereka..yg penting uncle bekalkan mereka dgn ilmu...

to abang,yuya dan marina..belajar rajin rajin ye..balas jasa papa dan mama bila besar nanti..

cari nama uncle dgn kak wakana kat jambatan tp tak jumpa...uncle tulis dalam bahasa apa??italy?japan?perancis??

Uncle berkata...

Dear Ton.
Did you really go to Ponti Vecchio in Firenze? OMG.....both of us were right in the middle of the bridge listening to buskers playing beautiful songs....

Anyway, macam tulah sayangnya mak-bapak pada anak-anak....I'll sacrifice whatever I have to untuk kejayaan depa...

Ton take care and errr la ni pukoi berapa?

olive oyl berkata...

now 2.16 am uncle...

suhu mlmni 8 celcius..sejuk uncle..
pukul 5.47 dah gelap uncle..


ton tak pergi uncle Ponte Vecchio ..tadi tu just melawak je..

amboi uncle.romantiknya...ada nama atas titi..hehe

unclepun take care yer...

Uncle berkata...

Dear Ton.
wooo melawak yea.....nanti Uncle pulaih telinga! Amboi sejuknya...macam dok kat dalam chiller dagin...

Err kami memang pasangan romantik. Kalau tak percaya, tanyalah kat aunty...*wink* (mampuih dia hambat dengan belanga!) Heh3...

siti berkata...

megi??. sedap tu uncle..heeee nak2 time2 study dulu kira mengadap hat tu jaa...sy pun suka no 10 tu..'play hard' heheee

Uncle berkata...

Dear Siti.
Uncle dengan maggi memang kawan baik dari dulu lagi....ala-ala lagu Siti Fairuz, "Bila Rindu Ku Sebut Namamu!"

CATZ berkata...

comelnya marina...

Uncle berkata...

Errr Papa dia?

Rancanglah...

Buat-buat busy!         Pada minggu ini aku sempat bertemu dengan seorang anak muda cekal yang dah aku ikuti perkembangannya selama beb...