Rabu, September 30, 2009

Pesanan Penaja!

(3 stooges)

robin hood ampang)

(baju yuya basah sebab main ice skating sebelum tu, bukan dia bocor!)

(penawar rindu..)

(horey-horey time)

Hari Raya yang lepas, macam aku dok cerita hari tu, anak-anak aku semuanya dok horey-horey seminggu. Aunty ikut suka depa nak pergi mana pun. Seminggu tu lah depa dapat kenakan aunty. Lepas tu dah tak ada masa lagi dah. Habis satu KL depa ajak aunty jalan-jalan. Aku yang kat sini, sedih dengar cerita. Kalau tidak, seminggu tu akulah yang akan jadi driver. Nak pergi makan maggi goreng lah, nak makan pasta lah, nak makan japanese food lah, klcc lah, rumah mak long dengan mak chak lah, one utama lah, bola lah...masa tu memanglah kita akan letih, tapi bila ingatkan balik, alamak, bestnya dapat bagi depa happy.

Bila dah duduk jauh-jauh macam ni barulah terasa. Part nak raya tu aku tak kisah sangat sebab dah berbelas raya dah aku tak raya pun...tapi bila dah ada family sendiri ni, memang nak lah beraya dengan anak-anak dan isteri tapi dah kerja aku macam ni...nak buat macamana? Sekali lagi aku nak pesan kepada sesiapa yang ada keluarga dan ada anak-anak, jagalah depa dengan baik. Malam-malam tu kalau boleh, have dinner together. Weekends pulak just spend that 2 precious days together. Anak-anak memerlukan kita. Kadang-kadang aku sedih bila tengok mak-bapak terlampau sibuk sampai tak ada masa langsung nak check homework anak-anak atau pergi ke sekolah jumpa cikgu-cikgu bertanya khabar prestasi sekolah anak-anak. Jangan macam tu....nanti menyesal tak sudah! Pesanan penaja ni aku tujukan pada aku jugak. Tapi selalunya, bila aku balik KL, aku akan pergi jumpa cikgu sekolah kebangsaan. Pergi jumpa ustaz dan ustazah sekolah ugama. Pergi jumpa coach bola dan mak-bapak yang lain yang selalu hantar anak-anak depa main bola dengan CIMB-YFA tiap-tiap Sabtu dan Ahad. Pergi jumpa pak haji bas sekolah dan ramai lagi. Bukannya apa, bila kita susah nanti, depa ni jugak yang akan tolong tengok-tengokkan anak-anak kita. Malam-malam tu spend lah masa dengan depa. Tepuk-tepuk lah ponggong depa bagi tidur macam mak-bapak kita dok buat kat kita dulu.

Anak-anak ni cepat membesar. Nanti dah besar baru nak cakap, "I should have done that..." pun tak guna jugak sebab dah lambat. Aku emotional ni....bukan pasal apa, sebab aku duduk jauh....jadi pada yang ada anak-anak dan isteri depan mata, "do take good care of them...". As for me, "I love my family!" Tsk...tsk...tsk...

22 ulasan:

uncle pet..!! berkata...

sbaq sat no uncle.. insya allah.. t dec uncle blik lh la dok melyn depa..
tp sgh.. yuya sejebik mcm uncle.. lps uncle cat rmbut la.. ahiksss..

Uncle berkata...

Ish...apa lah Yuya ni...yang gatai pi ikot tu pasai apa? Nak kena latu ni!

ms.legolas berkata...

Salam Uncle..

terimakasih atas ingatan uncle buat kami yg dah ada anak2 ni..tersedar yg ML pun dah lama tak ck buku sek anak2..

Benarlah seperti Firman Allah dlm surah Al Asr..
demi masa..sesungguhnya manusia itu didlm kerugian melainkan mereka yg beriman & beramal soleh, yg berpesan2 tentang kebenaran & kesabaran..

By the way,nk inform uncle,Hari ni genap umur ML masuk ke era 40..
moga2 hati yg jadi putih n rambut tetap hitam..heh3.. wish me luck k..

My Life berkata...

salam.. rindu itu indah...
teringin bangat nak jumpa uncle dan family.. hehhehe

uncle pet..!! berkata...

tgk la ank sapa.. ahaksss..

taj berkata...

salam...
uncle jgn duk sedihhh...yg penting doa tak putus dan anak2 pun sihat..

yuya... yelah sebijik cam uncle... byk auta...heheh

Uncle berkata...

Dear ML.
Welcome to the club...Walaupun umur Uncle 41 nak masuk 42 Februari depan, tapi Uncle rasa pemikiran, sikap, jiwa dan raga tetap 24....40 is just a number...bila sampai 40 ni, kita lebih fokus, lebih tenang, lebih matang dan semuanya lebih termasuklah, menggelebih pun lebih! Heh3...

Uncle berkata...

Boleh sesangat...ML dok kat belah mana? Apa kata December nanti kita jumpa dengan family Uncle? Aunty pun mesti happy!

Uncle berkata...

Dear UP.

Dah acuan lagu tu.....!

Uncle berkata...

Dear Taj.

Adoi....Uncle tengok memang Yuya tu tak sama langsung...*wink*...by the way, Taj, pergi cari cerita Takuya Kimura yang lain..."Engine" dah tengok? Cun gila!

DadaIQ berkata...

Salam Uncle,
The truth is, I am so glad that raya is over. Sebab raya ni, yang seronok budak2 ajer, dapat makan, jalan2, main mercun and dapat duit raya. Kita pulak tak habis penat dengan travelling, melayan tetamu dan anak2, memasak sampai bajet burst!. Tambah2 bila tak ada maid. I guess our time is over and kita kena follow the tradition and culture for the sake of our kids.

Spending quality time with them is of utmost important. Tak macam zaman kita dulu, banyak communication breakdown between parents and children. Ada orang tu ada hati nak ikut jejak langkah Uncle. Tapi berkat doa, mungkin tak jadi kot.

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.

Eh dah habis Raya? I thought it's one month! Anyway, sini pun orang dah tak Raya.....depa Raya pun 2-3 hari saja...

Sapa yang nak ikut jejak langkah Uncle tu? Eh janganlah ikut...Uncle selalu sesat jalan....nanti dia pun sesat sama, susah pulak nanti!

olive oyl berkata...

bestnya ada byk gmbr ank2 uncle...tp gmbr aunty takder pun uncle...
gaun marina ni yg aunty jahitkan uncle...
cute lah marina dan abg abg..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Gambaq aunty tu tak banyak Uncle ada...sebab Uncle simpan dalam hati...heh3...

Hah baju tu lah yang aunty jahit tu. Jahit-jahit ni memang kerja dia pon...graduate pon sekolah pesyen kat sana dulu...

olive oyl berkata...

bestkan marina ada 2 abg...mesti seronok mereka melayan marina yg cute...
marina tak buli ke yuya dgn abang????

wah pandainya aunty jahit gaun marina..kagumlah...aunty suka jahit apa lg uncle??baju yg aunty pki masa raya tu aunty jajit ke uncle???

Uncle berkata...

Dear Ton.
La ni Marina selalu dok marah kat abang2 dia. Garang tu budak kecik tu!

Aunty memang suka menjahit. Sampai seluar Uncle pun kena potong jadi beg dulu. Heh3...ada cerita dalam posting lama.

Eh Ton ada berapa beradik? Abang ada ka?

olive oyl berkata...

assalamualaikum uncle..

ton ada 3 beradik..ton yg ke 2..ton takada abg.ada kakak dgn adik lelaki ja...

amboi..garang ye..haha...mesti abg abg kena buli dgn marina...haha...

mesti aunty kreatif kan..klu tak kreatif..haha seluar uncle jd beg..nti nk selongkar cari cerita tu kat entry lama....

aunty ada buka butik ke uncle??
cerita tokyo tower tu mcm besa dgr tp tk brp ingat yg mana...

olive oyl berkata...

mistake ayat uncle...

klu tak kreatif..haha seluar uncle jd beg..
sebenarnya

klu tak kreatif takkan aunty leh renovate seluar jd beg

sorry uncle..ayat tunggang terbalik..

Uncle berkata...

Dear Ton.
It's nice to be in the middle. Uncle yang bongsu, tu yang kacau tu!

Aunty memang creative. Habis semua seluaq dengan baju Uncle habis berlubang!

Aunty tak bukak boutique sebab takdan nak hambat. And cerita TT tu pasai anak jaga mak yang banyak penyakit. Very touching!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Uncle paham uncle paham....dulu pon uncle selalu cakap terbalik jugak, la ni marina pulak cakap terbalik......

olive oyl berkata...

uncle...lagu katak yg marina nyanyi tu ada yg version mana?

lompat si katak lompat
lompat tinggi tinggi tu ke uncle..

or version lain...uncle nyanyi le kat sini ...

klu aunty buka butik..uncle bgtahu lah ton..boleh ton pi butik aunty...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Marina nyanyi different version tapi tadi masa skype dia dah taknak nyanyi lagi dah...mungkin dah boring kot nyanyo lagu yang sama saja selalu.

I don't think aunty will open because she has no time at all. Tadi pun tengok dia kesian....lari sana lari sini...

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...