Selasa, Oktober 13, 2009

Dah seronok!

(ni gambar yang aku snap tapi diphotoshop kan oleh Lotfi Master Ji!)

(ada yang tak kena kat sini)

(satu angle shoot sambil baring kat Moroccan Lounge aku)

(croissant aku)

(kat belakang tu pastry chef aku dari syria)

Aku dah mula naik seronok ambil gambar. Kalaulah aku dapat pergi Bukit Belacan ka...Cameron ka...bukan ka seronok ambil gambar? Patut lah aku nampak dulu ramai orang pergi ambil gambar kat BB tu pagi-pagi. Rupanya kat situ pun ada banyak rama-rama. Aku dah dapat bayang, mesti cantik kalau dapat close-up menatang tu then background dia pulak aku blurr kan air sungai tu. Pergh....menarik! Then dikejauhan ada nampak aunty pulak berlari-lari anak. Wow, dah macam "Little House on The Prairie" la pulak! Then setengah-setengah gambar yang cun tu aku hitam-putihkan depa. Alamak....nangis oooo...

Cerita pasal nangis ni, ada senior aku setahun dulu nickname dia nangis. Memang muka dia syahdu habis. Senyum ka, marah ka, muka panic ka, tengah panjat pagar ka, masih nampak macam nangis. Jadi lekatlah nickname dia nangis! Sampai la ni aku tak tahu nama betul dia. Sekarang dak Nangis ni bukak restaurant kat Melaka. Kat bahagian mana, nanti aku survey balik. Macamana aku nak explain kalau aku talipon dan wife dia yang angkat? Tolong cakap sikit...

Semalam aku terjumpa geng-geng malaysia yang duduk kat mekah ni. Aku terserempak kat D'Saji masa nak kena teh tarik. Aku ingat nak pekena sorang-sorang, last sekali aku dok pekena dengan 10 orang! Hah ambik! Seronok bersembang dengan depa. Macam-macam kami cerita. Silapnya, aku tak bawak kamera pulak masa tu. Kalau tidak, dah masuk blog dah la ni. Tapi it's okay. Lain kali aku tangkap gambar depa dan masukkan dalam Herald Tribune!

Tadi aku pergi Jeddah cari barang. Sambil cari barang untuk hotel, aku pergi confirm kan sekali tiket aku. Alamak, penuh la pulak flight lepas haji nanti. Nasib baik kelas "W" ada tapi kena "up" sikit. Takpalah, up pun up lah...Tiket tu masa beli kat KL harga dia pergh, punyalah super-duper. RM4424 (hangpa jangan dok ambik nombor tu aahhh), then last week, keluar kat Arab News, MAS return Jeddah-KL-Jeddah, all inclusive, cuma SR1900! Adoi....nangis woh.....ni nangis betul ni, bukannya NANGIS yang bukak restaurant kat Melaka tu! Aku hantuk kepala kat dinding menara jam kat depan ZAM-ZAM sambil tangan duduk menyilang kat atas dahi. Heh3...apalah nasib aku...

Gambar yang first tu tengoklah sendiri. Dah ala-ala cerita "Ugly Duckling". Gambar yang aku snap hari tu biasa saja tapi lepas disolek dan diandam oleh Master Ji, jadi cantik lah pulak! Aku rasa, lepas ni Master Ji boleh bukak kelas mengandam lah! San-kyu...san-kyu Master Ji...memang da bomb!

32 ulasan:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

pecinta IKEA. Macam tulah lagaknya. hahaahha

nanti kita try outing plak. Tapi nampak uncle memang berbakat dalam indoor photography. Bleh buat portfolio, pastu kita mintak ngan hotel2 mana2 yang berminat utk kita buat brochure (entah macam mana nak eja ntah) dengan shoot gambar2 bilik, lounge, lobi, dapur, peti ais, poskad, susu, teh tarik dan macam2 lagi utk hotel depa. wakakaka.. Amacam? uncle shoot, duit bagi master ji pegang. wakakakaka.. Brilliant betol idea neh. hahahaha

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

dear uncle,

makin seronok norr!! mcm kuey-san jugak...selalu ada aktiviti tembak-menembak!!

My Life berkata...

uncle dah pandai ambik gambr.. cantik.. alhamdulilah..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
nak nangis tengok uncle nyer angle ni (Nice shoot)
marbelles aa uncle, sedibik macam katalog tu, CAYYO!!!!
lepas ni nak tunggu Kambing duduk lak
bila nak shoot tuh, wah uncle lepas ni memang lagi marbelles lagi photig Uncle. BOKEH BOKEH tu¬¬¬¬¬

kucingorengemok berkata...

waaa, dah jadi fotographer ikea pulak gayanya ;) harga drawer lagi mahal dari tiket balik kl

Uncle berkata...

Outing? Wah..menarik ni...kita cari rumah orang lah, amacam? Ok? Then cari pintu rumah, then cari sunset, then cari duit sikit...heh3...next week ok sebab this week ramai malaysians nak check in...busy tu!

Uncle berkata...

Dear KN.

Kamera dia mahal sangat...mana nak mampu! Tapi dia memang berbakat besar dalam photography ni. Shots dia lagi real!

Uncle berkata...

Dear ML.

Selalunya macam tulah kalau Uncle dah mula minat. Snap sana snap sini, tengok result dia...snap lagi....lepas tu mulalah naik malas! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Dila.

Ala...angle tu biasa saja tapi dah kena "doctored", jadilah marvellous! Kalau tak macam biasa ja tu...

Uncle berkata...

Lepas ni nak hantar portfolio kat "Perabot Chempaka" kot-kot depa minat ambik gambar depa....

olive oyl berkata...

i like yg catalog ikea tu..so cantik uncle...tahniah uncle...

Uncle berkata...

Thanks a lot Ton.
Nanti Uncle try yang lain pulak,ok? Uncle pun teringin nak ambik gambaq muka orang tapi tak reti lagi. Nanti Uncle pi bertapa lagi naa...

olive oyl berkata...

muka org????hahaha.....
uncle mesti boleh punya...
kan byk chef kat sana..
ambik ja sbg model......

Uncle berkata...

Dear Ton.

Memang ramai...nanti Uncle organisekan. Uncle nak try shots yang lain pulak. Tengoklah kalau ada idea baru..

PINATBATE berkata...

uncle..
wah!!semakin rancak tembak sana sini nampaknya..cantik!..tapi awas naa...
jangan sampai TERsuluh minah arab kelubung itam tau..nanti bapak depa kejaq...tak cukup tanah nak lari..

ibnu yusof berkata...

perghh...memang powerlah uncle..tu baru kamera pinjam tu..kalau kamera hotel... takleh nak bayangkan tu... masya Allah... uncle ni memang dah ditakdirkan menjadi fotografer ni...hehehe

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Uncle teringin sangat nak ambik gambaq perempuan arab tapi nampak gaya memang tak kesampaian lah....memang sah kena "one way ticket!". heh3...

Uncle berkata...

Dear IY.
Terimakasih....Uncle terharu ni...(sambil jalan tunduk dan pi balik2....sambil geleng2 kepala!). Macam ni ka kerja photographer? Seronok jugak...nak tukar profession lah...National Geographic nak pakai orang tak? Heh3...

Jamal Abd Rahman berkata...

bro..kalau hang gi jeddah ada ex cikgu sdar kat sana...cikgu narimah (now datin)..tak tau masa hang dia ada ngajar lagi ke tak...husband dia di Islamic Dev.bank jeddah...

cuba hang pi carik...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

uncle
lepas ni dah sedia nak shoot apa ka?
food uncle Food. bagi tarek Pizza tu nampak dia punya melt.....(huhuhuhu)

Uncle berkata...

Dear Uncle J.

Alamak Datin Narimah? Husband kat IDB? Sounds macam wife to Datuk.....alamak kalau betul lah Datuk tu, baru last few days jumpa Datuk. Nanti saya "Merisik Khabar".

Time saya dia dah takdak dah...Datin mengajar subject apa? Nasib baik dia dah tak mengajar masa tu, kalau tidak...pergh...jumpa lagi!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Ni tengah pikir apa pulak nak shoot ni...tapi makanan tu dah mestilah...mungkin lemon ka, green apple ka, capsicum ka....sebab Uncle suka rona terang. Ang-ang gitu!

doubleN berkata...

uncle ; yup. saya kenal datin narimah. isteri datuk ghazali lah.. uncle sempat ke ngan dia?

Uncle berkata...

Dear double N
Alamak, biar betul ni....what a small world...masa Uncle kat sana dah tahun 81.....mungkin Datin mengajar tahun 70-an kot...nanti try tanya Datuk. Heh3...

DadaIQ berkata...

Uncle
Catalogue Ikea 2010 baru ajer keluar this week. Tahun depan kena apply awal2 lah nak jadi photographer ikea untuk catalogue 2011.

Laalaa berkata...

Uncle, memang terror. Ambik gambar kek dan makanan semua nampak sedap.

Doakan saya dapat kesana, boleh jumpa uncle.. amin.

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.
Alamak "melepaslah lagi..." ala-ala lagu SM Salim! Heh3...

Uncle berkata...

Dear LL.
Eh sedap ke? Ok, nanti Uncle ambik gambar katil pulak. Kita tengok, sedap ke tak? Heh3...

en_me berkata...

chantekknyerrr .. salamm aidilfitri uncle ittewww

olive oyl berkata...

hi uncle...

dah tak tangkap gambar dah ke uncle???

ton tgh offshore..mujur seminggu jer...meh laa tangkap gambar kt sini...mcm mcm ada......dolphinepun ada...

Uncle berkata...

Dear EM.
Uncle pun sama, salam aidifitri...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Ada...tangkap gambaq jugak tapi 1-2 hari ni busy sikit sebab ada function...satgi Uncle masukkan lagi!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...