Rabu, Oktober 07, 2009

H B Artho Part 2 (Stairway to Heaven)

(lampu lip-lap)

(Delwar dah kenyang!)

(makan time!)

(aku dah kembang!)

(cake depa)

(stairway to heaven)

(to no where..)

(HB Baby!)

(jualan penghabisan stock!)

(tempat aku melepak ambik angin)

Ingat tak lagu Stairway To Heaven tahun 70-an dulu? Especially yang muda sama dengan Uncle. Group mana Uncle dah lupa tapi at one time, lagu tu masuk carta Muzik Muzik!Tiap-tiap hari dok dengar lagu tu sampai terputus benda hitam kat cassette tu! Heh3...

Rumah dia terletak kat tingkat atas. Masa aku naik tangga nak sampai rumah dia, ada satu family setiap floor. Aku kena mengelak tong-tong air sebab kat sini bekalan air masih datang dengan lori lagi. Air sampai sebulan sekali. Kalau musim ramadan atau haji, bekalan air akan terputus. Aku tak boleh nak ucap SYABAS kat depa sebab memang parah nak usung air naik ke rumah. Bayangkan dah tahun 2009 pun macam tahun 1942! But that's the fun. Depa dah biasa dengan keadaan yang macam ni. Jadi depa memang tak kisah kalau tak mandi..sesampai aku kat atas, aku tengok, orang dah berpusu-pusu. Kasut kat luar rumah dah berlonggok. Kalau macam ni, bila sampai dengan kasut buruk atau kaki ayam, boleh balik pakai kasut baru! Kasut lelaki ada, kasut perempuan pun ada. Tumit tinggi lagi tuh! Macamanalah depa jalan naik bukit..ngeri aku nak fikir.

Masa aku sampai pukul 9 malam tu, aku baru perasan yang depa baru start masak! Mak aii...sampai bila aku nak tunggu ni? Dah lah perut aku tak berisi dari tengahari sebab nak dinner..tapi kalau tak makan, lagi bagus untuk aku. Kan perut aku ni perut unta..anyway, bila dah siap, depa letakkan plastik gulung kat depan aku. Jadi akupun bukakkanlah gulung tu buat macam hamparan. Then lauk sampai satu...satu...last sekali baru nasi sampai. Aku tengok, masyAllah, memang nak kenduri untuk 300 orang ni! Tangan bersimpang siur ambil makanan. Kami makan pakai tangan walaupun 10 kali depa bagi sudu dengan garpu kat aku. Makan macam tu tak puaslah kalau pakai cutleries. Baik aku tak makan kalau macam tu.

Lepas makan aku keluar kat tepi tangga sat ambik angin sebab perut aku dah mula berangin. Tiba-tiba aku terperasan yang kat tepi tangga tu ada lagi tangga besi naik ke atas. Aku dongak kepala, rupa-rupanya tangga tu naik keatas bumbung. Aku tanya kat penyamun, tangga tu buat apa? Nak pi mana? Penyamun cakap naik atas bumbung. Aku tanya, apa ada atas bumbung? Penyamun kata ada air. Oooooo kat situ depa ada lagi tangki air...memang maacam stairway to heaven aku tengok. Sebab bila tengok kat atas, aku dah nampak langit. Kalau aku pakai camera SLR, mesti lagi cun gambar tangga tu.

Rumah penuh sesak malam tu sesesak perut aku yang terlebih makan! Lepas makan, aku ajak si Husin menapak balik. Aku kena tahan lagi sebab depa jamu teh pulak....minum lagi...then dah dekat tengah malam, aku pun kena balik lah sebab esok nak kerja. Penyamun tu semua takpalah sebab ada yang off dan ada yang kerja petang...pergh nak balik pun satu hal jugak, sebab jalan kaki punyalah lama aku rasa. Masa pergi dating kat Tokyo dulu berjalan satu hari tak pulak letih macam ni...sampai-sampai kat bilik, first thing aku buat, aku timbang berat badan dulu...tu dia aih.....memang naik 2 kilo!

22 ulasan:

Salam sejahtera....... berkata...

uncle,
compius la,ni birthday budak kecik ke birthday muda mudi yg tak berapa muda tu..

Uncle berkata...

Dear Salam Sejahtera.
Sebenarnya birthday budak kecik yang nama si Artho tu...tapi budak kecik tu tidur tak bangun2 lagi dengan mak dia so Uncle tak dapatlah nak ambik gambar Artho...Uncle janji, birthday Artho tahun depan, Uncle ambik!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

uncle,
biar betul...sekali gi birthday party naik 2kg!! ke 200g...heh3 :)

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.
2 kilo! Macam beli ayam tu! La ni dalam usaha untuk mengembalikan semula ke berat Super Model!

ms.legolas berkata...

ML pun sebelum ni tertanya2 siapa/yg mana Artho sebenarnya...
rupanya yg diraikan tak de dlm majlis..kelakarnye..brp umur budak tu? Ni mesti bapaknye nk cari alasan utk berparty ni...

Uncle berkata...

Dear ML.
Artho umur setahun Ala-ala "One Year Corn@Setahun Jagung" dan sampai Uncle balik, dia masih tidur. Jadi kek tu tak potong2 jugak sampai sudah!

Bapaknya malam tu lah orang yang paling sibuk dalam dunia. Macam anak dah nak kenduri kahwin...kecoh giler! Heh3...anak pertama...

PINATBATE berkata...

sampai part 2 masih tak dak lagi muka budak Artho..kena tunggu tahun tahun depan pulaak..?? hadoi..

olive oyl berkata...

hi uncle.gd afternoon....tajuk entry ada nama artho tp arthonya tidok..grand party artho.dok belek dalam gambar semua cari mana artho nya......hahaha

uncle..delwar ni boleh lena lps mkn...muka delwar ni ada iras iras tauke emas kat chulia street...


ton sibuk sikit dok tgh packing nak pi amsterdam uncle...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Jangan lupa tunggu gambar Artho pada sambungan rancangan tahun depan. Ala-ala "Jejak Kasih"...heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Amboih cheq...pi Armsterdam diam2 no....cheq pi kerejha ka pi makan angin? Syoknya......takdak ka kerejha kat Uncle? Angkat beg pun jadilah....janji 1st class! Kelassss!

olive oyl berkata...

lamanya lagi nak kena tunggu gambar artho...masa tu kipas biru tu dah tukar colour jd ijau........

uncle kan dah pernah duduk kat amsterdam.....sussie...paris...mekah lg syok.....

Uncle berkata...

Dear Ton.
Tempat yang lain tu dah sampai tapi Uncle miss pulak nak pi Armsterdam. Depa kata tempat tu berhantu.....tu yang Uncle tak jadi pi tu!

olive oyl berkata...

ya ka berhantu???haunted place ka uncle..hantu mcmana tu??casper???puchong??

uncle ajar laa ton ckp french...hehe

kesiankan wanita kat saudi takleh keja,takleh drive...tp tak apa..mereka dapat solat hari hari kat Masjidilharam

Uncle berkata...

heh3....hantu yang ala-ala Zombie Kampung Pisang tu...

French? Senang sesangat la tu. French Pastry, French Fries...macam-macam tu saja cukuplah...depa paham aih....

olive oyl berkata...

hahaha..uncle buat lawak mlm mlm...
uncle dah pro ke tangkap gambar guna sony ??

Uncle berkata...

Uncle tak pandai lagi sebab baru 2 sesi belajaq. Tapi tengok result dah macam terra. Orang tak kata pon...

Hai tak tidoq lagi ka? Esok nak jalan jauh...bukan nak pi Green Lane!

Ton nak pi Armsterdam ka Batu Berendam?

olive oyl berkata...

wah nti uncle leh jd juru camera profesional...selamat belajar mensnap ya uncle....
masa birthday artho tu,uncle snap dari camera sony ke?
ton nak bertolak lambat lagilah uncle..bkn batu berendam,bkn green lane tp nak pi jalan scotland,george town..

Uncle berkata...

Terimakasih sebab bagi semangat kat Uncle yang selalu lemah semangat ni.

Masa b'day tu Uncle pakai auto fokus lagi.

Ton nak pi mana la ni? Uncle pon dah confuse..

olive oyl berkata...

nak pi armsamadam lah uncle.percutian musim sejuk..

all the best uncle.ton tgk gambar gambar yg uncle attach dari tahun 2007 ke 2009 semuanya dah cantik2.nmpk hidup...uncle dah successful cameraman...

aik mana uncle...dah jatuh kerusi ka selepas terima pujian..hehe.

Uncle berkata...

Syoknya nak pi cuti musim sejuk...jangan lupa uncle cakap, tempat tu berhantu...kalau pi tak mau balik...tu lah hantu dia! Heh3...

Uncle baru dok merangkak belajaq ambik gambaq...ok catch up later, nak pi office sat. Kat bawah ada Malaysian Business Council Meeting tu!

olive oyl berkata...

wow Malaysian Business Council Meeting..snap lerr gambar meeting tu....hehe...saya bet u uncle..hehehe

uncle i knew already hantu apa...hantu red light dlm cermin kaca ka uncle...

Uncle berkata...

Ish...yang tu bukannya hantu lagi, tu dah jin apret!

MBC meeting baru habeh. Dan lah jumpa orang2 penting kat Saudi ni sat...networking!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...