Jumaat, Oktober 09, 2009

Hand phone

(result lepas cuci kereta)

(cuci the movie part 1)

(cuci the movie part 2)

(tidur pun senyum?)

(budak kecik ni lah yang buat aku mengigau tengah-tengah malam ni!)

Abang nak handphone. Aku cakap tak boleh, dia nak jugak, aku cakap tak boleh. Last-last aku tersilap cakap boleh....jadi lepas raya hari tu dengan muka aunty yang panjang dan mulut yang muncung macam dok tenyeh sireh, depa pun pergilah ke Ampang Point. Pilih punya pilih, Abang dah berkenan kat budak sorang ni yang nama Norkiah! Harga dia, pergh...dekat RM400! Wui...mahal nak mampus. Telefon aku pun murah lagi kot.. Then aku terfikir balik, eh, banyak dapat duit raya budak ni!

Aku pesan kat abang baik-baik jaga hp tu. Kawan tu suka tengok hp orang....then kita ni pulak, selalu lupa. Tinggal sanalah, tinggal sinilah...baru pakai seminggu dah hilang. Abang janji yang dia akan jaga hp tu dengan baik. Aku cakap ok, i'll keep an eye! Then aku tanya Abang, "top-up" macamana? Dia kata no problem sebab mama selalu hantar kereta cuci. So sekarang dah tak payah hantar cuci sebab Abang boleh cuci. Wah, dah dewasa anak aku ni...kelas....

Dia tanya aunty kalau cuci kat luar kena berapa? Aunty cakap RM12. Kalau macam tu tak payahlah hantar kat luar. Bagi Abang saja yang cuci then bagi duit tu kat Abang. Duit tu dia nak buat beli prepaid card. Brilliant idea. Macam aku kecik-kecik dulu jugak. Bila adik-adik dah dengar yang Abang nak dapat RM12 sebab cuci kereta, depa, especially Yuya pun kecoh nak jugak. Last-last sekali 3-3 beradik cuci kereta dan duit kena bagi sama rata.......Abang tension! Heh3...

Untung sungguh depa ni. Ada handphone lah, main bola kat kelab lah, macam-macam sungguh. Hand phone yang aku pakai sekarang ni pun aku baru beli 4 tahun sudah. Ni lah first hp aku. Masa tu umur dah 37 tahun baru nak ada hp. Sekarang baru 11 dah ada satu. Yuya pun nak jugak. Aku cakap tak boleh lagi. Tapi dia tanya balik, "Kalau dah umur 11 tahun macam Abang, boleh beli handphone tak?" Dia ingat 11 tahun tu dah dewasa la kot....alahai, Yuya...Yuya...

16 ulasan:

olive oyl berkata...

hi uncle..pandai marina posing dgn baby lion..cute..

3 beradik cuci kereta aunty..mesti merlit bersinar sinar....haha..marinapun gelut join basuh kereta..mean sorang dpt rm4 ..klu mereka basuh hari hari keta aunty..haaa...kaya anak anak uncle......

Uncle berkata...

Dear Ton.
Tu Ton tak tengok Uncle posing lagi..

Depa kena share la duit tu, tu yang abang dok angin tak habeh tu...

olive oyl berkata...

hi uncle...ton dah tgk uncle posing..tp takder lg gmbr uncle posing dgn baby lion.....nti blk mlysia uncle posing dgn baby lion marina ok

zorro berkata...

Boss,
Ya lah...last time memang boss tak suka dan tak pernah pakai hp pun i remember...dah duk jauh jauh ni mmg elok la pakai hp...last time kat satu outlet je, sekarang dah byk outlet nak kena round so hp tu kira penting la sekarang ni,,,hehehe

zainon berkata...

...'ANAK BAPAK'...

Bayar RM9 je sbb aunty nak bayar bil air rumah (RM9 sbb senang nak bahagi 3).

Anak2 mmg begitu. Kita yg gaji ribu2 pun,asal dpt cakap & sms jadile kan..

Uncle berkata...

Uncle tak buleh nak posing sebab nanti anak rimau tu pun lari takut tengok bapak rimau!

Uncle berkata...

Tu lah pasai. Sampai GM pun tanya dulu, bilalah nak ada hp? I said my birthday is on 9th Feb....wink...tak dapat-dapat jugak. Heh3...

La ni bila terlupa hp, dah jadi gelabah semacam, macam naik motor tak pakai helmet kat Bukit Bintang!

Uncle berkata...

Yang takutnya sebab depa tu selalunya nak menunjuk-nunjuk kat kawan...takut salah guna!

Salam sejahtera....... berkata...

ingat jangan bawak hp pi sekolah tau!
1.nanti dia main sms masa cikgu ngajar
2.jiwa remaja depa tu, bertukar bahan2 mcm2 dgn kawan2 ,mula2 lagu je, pastu tah apa2 aje.
3.tak larat cikgu nak sportcheck rampas hp hari2,banyak kerja lain pastu kalau hilang kawan curi cikgu jugak kena jadi polis pencen soal siasat.

Uncle berkata...

Tu dia aih...cikgu dah pesan tuh! Abang kena ingat...nanti letih nak pi mengadap cikgu mintak balik...heh3...anyway, thanks for the reminder...KAMI MUDAH LUPA!

kucingorengemok berkata...

abang tu memang nampak well matured, uncle... beza dengan yuya yang masih nak yoya-yoya lagi... nama pun kena tu, hehehe ;)

PINATBATE berkata...

lorr...ingatkan my Abang jer yg mintak handphone pakai duit raya dia...rupanya Abang Uncle pun sama..
my Abang baru 10 tahun,beli pakai duit raya RM 99 ..dapat Nokia baru tgh ada offer tapi just boleh call dgn sms ajer lah ..skrin pun hitam putih jer ..jadilah..dia bawak bekal hari-hari sbb nak simpan duit utk top up..

Uncle berkata...

Budak2 ni cepat sangat membesar. Missed sesangat masa Abang kecik dulu dalam 3-4 tahun...sedih tak dapat tengok depa membesar!

Uncle berkata...

Uncle terlupa yang la ni dah 2009 nak masuk 2010. Macam tulah budak2 ni....kalau tak bagi, payah nak contact kalau ada hal tapi kalau bagi pulak, takut salah guna...kita pulak susah-hati, bukannya depa!

Pak Zawi berkata...

Uncle,
Zaman kita lain, zaman depa dengan anak mereka nati lagi lain. Entah apa yang akan dicipta masa tu.

Uncle berkata...

Dear Pak Zawi.
Memang betul cakap PZ. Dulu tulis surat pakai ayahanda-anakanda. La ni, sms depa saya dah tak faham nak baca!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...