Selasa, Oktober 06, 2009

Happy Birthday Artho, Part 1

(kipas macam aku duduk kat quarters Henry Gurney Melaka tahun 70-an dulu)

(chief stewad aku buat pose lapar!)

(tunggu time makan)

(budak-budak main bola kat luar rumah)

(panjat lagi kami...husin yang pakai baju putih)

Semalam aku menapak lagi pergi rumah manager aku, si Mainul. Masih dalam kawasan Mekah tapi cuma jauh sikit la...20 minit jalan. Ok jugak jalan ni sebab memandangkan satgi aku nak makan sampai tak ingat dunia....rupa-rupanya depa ni semua duduk dalam satu kawasan perumahan rupanya...kira macam satu Taman la....kalau kat Kelantan tu, ala-ala Taman Guru lah (eh, aku pun tak pernah sampai kat Taman Guru tu!). Naik tangga lagi aku ni...maklumlah, semua dah gelebeh, so excercise sikit, bagus jugak. La....rupanya rumah yang aku snap gambar dulu tu dalam entry yang lepas-lepas (rumah Samir), yang lampu lip-lap tak nyala sebab masih siang tu rupanya rumah si Mainul! Adohai....apasal tak cakap? Kalau tak aku boleh singgah dah minggu lepas...

Rumah dia kat tingkat atas. Banyak gambar aku snap sebab bagi aku, rumah ni sangat "authentic". I like....dan banyak menceritakan perihal kehidupan depa. Rumah yang macam dah kena bom kat Beirut tu. Tapi bila masuk kat dalam, mak aiii...complete set semua! Aku sampai awal sebab katanya pukul 9 malam. Dan kebiasaan aku, aku akan sampai tepat pukul 9 malam. Depa terkejut tengok aku. Sekali ni aku buat-buat tak terkejut tengok depa. Heh3...aku pergi dengan Husin Shourab. Supervisor aku yang memanjang pakai tie walaupun peluh merata-rata. Aku cakap aku tak nak makan sebab dari lepas bulan Ramadan aku tak ambik heavy dinner. Malam ni? Pergh....usaha aku tak berjaya. Tengokkan nasi Puolao depa yang ala-ala beriani tu tapi kering sikit. Ada 2 kaler. Putih dan kuning.

Lauk depa, memang mengerikan aku. Minyak saja-saja berlinang kat atas. Macam daging kat Hameediyah Penang pun ada. Yang tu lauk kambing. Then ada ayam, then ada telur rebus, then ada salad. Then ada beef dish. Then ada ikan bawal goreng....alamak...habis lah aku kali ni...aku kata stop, depa tambah. Aku kata stop, depa tambah dan last sekali bila aku betul-betul suruh tambah, depa pulak terkejut dan stop! Ooooo macam ni ka? Kena cakap terbalik kat depa ni....heh3...last sekali aku yang terbongkang sebab 3 kali tambah nasi. Naik 2 kilo balik....

Ramai budak-budak malam tu. Maklumlah depa ni ahli persatuan bangladesh....jadi ramailah yang datang. Lagi pun, ni ala-ala "Pesta Muda-Mudi". Pakaian jangan ceritalah, colorful dan memang "Dress To Kill" punya. Kesian jugak kat depa, sebab apa lagi entertainment yang ada kat sini? Jadi birthday party macam ni dah jadi macam kenduri kahwin....aku tumpang happy tengok budak-budak aku happy!

Makan dan makan dan makan. Macam biasa, yang perempuan (isteri-isteri depa) duduk bilik lain makan diam-diam tapi aku sempat jeling jugak sebab curious nak tengok. Pergh...kelas....dressing macam Fairy Tales tu. Then make-up dan nampak macam Kareena Kapor pun ada. Memang dah jadi macam fashion show. Aku jeling tu bukan pasal apa, saja teringin sangat nak tengok keadaan perempuan yang duduk kat sini dalam keadaan santai.....aku tak pernah jumpa...

Rumah dia memang antic. Nanti esok lusa aku cerita dan masukkan gambar lagi...tunggu sambungan rancangan. Kita tengok iklan dulu...

18 ulasan:

olive oyl berkata...

morning uncle...


byknya uncle mkn...diet apanya ni...tp takper fat akn burn after panjat dan turun tangga.ye kan uncle...

kira ni jiram samir tuan kpda kambing tu ye..bestkan umh mereka..nmpk buruk di luar tp cantik di dlm...

kucingorengemok berkata...

ppuan kena duduk asing sebab seat semua kat bawah kan, kalau tak reti duduk nanti terselak kain, hehe...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Part tu yang Uncle sedih sangat tu, lepaih diet bagai nak gila, semuanya habeh dalam masa 30 minit...sob3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Memang depa terasing sungguh. Can't imagine macamana depa boleh tahan...nak kena research ni...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

uncle,

terhibur jap baca entri ni & jugak entri yg dulu2...

taman guru kat kota bharu...KN pernah pergu dulu.

sekarang KN tggl kat tmn guru...tp kat kuantan.

Uncle berkata...

Dear KN.
Terimaksih sebab terhibur. Saya pun tumpang terhibur bila tahu orang terhibur. Kesimpulan dia, sama-samalah kita berhibur! Hheh3...

en_me berkata...

authentic ghitewww.. menarik kannns..

kucingorengemok berkata...

uncle, i've seen a documentary orang tanya perempuan arab (western educated) apa dia rasa pasal pengasingan mcm tu... dia jawab, perempuan ke yang diasing? dia rasa lelaki bujang yang diasingkan dari ppuan dan orang yang dah berkeluarga, jadi dia tak rasa tersisih pun... dunia barat yang anggap macam tu

Fida berkata...

Salam perkenalan Uncle. Bloghopped from Lutfi's blog. Seronok baca, tak jemu. lagi tak jemu bila letak gambar makanan. :-)

Uncle berkata...

Dear EM

Memang authentic...Uncle memang suka sangat benda2 macam ni.

Uncle berkata...

Dear KOG.
That's a very good reverse physcological answer. Depa memang tak rasa sebab dah macam tu dari dulu. But it is interesting to see the diversity of cultures...

Uncle berkata...

Dear Fida.
Salam...keep on hopping and hope that you like reading!

olive oyl berkata...

hi uncle,
bila uncle nak letak gambar birthday baby..artho..
lamanya kena tunggu iklan..

Uncle berkata...

Dear Ton.

InsyAllah malam ni Uncle buat entry tu. La ni tak dan pulak sebab ramai Malaysians nak check in so Uncle dok buat preparation untuk depa sat. Chopp sat na...amboih, Ton tak sabar ka?

olive oyl berkata...

ala kena sabar ka uncle...cuma jemu iklan lama sgt..mujur tak pi tukaq channel lain..........hehe

Uncle berkata...

Sabaq tu separuh dari iman...heh3...

Motivasi Kerja berkata...

Salam Uncle. Dalam banyak2 gambar tu xde ke gambar Uncle. Saja nak kenal..huhu

Uncle berkata...

Dear MK
Tu lah masalahnya kalau jadi tukang ambil gambar. Memang sah gambar sendiri tak ada! Tapi gambar Uncle memang bercambah dalam entry2 yang lain...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...