(bahan untuk buat sambosek)
(cantik tak? meghelit..ni y boleh garnish kat atas nasi minyak, beriani atau nasi tomato!)
(aku pun ada air terjun la...kalah BB ok..)
(apple pie yang menusuk jiwa. sauce is separated. you can also pour the sauce on top. reccommended to serve warm with a scoop of ice cream at the side..)
(healthy cocktail, nampak tak 2 sesungut tu? hah..tulah spaghetti yang dah digoreng tu!)
(sama jugak...yang putih tu aku letakkan cheese)
(tapak hospital ajyad yang diletupkan tadi pagi)
(kawasan nak ke masjid masih lagi kosong)
Aku suka tengok makanan. Especially kalau makanan tu semua yang menyihatkan dan mampu menjana fikiran dan tumbesaran! Heh3...Aku dibesarkan didalam keluarga yang suka makan. Bagilah makan apa pun, mesti habis....tak bersisa. Panggil lah pukul berapa pun, memanjang ok, tak pernah tolak! Mama pandai masak dan apa-apa yang mama masak memang aku suka. Satu yang aku tak pandai ikut mama ialah "sambal siam" dia. Mana mama dapat resipi, aku pun tak tahu. Mana mama belajar masak, lagilah aku tak tahu. Dulu depa ada "WI" tapi mama belajar dari situ ka? Aku pun tak pasti...jadi dari situ timbul minat aku kat dapur ni...tapi aku masih tak suka bergelumang kat dapur sebab masak ni ambil masa yang banyak. Itu dulu. Tapi sekarang ni bila aku pikir balik, apasallah aku tak cenderung ke kelas memasak dulu? Kalau tak dah senang aku sekarang ni...boleh buat rancangan TV!
Kalau bab bahagian masak ni, aku suka yang simple dan moden. Sebab makanan dia sekarang ni lebih kepada healthy food. Aku masih belajar tentang ni dan aku rasa kita patut promotekan healthy eating ni pada masyarakat kita. Bukan nak kata yang kari atau gulai tu tak bagus...bagus ....tapi eating habit kita yang buat dia jadi tak bagus...
Tengok kepada sportsman kita, bila depa pergi centralise training, apa depa makan? Depa bagi makan "NASI LEMAK". Nasi lemak ni bagus....tapi masa tournament ataupun masa centralise training, makanan yang macam ni harus dikurangkan.
Aku pun sebenarnya selalu terbabas dan makan makanan yang tak berkhasiat. Nasib baik aunty ada dan dialah yang selalu dok jaga diet aku. Gula kat rumah kalau sekilo aku beli, boleh tahan sampai sebulan setengah...dulu mama pun terkejut. Huih....hangpa tengok ka gula ni? Dia selalu tanya...kopi dan teh kami tak ada gula kalau kat rumah tapi kalau kat luar tu lain ceritalah...part tu aku tak sempat nak control...dulu aku selalu sakit kepala. Berdenyut-denyut rasanya. Badan masa tu dalam lingkungan 85-90 kilo. Aku pikir apa yang tak kena...rupa-rupanya makanan aku banyak santan...banyak garam...dan nasi tambah sampai 2-3 kali. La...patutlah...satu lagi indication untuk badan aku ialah tumit kasut aku. Kalau tumit kasut aku cepat rebeh sebelah that means ada yang tak kena dengan weight aku...but anyway, itu aku punya indicator sendiri yea....mungkin aku salah...so jangan quote apa yang aku kata!
Sekarang ni kalau aku pergi jogging, anak-anak aku akan tanya, "La...Papa dok jalan ka lari ni?". Sebabnya aku dah tak larat nak lari...jogging aku sangat perlahan. Kalau aku lari kat Sweat Club dulu atas treadmill tu, cuma dalam lingkungan 6.5 saja tak pernah sampai 8.5! Anak-anak aku kalau tengok aku jogging kat padang bola kat Pandan tu selalu depa kata "Lambatnya....." Aku harap aku akan sihat. Tapi ni semua kuasa Allah. Tapi bagi aku, kalau kita masih dapat control perjalanan kesihatan kita, pasal apa tak jaga? Aku ni pun cerita macam real je...kadang-kadang terbabas jugak makan....heh3...aku mudah lupa!
Jadi sebagai kesimpulannya Tuan-Tuan dan Puan-Puan, jagalah pemakanan kita....by the way, ...."ish...lama tak makan NASI KANDAQ!" Heh3...there goes my so called "healthy living!".....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Rabu, Oktober 21, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
32 ulasan:
salam uncle..
merlitnya chilli uncle..cantik cantik gambar uncle.tahniah uncle....cantik daun parsley yg kat dalam cocktail tu..nmpk mcm xmas tree...
betul uncle..kita kena jaga pemakanan kita..jgn smp tumit kasut patah..
salam singgah.
masakan dan hidangan yang menarik ditambah dengan photoshots yang cantik. Lagi menambah selera. Cun!
Dear Ton.
One more correction. Yang hijau kali ni is called DILL and not parsley. 2-2 boleh dipakai untuk garnish. Dill lebih halus dan lembut manakala parsley is a bit rough in texture...Ton, you are learning new things all the time! Great...in fact Uncle pon dok belajaq lagi ni....
Ton, live and stay healthy. Let's keep on reminding each other....
Dear Dr Sam
Thanks for visiting. Uncle bernasib baik sebab dah kerja macam ni....part photos tu, err....Uncle dok merangkak lagi ni...nasib baik ramai membantu!
salam uncle...
bersemangat ni nak belajar..tgk mlmni dapat nama baru dill..hehe..tomato yg dlm basket dgn green chille tu yg uncle ajar ton td kan.cara potongan wedges.tq uncle..
saya mmg suka lepak kat borders baca buku ttg pokok.,sayur..ulam ka.herbs ka.hehe
Dear Ton.
Yes those chilies and tomatoes yang Uncle dok cerita earlier on. Good that you are learning something from the blog entries...Uncle suka kalau ada orang suka bertanya dengan niat nak belajar dan improve kan diri...keep the questions pouring!
salam..Uncle lama tak makan nasik kandaq jalan TAR dgn ayam masak hitam....puhhh org lalu belakang tak nampak..
Aduhai...Haji....part tu yang tak tahan tu! Bila kita nak pekena? Bukan kata belakang, lalu depan siap cuit2 pun tak sedaq! Heh3...
salam Uncle
1st nak komen
MENGERLIT Tu! Dah nampak dah
uncle dah pandai..............yehaaa!!!! berjaya jugak akhirnya. Good Job uncle!
dear uncle,
hari2 KN tunggu gambar makanan...very interesting subject!
salam uncle,
kreatif sungguh dalam menghias makanan tu. Itulah kelebihan seorg chef profesional.
berapa berat badan uncle sekrg? rasa2 maintain lagi kot.
cite psl mkn, dulu pun saya rasa apa nk mkn saya mkn. tapi sekrg ni umur dh meningkat kena jaga sikit. takut kolestrol tinggi ngeh,ngeh,ngeh
dh 6-7 bulan mula lupakan sarapan seperti nasi lemak , roti canai.
sekarang quaker oat dn hasilnya 7 kg dalam 7 bulan berat badan turun.
alhamdulillah
salam uncle..morning..
tq uncle..nanti klu ada apa apa yg ton nak pelajari,ton akan tanya uncle
uncle WI tu apaa??
nasi kandar deen dgn sharif pun best..kan uncle..klu kat deen tu selalu kena beratur panjang..
Dear Dila.
Yang mengelit tu bukan pasal Uncle dah pandai...tapi pasal dia baru lepas digoreng dalam minyak (deep fried)...heh3...Uncle ambil kesempatan tangkap gambar masa tu jugak!
Dear KN.
Sementara tak busy dan kamera belum dimintak lagi bolehlah KN....nanti dah busy, mmmmmm
Dear Rezeki.
Uncle sekarang ni actually baru "TERINGIN" nak jadi chef tapi masih bukan chef lagi....baru belajar!
Currently my weight is about 75-75.5 with the height of 170cm. Kalau ikutkan BMI masih terlebih sikit. Uncle sangat pentingkan kesihatan. Tried oats for breakfast but lasted only 2 weeks. Now my breakfast is only 2 croissants, lunch I do take rice sejemput and lauk + salad. Dinner tak mmakan langsung kecuali minum air. Boleh maintain. Uncle risau kat perut!
Dear Ton.
Kalau tak silap Uncle lah...maksud dia Wanita Islam kot...famous taon 70-an dulu especially pada isteri pegawai2 beruniform sebagai platform untuk bertemu, belajar, bergossip dll. Heh3...ada kelas masak, kelas menjahit, jual tupperware, main kut dll.
By the way Deen and Sharif ni kat jalan TAR ka? Tak pernah try lagi!
salam uncle..
laa uncle..deen ni kt jelutong..kan mama uncle dok park keta kt shell tu..ingat dak???sharif ni kt lorong tepi pej post gelugor.near sharif ni ada warung goreng pisang famous,warung tu nama UNCLE GORENG PISANG..bkn kat tar
Ooo yang tu Uncle ingatlah...memang power....tapi sharif tak try lagi.Nanti balik kena pi lah jawabnya....nanti kalau tak pi sharif marah!
uncle....
nice photos...
wow....mmg dah tarap2 profesional punya food photography niiiii..
cantiknyaaaa!!!
jeles lah...uncle hari2 bleh buat photoshoot dgn makanan cantik-cantik..
catz sellau duk otel agak takut nak amik gambar food dekat2 kat buffet tuh..takut kena marah..hahha..
sebenarnya kan...ada satu soklan ni..:
err...org hotel/chef tuh marah tak if saya bawak kamera ke buffet table tuh amik gambar??..or kena mintak izin?..sellau nya amik gambar sket secara menyorok2..segan dan takut...ihiks.
btw, dah banyakkk sgt improve ni..
congrats!
salam uncle..
uncle..tq byk2 ye uncle..susahkan uncle sampai uncle call tanya aunty tanya ttg furikake..tq so much uncle..ton rasa guilty dgn uncle dan aunty wakana..
Dah jadi sejarah hospital Ajyad ya..
Dear Catz.
Thanks for the compliments but still I am in the initial stage! Back to your question on taking shots in hotels...basically there's no proper black and white rule. But as a rule of thumb, usually NOT ALLOWED due to several reasons.
1) takut direproduce
2) takut disalah gunakan
3) takut dipropagandakan
4) takut ditiru
Tapi kalau Catz bagitahu reason, Uncle rasa tak salah....pasal this is for your own personal collection. Selalunya kalau nak bergambar dengan banyak untuk apa-apa tujuan selain daripada personal, kebenaran bertulis harus diambil dari PR Dept.
Jawapan ni datang dari Uncle sendiri dan bukan mewakili mana-mana pihak...Uncle pun selalu tangkap curi2 jugak...heh3...
Catz your shots kat bilik2 hotel sangat menarik dan menjadi panduan Uncle untuk mendapatkan idea2 yang lebih baik. Thanks to you too! Do me a favor, kalau tangkap kat bilik, tolong snap the amenities sekali yea...nanti Uncle belanja maggi goreng!
Dear Ton.
No worries at all. Uncle kalau tak dapat bagi jawapan yang betul Uncle rasa tak puas! Sekarang puas sebab aunty dah endorsed! Heh3...
Dear Zainon.
You're right. Memang dah sejarah....
kacaulah ankel nih, gua dah terbakar pulak tengok gambar ankel. cantik!
Dear Lotfi.
Thanks a lot berkat kawan-kawan yang mengajar Uncle......"tanpa anda semua, siapalah saya..." (ni masa terima anugerah ni...)
salam uncle..
terpancar keikhlasan uncle utk mengajar kami selok belok ttg masakan..thanks again uncle..
Dear Ton.
No problem at all...anytime...heh3...
Dear Uncle...
salam,maybe skrg dah mula sibuk ngan kdtgan para jemaah.apa yg uncle ckp psl pmknan n kshtan 2 btllah.td tghari dlm crmh kat masjid ustaz pun ada pesan gak.. kshtan adalah ssuatu nyg amat2 bnilai.hanya org yg skt jer mgkn fhm nikmati kshtan pemberian Allah.. Jd jagalah kshtan.
Nas Stanley
Dear Nas.
Hotel ni masih belum start lagi tapi yang kat belakang2 semua, ramai yang dah masuk. Kebanyakkannya dari Bangladesh, India, Malaysia dan Indonesia.
Bagus jugak topik tu digunakan masa ceramah. "We Are What We Eat!"
lawa dan sedap nampknya apple pie itu..cun la gmbr uncle..makin terer!..terer2!! :D
Dear Siti.
Gambaq tu kalau "pro" tengok depa bantai gelak ja tuh! Uncle baru gear 1...dok merangkak lagi..
Catat Ulasan