(genius in the making..)
(executive chef waseem)
(dari kiri, tuan badrul tuan soh, aku, lotfi, executive chef dan najwa)
(dari kiri, lotfi, najwa, exec chef, asnawi dan tuan badrul)
(tuan badrul tuan soh)
(sorang lagi prophotographer dari national geographic, asnawi!)
2 malam lepas aku dapat satu sms, sms tu cakap, "..jom kena teyy..". Aku dengan mata kuyu dan layu ni pun terus berlari turun. Aku usung SONY sekali maklumlah nak jumpa tokei gambar...bukan senang nak jumpa macam ni...kena buat appointment baru jumpa nih! Aku sampai-sampai kat bawah aku nampak eh...si waseem dan najwa pun ada. Memang surprise betul ni...Waseem macam biasa, secomel-comelnya....macam aku jugak masa kecik-kecik dulu. Baru aku nak order si Lotfi cakap kedai dah tutup. Alamak....takpa esok aku minum 2 sebab untuk cover teyy yang aku terlepas minum! Macam ni pun ada. By the way, teh kat sini memang aku suka sebab lemak berkrim....marey-marey....
Sembang sakan sungguh. Topik macam biasalah kalau orang-orang kaya duduk bersembang. Global warming lah..harga minyak dunia lah...Vanuatu lah...macam-macam sungguh. Dan tak lupa, topik penting malam tu, yakni "aperture" dan pasal apa gambar aku jadi kuning. Berjela-jela si Lotfi mengajar...tapi macam aku kat sekolah dulu, 14.9% saja yang aku dapat!
Cerita pasal 14.9% ni teringat pulak aku masa muda-muda kat sekolah dulu. Aku ambik Bahasa Arab dari F1 sampai F5. 5 tahun tuh! Aku ambik Bahasa Arab ni dengan harapan, dapat tidur kat dalam kelas nanti. Tapi kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Ustad Supian yang mengajar aku ni memang power. Aku toleh kiri dia ada, aku toleh kanan dia ada, aku tengok depan dia ada sampai aku tengok luar tingkap pun dia ada....pergh...ngeri aku! Ustad Supian ni ada bela ke? Trauma betul aku....ni 1st degree punya trauma ni.....tak main-main!
Masa nak exam Bahasa Arab lagilah aku trauma....menangis sorang-sorang aku 4 hari 3 malam...(package berserta sarapan pagi..) masuk exam saja menggeletar satu badan macam kena sampok! Yang aku mampu cuma tulis nama sendiri. Tu pun aku hafal 2 hari 1 malam (macam package pergi PD!). Zaassss bukak kertas soalan. Soalan nombor 1, mata dah terbeliak. Soalan nombor 2, hingus dah meleleh. Soalan nombor 3, aku dah hantuk kepala kat meja 11 kali. Masuk soalan nombor 4, aku salin balik soalan tu. Dari soalan nombor 4 sampai soalan terakhir, aku cuma salin soalan balik. Ustad Supian terkejut tengok aku sebab khusyuk menulis...aku terkejut tengok Ustad Supian sebab khusyuk pandang aku. Budak-budak lain habis, aku pun habis....result keluar, aku dapat cuma 2/100. 2 tu pun sebab aku tulis nama sendiri...kalau aku tulis nama IQ ke, Jaws ke, Pisang ke, Singh ke...memang sah dapat 0! Heh3....
Masa aku dok melayari FB hari tu, aku ternampak satu gambar yang membuatkan aku mengigau 3 hari 2 malam (yang ni package light and easy!). 33 kali aku gosok mata kawan aku...biar betul ni...ni cikgu aku masa Form 1 sampai Form 5 ni....ni cikgu yang selalu pedepang sana pedepang sini nih...ni cikgu yang pakai tie stokin (straight kat bawah dan material macam stokin) masa concert ni....aku tersandar kat kerusi....sorang-sorang sambil mulut dah meracau-racau....Gambar tu senyum. Aku pun senyum kat gambar tu....cikgu SA ni lah yang ajak aku main takraw dari aku F1 lagi. Orang lain semua F3...Masa F1 aku dah main untuk U15. Tu kira terra la kononnya...macam aku selalu cerita dulula, aku ni terra main je. Pasal SA lah aku main takraw dan pasal SA lah aku berhenti main takraw. Banyak kali aku bertengkar dengan cikgu SA ni. Banyak kali aku naik angin dengan cikgu ni. Macam-macam yang aku buat tak pernah betul kat mata dia dan apa-apa yang dia buat pun tak pernahnya betul kat mata aku...heh3...
Aku taip kat bahagian message FB tu dengan kata-kata hikmat, "cikgu, nama saya Shahrir Ali....main takraw dulu....sekarang kerja kat Mekah!" dan aku berharap agar cikgu SA dapat baca dan teringatkan muka "jemuan" aku ni. Aku nak mintak maaf banyak-banyak kat Ustad Supian sebab menyusahkan dia dulu. Aku nak mintak maaf kat cikgu SA sebab aku tak minat subject yang dia ajar walaupun aku tahu yang subject tu pun tak minat kat aku! Aku nak mintak maaf kat cikgu SA sebab sorok kasut dia kat Block A masa dia jadi warden dulu...aku nak peluk depa dua dan ucapkan terimakasih sebab masih melayan jemuan ni dulu walaupun aku ni jemuan...dan aku nak ucapkan terimakasih kat depa sebab melentur aku dan mengajar aku erti disiplin walaupun aku merupakan salah sorang pelajar yang paling berdisiplin....aku nak genggam erat tangan depa dan ucapkan terimakasih kerana pasal depalah jugak salah satunya sebab kenapa aku berada kat sini sekarang ni....Jadi pada Ustad Supian yang mengajar aku Bahasa Arab sampai aku boleh datang Arab dan Cikgu SA yang mengajar aku "G" dulu walaupun aku selalu dapat markah ngam-ngam kalau tak pun fail dan memanjang dapat "F", aku nak ucapkan "Honto...honto..ni domo arigatou gozaimashita"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
36 ulasan:
salam.. sungguh-sungguh ku jeles dgn uncle .. hihhiihhi
Dear ML.
Memang patut jeles...heh3....tu semua orang-orang kuat Mekah tu...kalau nak dengar usrah, jumpa depa...kalau nak belajar serba-serbi, jumpa depa, kalau datang mekah, carilah depa! Siap ada home delivery service lagi "top up".
rasa macam nak nanges lak baca cerita uncle ni..tetiba saya teringat cikgu-cikgu saya dulu..
Dear Pinat.
Uncle pun sama....depa dah late 50's ataupun early 60's la ni...Allahuakbar, Uncle doakan yang terbaik untuk depa kerana mengajar Uncle dulu...
Dear Uncle
kalau pakai Kotak gabus pun boleh kut
janji putih. Lighting no problem. Lampu hotel banyak kan. Cuba buat nanti....
Uncle
ni ke cikgu2 photographer uncle tu
muda2 belaka
waseeem tu pun bakal jadi cheff gak ke
comey.....!
uncle pun akan azie jejaki bukan sahaja mereka.. hehehehhe..
tunggu akan kedatangan ku..
Dear Dila.
Tapi kalau kotak2 gabus tu nanti tak nampak lubang2 ke? Nanti Uncle try..
Yes depa ni la cikgu2 Uncle kat sini. Selain daripada mengajar Uncle pasal gambar, depa ni lah jugak yang tak jemu2 menjawab soalan2 Uncle berkaitan hal2 ugama...
Asnawi tu pelajar Bahasa Arab. Lotfi satu2nya pelajar Malaysia yang berjaya buat Masters di Umm Qura University, Mekah manakala Tuan Badrul merupakan YDP kat sini. Semuanya baik dan bersemangat. Take my word....depa ni nanti akan jadi orang besar dalam bidang masing2 tak lama lagi!
Dear ML.
Bila nak datang? Haji ni ke?
uncle,
seperti biasa...story uncle menghiburkan!! la la la la la...
Dear KN. Dan seperti biasa jugak, saya LAPAR! and fyi, nama2 seperti IQ (mingkin dah kenal sebab dia pun selalu masuk dalam ni), jaws, pisang dan singh adalah nama2 samaran kami dari dulu sampai sekarang dan masih lagi memanggil nama2 yang serupa bila berjumpa. Tapi singh, dia memang singh! Heh3...nama dia jeffvinder singh, budak paroi, seremban....singh ni dah masuk acuan kami...satu2nya singh yang ada masa tu. Singh sekarang doktor gigi dan bukak klinik sendiri kat Segambut. Kami sekeluarga dah buat gigi kat dia. Tu yang gigi bertambah rosak tu! Hai...singh...singh...
salam..
tak ler unkel tahun depan.. haji abah sahaja yang pergi bersama jemaahnya.... ada sesuatu untuk uncle dgn lutfi dan family.. hehehehe akan ku kirim pada abah... (-_-)...
uncle dah mula berlari2 ke??
Hahaha!!
uncle ni...singh pulak yang disalahkannn...
Dear ML.
Alamak, apa yang dikirim tu? Segan lah Uncle macam ni...hantar kambing kot suruh korban kat sini!
Uncle sekarang masih berjalan. Minggu depan slow jog dan minggu seterusnya akan start marathon! Heh3...
Dear Pinat..
Memang singh menjadi mangsa dalam hal nih...heh3...rajin gila budak singh dulu. ada ka study kat dalam toilet cubicle tu sebab lampu padam pukul 10.30 malam! Patutlah otak geliga!
Singh dengan Cikgu SA tu bagai "isi dengan kulit" tuh....heh3....
haaa.. tu dia.. merapu uncle mai dh.. ahikss..
seb bek la cekgu2 tu dh xlarat dh.. klu tk tobat depa p cri uncle smpai saudi.. pedepanggggg..
siap rmbongan cik kiah ngn senior2 kaki stalat dai pn p cri uncle gk.. piappppp.. ahaksss..
pa2 pn, story uncle best.. smpai xlh stop head bangin' ni pnya gelak.. huahuahua..
btw.. mentioned ur name in mine..
Dah masuk dah.....tu dia aih...panjangnya cerita! Takpa-takpa, sabaq banyak2. Tu yang kena pi semayang tuh! Biaq tenang skit.
Thanks for mentioning my name there. Terharu la pulak! Heh3....
salam uncle,
semalam ahad off day, apa program ?
Usually the night before my day off I wil spnd my time in Haram. Buat apa2 yang patut. Then balik bilik, then menonton, then tidur. Sunday morning lepas subuh breakfast in the room then melepak baca paper, blog, reply mail etc. Semalam lain sikit pasal 10.30am ada meeting dgn wakil malaysia for hajj. Balik balik lunch then skype dgn anak-anak dan aunty then menonton lagi sampai malam...pergh full!
tu dia dasat nya pengalaman uncle blajaq b.arab dulu no..
hehee..
saya pun takut gak dgn ustaz sorg nih..dia baik jek.sy ja yg blajaq x terer2..huhuu..bila time balaghah..mmg la..btw, uncle pa kabaq??..lama sgguh no sy x berblog..huhuu
syoknya jumpa waseem!!! nk jugak!!
wuish, terlupa plak..uncle dh bl dslr ke?..
sony eh..waaa..dah start blajaq aperture2 ye..makin cun la gambaq uncle ambik nnt :D
Dear Siti Tanjong.
Amboi cheq.....lama tak dengaq habaq no....Uncle baru nak turun pi ofis tiba-tiba dapat e-mail dari Siti. Uncle tinggai semua mai terepa tengok yang ni dulu. Heh3....la Siti pon belajaq bahasa arab ka? Ustad supian ka? Jaga...nanti dia rotan nanti....siiiiaaaap....siaaapppp! Habeh berbirat...
la...lagu tu ka..
xpa2...uncle pi la turun ofs dulu..kacau ja saya ni..
sy nk sembang pjg dgn uncle nih..lama sgt tak baca belog uncle yg best tak hengat tue..heee
Yang tu bukan Uncle punya, hotel punya tuh...tapi buat macam rheta sendiri! Nanti depa mintak balik, habehlah...baliklah pakai auta focus balik.....heh3...
Uncle kelakar nya cite uncle belajar b.arab...terkekeh-kekeh ML bc. Mesti ustad Supian bangga dengan uncle la ni kalau dia tau uncle dok jumpa org arab hari2..
ML pun ada belajar B.Arab masa kat MRSM dulu tp pun sama la juga 14.9%je yg masuk otak masa tu.. then la ni yg 14.9% tu dah tinggal 0.?%je...
yg ingat ainon : mata n jumjumatun(pun tak pasti in BM maknanya kepala ke otak ek..he3)
anyway thk u coz hilang tension keja bc entry uncle ni...
mata ne
Dear Siti.
Tak pa aih....Siti punya pasai....takpa, pi baca dulu na...
Dear ML.
La...belajar bahasa Arab tapi pergi Jepun! Macamana nih? Pass tak? Kalau pass, bukan geng la macam ni....geng Uncle semua yang fail! Heh3...ML kat MRSM Seremban kan dulu yang kat A&W tu kan....heh3...
uncle boleh bagi id skype uncle?? nanti email dekat azie yer "azie_6873@yahoo.com
Salam Uncle,
Seronok baca your posting. Remind me of my time in STF yang kena paksa belajar Arab and French. Masa exam Arab tu, like you, soalan target tak keluar. So terpaksa tulis jugak karangan pasal Aidilfitri sebab itu aje yang dihafal. Bila teringat dekat Dini yang belajar 12 subjects in Arabic,I know I will not survived!
Dear ML.
Ada id ka? Uncle manalah tahu. Uncle ni jenis pasang siap....meaning, aunty dah pasang sampai siap dan Uncle cuma pakai saja! Heh3...
Dear DadaIQ.
Wow...how time flies.....that was 24 years ago....even until now if they ask me to sit for Arabic exam, masih fail lagi...heh3...eh IQ diam jer.......dia pun sama dengan Uncle tu jugak, but of courselah IQ on the brighter side....
ye la uncle,yg dkt A&W tu tp ML pun selalu dpt jeling je masa joging kat tmn tu coz masa sekolah dulu mn ada duit sgt.. nk minta org tua pun tak sampai hati fikirkan gaji abah pun tak seberapa masa tu..
Uncle,
ML pun syorkan uncle gi melawat Perak,mmg byk tempat menarik di sana. hari tu adik ML balik dari Dubai sat cuti, we all gi bw dia ronda Perak..berbaloi-baloi.. gi Gua tempurung,Kelly Castle,Museum diraja, zoo taiping(night pun ada)
Tambun lost world(cam sunway lagoon) n byk lagi tempat sejarah.
Kesiannya, cuma jeling kat A&W. Still famous with their coney dog huh?
Another one reccommendation to go to Perak. If i'm not mistaken, Catz ada cakap nak duduk Swiss Garden Damai Laut...Uncle tunggu dia pergi.
ML, btw, are you still in contact with Rashid and Akiko? Lama tak dengar cerita Rashid!
Dear Uncle,
Sedih pulak aku baca cerita hang pasai cikgu ni...apasai kat skolah dulu hang tak tulih lagu ni?? Dulu tu geram memang geram tapi cikgu tu tetap cikgu jugak kan...teacher is always right. Should consider serious writing bro...
Dear DadaIQ.
Ni tengah dok consider serious writing la nih....tapi apa nak cerita? Confuse nih...
In fact I have loads of stories to tell especially masa kita kat sekolah dulu. Seronok sesangat...maklumlah sekolah tu dulu macam aku punya "summer camp!" heh3...
Uncle..............
mana lagi menu menu ni
lapaq lah uncle.....:-)
boh aa cepat uncle
Dear Dila.
Sabar tu separuh dari iman....heh3...nanti minggu depan Uncle masukkan!
Catat Ulasan