Jumaat, Oktober 16, 2009

Kena buatan orang..

(spicy salad with green chili)

(egyptian starter, rice wrapped in marinated wine leave)

(aku tak pandai ambik gambar penyamun ni...tolong ajar sikit!)

(eggplant stuffed with chili, another spicy starter)

(choco mousse aku mesti ada..)

(choux puff yang dituangkan swiss dark chocolate atasnya)

(norwegian smoked salmon with capers, onion ring and lemon wedge)

(dark and white swiss chocolate cake)

(layered seafood pate with berry sauce)

Aku dah tak tahu nak cakap apa, mulut aku berbuih-buih pagi tadi lepas bangun tidur. Tengahari pun serupa. Lepas Maghrib nak menunggu Isyak lagilah....kepala otak aku asyik terbayang macam-macam benda pelik. Sekejap dia datang, sekejap dia pergi. Bila tengah tenang tu tiba-tiba dia sergahnya aku. Macam-macam aku dah usaha. Tanya orang tu, tanya orang ni, semua depa tak boleh nak tolong. Ada yang lari bila tengok muka aku yang dah menyeringai tak tentu-hala. Kalau bawak jumpa "tok moh" mati-mati depa kata kena buatan orang. Apa lagi kalau bawak kat "tok moh" yang dok golek telur ayam kampung tu satu badan. Lagilah dia kata macam-macam....budak-budak aku semua dok terkejut, depa heran mulut aku dok terkumat-kamit sebut D90....D90.....heh3...

Aku rasa hari ni saja aku dah snap sampai dekat 100 shots. Masukkan dalam komputer, tengok, tak puas hati, aku snap lagi, tengok balik, tak puas hati jugak. Last-last sekali dapatlah dalam 20 keping yang aku berkenan. Tu dia aih...macam ni ka depa dok buat selalu? Aku rasa a good photographer ni mesti mempunyai kesabaran yang tinggi. Aku tidak....Aunty mesti angguk kepala bila sampai part ni...then dia mesti ada nilai seni yang tinggi. Aku tidak...Mesti rajin. Aku tidak...la...awat aku jadi lagu ni?

Pasal apa aku jadi lagu ni? Ni semua gara-gara aku teringin nak buat buku dan nak tengok gambar-gambar makanan yang cantik. Masa aku jadi tokay Uncle Chili's, PJ Hilton (Uncle jugak!) dulu, aku pernah bekerja dengan seorang PR Director yang number one in the world. She's a perfectionist. Cara kerja dia, cara dia entertain press, cara dia buat food review, bahasa-bahasa dia, memang menarik perhatian aku. Siapa yang tak kenal dengan Adlina Borhan? Sorang wanita tabah dan salah sorang PR yang terbaik di Malaysia dalam bidang perhotelan pada masa tu bersama-sama dengan Elizabeth Soo dan Rosamund Wee dari Shangri La Hotel (kalau tak silap aku). Nama-nama depa ni kalau disebut, mesti semua orang akan ingat. Terpahat kat sanubari..Adlina Borhan ni kalau suruh buat photoshoot untuk menu aku dulu, pergh...sampai 4-5 jam pun belum tentu habis lagi. Berpeluh-peluh aku dengan Chef dok tunggu. Kejap tukar, kejap tukar...tapi hasilnya memang menakjubkan. I salute you, Puan!

Tu yang buat aku teringin sangat tu..mat salleh jangan ceritalah, memang ramai food photographer ni. Aku bernasib baik sebab tiap-tiap hari bergelumang dengan food dan aku memang dok ada kat hotel. Jadi sebelum aku buat photo shoot, aku akan bagitahu chef apa yang aku nak. Dia mesti ikut cakap aku sebab dia report kat aku. Heh3...kalau tak, aku potong 10% gaji nanti...heh3...pening kepala chef tu nak ikut cakap aku. Kejap tukar pinggan lah...kejap tukar ingredients lah...kejap tukar sauce lah...macam-macam tukar. Esok aku tangkap gambar udang pulak!

28 ulasan:

ibnu yusof berkata...

menitik air liur ku melihat hidangan sebegitu indah....hehehe

uncle...

kalau d90 dah jadi zikir harian...ada baiknya kalau uncle jadikan ia sebagai kenyataan... nanti kempunan payah nak cari ubat uncle...

Uncle berkata...

Dear IY.
Oooohhh tidak....nanti lah dulu...tak nak terburu-buru lagi. Nanti Uncle pikir macamana nak buat...sayang pulak rasanya...tapi beli mesti beli...

Nek Rock berkata...

yooooooooo uncle dear salam,

ishhhhhhhhhhh skali masok wat nek terkejut lak ingat kena buatan owang apa tadi..hahaha

pheww leleh tgk salad tu, yummyy

psstt uncle dah jadik mat tiarap skang eh:))

Uncle berkata...

Dear NR.
Welcome back....lama tak dengar cerita NR. Tu baru salad...belum udang lagi...tunggu esok ka lusa ka saya masuk udang pulak. Amacam boleh tunggu?

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

itu sebab uncle, saya cakap, kita buat food photography punya buku pon cantik.uncle memang ada talent dari segi composition.so, uncle dah konpem jadi pengarah. saya boleh tolong uncle utk cuba dapatkan bagaimana gambar yang uncle nak. printer dah ada kan? hahahahaha.. bleh cetak 7 juta naskah sekaligus. kita jual kat seluruh dunia. mesti makcik2 suka tengok design food yang terkini dan latest yang tak ada kat kampung diorang. hehehehe.. sekaligus, kita sudah dapat naik satu level dalam industri food photography. wakakakak.. (mimpi yg kemungkinan ada hasilnya nanti insya allah)

Tanpa Nama berkata...

tap2 eh ayaq liuq meleleh.. ahaksss..

kucingorengemok berkata...

[dalam mode meracau²] d90 d90... d40 dok rosak... d90 d60 pun boleh la... d24 d24 d24 (yang ni pilihan ideal) keh keh...

PINATBATE berkata...

Uncle..cantik gambar-gambar uncle sekarang...mesti tangkap sebijik camera muncung panjang cepat-cepat..susah nanti kalau asyik berbuih mulut jer..haha!

Uncle..sedapnya nasi dlm daun anggur tu..saya suka sgt! lagi satu nasi yg depa boh dalam capsicum tu..kadang depa bungkus nasi dlm daun kobis kan..issyy! terliur dah ni..

Fida berkata...

Uncle,
Say dulu dengan hotel line jugak, PR & Corporate Comms...tapi sekarang dah pencen dah.

Ya, Adlina Borhan is THE madam in the PR line. Izan Yusuf tak leh lawan dia.

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Brilliant idea. Ni Uncle tengah pikir macamana kita boleh collaborate.....ala-ala Amy Search dengan Rabbani...kita buat poster tulis..."Dawn In Makkah by Lotfi...featuring Uncle 815!" amacam kelas tak? Kita buat road tour pulak ke Azerbaijan...Vanuatu...then masuk ke Georgia sikit, cilok ke Guinea...finally ended up kat Taman Cahaya and Gong Badak. Heh3...eh lotfi dari GB ka?

Uncle berkata...

Dear UP.
La...ayaq lioq meleleh ka? Tu yang gambaq dok tonyoh idong tu baik2 sikit, nanti hinguih pulak meleleh! heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
KOG pun dok meracau la ni? Baik2 sikit, abang bawak pi jumpa "tok cha" satgi! Anyway, D90 is "da bomb!" D24 lagi la meletup!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
You're well verse with food. Well done...those are unique specialties of the Middle East. Memang sedap dan kaler pun superb...especially kalau pakai capsicum. Then "glaze" kan sikit capsicum tu. Mesti cantik!

Uncle berkata...

Dear Fida.
Thanks for your comment. Which hotel was that? Yes absolutely correct about Adlina Borhan. She could still remember my name masa jumpa kat Renaissance dulu after more than 10 years. She called out my name. Malu pulak rasanya...as for Izan Yusuf, Uncle tak pernah kerja dengan dia but I bet she's one of a lady too. In PR that is!

Fida berkata...

Uncle,
Saya dulu dgn YTL Hotels & Properties. Waah...kalau Adlina Borhan boleh ingat nama uncle, maknanya uncle ni terror the merror la in F&B line. Bilis2 macam saya orang atas tak kenalnya.

Anyway, looking forward to more superb shots from you.

Uncle berkata...

Dear Fida.
Thanks for the note but frankly speaking Uncle ni tak pandai mana pun. Baru dok belajaq. Bilis jugak..depa tu memang power. Seronok kerja dengan depa sebab banyak Uncle belajaq.

YTL? Marriott ka? InsyAllah Uncle masukkan gambar baru nanti. Enjoy reading!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

I am speechless....sob3!!!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam UNCle
lepas amik Lens 35mm
Mesti lagi marbelles

Uncle berkata...

Dear KN.
Kalau KN speechless, saya dah clueless dah ni...hari ni ingat nak ambik gambar lagi tapi takdak mood pulak nak shoot. Buleh ka macam tu?

Uncle berkata...

Dear Dila..
Oh...janganlah Uncle diapi-apikan lagi...tak sanggup rasanya, nanti mahu terbakar kedai kamera kat Abraj al Bait tu!

CATZ berkata...

duk sebut2 pasal D90 ni..benda tulah idaman saya...ihiks..tah bila jadi kenyataan...tunggu yg duk ada ni reput kot..
hiks..
uncle..duk tunggu jugak buku uncle ni...

Uncle berkata...

Dear Catz.
Memang Uncle selalu mengidam tapi tak pernahnya dapat. Camera sony ni pun hotel yang punya. Kalau depa mintak balik, habislah..

Buku Uncle tu masih dalam 1st phase...tak tahulah keluar ke tak?

olive oyl berkata...

letak dalam flickr pun tak apa uncle...kami leh view gambar gambar uncle melalui flickr...
gambar jam omega hilton tak leh nmpk ker dari bilik uncle???


arini ton nak buat pizza...pastukan ton tak nak letak capcicum tp nak hiaskannya dgn green chili yg uncle letak kat spice salad tu.nak letak sebijik sebijik atas pizza....wish me luck uncle...jgn satgi...mlmni semua yg mkn pizza ton,bermlm di tandas...hehe...

Uncle berkata...

Huh? masuk flickr? Uncle bukannya reti nak buat...yang ni pun Uncle dah happy...

Jam Omega kat Hilton tu tak dapat ambik pasai kami sederet...

Ton buat pizza? Mozzarella cheese tu letak lebih pon takpa. Beli yang buku, then sagat sendiri pon elok, kalau tak pon letak ja lah sekepin2...eh jgn letak sebijik2. Macamana nak masak? Hireh sebesaq 2 jari then susun elok2. Mesti sedap! Lagi banyak pi toilet, lagi cepat Ton kuruih...heh3...

olive oyl berkata...

tq uncle bagi tips cara nak buat pizza..tp semuanya sudah terlambat..ton lambat baca comment uncle...ton buat dgn cara ton...

pizza dah masak...tp cabai ijau dah hangus..dari sebijik2 dah ronyai.ton tersilap bakar guna grill....cheese letak 12 slice..ee takut nak mkn...uncle next time.. sebelum start memasak,ton kena pi al safwah ..pinjam topi tinggi chef zuhail (the pizzaman)..bila pakai topi tu kot baru masak apa pun menjadi.......setuju tak uncle?

Uncle berkata...

Dear Ton.
It's ok. Sesuatu result yang baik bermula daripada result yang tak baik..."practice makes perfect". Lama-lama Uncle pon tutup kedai macam ni...heh3...

Non datin sophie berkata...

Adlina is my classmate in school and junior masa college days. We studied the same course but I never pursued further in hotel line. She is now living in Paris with her husband doing something related to hotel and tourism. I like your blog "Food". Masih intouch dengan dia?

Uncle berkata...

Dear NDS.
Thanks for dropping by. I know that she's now living in Paris and once in a while in Geneva. Unfortunately i've lost contact with her. Perhaps my sisters still do because they were all together in itm back in the 70's...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...